بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Mencari Sinar Cahaya
mencari sinar cahaya di celah kegelapan

Assalamualaikum...Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan ceria di samping insan-insan tersayang. Syukur...Alhamdulillah kerana anda masih sudi dan berkesempatan berkunjung ke sini. Hari ini bersama kita cuba mencari... mencari sinar cahaya...

Mencari Sinar Cahaya

Dalam mengharungi kehidupan ini, tidak selalunya cerah, ada masanya umpama berada di dalam kegelapan. Dalam kegelapan inilah kita mencari sinar cahaya bagi menerangi jalan. Mencari sesuatu yang dapat memberi kenikmatan dan kepuasan di dalam hidup. Mencari ketenangan dan kedamaian di dalam hati. Mencari keredhaan dan keberkataan di dalam setiap perbuatan. Mencari ganjaran untuk dikutip dan dikumpul buat bekalan di hari pembalasan.

Mencari Sinar CahayaMencari Sinar Cahaya

Mencari di dalam gelap, mata sudah hilang fungsinya. Hanya hati yang bersih dan suci yang mampu menjadi sinar cahaya menggantikan pandangan yang kelam.


Pencarian

Pencarian tidak akan berakhir sehinggalah kehujung nyawa. Dalam proses pencarian, pelbagai halangan dan dugaan dilalui. Kita memerlukan kekuatan rohani dan jasmani. Memerlukan ilmu dan kemahiran. Memerlukan petunjuk dan keyakinan. Andai jatuh tersungkur, masih mampu bangkit meneruskan pencarian. Andai anda tersesat, masih ada kepercayaan untuk terus mencari. 

Mencari Sinar Cahaya 
Mencari Sinar Cahaya 

Kadangkala kita terlupa, tidak nampak dan sedar akan apa yang kita cari sebenarnya adalah terlalu hampir dengan kita. Namun kita masih tidak mampu untuk mencari dan mendapatkannya. Anda perlukan bantuan...

Itulah pentingnya menuntut ilmu dan bersahabat dengan ilmuan dan insan soleh agar kita faham, tahu, nampak dan sedar akan cara untuk mendapatkannya. Merekalah guru dan sahabat yang akan membantu anda..

Mencari Sinar CahayaMencari Sinar Cahaya

Sinar cahaya yang di cari sudah mula kelihatan, namun masih terlalu jauh untuk sampai. Hanya dengan usaha berterusan (Istiqamah) dengan penuh kesabaran dan keikhlasan, jalan menujunya akan dipermudahkan. Jangan ada sedikit pun rasa putus asa kerana jika ianya adalah kearah kebaikan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat pasti anda akan beroleh lebih dari apa yang anda harapkan...


Mencari Lima Perkara

Seperti apa yang telah di katakan oleh Syagiq Al-Balghi dalam pencariannya, "Aku mencari lima perkara dan aku mendapatnya dalam lima perkara juga." Ianya adalah :

Mencari Sinar Cahaya

Mencari Sinar Cahaya

Pertama : 

"Aku mencari keberkatan dalam rezeki ku dan aku mendapatkannya di dalam solat Dhuha."

Kedua : 

"Aku mencari lampu untuki menerangi kubur ku dan aku mendapatkannya dalam solat di malam hari."

Ketiga : 

"Aku mencari persediaan untuk menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nankir dan aku mendapatkannya dalam membaca kitab suci Al-Quran."

Keempat : 

"Aku mencari tongkat sebagai alat untuk memudahkanku untuk menyeberangi Siratul Mustaqim dan aku telah mendapatkannya dalam puasa dan sedekah."

Kelima : 

"Aku mencari perlindungan di bawah Arasy dan aku mendapatkannya dalam khalwat iaitu beribadah di tempat yang sunyi."

Jadikan ianya sebagai panduan dan pedoman serta semangat untuk anda terus mencari sinar cahaya...

 Mencari Sinar CahayaMencari Sinar Cahaya

Teruskan mencari, semoga dengan usaha, tawakkal dan doa... kita semua akan beroleh apa yang di idamkan dan menikmati kebahagian kekal di akhirat kelak... Insyaallah, semoga sinar cahaya yang terang menerangi jalan...

Terima kasih bersama Relaks Minda...."Mencari dalam gelap... perlukan hati yang bercahaya sinarnya " 

Admin...

24 comments - "Mencari Sinar Cahaya..."

Unknown delete icon 11:05 PG

saya pernah terawang-awang dlm gelap tanpa mencari jalan keluar.. akhirnya sy nekad.. Alhamdulillah.. sy dah jumpa jlnnya..

Unknown delete icon 11:05 PG

saya pernah terawang-awang dlm gelap tanpa mencari jalan keluar.. akhirnya sy nekad.. Alhamdulillah.. sy dah jumpa jlnnya..

sitirohaida delete icon 11:06 PG

insyallah...tidak putus untuk mencari

Unknown delete icon 11:06 PG

saya pernah terawang-awang dlm gelap tanpa mencari jalan keluar.. akhirnya sy nekad.. Alhamdulillah.. sy dah jumpa jlnnya..

InshaAllah akan terus beristiqamah utk terus mencari sinar kebahagian dunia & akhirat..

Walau hidup dalam kegelapan tapi kalau punya hati dan minda yg bercahaya insya-allah tak akan gelap selamanya tapi kalau pun hidup dgn penuh limpahan sinaran cahaya tidak mustahil kegelapan akan menyelubungi hati dan minda kalau mata dan hati sebenarnya dlm kegelapan. Sendiri kena muhasabah dan istiqamah mencari landasan yg mana yg terbaik utk dititi selagi Allah bagi pinjam nyawa yg sementara ini...

Abang Menaip delete icon 12:24 PTG

Best entry ni :) yg pnting kna sntiasa dkatkan diri dgn Allah.

Tanpa Nama delete icon 12:32 PTG

perkongsian yang sungguh bermanfaat...tqvm..

Unknown delete icon 12:58 PTG

alhamdulillah...semoga kita sama-sama mencari dan akan terus mencari....
hingga ke akhir noktah hidup kita.,..amin

Blog Santai delete icon 1:01 PTG

Jangan give up kalau kita tak jumpa apa yang nak dicari..pasti ada tertinggal dimana-mana..dan In Shaa ALLAH dengan izinnya, kita pasti bertemu

Khir Khalid delete icon 2:24 PTG

Subhanallah.. semoga kita sentiasa diberikan cahaya bimbingan yg dpt membawa kita kembali kepadaNya, in shaa Allah.. amin.

Tanpa Nama delete icon 2:48 PTG

selagi nafas tak terhenti, selagi itu kita mencari kan !

Tanpa Nama delete icon 2:49 PTG

done sedekah nuffnang yer

selagi hidup, selagi itulah kita mencari sinar dalam kehidupan, semoga Allah sentiasa membantu hambaNya...

Unknown delete icon 7:20 PTG

moga kita sentiasa mencari sinar cahaya tu
mencari bersama-sama
alhamdulillah..perkongsian yg menarik n bermakna

Alhamdulilah ,,semoga sentiasa istiqamah dalam setiap apa yang kita lakukan :) acik pernah jauh tersasar. Alhamdulilah Allah masih berikan untuk kembali :)

Berguru harus ada gurunya, ada sahaja yang berguru dengan buku. Maka akan sesatlah nanti tanpa tunjuk ajarnya.

Kalau sesat dalam menyusur laluan kehidupan, carilah jalan pulang.
Jangan sampai hilang sesuatu dalam kehidupan, maka sukarlah hendak berganti. Gapailah sinar cahaya bagaikan penerang kehidupan.

THE AUTHOR delete icon 11:09 PTG

Perkongsian yang baik

Mizz Aiza delete icon 2:44 PG

semoga bertemu dengan sinar cahaya yang sebenar..

Fais-SKA delete icon 3:51 PG

Alhamdulillah =) perkongsian yg sgt2 baik..pntg nk dpt cahaya pntnjuk dr Allah..smuanya melibatkn hati..elok hati, maka bercahayalah yg lain2..

semoga hari ini lbh baik dari hari semalam..semoga esok lebih baik dari hari ini...inshaa Allah..

Bila Nur Melimpah di hati...(Rabbani..).terima kasih BM.

smga kita smua rajin n ikhlas... kena rajin n amalkan solat dhuha.. ada kesmptan solat malam.. =') jgn kedekut...

OKje delete icon 10:51 PTG

Jarang dengar 5 perkara tu...
Moga boleh dijadikan panduan utk mencari sinar bahagia tu BM

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap