Barang Terbuang Dan Dibuang
.jpg)
Kemanakah barang-barang buangan atau sampah-sampah ini akan pergi? Ianya tidak akan ghaib begitu sahaja. Ada yang diangkut ketempat pelupusan sampah dan ada juga yang akan terus terbiar begitu sahaja.
Tapi ada satu lagi kemungkinan dan ianya mampu memanjangkan hayat barang-barang terbuang ini iaitu dengan kitar semula. Kitar semula melalui proses pengilangan untuk dijadikan bahan asas semula atau di guna semula dengan cara yang berbeza rupa bentuk dan fungsinya.
Idea Kreatif Barang Terbuang
Kreativiti kitar semula kali ini memperlihatkan idea kreatif penggunaan barang terbuang yang di kitar semula menjadi satu barangan lain yang berbeza rupa dan fungsi. Ianya dapat membantu pengurangan bahan buangan dan mengurangan pembaziran penggunaan sumber semulajadi.
Idea kreatif yang boleh anda cuba sebagai sumbangan anda dalam memelihara alam sekitar. Idea kreatif yang dapat membuka minda atau pun memberi ilham dalam menggunakan barang terbuang kepada sesuatu yang lebih berguna.
Lampu ekslusif ini bernilai tinggi walaupun ianya di buat dari bahan terbuang. Ianya memberi contoh terbaik bahawa idea kreatif kitar semula sesuatu barang terbuang mampu menambah nilai dan berharga.
Gelung-gelung tisu atau apa sahaja gelung kertas yang sudah kehabisan isinya, sudah pasti akan dibuang begitu sahaja, tetapi jika diguna semula dengan kreatif, ianya mampu menjadi barangan berlainan fungsi yang berguna dan menawan.
Melalui idea kreatif ini, barang terbuang seperti botol-botol plastik boleh di guna semula untuk dijadikan sebagai pasu untuk tanaman herba anda atau boleh juga di jadikan bekas serbaguna. Bentuk botol-botol ini yang mempunyai pemegang menjadikan ianya mudah untuk digantung. Idea kitar semula yang sungguh menarik dan mudah untuk anda lakukan.
Ini adalah beberapa contoh kegunaan pallet terbuang yang di jadikan perabot untuk kegunaan didalam mahupun luar rumah. Idea kreatif yang bukan sahaja menarik untuk dipandang, malah selesa untuk di gunakan. Yang lebih penting...kosnya murah dan menjimatkan.
Tin-tin kosong ini pula dijadikan bekas serbaguna yang sungguh menarik dan pelbagai kegunaan. Cara-cara membuatnya juga mudah. Idea kreatif barang terbuang yang boleh dijadikan salah satu aktiviti anak-anak anda di waktu terluang semasa cuti sekolah ini.
Ini pula idea kreatif barang terbuang dengan kaedah kitar semula kotak-kotak untuk di jadikan tempat simpanan yang berguna dan menarik. Tiada pembaziran dan bermanfaat pula untuk anda.
Barang Terbuang Itu Berharga
Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barang terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif!
Tidak semua dari kita mempunyai kemahiran dan idea kreatif untuk membuat hasil kreativiti kitar semula, namun janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan barang terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.
Anda boleh kumpulkan dan juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara...Insyaallah.
Anda boleh kumpulkan dan juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara...Insyaallah.
Terima kasih bersama Relaks Minda. Jom! kitar semula bersama :
80 comments - "Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula"
Dlm bnyk gamba tu...1 je sy buat BM... Bekas yg buat kotak simpn buku tu.....kotak2 mmg sy x buang la...balut cantik2...letak mjalah anak2....
kalau kreatif apa sahaja boleh buat dan terfikir ..hebat!!
yg penting kena kreatif aje, pasti semua menjadi kan !
org kreatif sahaja yg boleh buat nie..
cantik..takde rupa mcm bahan2 terbuang dah...
semua jadik kalau rajin.. :D
saya pernah buat botol plastik jadi pasu bunga
tapi tu time kelas kurikulum
aktiviti mencantikkan sekolah, mungkin sebab terpakse
sekarang suruh buat, kena fikir lebih dari sekali =)
Kreatif & inovatif.
jimat belanja, tak payah beli alat muzik yang mahal-mahal. Guna barang terbuang cukup...
kreatif gileeee.. aduyaii bagusnye.. good job BM atas perkongsian ilmu ini
^_^
lama tak menjenguk ke sini..cantik2 hasil barangan terbuang pon..:)
sukanya kak anim tengok tempat sudu dan kotak storan tu...
nampak macam mudah...
Bolehlah kongsikannya...mesti menarik!
Kalau tak kreatif...kita jual aje :)
Kreatif tanpa usaha xjadi juge... hehe
wah awesome! sume kreatif...
warna pun memainkan peranan penting menarik mata melihat
terngin nak tengok koleksi kreatif BM...ade x? meh la share dgn kami ni...nak tahuuuu..hihi
Tak semestinya... Belum cuba belum tahu, kita tiru ajer :)
Betul...bila dah jadi, spt barangan baru jer
Ya...saya setuju! Kalau M semua xjadi
Kalau ianya berguna, apa salahnya...jangan fikir panjang, nanti melayang...hehe
Kreatif, inovatif & rajin...
Yang itu belum pastilah boleh berguna, utk suka2 bolehlah... Tapi mungkin juga boleh popular krn bunyinya yg unik itu...
Idea utk kita, jika ianya berguna... Terima kasih Nurul.
Terima kasih sudi menjenguk :)
Semoga ada yg menarik minat anda utk mencuba...
Bolehlah cuba...Si Abdul2 tu pun boleh buat... :)
Aktiviti sampingan di rumah baru semasa cuti sekolah...
Ada, tapi sama je macam yg saya dah share sebelum2 ni...
Nanti ada yg komen...dah tengok dah! hehe
Kreatifnya dan tak terbayang saya hasil karya dari bahan buangan ini. Saya dah bookmark page ini untuk memudahkan saya berkreasi laman. Senang...contoh dah ada hehe. Terima kasih admin.
Assalammualaikum,,,BM,
datang sini baca entry,, wahh..hebat2 idea.. macam idea BM,
mselim3
Datang singgah..blogwalking....klik tabung sekali.
salam
Menarik dan kreatif
sgt menarik dan kreatif.. mcm2 boleh buat dgn bahan terbuangkan.
p/s: mnjwb soalan BM tu. mesin jahit brand janome.. bleh jahit 7 lapis kain jeans
movie thor yg ke 2 lg best dr 1 sbb byk aksi.
Kita suka gambar no 4..sangat kreatif and cantik BM..
kreatifnya.. rupa asal buruk, selepas di'make-up' berubah 360 darjah jadi cantik dan menarik..
kalau dh kreatif tu..apa saja boleh buat..suka2..hehe
hmm..tempat simpan buku memang menarik...tak payah nak beli lagi..
Sangat kreatif. Kadang-kadang kita lebih suka mmbeli yang baru daripada kitar semula. Alasannya, malas. hehe
Wow.. layan buat drum gitu.. syok pulak tengok. Mmg kreatif bukan shj pada barangan yg dipakai, malah susunan tong tu pun ikut skim drum beat betul.. lengkap dgn pedal kaki lagi.. :)
Semoga dapat memberi manfaat buat anda...Terima kasih Lynn
Waalaikumsalam...mselim3
Bukan idea saya...tapi boleh tiru utk faedah bersama :)
Terima kasih MKL... :D
Terima kasih TA
Terima kasih AM...sudi pula menjawab pertanyaan :)
Itu sangat mudah membuatnya...bolehlah cuba :)
Dari terbuang menjadi berguna...itulah matlamat kitar semula :)
Anda pun boleh...tiru sahaja :)
Kathy boleh buat kan...nanti share ye :)
Kalau ada penyakit M tu...segalanya xjadi, huhu...
Memang unik...bunyinya pun mesti menarik! Boleh jadi komersial, tapi jgn hentam kuat sgt, xhabis lagu dah abis semua kemek...hehe
Cantik la, serius kreatif. Tak payah buang, boleh guna utk jadikan barang cantik
mmg terbaik la org kreatif ni..apa2 benda bun bleh diubahsuai
So bila lagi nak bukak kedai jual barang barang terbuang yg telah dikreatifkan....Rasanya idea tu dah banyak dah....hehe....tak sabar nak jadi org first yg datang...beli belum tentu lagi hehe
Bila tengok alat muzik dari barang terpakai ni, teringat pulak aku dengan peserta Sinaran Passport Kegemilangan dulu. Sorang pakcik India bermain alat muzik guna besen, tin biskut, rim basikal sambil melawak.
Tengoknya memang cantik..tp buatnya tak menjadi..kalau kreatif mmg boleh buat duit ni. jual benda ni je..
klau betul2 kreatif mmg boleh mndtgkan duit.
Memang kreatiflah. Tak terfikir saya nak buat macam tu.
jangan disangka tong kosong tak boleh buat drum.. heheh
Kalau kreatif, semua benda pun boleh bermanfaat
Kreatif banget ya.....dari kreatif bisa menghasilkan uang dan menghijaukan bumi....
kreatif ide di www.nadiarizkakamila.blogspot.com
kreatif banget ya....
Ide kreatif lainnya di www.nadiarizkakamila.blogspot.com
wow ! hebat..bnda nmpak mcm mahal ja.. haha.. smat yang lampu tu..
klau ada lg share2 ya..
hehe.. tq..
Hi!
May I know how to do the gelung tissue?
Ia sangat sangat cantik!tetapi sata tak tahu guna apa untuk warnakan?
Bolehkan anda beritahu cara-cara untuk membuatkan?kerana warnanya sangat cantik dan tidak macam poster colour dan pensel warna...
Please~
Thanks~
Warna yang digunakan agak mahal kerana ia menggunakan warna cat metalik seperti yang digunakan pada kenderaan.
yang kotak tu balut guna apa yer.. kertas ke kain..
Ianya terpulang kepada anda...kedua-duanya pun boleh digunakan.
jom sama sama kita kitar smula..hehe
kreatif banget yang buat, keren seperti barang baru yang dijual di toko pada umumnya...
Cantik dan sangat kreatif la bila barang terbuang dijadikan benda berharga
betul betul
kenapa berhenti sampai disini je
Saya suka simpan barang-barang yang rasa nak pakai dikemudian hari, dan akhirnya jadi banyak dan semak, mungkin dan boleh diusahakan perlahan-perlahan untuk dapatkan mengisi masa-masa yang terluang...
tq kerana x melakukan pencemaran
ada cara nak buat dinasour tak
Wah.. memang otak luar biasa ler.. x terfikir nk buat mcm ni..
Ide yang sangat keren...
Hidup hari ini memang kena kreatif. Gunapakai benda-benda terbuang je dah boleh buat rumah jadi cantik. Tak perlu beli yang mahal-mahal. Untung lagi boleh buat duit. Yang penting menjimatkan.
luar biasa, kreativitas memangnyalah tiada batasan, semakin kita mengoptimalkan kinerja otak kita maka semakin luar biasa hasil nya, Artikel yang sangat mengesankan dan bisa jadi rujukan dan ide kreatif untuk kita semua. sukses selalu buat admin
bahan kitar semula memang bagus untuk men
saya sering memimpikan kalo banyak orang yang peduli dengan barang-barang bekas yang bisa diolah kembali jadi barang yang menarik dan ounya daya jual..
Andai ada Mentri barang bekas, pasti Indonesia bersih dan semakin kreatif.
Wau baru je ingat nak buang kotak yg tak pakai tapi bila tengok relaks minda ni terus tak jadi buang.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”