بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

bersyukur dan terima kasih
Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah kerana masih dapat menikmati hari yang indah ini. Syukur kerana masih ada yang sayang. Adakah sukar untuk anda untuk melafazkan rasa bersyukur? Ya...bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan yang anda miliki. Berterima kasih dengan nikmat dan derita yang diberi. 

Mungkin kadang kala kita tidak perasan akan segala nikmat dan pemberian yang diterima. Kita lupa dalam kesenangan dan buta dalam kemewahan.

Kita lupa kepada mereka yang sering membantu kita semasa kita di dalam kesusahan. Kita terlepas pandang mereka yang yang sering menemani tatkala kita kedukaan. Kita mengabaikan mereka yang menghulur tenaga, harta dan keringat untuk mengangkat tatkala kita jatuh

bersyukur dan terima kasih

Pabila kita sudah berada di puncak, kita terlupa memandang kebawah. Ketika kita di ulit mimpi indah, kita tidak sedar yang satu ketika pasti kita akan terjaga.

Bersama kita renungkan kisah ini....

Lupa diri Merana Sendiri
Di suatu ketika ada seorang gadis buta yang amat membenci dirinya sendiri. Baginya, buta itu satu sumpahan dan kehinaan buat dirinya sehingga dia membenci semua orang di sekelilingnya kecuali seorang lelaki yang amat memahami dan menyayangi dirinya iaitu kekasih hatinya.

Kekasihnya sentiasa berada disampingnya untuk menemani dan menghiburkan hatinya yang duka. Kerana sifat dan kasih sayang lelaki itu padanya, maka dia sanggup menikahi lelaki tersebut dengan syarat dia dapat melihat dunia.

bersyukur dan terima kasihbersyukur dan terima kasih

Berdoalah mereka kepada yang Esa. Dan... pada suatu hari, termakbullah. Gembiranya mereka apabila ada seseorang yang ikhlas hati ingin menderma sepasang mata kepada gadis itu. Setelah selesai pembedahan, maka gadis tersebut dapatlah melihat dunia ini. Sudah tentu hatinya sangat gembira dan orang pertama yang ingin dia lihat pastilah kekasih hatinya.

Alangkah terkejutnya apabila dia melihat bahawa kekasihnya itu sebenarnya buta sepertinya dulu! Ketika itu bertanyalah kekasihnya itu kepadanya, ”Sayaaaang, sekarang sayang sudah dapat melihat dunia. Apakah sudi sayang menikah denganku?” 

bersyukur dan terima kasihbersyukur dan terima kasihbersyukur dan terima kasih

Kini gadis terdiam seketika. Dia tidak dapat menerima yang dia akan menikah dengan seorang lelaki buta. Dengan hampanya, gadis itu menolak lamaran kekasihnya itu. Kekurangan kekasihnya itu telah melupakan dia akan kesetiaan dan ketabahan lelaki tersebut yang sanggup bersamanya selama ini. Baginya lelaki itu pendusta kerana tidak berterus terang akan keadaan fizikalnya. 

bersyukur dan terima kasihLelaki itu sungguh kecewa, terluka dan teramat sedih tidak terkata lalu pergi membawa diri. Sebelum dia melangkah pergi, dia telah menuliskan satu nota ringkas kepada si gadis kekasih hatinya,

“Sayangku, pergiku tidak kembali... tolonglah jaga baik-baik sepasang mata yang telah aku berikan kepadamu.”

Si gadis hanya mampu menangis sekuat-kuat hatinya....


Jangan Lupa Bersyukur Dan Berterima Kasih
Hargailah setiap orang disekelilingmu. Jangan terleka dan terbuai hingga terlupa mereka yang sebelum ini yang setia membantu. Jangan dipinggirkan kerana adanya perbezaan. Kenangilah dan bantulah mereka yang memerlukan. Jangan sampai nanti menyesal di kemudian hari.

bersyukur dan terima kasihIngatlah! Segalanya adalah pinjaman, tiada satu pun hak milik kita dan kekal abadi selamanya. Murahkanlah pengucapan bersyukur dan berterima kasih.

Bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan. Berterima kasih juga dengan kekurangan yang diberi. Setiap darinya pasti ada hikmah yang hanya Allah SWT yang mengetahui. Hanya kepadanyalah kita berserah. Semoga kita menjadi insan yang tidak lupa dan sentiasa bersyukur dan berterima kasih.

Alhamdulillah....





Terima kasih bersama Relaks Minda..."Ingatlah...roda itu bulat dan ianya akan berpusing"

Admin...

33 comments - "Lupa Syukur & Terima Kasih "

OKje delete icon 9:33 PG

Insyaallah selagi waras, akan sentiasa bersyukur dengan nikmat dan ujian Allah. Moga diberikan kekuatan untuk itu


Ya Allah, sedihnya. Teringat klip video Korea sebijik cam kisah di atas. Lelaki tu buta sbb dermakan mata pd kekasih hati dia. Huhu. Moga kita sentiasa bersyukur...

Unknown delete icon 9:51 PG

Alhamdulillah... masih hidup hari ini..

nikmat yang allah bagi tak terhitung, nikmat berada di samping orang tersayang juga kita tak boleh nak kira..Alhamdulillah untuk segalanya..

alhamdulilah acik berterima kasih kepada orang yang berada di sekeliling acik dan orang yang selalu support acik ..kisah ini pernah acik baca :) thanks sharing BM

Fais-SKA delete icon 10:58 PG

Alhamdulillah..bersyukur dgn apa yg Allah berikan selama ni, hm kisah sdih dan pnuh pngajaran..bila dibawah kita sedih..bila diatas kita sombong pula..xptt rasa dn jd cmtu..ape pun bersyukurlh dgn apa yg ada..inshaa'Allah lebih diberkati..

ucap lah Alhamdulillah.. syukur kita kepada Allah.. (hehe nyanyi lagu kumpulan raihan)

jgn bandingkan diri dan keadaan kita dgn mereka yg 'diatas'..tp bandingkan dgn mereka yg lbh tidak bernasib baik dari kita...

Zawiah delete icon 12:10 PTG

bersyukur ke hadrat ilahi bila tetiba ada org disekeliling saya telah berubah menjadi lebih perihatin dan sporting pada syawal yg mulia lepas . saya juga sudah menyaksikan org yg rodanya berada di atas dengan sedikit keangkuhan tetiba Allah turunkan rodanya ke bawah dan cuba bangkit dengan seribu kepayahan tapi masih tdk menginsafi diri ... subhanallah

mselim3 delete icon 12:39 PTG

Assalammualaikum...BM,

Suka mselim3 baca entry nie.. penuh dengan mesej tersendiri yang penuh makna. "Adakah kasih sayang mudah berubah setelah segala pengorbanan dicurahkan"....

mselim3

pls: Pandangan mata selalu tersalah, pandangan hati itu hakiki kalau hati itu bersih...

Mizz Aiza delete icon 12:58 PTG

sedih aiza membaca kisah ini.. betul tu, hargailah orang yang disayangi sekeliling kita, mereka yang sanggup bersama kita di saat susah dan senang.. hidup kitakan untuk saling lengkap-melengkapi..

Teringat kisah pemuda dari negara China yg telah berhijrah ke S'pore lupa ibu yg membesarkan dan tanpa sedar org yg menderma organ adalah ibunya sendiri yg dibenci dan dilupakan. Lebih kurang kisah ini - insan yg tak tahu bersyukur dan berterima kasih..

Moga mata dan matahati kita tak buta...

Khir Khalid delete icon 2:49 PTG

Mendalam maksud cerita ini.. Allah lebih mengetahui kebaikan setiap kurniaan pada hambaNya.. moga kita tergolong di kalangan org2 bersyukurlah.

Tanpa Nama delete icon 3:34 PTG

alahai sedihnyer citer ni..banyak pengajaran di sebaliknyer..moga kita di jauhkan sifat sebegini..

yayang delete icon 3:36 PTG

I never forget

serini delete icon 3:40 PTG

alwayss donk

diani delete icon 3:40 PTG

subhanalloh

Unknown delete icon 3:51 PTG

alhamdulillah..syukur apa yang diberikan sekarng..

sedih pula baca cerita di atas ni..

bersyukurlah dengan yang sedia ada sekarang, dan belajar lah menghargai...

Unknown delete icon 3:54 PTG

alhamdulillah..syukur apa yang diberikan sekarng..

sedih pula baca cerita di atas ni..

Unknown delete icon 5:12 PTG

Alhamdulillah dapat pengajaran dari story yang menarik.....
semoga kita tak tergolong dalam kategori yang riak

Aimacomel delete icon 5:25 PTG

Terima kasih sbb selalu ingatkan kita,

ANIM delete icon 6:01 PTG

BM, kak Anim pun pernah publish cerita yg sama di sini
http://bicaraneem.blogspot.com/2011/11/hidup-adalah-anugerah.html

syukur kerana nikmat Allah yang tak terhingga hingga saat ini
terima kasih kerana hidup adalah anugerah

Unknown delete icon 6:30 PTG

sedihla kisah tu BM
x sangka pemberian mata tu dari sang si buah hati
malangnya dia telah pg dahulu

alhamdulillah...moga diri ini sentiasa mengungkap rasa syukur pdNya

Blog Santai delete icon 9:09 PTG

Speechless..Takut lupa diri bila diuji..Syukur dengan apa yang ada...

Unknown delete icon 9:28 PTG

Syukur Alhamdulillah atas apa yang Allah anugerahkan..atas segala nikmatNya..

pernah tengok video ni:)memang sad ending..isk--isk..Menghargai dan mensyukuri sesuatu setelah kita kehilangannya memang sangat menyakitkan.Usahakan supaya kita dapat sentiasa bersyukur dan menghargai semua yang kita ada..tq BM,gud sharing!

Assalamualaikum. salam perkenalan. kadang tu kita alpa. moga ada yang sudi memberi peringatan agar terus beristiqomah ke jalan yang benar. insyallah. nice entri :)

Unknown delete icon 3:13 PTG

Sedihnya cerita ni.. sanggup dia buat mcm tu..teringat kt Mr.K.. Walau susah atau senang..dia sntiasa dihati..dan kehadirannya amat dihargai..

RIZZNA delete icon 7:38 PTG

Allah.......sukarnya utk mengerti. kenapa fizikal mnjadi bukti cinta sejati.

CiM bersyukur, walau di paksa menikahi ssorg yg tdk dikenali, tp....CiM percaya dgn pilihan keluarga dan ketentuan Yang Maha Esa. terima dgn hati terbuka, krn pasti itu yg ditentukan utk kita. kini,nusia pernikahan kami sdg lbh 11thn. Alhamdulillah....

Tanpa Nama delete icon 1:46 PTG

betul tu, tq atas ingatan ini, syukur atas dugaan sakit yg diturunkan dan terima kasih kerana mendoakan kesembuhan KA yer

Kisah yang menyentuh kolam nurani. Berkocak air iman membaca kisah ini.

Cerita gadis buta di atas sangat menyentuh jiwa...terima kasih berkongsi.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap