Kopi, Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan: Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda suka minum kopi? Ya... Kopi merupakan satu daripada minuman paling popular dan digemari di seluruh dunia dan didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso.
Walaupun airnya berwarna hitam namun aromanya sungguh memikat sesiapa sahaja. Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun. Ini menjadikan kopi minuman yang paling popular di dunia.
Contohnya di US, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin setiap hari. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu.
Kopi sebagai minuman, pertama kali digunakan oleh ahli-ahli sufi Yaman bagi membantu mereka qiyamullail dan kemudiannya tersebar ke serata tanah Arab. Orang Eropah mula mengenali kopi ketika pertembungan dan pertukaran tamadun di kalangan bangsa Arab dan Eropah semasa zaman gelap Eropah.
Malahan sebahagian pengkaji sejarah mengatakan kopi telah memainkan peranan yang besar dalam kebangkitan Eropah (renaissance) kerana sebelum itu orang Eropah rata-rata hanya meminum minuman keras dan sentiasa dalam keadaan yang mabuk atau separa mabuk.
Apabila kopi diperkenalkan mereka mula beralih kepada kopi untuk waktu siang dan arak waktu malam dan telah membolehkan mereka berfikir dengan jelas dan membangunkan tamadun.
Di antara kebaikan-kebaikan kopi adalah :
1. Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak.
Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.
Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.
2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1-3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik.
Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!
Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!
3. Bersenam
Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin.
Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.
Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.
4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik
Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu.
Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.
Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.
5. Mencegah stroke
Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari.
Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.
6. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara.
Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksin yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.
Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksin yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.
7. Mencegah Penyakit Gout
The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini.
Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout.
Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!
Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout.
Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!
Rumusan
Melihat pada keistimewaan dan khasiat meminum kopi terhadap kesihatan untuk jangka pendek atau panjang, ianya jelas membuktikan kopi salah satu minuman yang berkhasiat.
Namun jika diambil berlebihan atau bersama campuran gula yang banyak...khasiat akan membawa mudarat!
Hasil dari kajian, tiada siapa yang mampu menafikan bahawa kopi memberi banyak kebaikan...tapi ianya adalah penemuan dizaman moden ini.
Ketahuilah juga bahawa tiada sunnah yang mengatakan kebaikan kopi mahupun ianya adalah minuman kegemaran Nabi melainkan herba yang terbukti dalilnya seperti Hindiba’, Habbatus Sauda’. Hulbah dan Zanjabil.
Kopi menjadi minuman istimewa yang baik untuk kesihatan selepas Ibnu Sina mempopularkan kopi bersama campuran-campuran herba tersebut.
Jom kita pekena secawan kopi!... untuk kesegaran sebelum bertahajjud mahupun qiamullail di tengah malam... :)
p/s: entri auto publish, kesibukan membatas waktu untuk blogging. Selamat berhujung minggu bersama insan2 tercinta...
Admin...
15 comments - "Kopi, Minuman Popular & Baik Untuk Kesihatan"
kopi hitam, pekat, melekat juga jadi pilihan..
p/s salam aidilfitri untuk BM sekeluarga. maafkan kak jika ada komen dan entry kak yang menyinggung perasaan.
Kita allergic to coffee..tea ok..
bunda kurang minum kopi n teh...susah nak tido...sekali2 balik kampung bantai jugak hak kopi o tu... kat umah sendiri stok untuk anak2 jer...kopi segera/pracampuran..
sy peminat tegar kopi...! suka sangat2....!!!
Saya suka minum kopi..tp kopi original dan diproses oleh orang kampung sahaja, bukannya kopi keluaran syarikat Cina..
Bersahur kopi tadi. Baru je tadi. Hehe. Asik tgk lukisan kt kopi tu. Cantij giler. Camna dorang buat?
wahh BM, Terima kasih ats info ttg kopi yang menarik ni.Saya antara penggemar kopi juga, lebih kpd white coffee..:)-
sahur tadi saya pun minum kopi..
mcm2 produk makanan yg berasaskan/brrperisa kopi skrg ni...
mama suka kopi, tapi.. masa mama mengandung, kopi langsung mama tak sentuh... doktor suruh elakkan kaffein...
Wah, kopi sekarang ini sudah dicampur krem. Jadi, pelbagai rasa pula. Kalau dulu orang tua suka minum kopi asli.
banyak khasiat kopi ni kan
tapi kan klo terlampau pekat boleh buat yumida sakit kepala
sesekala layan kopi..memang terbaek la! nak nak lg kopi jenis wangi tu..hati x keruan dibuatnya
de juga kebaikan kopi ni..sy kurang suka pd kopi.. =-=
banyaknya khasiat kopi.. aiza pula tak boleh minum sebab rasa mengantuk..
cntik betol diorg kopi 2 =) berseni pula tgok..kopi mmg sedap..dh terbukti byak khasiatnya..
memang suka sangat kopi...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”