Seawal jam 8.30 pagi, pada hari Sabtu 21.9.2013 Saya bersama dengan beberapa orang teman sejiran telah memulakan satu operasi bagi menjayakan dua program besar untuk penduduk taman perumahan kami. Hujung minggu yang sangat sibuk dan menggembirakan. Kami sebagai AJK Persatuan Penduduk Taman Rasa Indah telah berkumpul dan memulakan ekspedisi memasuki hutan. Apa pula kaitan masuk hutan dengan aktiviti taman? Ikuti seterusnya ekplorasi saya kali ini.
Misi Pertama - Mencari Buluh Lemang
Matlamat kami memasuki hutan adalah untuk mencari buluh. Dengan menggunakan 2 buah pickup truck kami menyusuri hutan di pinggir pekan Rasa. Lebih kurang satu kilometer lebih dari jalan besar kami menemui hutan pokok buluh ini. Disini pepohon buluh liar tumbuh subur, hijau merimbun. Sasaran kami adalah buluh lemang. Ya...buluh lemang. Itulah misi kami. Buat aku pula, ini merupakan pengalaman pertama dalam mencari buluh lemang.
Toleh kiri buluh, toleh kanan buluh....Inilah namanya hutan buluh
Setiba di lokasi, memang tidak di nafikan lagi...hanya di kelilingi oleh pepohon buluh yang subur menghijau. Taklimat di berikan, buluh lemang yang di cari mestilah buluh yang panjang ruasnya dan nipis. Berdiameter tidak terlalu besar atau terlalu kecil.
Masing2 bersedia untuk memulakan operasi
Sebatang demi sebatang pokok buluh di tebang. Tidak begitu sukar sebenarnya kerana pohon buluh berada berhampiran dengan jalan maka tidaklah perlu meredah masuk kedalam hutan buluh yang tersangatlah miangnya. Setiap kali mendapat saiz dan jenis buluh yang sesesuai, buluh tersebut terus di potong.
Memilih batang buluh yang sesuai sebelum di potong...semuanya begitu bersemangat sekali!
Itulah tuan pengerusi kami, tetap segak walaupun di dalam hutan
Ya! potong! Jangan tak potong!...kalau nak order boleh hubungi abang baju kuning tu...hehe
Setelah lebih satu jam, kami akhirnya mendapat jumlah buluh lemang yang kami inginkan. Hampir seratus batang berjaya kami dapatkan. Alhamdulillah, tiada sebarang kecelakaan, segalanya berjalan dengan lancar. Matlamat sudah tercapai, misi pertama sudah selesai, kini tibalah masa untuk kami bergerak pulang.
Inilah hasil dari penat lelah setelah bermain dengan miang buluh
Misi Kedua - Mencari Daun Pisang
Didalam perjalanan pulang, misi seterusnya adalah mencari daun pisang. Daun pisang hutan adalah yang terbaik untuk membuat lemang kerana ianya tidak mudah koyak. Memang banyak pokok pisang ini tumbuh meliar di kiri kanan jalan. Ianya bagaikan satu lokasi paling baik buat pengusaha lemang kerana sumber bahan asasnya begitu mudah didapati.
Habis togel pokok pisang tu kami kerjakan...
Setelah penat mencari buluh lemang. Kami pulang kerumah masing-masing untuk berehat seketika sementara menanti waktu petang untuk berkumpul semula di bawah khemah yang kami tegakkan di padang taman bagi melakukan misi seterusnya iaitu penyediaan lemang.
Penyediaan Lemang
Pengalaman sebelum ini mengajar kami untuk lebih yakin dan mudah untuk membuat persediaan. Buluh-buluh lemang yang sudah di bersihkan, dimasukkan daun pisang. Sedikit demi sedikit di masukkan pula pulut yang sudah siap direndam ke dalam buluh tersebut. Seterusnya santan yang telah dicampur garam di curahkan perlahan-lahan kedalam buluh. Kini lemang sudah sedia untuk di bakar.
Dengan penuh kusyuk mengisi buluh lemang dengan pulut
Sebenarnya aktiviti membakar lemang ini merupakan program tahunan penduduk taman ini. Bermula dari tahun lepas kami menjadikan aktiviti membakar lemang secara bergotong royong sesama penduduk taman sebagai satu aktiviti muhibbah. Bagi kaum wanita pula, mereka ditugaskan untuk memasak rendang dan jamuan makan malam. Untuk tahun ini, aktiviti ini disekalikan dengan majlis Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk yang berlangsung pada sebelah malam.
Membakar Lemang
Pabila malam menjelang, proses membakar lemang bermula, iaitu kira-kira pukul 8.00 malam.
Abang berbaju merah itulah ketua chef membakar lemang. Pegang bara pakai tangan...selamba jer...
Si baju kuning tu tukang sibuk aje
Pendaftaran
Dalam pada masa yang sama dibawah khemah bersebelahan tempat membakar lemang, proses pendaftaran ahli persatuan sedang rancak berjalan. Seorang demi seorang ahli mendaftar kedatangan mereka sambil mengambil nombor untuk cabutan bertuah.
Proses pendaftaran kedatangan. Sungguh bergaya petugas pendaftaran pada malam itu.
Hadiah2 cabutan bertuah...tapi aku tidak bertuah malam itu
Sebanyak 40 hadiah cabutan bertuah disediakan untuk seramai 77 ahli berdaftar di taman ini. Taman Rasa Indah hanyalah sebuah taman perumahan kecil yang mempunyai 87 buah rumah dan 17 buah rumah kedai. Walaupun kecil tetapi cukup lengkap kemudahan di kelilingnya yang hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke sekolah, masjid, stesen komuter, klinik kesihatan dan kedai yang lengkap seperti kedai runcit, restoren, peralatan elektrik dan bengkel. Pekan Rasa yang lebih lengkap frasarananya pula tidak sampai 200 meter jaraknya.
Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Rasa Indah
Majlis Mesyuarat Agung bermula kira-kira jam 9.00 malam setelah kehadiran tetamu jemputan kami iaitu Ahli DUN Kuala Kubu Baru. Pengerusi persatuan kami yang segak bergaya memulakan program pada malam itu.
Tuan pengerusi kami bergaya mengalahkan YB Lee (berdiri...gambar kanan)
Setelah YB Lee Kee Hiong memberi ucapan, beliau pun merasmikan majlis Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Rasa Indah. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan tamat kira-kira jam 10.00 malam. Kini ahli AJK baru sudah di lantik dan nampaknya Tuan pengerusi masih kekal memerintah untuk satu penggal lagi. Hampir keseluruhan AJK dikekalkan temasuklah aku.
Aktiviti seterusnya adalah cabutan bertuah yang dilihat tuahnya banyak memihak kepada kaum wanita dan majlis diakhiri dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh kaum ibu.
Masing2 kusyuk mendengar ucapan dari Tuan Pengerusi dan YB Lee
Bermula sahaja mesyuarat...tiada lagi gambar yang dapat ku ambil kerana sibuk terlibat dengan aktiviti mesyuarat sehinggalah ke penutupnya. Lemang yang di bakar juga masih belum masak lagi... Memang ianya bukan untuk hidangan pada malam itu. Ianya adalah untuk hidangan di program keesokan harinya.
Sambil menanti lemang masak, sesama penduduk taman menjamu selera sambil bersembang dan beramah mesra sebagai aktiviti bebas untuk mengeratkan perpaduan sesama penduduk taman yang berbilang kaum.
Lemang oh...lemang, kenapa engkau lambat masak?
Apa pula program keesokan hari? Ikuti sambungannya...di SINI
Hari kedua : Hari Keluarga Taman Rasa Indah
Admin...
74 comments - "Mencari Buluh Dan Membakar Lemang - Taman Rasa Indah"
Muafakat membawa berkat...seronok tgk...:-)
Sedapnya la lemang...fresh smua....
makan ramai2 mcm tu,semuanya terasa sedap...dah tak ramai yg mengamalkan amalan gotong royong mcm tu...
lamanya tak makan lemang... gotong royong bakar lemang memang terbaik !!
Kalaulah sy ada bersama pasti lebih meriah lagi kan BM? jadi tukang bakar lemang dan snap gambar..haha
muafakat membawa berkat hehe
bestnya dapat berkumpul & bekerjasama ramai2.. :)
Syukur ada setiausaha yang cemerlang . Kerja yang amat gemilang. Sukar untuk mendapatkan dan mengatasi kewibawaan begitu. Tahniah
Tahniah kerana kemantapan setiausaha dan ajk majlis menjadi cemerlang dan gemilang
agak-agak ade jumpa tak buluh perindu?huhu
bersemangat betol ye pduduk tman tu =) dulu program bersama plkn..skrang ada program lagi..memang aktif penduduk disitu..gmbar makanan dan kaum ibu je takde..mmg ptt dicontohi program2 mcm ni..dpat eratkn silaturrahim
Memang bersemangat.. semoga berkekalan menjalankan aktiviti seperti itu.. :D
Wah seronok mcm ni saudara BM.. sy dah lama x berpeluang masuk hutan ni.. last raya je dpt main dgn api & asap bakar lemang... mmg best lah aktiviti mcm tu :)
wadub ternyata lemang disukai
wah pasti enak ya
wah djual berapaan tuh kalau di malaysia
minta tipsnya!!!!
makasih ya infonya .
mantap bener gan
wah menunya apa saja
waduh pengen bikin lemang
betul betul banget ya
bagus betul.. boleh merapatkan silaturrahim sesama jiran tetangga..
super mantap
wah mantap surantap
mantap bener ..
wah keren masak lemang
keren abiss deh gan
Serious, suka terlibat dalam program-program macam ini. Lagi ramai, lagi seronok!
Taman kecik lagi mudah nak membuat persepakatan. Cuma jgn sampai ada tergelincir sikit pun - bahaya sebab komuniti sikit. Seronok kakak tengok. Paling best cari buluh & daun pisang buat lemang tu adventure betul:)
bestnya... masak lemang lagi...
Satu aktiviti yang sihat dan memberi faedah juga mengeratkan lagi ukhuwah sesama dalam komuniti walaupun kecil atau pun besar...
Seronoknya tgk komuniti di sana. Sekali dulu naik Bkt Fraser, lalu kat Kuala Kubu Baru. Mesti lalu Taman Rasa. Kawasan yang sunyi, tenang, damai aja.
Lemang tu memang sedap! fresh... hasil tangan sendiri
Bergotong royong memang seronok...xbiasa2 aje pun sedap jadinya :)
Dapat lemang bukan di hari raya lagi best! Cubalah...
Kalau Mieza ada memang meriahlah dan alamatnya rentung lemang tu...hehe
Ya...memang best! Tapi xsanggup buat selalu...letihhhh
Alamak!...tuan pengerusi dah bersuara.
Tak nak buluh perindu...cuma mengharap jumpa puteri buluh betung aje...hehe
Bukan aktif sangat. Cuma kali ini masa mengizinkan. Mesyuarat wajib dibuat...jadi perlu ada aktiviti buat penarik dan penambah kemeriahan.
Insyaallah...selagi ianya mendapat sambutan, aktiviti akan diteruskan.
Buat aktiviti sebegini di luar suasana hari raya pun menyeronokkan juga. Memang best...tambahan pula bersama dgn rakan2 sejiran yg sekepala....Cubalah!
Itulah matlamat/objektif utama...tanpa aktiviti sebegini, memang sukar utk bertemu mesra beramai2.
Memang benar sekali...lagi ramai lagi seronok, apatah lagi berbilang bangsa. Terasa keharmoniannya.
Betul kata akak, di mana2 komuniti mesti ada api dalam sekam. Cuma di tempat kami hanya ada seorang dua dan boleh di kawal. Memang adventure, seronok dan meletihkan...tak hilang hingga kehari ini.
Makan lemang buatan sendiri di luar musim perayaan memang best. Apatah lagi bergotong royong...xsedap pun jadi sedap
Aktiviti perlu bagi menjalinkan kemesraan dan ikatan agar hidup bersatu padu dan harmoni. Tanpa sebarang aktiviti kemasyarakatan...sesebuah komuniti terasa sepi dan pentingkan diri sendiri.
Yes! Itulah lokasi yang mendamaikan menjadi tempat tinggal saya ketika ini. Sehingga ke hari ini saya amat menyukainya...
bestnya semangat kejiranan kawasan perumahan BM..banyak aktiviti..mesti meriah kan malam tu. BM antara yang bertuah dengan cabutan bertuah tu tak?
lama xmerasa gotong royong pi masuk hutan cari kayu atau cari buluh
baru tahu ada hutan buluh . kat mana yer ...
thanks atas teguran tuh . saya dah tukar font color utk memudahkan sahabat2 saya membacanya ...
wah beznye
dpt menikmati keindahan alam semula jadi ni
Malam yang meriah, tapi esoknya pun meriah juga. Tapi saya sentiasa tidak bertuah bila ada cabutan bertuah...huhu
Sesekali bila ada aktiviti boleh la...kalau saja2 memang xkan jadi punya...
Di sebelah hulu selangor ni masih banyak lagi hutan pokok buluhnya.
Memang bersama alam semulajadi...xboleh teroka sangat, miang! hehe
Semuanya adalah hasil dari kepimpinan yg berwibawa tuan pengerusi juga!
banyaknya pokok buluh kat situ ya BM.. aktiviti kemasyarakatan begini memang elok diadakan setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan silraturrahim sesama penduduk..
sedapnyer makan lemamg..meriah betul majlis ni...
Gotong rotonglah ni yeh.....commited yeh penduduk taman awak tu BM..... kalau anak awak kawen sok mmg senang le....hehe...
Awak jadi apa BM ? Photographer ke?....
Masa raya baru ni ada orang bagi lemang pandan kat our family..first time makan, tapi memang sedap..next year you boleh try BM..I think dia orang guna pandan aand sedikit gula kot..
Meriahnya. Buluh tu ambik di mana BM?
Hutan buluh...sudah tentu hanya pokok buluh yg bermaharajalela...hehe
Buat masa ini sudah masuk tahun ke 3 aktiviti muhibbah ini diadakan. Semoga ianya kekal berterusan.
Lebih sedap lagi bila ianya disediakan dan dibakar dengan hasil kerjasama bersama.. :)
Saya biasalah...jadi tukang sibuk aje. Kalau gambar saya xde...faham2 ajelah ye, hehe
Menarik idea tu. Saya pun pernah dengar tapi belum pernah rasa...mungkin boleh cuba next time...
Buluh tu diambil dihutan sebelah kiri jalan selepas jambatan sungai menghala ke Bukit Beruntung dari Pekan Rasa..
wah...meriah sungguh. ingatkan cari buluh lemang utk raya haji.
Moga dengan aktiviti sebegini, hubungan silaturrahim antara jiran makin akrab.
Memang misi yang mencabar untuk mencari dan menyediakan buluh-buluh lemang.
Makan memang sedap . Bagus kejiranan tempat BM tinggal, erat hubungannya.
Itulah matlamat kami...mengeratkan kemesraan dan silaturahim serta perpaduan antara penduduk.
Bila ianya dibuat sendiri...xsedap pun jadi sedap hehe...
Terima kasih berkunjung kesini. :)
Wah muafakat sungguh kan, best tu
gotong royong hingga cari buluh dan daun pisang...terbaik..
kat taman saya dulu, kami main upah katerer saja, haha...pemaleh sungguh!
seronoknyer buat kerja sama2 mcm ni !
Seronoknya.... besar majlis ni
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”