Google Plus & Populariti Blogger |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kalau dulu Google memperkenalkan Google Follower sebagai salah satu cara untuk berhubung dan mendapatkan informasi dari sesebuah blog dan blogger tapi kini Google+ (Google Plus) semakin mengambil alih peranan tersebut.
Google Plus mempunyai banyak kelebihan kerana ia juga berfungsi sebagai jaringan perkongsian sosial network seperti Facebook malah apa yang lebih penting sebagai seorang blogger, Google Plus merupakan "authorship tool that associates web-content directly with its owner/author".
Oleh itu bolehlah disimpulkan bahawa seseorang blogger wajib mempunyai akaun Google Plus untuk menjadikan blog dan artikel anda lebih dipercayai oleh enjin carian.
Selain dari itu perkongsian artikel melalui g+ share atau g+1 dapat membantu meningkatkan SERP entri anda untuk berada dikedudukan terbaik di enjin carian. Ada banyak lagi peranan dan fungsi Google Plus dan ianya semakin penting dan berpengaruh. Maklum sajalah... g+ dan Blogger ini kan produk Google.
Google Plus semakin berkembang pesat dan kini merupakan sosial network kedua terbesar selepas Facebook walaupun ianya hanya baru dilancarkan pada 28 Jun 2011 dan kini sudah ada lebih dari 1 billion akaun Google Plus yang aktif..
Selain dari itu perkongsian artikel melalui g+ share atau g+1 dapat membantu meningkatkan SERP entri anda untuk berada dikedudukan terbaik di enjin carian. Ada banyak lagi peranan dan fungsi Google Plus dan ianya semakin penting dan berpengaruh. Maklum sajalah... g+ dan Blogger ini kan produk Google.
Google Plus semakin berkembang pesat dan kini merupakan sosial network kedua terbesar selepas Facebook walaupun ianya hanya baru dilancarkan pada 28 Jun 2011 dan kini sudah ada lebih dari 1 billion akaun Google Plus yang aktif..
Google Follower sudah semakin tidak penting dan ada ura-ura menyatakan Google akan menamatkan penggunaannya kerana fungsinya yang terhad. Kini penilaian populariti seseorang blogger beralih kepada jumlah Google Plus followers dan jumlah viewers namun realitinya ia tidaklah menggambarkan keadaan sebenarnya populariti sesebuah blog atau blogger tersebut. Benarkah?
Google Plus - Followers vs Views
Mari kita lihat akaun Google Plus blogger-blogger ini. Melalui perbandingan ini, mungkin sedikit gambaran boleh kita lihat dan satu kesimpulan boleh kita rumuskan.
Google Plus Fatin Liyana |
Siapa yang tidak kenal Fatin Liyana, blogger manis dan popular ini. Jumlah viewers membuktikan betapa popularnya beliau walaupun followers Google Plus beliau hanya sedikit sahaja. Ini mungkin kerana Google Follower yang berpuluh ribu sebelum ini masih belum menjadi followers akaun Google Plus beliau.
Google Plus Khalid Kyle |
Berlawanan pula dengan pemilik akaun Google Plus ini. Walaupun followers beliau melebihi 31K tetapi jumlah viewers beliau jauh ketinggalan berbanding Fatin Liyana. Popularkah Khalid Kyle? Sudah tentulah popular tetapi dari sudut yang berbeza iaitu dari jumlah pengikutnya tetapi masih kurang dari segi populariti dimata umum.
Jika dilihat dari jumlah followers, ianya tidak menggambarkan populariti sebenar blogger tersebut. Namun dari jumlah viewers kita boleh lihat ianya ada sedikit ketepatan ini kerana views tidak hanya dikira dari pemegang akaun google sahaja tetapi dari setiap visitors yang berkunjung ke akaun anda. Bolehkah rumusan ini dijadikan panduan dalam membuat penilaian? Bagaimana pula jika blogger otai tetapi baru sahaja ada akaun Google Plus ini?
Lihat, Banding Dan Rumuskan
Sekarang anda lihatlah beberapa lagi akaun Google Plus blogger-blogger popular. Popularkah mereka? Bolehkah dan tepatkah penilaian dari jumlah followers dan views Google Plus ini diambil kira dalam menilai populariti seseorang blogger? Anda nilaikan sendiri dan berikan pandangan...
Google Plus Hasrul Hassan |
Google Plus Denaihati |
Google Plus Kak Kujie |
Google Plus Ben Ashaari |
Google Plus Encik Titan - Ahmad Faizal |
Google Plus Acik - Aku Penghibur |
Google Plus Cik Akak Nao Mei |
Google Plus Mia Liana |
Google Plus Farah Wahida - Bubbynotes |
Setelah melihat dan membuat perbandingan serta rumusan... Apa pandangan anda?
Sekarang ini anda lihat pula akaun Google Plus Bin Muhammad... Hmmm... Tak sangka, agak popular juga, hahaha! Siapalah agaknya yang nak skodeng sangat Bin Muhammad ini ye...
Terima kasih kepada semua followers dan viewers! Anda semua amat-amat dihargai. Kalau sesiapa yang masih belum jadi followers tu...sudi-sudikanlah add to circle sebagai followers... :)
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
56 comments - "Pengaruh Google Plus Dalam Menilai Populariti Blog Dan Blogger"
ooo..baru paham..
nak tengok jugak la google plus nie..lama tak jengah
tgh usaha nak promote blog kpd follower google plus..
Kira akaun Google Plus ni berperanan jugak membantu promosi penulisan blog kita. Tengok gaya Google Plus ni lagi banyak function dari Google Follow.
baru tau viewer BM puluhan juta ya rupanya blogger terkenal ni...tahniah...susah kak nk capai angka tu...
uh baru tahu impak besar Google+ ni kepada blogger. Done G+
Teruskan usaha Abe Kie... Kini ianya semakin penting.
YA! Peranan dan fungsi g+ amat besar dan penting buat seorang blogger.
Haha!... Sebenarnya saya pun baru perasan! Tak sangka dan terkejut sebenarnya!
terima kasih atas perkongsiannya...
lepas ni kena rajin2 share entri di G+ pada kadar yang tidak keterlaluan..
selama berpuasa.. :)
Kalau blog punya N3 yg berinformasi tak mustahil boleh cecah juta-juta viewer. Apa lagi dgn ada G+ memanglah...
wahhh hebatnya pemilik blog ini..kagum jadinya ^_^ tapi acik sendiri akui g + penting bagi seseorang blogger itu .
satu penilaian yang benar-benar!..tahniah bro BM..anda memang terbaik
Assalammualaikum.... BM,
BM memang dah popular dan terus popular . Good blogger ..
mselim3
BM iolss is izinkan pinjam gambar Google Plus Itu... ^_^ thanks for this entry...
wow...tgk pada views pun dh rasa rendah diri..:)
Betul dan tepat sekali... share entri g+ pada kadar yang tidak keterlaluan!
Tak hebatlah... mana boleh tanding kehebatan Acik kerana itu adalah sebenarnya realiti!
SA pun dh byk follower melalui google plus ni....ada yg ok..ada jugak yg x ok..hihihi
Hehehe ramai geng yang ada kat ats .. Wahh wah wah lepas ni kena promote G+ la kita BM ..Biar ramai2 jadi pengikut
Zumal pun gunakan G+ utk promote blog ;)
wah... memang ada bezanya... tertakluk kepada penerimaan masing-masing.
G+ saya taklah sehebat BM... :D
Memang terbaik. Lagipun g+ adalah milik google, jadi besar kemungkinan suatu masa nanti page rank juga akan berdasarkan kepada statistik di dalam akaun g+..
saya sikit je...bersyukur dengan apa yang ada je.
Mmg nampak kepentingan g+ dimasa hadapan.. kini pun dah mula rancak kan.. wahh ramainya viewer BM.. Tahniah.. :)
sememangnya google+ punyai keistimewaannya kan..thanks for sharing..
Woww.. not bad BM... tahniah..! :)
yg last tu , promosi baik punya ...
Sama-samalah kita saling memahami...:)
Elok sangatlah tu... jgn lupa bwk penyapu takut2 dah bersawang, hehe
Blogger dan G+ tak boleh dipisahkan kerana ianya anak kepada Google.. :)
Semua entri punya informasi bergantung kepada apa yang pembaca kehendaki. Akak pun boleh tapi segalanya terpulang kepada matlamat dan tujuan kita berblogging... Yg penting tercapai dan kita seronok melakukannya.
Belum capai status terbaik kerana kalau dah capai maka berhentilah berblogging kerana dah capai limitnya... :)
Waalaikumsalam mselim,
Popular ke...xrasa macam popular pun, hehe... Ianya buka sesuatu yang realiti, popular hanya label yg boleh diberikan kpd sesiapa sahaja... mselim pun apa kurangnya, popular juga!
Terima kasih Farah :)
Tak ade maknenye kak, kita tetap serupa... Kalau ianya boleh jadi RM... Itu memang best! haha!
Followers ni biasalah... sama seperi media sosial yg lain. Tapi bagi saya, xkiralah...jika mereka dah follow, teramat2lah saya hargainya...
Mereka semua memang otai2 dan blogger popular dan terbaik.
Elok sangatlah Lya...lupakan google follow tu... kini dah zaman google+ pula!
Bagus!...pilihan yang tepat dan terbaik!
Saya tak hebat.. Mereka yg datang ke g+ saya tu yang hebat! YB pun hebat!
Tidak mustahil ianya berlaku... tapi yang pasti sekarang ni sentiasa panas...hehe
Kuantiti bukan menjamin kualiti... MKL masih antara yg terbaik dalam niche anda
Jika ianya jaringan dari Google mesti berkait dgn blogger dan ada kepentingan buat kita. Cuma kena berusaha dan tahu bagaimana kita nak merebut peluang yg ada.
Tapi viewer tu diluar jangkaan saya! Terkezut sebenarnya...
YA... keistimewaan yang wajar kita ketahui dan ambil untuk kebaikan bersama...
Hehe...cik idah, ianya bukan satu kejayaan yg perlu dibanggakan... terima kasih ye :)
Haha... You got the pin point!
itu word biasa orang terbaik...senang cerita..hanya jauhari yang mengenal manikam!
Saya tak banyak tahu tentang google+ ini. Kini baru tahu sedikit sebanyak. Follower saya pun hanya ada 5 atau 6 sahaja. Namun jumlah views agak banyak melebihi 1.2 juta. Itu yang tak tahu dari mana datang jumlah yang agak banyak ini....
nama2 kat atas ni org2 kuat blogger..
Assalammualaikum... BM,
tak lah BM .. mselim3 nie biasa2 aje...
Tak dinafikan G+ banyak membantu..so pada yang belum ada akaun memang highly recommended to have one...
OMG..fatin liyana 181 juta viewers..pingsan jap..
hebat semua ni...kathy tak mampu lagi jadi mcm ni..hehehehe..
Rasanya kalau lebih aktif di G+, lebih banyak view kot? Tapi bab Fatin tu, ramai yg pegi view gambo dia kot :D
wah baru tahu ni
hmm tg cari pasal google + jumpa pula post ni, menarik! saya ade akaun google+ x pernah guna tapi views dah 5 juta lebih terkejut kjp... pas kaji baru tau views tu dtg kalau kita ade pic kt picasa, google or ade blog/web. setiap org visit blog kita akan masuk dlm views tu n kalau tgk pic lagi berganda2lah.. tapi bg saya klu nk ukur thp popular tu yg ada follower ramai lg tepat dikira popular sbb org sanggup follow utk ikut perkembangan akaun tu even views dia sikit.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”