Buah Pisang
Buah PisangMalaysia kaya dengan pelbagai jenis buah pisang. Terdapat lebih dari 14 jenis buah pisang yang boleh ditemui dan ditanam di negara ini.

Antaranya adalah buah pisang emas, berangan, kapas dan rastali yang ditanam untuk dimakan segar. Manakala jenis buah pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.

Pokok Pisang adalah nama umum yang diberikan pada tumbuhan berdaun besar, lebar dan memanjang dari suku Musaceae. Beberapa jenisnya menghasilkan buah dalam bentuk keadaan yang tersusun dalam tandan dengan kelompok-kelompok tersusun yang disebut sisir. Pokok Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar berasal dari Asia Tenggara.

Dalam istilah sains pula, pokok pisang tergolong dalam Order Zingerberalis, iaitu kumpulan keluarga Musaceae dan genus Musa. Genus Musa boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; Eumusa iaitu kumpulan yang boleh dimakan dan Phusocaulis, yang tidak boleh dimakan.

Buah PisangBuah Pisang

Hampir kesemua buah pisang memiliki kulit berwarna kuning ketika matang. Walaupun begitu, ada beberapa jenis buah pisang yang berwarna jingga, merah, hijau, ungu dan hampir hitam. 


Khasiat Buah Pisang

Pada umumnya buah pisang adalah sumber makanan yang berkhasiat. Ia mengandungi sumber tenaga (Karbohidrat) dan mineral terutamanya kalium. Kajian makmal pula menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20% dan gula 1%.

Buah PisangKetika buah pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66% sukrosa, 14% fraktosa, dan 20% glukosa. Pada amnya, buah pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Buah pisang ini sesuai untuk diet tapi kurang sesuai bagi mereka yang mengidap kencing manis.

Hampir kesemua buah pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Buah pisang mampu memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. 

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Maka tidak hairanlah jika buah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.

Antara Khasiat Buat Pisang :

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Buah PisangBuah Pisang

Semua jenis buah pisang dikategorikan sebagai berkhasiat. Apatah lagi ianya senang untuk dimakan dan dihadam khususnya untuk bayi yang berusia enam bulan dan ke atas. Ia juga tidak memberi kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam buah pisang adalah semula jadi.

Beberapa kajian lain mendapati masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan buah pisang. Anda boleh lihat banyak lagi akan khasiat buah pisang SINI

Buah Pisang


Pisang dan Islam

Tiada keraguan tentang khasiat buah pisang. Pisang adalah di antara buah-buahan yang di sebut didalam al-Quran Al-karim, sepertimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

”Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya. Dan naungan yang terbentang luas. Dan air yang sentiasa mengalir.”  (Surah Al-Waaqi’ah: Ayat 27-31)

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.


Admin...

44 comments - "Buah Pisang "

Unknown delete icon 12:47 PTG

buah pisang enak mkn gitu je...elok sgt tuk pencernaan...
menarik gambar pisang semua tuu..ahak

Wallahu a’lam

sitirohaida delete icon 1:05 PTG

Memang bagus buah pisang nie...

mama suka pisang, hihi.. pisang dalam gambar comel-comel belaka..
khasiat nya juga yang tinggi potasium amat baik untuk kesihatan kita

Fais-SKA delete icon 1:08 PTG

Buah pisang ni mmg terkenal dgn khasiatnya..selalu je tgok atlet luar ngra makan pisang ketika berehat sbntar..terutamanya atlet tennis..pisang goreng mmg sedap, nk2 pisang nangka..cepat je habis =)

Unknown delete icon 1:50 PTG

suka makan buah pisang..tapi x semua jenis la..:)

Sambil menghayati N3 ini tentang khasiat pisang sambil kakak menikmati gambar-gambar yg unik digubah dari pisang.. Pisang rastali dan pisang emas kakak suka.

Mula-mula tengok gambar berkali-kali! Comel betul pisang-pisang tu. Haha.

Khir Khalid delete icon 3:01 PTG

Perkongsian yg penuh ilmu, t kasih. Mmg sy suka makan pisang.. alhamdulillah. Gambar pisang tu comel2lah BM.. :)

Unknown delete icon 3:09 PTG

betul tu..mmg buah pisang byk khasiat..mak sedara akak selalu cakap kalau perut kosong takde apa sgt nak makan..makan pisang pon takpe..dia bagi energy kat kita..

Unknown delete icon 3:16 PTG

Suka makan pisang BM..terutama pisang nipah...sedap buat goreng pisang...selain berkhasiat pisang mengenyangkn kan..:)

Cumil2 pla pic pisang tu hehe

Mizz Aiza delete icon 3:21 PTG

aiza suka makan pisang berangan walaupun aiza tak suka berangan.. hehe.. p.s: suka tengok gubahan pisang tu.. sangat kreatif.. :D

suka pisang emas ngan pisang rastali...

Unknown delete icon 3:37 PTG

anak2 akak .. suka makan pisang.. :D

BinMuhammad delete icon 3:49 PTG

Sudah tentu...enak dimakan begitu sahaja, tapi tengok jenis juge.

BinMuhammad delete icon 3:53 PTG

Ya...memang byk khasiatnya utk tubuh badan

BinMuhammad delete icon 3:54 PTG

Main tenis berjam2...makan pisang paling cepat dapat beri tenaga semula.

BinMuhammad delete icon 3:55 PTG

Pisang restali memang sedap dan wangi baunya :)

BinMuhammad delete icon 3:56 PTG

Gambar memainkan peranan sebagai penyeri dlm sesuatu entri...

BinMuhammad delete icon 3:57 PTG

Terima kasih juga Khir :)

BinMuhammad delete icon 3:58 PTG

Ya, makanan terbaik sebagai alas perut.

BinMuhammad delete icon 3:59 PTG

Pisang nipah...mungkin disemenanjung lain namanya...

Pisang mmg kegemaran kami sefamily BM, klau biasa beli sesikat tu....kjap je abihnya...

Info yg bgos ni....gmba pun comey belaka....ada gak pic yg buat senyum kambing...eh2...kambing mkn pisang x?? Hehehe....

ANIM delete icon 4:39 PTG

balik johor..satu kemestian, mesti cari pisang tanduk:-))

p/s kena ubahlah " an apple a day makes the doctor away" ke "a banana a day...."

Unknown delete icon 4:59 PTG

Wah pertama kali masuk blog ni and jumpa maklumat yang berkaitan pisang. Bagus pulak tu maklumat yang disampaikan. Hoho

kalau kat negeri saya, pisang yang dah terlalu masak,akan dihiris nipis kemudian disalai atau jemur tempat panas sehingga warnanya menjadi kehitaman.Orang panggil pisang salai.BM pernah makan ke..?

OKje delete icon 5:57 PTG

Dahsyat pisang zaman ni yeh....adegan ranjang pun ada hehe...malu opah!

OKje delete icon 6:00 PTG

Pisang Tanduk lagi best!

suka makan semua jenis pisang....best dan berkhasiat..salam blogging.

Tanpa Nama delete icon 8:59 PTG

comel pulak bila di bentuk macam tu yer?paling suka makan kolak pisang...

Blog Santai delete icon 10:44 PTG

Pisang ni banyak kelebihan tapi selalu di anaktirikan oleh rakyat malaysia..kesian dia..

sobri yaacob delete icon 10:44 PTG

baru dpt tahu fakta baru.. 2 biji pisang boleh membkal 90 minit tnaga utk bsenam.. bgus tu.. memng bgus mkn pisang pagi2 sblm p workup :)

lynmunir delete icon 11:12 PTG

Peminat jemput-jemput pisang.

Setiap kali acara meremtas desa kt sekolah, mmg pisang la cikgu2 berebut nak sponsor. Senang dan berkhasiat. Comel2 ja pisang kat rumah BM tu. Kreatif dorang neh.

kakiblog delete icon 2:00 PG

makan pisang menyebabkan mata saya cepat mengantuk ..kesan segera kepada otak

Cik Tieka delete icon 6:27 PG

kalau mkn pisang, benda yg sy fikir ialah...confirm dpt tenaga dn wajah jd sihat! :D

kalau yg mengidap diabetis,elakkan pisang samada yg mentah atau yg digoreng...

akak suka pisang abu dan pisang nangka...

Dulu2 mak rajinlah buat, masa tu pisang xlaku macam sekarang :)

suri delete icon 3:35 PTG

salam..

bila buah pisang tu tidur nampak romatik pula heee..boleh bagi satu.padahal saya baru sahaja selesai makan goreng pisang.

goreng pisang banyak manfaatnya salah satu untuk lajukan kita ke tandas hii..

selamat hari jumaat

Unknown delete icon 11:03 PG

wah uncle....entri pisang ye.....patut lah komen entri cik akak...hahaha...

Pisang ini budaya Malaysia....
Tanaman indah untuk kita....
Bersama-sama kita bangga....
Kerana Malaysia Aman sentosa...hahaha...lantak je cik akak berpantun..hahaha...yang penting aura hujungnya sama...hahaha

Bunda_nora delete icon 12:02 PTG

Assalam, 1st bunda tertarik sangat dengan gambar2 buah pisang tu...siapalah yang kreatif sangat tu...

Pasal itu lah ramai yang suka bersedekah pisang kat masjid...

hebat buah pisang juga ada disbeut dalam al-Quran

Kreatifnya orang yang menjelmakan sesuatu dengan pisang itu. Ya, Malaysia kaya dnegan pisang dan pisang amat kaya dengan khasiat.

Unknown delete icon 1:23 PTG

Kehidupan harian sy byk ditemani pisang..malah kadang2 xsempat nk makan nasi, mkn pisang sajalh bila lapar. kulitnya? tenyeh kat muka..hehe

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap