Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kembali lagi dalam episod menunaikan permintaan anda. Terima kasih kerana masih bersabar. Bukan mudah untuk membuat entri-entri ini, banyak rujukan dan perlu berfikir panjang dalam memberikan jawapan terbaik dari permintaan anda di Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda. Mungkin anda sudah lupa...tapi saya tidak sama sekali dalam memenuhi impian anda.
Tidak perlu membuang masa, anda ikuti permintaan-permintaan yang di tunaikan pada episod kali ini.
1. Mahukan follower ramai dan setia - Yang Baik Ishak
BM - Bagaimana nak bantu ni, follower saya pun tak ramai...huhu. Tapi bagi sayalah, yang paling mudah dan berkesan untuk mendapat follower adalah dengan menganjurkan atau menyertai Segmen atau GA. Selain dari itu teknik lama yang biasa di gunakan, Buat komen ini..."I follow U...U follow I balik" Tapi kedua-dua cara ini biasanya berkesan untuk kuantiti tetapi anda tidak mendapatkan ramai follower yang berkualiti dan setia.
Untuk mendapatkan follower setia adalah melalui keikhlasan dan minat mereka terhadap blog anda. Jika blog anda mempunyai tarikan dan bermanfaat buat mereka, pasti mereka akan setia menjadi follower blog anda. Selain dari itu keramahan dan personaliti anda juga memainkan peranan penting dalam menarik minat follower. Kerajinan anda melakukan blogwalking dan memberi komen bernas dan berkualiti pasti menarik minat mereka untuk membalas kunjungan anda.
Anda mesti berdisiplin, bersabar dan beretika dalam melakukan semua ini. Hanya dengan keikhlasan untuk bersahabat dan dibantu pula dengan blog yang menarik dan entri yang berkualiti serta bermanfaat, pasti akan memberikan follower yang ramai dan setia buat anda!
2. Minta pendapat, kalau follow tapi tak follow balik - Amanina Mads
BM - Anda perlu tanya diri anda sendiri dulu; Anda follow blog tersebut untuk apa? Apakah tujuan seseorang follow sesebuah blog? dan Fahami juga apakah tujuan widget follower itu di wujudkan? Jika anda follow hanya mengharapkan untuk beliau follow anda balik...anda silap! Jika itulah cara untuk anda menambahkan follower...anda silap! Jika mendapat follower yang ramai adalah matlamat anda...anda perlu berubah!
Anda perlu faham tujuan asal widget tersebut diwujudkan. Jika anda follow bermakna anda berminat dengan blog tersebut dan ianya tersenarai dalam reading list anda. Ianya untuk kemudahan anda mengetahui entri terbaru blog tersebut. Jika anda follow sesebuah blog bukan kerana mahukan apa-apa, hanya untuk kemudahan anda mengikuti entri terbaru blog tersebut, oleh itu kenapa salahkan mereka tidak follow anda balik.
Namun realitinya kini. follower widget sudah disalah ertikan. Follower bagaikan menunjukkan populariti sesebuah blog...maka fungsi asalnya telah disalah gunakan. Mungkin ada kebenarannya tapi ianya bukanlah perlu dilakukan secara paksaan atau terpaksa, ianya mestilah dengan kerelaan hati diatas sebab-sebab tertentu. Memaksa seseorang follow sama ada melalui segmen dan GA atau sebagainya adalah sesuatu yang tidak wajar. Anda juga mungkin telah terpengaruh dengan budaya dan pandangan yang salah ini.
Kesan darinya, anda dapat lihat banyak blog yang followernya begitu ramai tetapi trafik dari unique visitor (UV) terlalu sedikit. Yang follower ramai-ramai dan ribu2 tu... follow untuk apa kalau tak datang pun jengok blog!? Sama seperti anda... follow, tapi adakah anda melihat entri2 terbaru mereka? Bagaimana pula dengan saya, follower baru 300+ tetapi UV melebihi 1K? Yang mana lebih bermakna dan penting buat anda? Anda fikirlah sendiri dan buat penilaian sendiri...
Oleh itu nasihat saya, janganlah fikirkan mengenai follower, follow tak follow... Yang lebih bermakna, anda perlu nikmati nikmat blogging. Hasilkan perkongsian yang berkualiti, menarik dan bermanfaat. Lakukan blogwalking dengan ikhlas demi menjalinkan persahabatan. Insyaallah...follower anda akan datang dengan sendiri dan mereka cukup setia sentiasa menyokong anda.
Followlah blog yang anda suka dan ingin kunjungi, tetapi bukan mengharap mereka follow anda semula... Dengan niat baik dan keikhlasan, jalinan itu pasti akan datang dengan sendirinya.
Followlah blog yang anda suka dan ingin kunjungi, tetapi bukan mengharap mereka follow anda semula... Dengan niat baik dan keikhlasan, jalinan itu pasti akan datang dengan sendirinya.
(Ianya hanyalah pandangan peribadi, ambil positif ya)
3. Minta BM buat gathering - Zana Fahmi dan Ummiarissa
BM - Oh...sukarnya permintaan ini. Memang seronok sangat rasanya dapat buat gathering sesama blogger. Pasti kita semua dapat berkenalan dan bersua muka yang selama ini terselindung disebalik nukilan dan template blog. Oleh kerana sebab perlu bersua mukalah maka ianya amat sukar untuk saya lakukan melainkan gathering tersebut di lakukan secara tertutup tanpa kamera dan handphone...hehehe Buleh? Kalau ramai yang setuju, saya boleh buat gathering! Hahaha....jangan marah ye :))
Susah untuk buat gathering, perlukan perancangan yang teliti, teratur dan perlukan tarikh, masa, tempat dan kos yang sesuai agar dapat memenuhi dan kehendak semua oang...Memang saya tak ada masa untuk melakukan itu semua. Apa kata kita minta Kakzakie atau OKje yang buat...(saya setujuuuu!)
4. Teknik untuk kekalkan dan tarik pembaca - baby comel
BM - Anda bacalah permintaan baby comel ini...sangat mengharukan saya :
"Harap dapat belajar dr BM camne nk kekalkan pembaca dan peng'google' utk terus ke blog ni. My mum adalah penggoogle setia blog relaks minda (walaupun beliau takde blog). Beliau suka jenguk blog ni untuk ambil idea especially pasal bahan kitar semula. Pernah tanya mak, camne dan k3napa suka jenguk blog ni, mak cakap best... seee, u r too good la incik BM, sedangkan blog anak dia sendiri pun dia cakap tak best. Hahahhaha,..harP dapat belajar dr blog relaks minda how to tackle people utk interest dgn kita punya blog."
Anda boleh lihat komen asalnya di SINI
Tiada teknik khusus sebenarnya. Ianya bergantung kepada topik dan entri anda. Terus terang saya katakan, isi kandungan blog ini cukup ramai yang copy and paste. Anda boleh lihat entri saya berada di banyak blog lain. Setiap bulan tidak kurang 3K ~ 4K kandungan dalam blog ini di copy. Anda boleh lihat melalui website INI. Kenapa mereka copy and paste? Ya...kerana topik dan kandungan entri tersebut merupakan carian semasa yang tidak putus-putus mendapat kunjungan sepanjang masa.
Sebenarnya yang ingin saya tekankan disini, anda mesti menghasilkan artikel yang menjadi rujukan dan bahan bacaan ramai yang menjadi carian sepanjang masa. Ianya bukan sekadar kisah peribadi atau semestinya berita hangat semasa. Teruskan bereksperimen kerana kadangkala ianya bergantung pada tuah/rezeki. Jika anda berusaha dan terus mencuba, pasti akan berjaya juga akhirnya.
Artikel anda mestilah asli dan diolah sebaiknya mengikut teknik SEO serta tampak seperti hak sendiri walaupun sebahagian daripadanya andalah copy. Lakukan entri tersebut secara berepisod atau berkait. Akhirnya...enjin carian akan menjadikan blog anda sebagai rujukan utama bagi topik tersebut dan sentiasa tersenarai didalam keyword carian utama untuk topik tersebut dan yang sewaktu dengannya.
Salam buat ibu anda dan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga dari saya :)
Artikel anda mestilah asli dan diolah sebaiknya mengikut teknik SEO serta tampak seperti hak sendiri walaupun sebahagian daripadanya andalah copy. Lakukan entri tersebut secara berepisod atau berkait. Akhirnya...enjin carian akan menjadikan blog anda sebagai rujukan utama bagi topik tersebut dan sentiasa tersenarai didalam keyword carian utama untuk topik tersebut dan yang sewaktu dengannya.
Salam buat ibu anda dan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga dari saya :)
JIN - "Apa susah...umpan ajer pembaca tu, siapa singgah dan tulis komen...bagi hadiah, gerenti kekal dan sayang sama anda!"
5. Hendak mendalami ilmu blogging - Kisah Si Dairy
BM - Untuk mendalami ilmu blogging tidak susah sebenarnya. Yang penting anda perlulah ada masa, minat, rajin dan sentiasa mencuba. Oleh kerana saya bukan seorang yang mahir dan layak untuk memberi tunjuk ajar maka anda cuba perolehinya dari blogger2 ternama seperti Denaihati. Kujie2, Panduan Blogger dan lain-lain lagi. Mereka ini tidak lokek ilmu dalam memberi pelbagai tutorial untuk anda mendalami ilmu blogging. Malah Denaihati ada menganjurkan seminar untuk anda mempelajari ilmu blogging ini.
Setiap ilmu yang anda dapat, cuba praktikkan...dan lihatlah kesannya. Anda juga mesti mempunyai matlamat dan target kerana hanya dengannya anda akan bersemangat dan memacu diri anda untuk berusaha mencapainya.
JIN - "Mana boleh dalam-dalam nanti lemas tenggelam..."
JIN - "Mana boleh dalam-dalam nanti lemas tenggelam..."
6. Minta Review Blog sendiri - Fizi Zaidi.
BM - Permintaan anda memang pelik...Mana ada orang review blog sendiri, itu maknanya syok sendiri...mestilah semuanya bagus dan terbaik le brader...hehe. Andalah buat review, baru betul. Jika untuk mengenali Blog ini, anda boleh ke page tab : About Me & Contact.
Terima kasih kepada anda semua yang telah menyertai Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda. Semoga permintaan anda telah tertunai...saya hanya cuba memberi yang terbaik. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat dan terhibur.
Kini hanya tinggal 3 permintaan yang terakhir. Kesemuanya meminta sebuah entri...Insyaalllah, saya akan cuba tunaikan permintaan 3 terakhir ini iaitu permintaan Tetamu Istimewa, SKA dan Hainum OKje dalam minggu ini.
p/s: belek-beleklah semula jika ada permintaan anda yang tertinggal ye...Ada yang bukan buat permintaan tapi lebih kepada ucapan, betulkan saya jika tersalah tafsir.
Admin...
62 comments - "Anda Minta, Saya Tunaikan - Episod 4"
kesian jin...x abis2 lagi rupanya prmntaan...hehe...
bab follower tu...ada yg belasan ,puluhan ribu...tp peratikan komen yg ditinggalkan..hanya seciput (kecuali Fatin Liyana)...yg follow bkn bermakna datang dan komen pada setiap entri,kan..
terima kasih.
akhirnya tertunai juga permintaan saya yang tidak seberapa...
nasihat yang amat berguna sekali... memang bukan senang nak senang wahai encik JIN.
Kita usaha Allah yang menentukan rezeki kita...salam blogging. Saya suka baca artikel anda.
hurmmm banyak dah persoalan yg BM dah tunaikan utk follower dia..
blogger yg mcm ni lah (Relax Minda) yg kita mahukan saling support mengsupport each other.. habis semua soklan & permintaan follower dia dah jawab =)
dalam hal diatas (bnyk sangat point susah ai nak komen 1 by 1).
Overall apa yg penting ikhlas.. kalau nak follow seseorang yg dah follow kita tu kena lah ikhlas, klau setakat nak meramaikan follower tp tak follow balik utk support blogger tu, baik jgn lah.. itu namanya 'i follow back coz u follow me' tak ikhlas namanya.. *peace* ;)
Heee.... kakak nak ketawa pun ada bila BM nak kakak dgn dinda OKje buat gahter-gather. Mana nak sorok muka kakak ni BM? Kalau gather-gather kita kena tempah topeng upin-ipin dulu baru boleh jadi penyambut tetamu..
Utk jin: Bestlah tuan awak ni. Walau dalam senyum kakak membaca banyak juga kakak menimba ilmu di sini tau Jin:)
Bagus juga, sekurang2nya ada idea utk meneruskan entri...hehe
Ya..itulah yg saya maksudkan, follow blog utk apa sebenarnya? Tapi masing2 ada pendapat tersendiri...terpulanglah
Terima kasih atas info yang diberikan. Kadang menulis blog ni, kalau tulis baik macam mana sekalipun, susah nak dapat trafik tinggi kalau tak kena caranya.
Terima kasih jua buat anda...semoga terus setia bersama Relaks Minda ya... :)
Betul tu...yang penting kenalah berusaha dulu, terima kasih MKL
Anda memberi komen pun sudah cukup menggembirakan saya. Thx Zaza.
Ya...berblogging ni perlukan keikhlasan dan keramahan. Tiada paksaan atau terpaksa... Enjoy blogging :)
Hahaha...Akak Upin saya Ipin, kelakarnya :) OKje bolehlah jadi Opah...hehehe
Kalaulah termakbul suatu hari nanti...pasti meriah!
Terima kasih Akak yg sudi dan setia bersama RM :)
Benar... tetapi perlulah terus berusaha dan mencuba kerana rezeki/tuah tidak akan datang dengan sendirinya :)
Wah.. bnyk juga permintaan yg tertunai.. tahniah saudara BM & abg jin. Sy tertarik yg bab ke 3 tu ttg gathering.. syok juga klu dpt buat mcm tu.. harap2 abg jin boleh bantu utk buat mcm tu.. sure seronok & boleh jadi satu pengalaman yg best tu.. Klu abg jin sanggup nak buat gathering tu, sy nak join tau BM.. Salam isnin.. semoga ceria selalu.. :)
terima kasih menjawab pertanyaan saya tu BM..ilmu blogger macam lah kita timba ilmu di sekolah..kena usaha keras..
hahaha.. macam2 hal la kan.. =)
Wahhh....BM dah jadik perunding sekrg. Bagus BM. Ini buktinya bhw usaha BM berhasil dan ilmu yg sangat bermanfaat dpt dikongsikan dgn baik. Tahniah BM atas usaha yg sgt hebat.
bernas jawapan yang diberikan oleh BM.. :D
kalo wat gathering ok gaks, leh kenal2 :)
gelak2 saya dibuat oleh si jin yang suka menyampuk hehehe...
Semua sekali ada lebih dari 40 permintaan... Berminat dgn gathering, huhu...Insyaallah. Salam ceria jua buat anda :)
Masih juga berminat dgn JIN saya ni...hehe. Cik akak kena cari JIN betino, barulah sesuai... Jgn lupa makan ubat ye, semoga cepat sembuh :)
Ilmu itu ada pelbagai cara utk mendapatkannya. Semoga sama2lah kita berusaha meningkatkan ilmu blogging. Dah pandai nanti jgn lupa share ye...
Memang macam2...kena turutkan juga... :)
Oh....tidak, bukan perunding...cuma menunaikan permintaan sahaja. Hanya beri yang termampu, yg baik jadikan teladan..yg buruk jadikanlah sempadan.
Terima kasih Aiza :)
hahaha boleh tak jin kerja di blog acik ..bagus betul jin nie.. pasal follower pula acik tak pernah fikirkan pun .. yang sudi follow alhamdulilah
Assalammualaikum... BM,
Terima kasih BM... ilmu yang bagus utk dipraktikkan .. moga usaha memberikan ilmu yang bermanfaat kepada semua blogger. Suka2..
mselim3
Saya akan menunggu permintaan itu ditunaikan. Saya tidak mengharapkan apa-apa, cuma mahu membaca pandangan daripada BM. Semoga berjaya.
Terima kasih sebab tunaikan permintaan peminat BM... akak tak banyak minta tapi banyak dapat.. ;) tq
comel je jwpn bm
aah kita bakor je!
Assalamualaikum....jaga jaga....mak dtg bawak minyak senyonyong....haha...
Habis jugak yeh permintaan mike mike yg kome dah tunaikan....hebat rupanya Aaron Aziz ni....hehe eleh kembang semangkuk lew tu orang puji...hehe
Sebenarnya best jugak bergather gather ni....tp ada BRAN ke kumbang hanya seekor nak berumpa dengan bunga yg dah layu ni hehe...tp wanginya masih ada ya!!!
Hehe...kena tunggu jawapan OKje pulak..
Jin tu memang macam tu...suka je menyampuk, bukan nak tolong tunaikankan pun...huhu
Dah ramai yg berkenan dgn Jin...hehe
Betul kata acik, kalau orang follow, kita hanya bersyukur sangat, cuma tak perlulah memaksa follow balik, tapi selalunya kita follow balik aje.. :)
Waalaikumsalam,
Semoga kita sama2 mendapat manfaat walaupun ianya hanya menunaikan permintaan orang lain. Terima kasih mselim3
Jangan memberi harapan terlalu tinggi ya...bukan bidang saya dalam membicarakan topik tersebut. Saya akan cuba yg termampu...
Ilmu yg sedikit dikongsi bersama, semoga sama2 mendapat manfaat :)
satu tips atau panduan yang menarik, mama setuju bab follower tu, pada mama.. follower banyak pun tak guna kalau yang dtg menyinggah blog kita tu seciput... itu hanya pada angka..
Haha!...nanti hantu kak limah pulak yg datang... :D
Terima kasih tuan BM sebab sudi ajar kita. Ok, faham dah. InsyaAllah nak belajar lagi apa yg Tuan BM cakap kat atas tu lagi2 tang SEO tu. Memang nak buat tu payah tapi insyaAllah tak nak putus asa. nak belajar dan fahamkan lagi. Terima kasih sekali lagi
Nasib baik tak patah kerusi ni...hehe, terlebih kembang!!
Elok check kat atas tu...komen Kakzakie. Apa nak kesah, kalau setakat Opah jer...hehehehehehe
Yang penting kita perlu nikmati nikmat keseronokan berbelog...menerbitkan entri dan menjalinkan persabatan, selebih dari itu...bersyukur kalau ramai yg sudi follow dan bertandang.
Teruskan usaha dan mencuba. Biar perlahan2 tapi berterusan...Insyaallah, berkat kesabaran, pasti akan berjaya jua akhirnya.
walaupun bukan permintaan kak yang ditunaikan, banyak ilmu yang kak tumpang baca dan perolehi :-)). tqvm..
Good job BM..semakin banyak dikongsi semakin banyak belajarkan...
Byk tul isi entri kali ni. Byk ilmu yg dikutip. Saya setuju kalau katakan follower itu tidak menjanjikan visitor yg ramai. Kalau entri kita lebih kepada gaya bahasa yg negatif dan meroyan aje, org malas nak jejak semula.
errmmm nampaknyer permintaan pertama bunda JIN tak sudi nak tunaikan...takper laaahhh. tkasih....huhu.. :(
he3..permintaan fizi tu bt ambe tersenyum =) tp btollah, kalau ibu ambe suka guna brang kitar semula..pasti blog ni jd rujukan..bnyk info dan contoh yg boleh diguna pakai..bab gathering tu mcm best..inshaa'Allah mgkin 1hr nnti
Alaaa...kakzakie sibuk laa...OkJe ok kot, dia takde kerja kan? hehe...alasan BM nak lari dari kita, taknak difoto eh?
Satu yg kakpb sedar, BM ni suka berblog orangnya....rajin balas komen dan blog walking. Biasanya kaum lelaki ni dia malas bw, baca2...tinggal gitu je. Agaknya laa...mungkin juga tak cukup masa nak ngadap blog seharian. Pasal follower yg minta difollow balik tu, kakpb pun tak setuju jika dipaksa atau ada rasa tak puas hati sekiranya kita follow, lps tu dia tak follow balik. Bagi kakpb bila kakpb follow satu2 blog tu, bukan minta dia follow balik. Sekadar inginkan persahabatan yang lebih erat melalui blog, ikhlas ni. Tak kisah kalau taknak follow balik.
Saya dah tunaikan , cuma Bunda tak lihat entri ini :
http://relakssminda.blogspot.com/2013/10/tertunai-sudah-permintaan-anda-episod-3.html
BM ni mmg rajin serba serbilah... tak macam KA , mood ada turun naik, tambah beban kerja office & dirumah lagi so mas utk blog tu ciput aje hehehe.. neway moga terus maju jaya, & tumpang gembira dgn kejayaan blog BM ni !
haha..gelak je fizi baca balik permintaan dulu..pelik..
hahah...pelik kan permintaan fizi...tp boleh dijadikan cabaran juga tu ..:)
thank's bro sebab layan kerenah fizi nie^^
entri no 2 memang terbaik sangat2...
Apa??? Sajalah tukan nak pekena OKje, nak suh OKje jadi Opah! hehe... tak molah ..... OKje nak jadi Kak Ros hehe ...
hehe .... kalau tak dapat jadi Kak Ros, Opah pun Opah le....boleh aje! huhu
walaweh..meriahnya blog BM ni dengan komentar readers yang setia.Tahniah! Saya ambil masa blogwalking ke sini kerana utamakan kewajipan yg hakiki dulu..heee, terima kasih BM krn permintaan sy pon dah ditunaikan.sy sgt menghargainya..
terima kasih byk2 BM.. mungkin nina terpengaruh dgn sesetengah follower yg mahukan nina follow mereka semua. Setakat ini, Alhamdulillah unique visitor mncecah 1k juga walaupun followers hanya 300 lebih. skrg tak risau lg. hehe ^____^
Kenapa saya berblog tapi tak kisah berapa followers yg ada? aiyaakk pelik..tpi sy kisah berapa pageview sy setiap hari..pasti nak kebabaomm..hehe..tp sy sorg je tahu..kuikiokui
bila jin nak tunaikan permintaan lg ni? ada aladin nak buat permintaan ni...hehehe :D
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”