بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Usaha Tangga KejayaanUsaha itu tangga kejayaan - Ungkapan yang sering kita dengar. Umpama menaiki tangga, tanpa usaha pasti tidak akan dapat mendaki untuk kepuncak yang tinggi. Selangkah demi selangkah kaki diangkat, perlukan kudrat dan tenaga.

Semakin tinggi tangga didaki semakin terasa kepenatan dan keletihan, hanya yang tidak mengenal erti kalah dan tekad yang tinggi sahaja yang mampu sampai ke anak tangga terakhir. Andai terjatuh... terus berusaha melangkah semula tanpa mengenal erti putus asa dan kembali berdiri mengatur langkah bersama strategi baru disamping lebih berhati-hati agar tidak tergelincir lagi.

Usaha Tangga KejayaanSebagai seorang muslim, agama Islam sudah pasti menjadi pegangan. Al Quran dan  hadis menjadi panduan. Kita dapati banyak sekali ayat  Al Quran dan hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat. 

Usaha dan amalanlah yang menjadi perkara yang  dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud, dan katakanlah wahai Muhammad “Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan.” Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud : "Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .

Mendaki Tangga Kejayaan

Dalam menentukan usaha yang dilakukan agar tangga kejayaan dapat didaki hingga ke puncaknya, beberapa perkara perlu diambil perhatian dan dilaksanakan, diantaranya adalah :

1. Doa
Doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang tetapi bagi orang yang mengaku dirinya Islam, doa merupakan antara medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan . Boleh dikatakan setiap detik kehidupan seharian kita, pasti ada doa-doa yang tertentu.

Sabda Rasulullah yang bermaksud “Doa itu merupakan ibu segala ibadat”, “Doa itu senjata orang yang beriman”, “Qadha’yang ditentukan Allah tidak boleh diubah melainkan dengan doa” Berdoa juga merupakan simbol keakraban hubungan seseorang hamba dengan Penciptanya dan tanda memohon pertolongan daripada Allah SWT yang Maha Kuasa.

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

2. Tidak Mudah Berputus Asa
Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya tekadkan usaha untuk mendaki semula tangga kejayaan yang diingini.

Andaikata kita membaca riwayat hidup tokoh-tokoh terkenal dunia kita akan dapati mereka juga menghadapi kegagalan pada permulaan usaha mereka, namun dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa mereka akhirnya beroleh kejayaan. Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud “Jangan kamu berputus asa dalam mencacri nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

3. Istiqamah
Salah satu faktor yang juga penting untuk menjayakan sesuatu usaha ialah istiqamah. Istiqamah membawa maksud tetap dan berterusan dalam melakukan sesuatu perkara . Orang yang istiqamah akan mempunyai disiplin diri yang tinggi yang juga merupakan faktor yang penting dalam mendaki tangga kejayaan.

Sebab itu Allah telah memerintahkan  RasulNya agar  beristiqamah dalam  menyampaikan dakwah sebagaimana firmanNya dalam Surah As Syura ayat 15 yang bermaksud “Maka serulah (mereka kepada agama Allah) dan tetaplah (Istiqamah) sebagaimana yang  diperintahkan kepadamu”

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

4. Tawakal
Tawakal didefinisikan sebagai berserah kepada Allah dalam menentukan sesuatu perkara setelah dilakukan segala usaha dan ikhtiar untuk mendaki tangga kejayaan. Tawakal melambangkan penyerahan diri seorang hamba yang lemah kepada Penciptanya yang maha mengetahui dan Maha Berkuasa.

Sifat tawakal perlu dan penting kerana ianya akan menjadikan seseorang itu tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran disamping menjadikannya lebih tabah dan kental. Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 23 yang bermaksud “Hendaklah  kamu bertawakal kepada Allah sekiranya kamu orang yang beriman”, Dalam Ali Imran ayat 159 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada Nya".

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

5. Ihsan
Ihsan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasululah dalam Hadis Jibril iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihatnya dan sekiranya kita tidak melihatNya, sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan memerhatikan kita. Dalam erti kata yang lain kita melakukan usaha yang terbaik yang dapat dilakukan untuk mendapat keredaan  Allah.

Malangnya kita selalu mengabaikan sikap ihsan sedangkan kita perhatikan orang bukan Islam ada mengamalkan sifat ini dalam kehidupan mereka contohnya orang Jepun yang mana mereka mengamalkan “Kaizen” satu sikap yang membawa maksud yang hampir sama dengan ihsan yang dianjurkan oleh Islam.

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

6. Sabar
Sabar juga aspek yang tidak kurang penting dalam membantu untuk mencapai kejayaan . Ini kerana kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi sebaliknya untuk mendaki tangga kejayaan pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi. Halangan dan dugaan ini dapat diatasi dengan adanya sifat sabar.

Dalam Al Quran terdapat lebih 70 tempat yang menceritakan tentang sabar, antaranya firman Allah dalam surah Al Qasas ayat 54 yang bermaksud “Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka”. Dalam Surah AzZUmar Ayat 10 yang bermaksud “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan”.

Firman Allah juga dalam surah Al Anfaal ayat 46 yang bermaksud “Bersabarlah kerana Allah bersama orang yang bersabar”. Tidak syak lagi orang yang Allah berada bersama dengan orang berusaha dengan sabar akan dapat mendaki tangga kejayaan.

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

7. Tidak bertangguh/ Menjaga masa
Melakukan usaha dengan perancangan yang rapi tanpa membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit adalah satu jaminan untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Pepatah juga ada mengatakan masa itu emas. Ini menunjukkan bahawa masa itu sangat berharga dan perlu dirancang dengan baik.

Firman Allah dalam surah al Asr ayat 1-3 yang bermaksud “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian , kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, dan nasihat menasihati dalam perkara kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran “

Usaha Tangga Kejayaan    Usaha Tangga Kejayaan

8. Menjaga kesihatan
Kesihatan mental dan fizikal sangat penting kepada seseorang . Tanpa kesihatan fizikal dan mental, kejayaan tidak akan dapat dicapai .Pepatah mengatakan “Akal yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat." Ibadat dalam Islam seperti solat, puasa dan menunaikan haji dan umrah merupakan satu bentuk riadah untuk kesihatan jasmani dan rohani.

Setiap kejayaan memerlukan usaha yang gigih dan tekun untuk mencapainya. Kejayaan tidak akan menjelma dengan sendiri. Oleh itu kita perlulah melakukan usaha yang dapat melepasi halangan untuk mendaki tangga kejayaan yang diinginkan.

Berhenti Mengharap, Usaha Sendiri 

Setiap kejayaan pasti disertai dengan pengorbanan sama ada tenaga, masa, usia, harta serta kasih sayang. Tangga tidak akan terlangkah jika tiada usaha dan kejayaan pasti tidak akan dapat dicapai. Jadilah kita golongan yang rugi dan hina yang mengharap belas ihsan. 

Usaha Tangga Kejayaan

“Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang” pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim. Peribahasa Melayu ada mengatakan “Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”, begitu juga dengan kejayaan, tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan. Bak kata pepatah Arab “Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.

Kuatkan semangat! Ayuh bersama kita berusaha mendaki tangga agar dapat mencapai cita-cita dan impian sehingga beroleh kejayaan!

Admin...

51 comments - "Usaha Tangga Kejayaan"

amin....itu yang sebaiknya.

T kasih diatas perkongsian nasihat.. moga dijadikan panduan insan utk mendaki tangga kejayaan dgn sebaiknya..

Ya. Setiap kejayaan berada dipuncak. Hanya tangga laluan yang paling sesuai buat mereka yang cekal berusaha menggapai kejayaan itu.

insyallah..kalau kita cekal

ANIM delete icon 9:18 PG

kalau kita sedar masalah dan cabaran pasti ada dlm hidup kita selagi kita bernyawa, insyaAllah..kita tak kan mengeluh untuk mendaki..

p/s kak anim pun bakal mendaki tangga nanti bila berhijrah ke ipoh.:-))

suri delete icon 9:48 PG

keperluan sebagai muslim itu yang di perlukan bukan keluh rasah tapi usaha tanpa henti

kakiblog delete icon 10:25 PG

terbaik punya entri motivasi..semoga memberi manfaat kepada semua..

p/s: Entri terkini saya bertajuk- 3 Tabiat Hebat Blogger

Mizz Aiza delete icon 11:43 PG

setiap kejayaan bermula dengan usaha tanpa jemu.. terima kasih di atas perkongsian ini..

cantik2 gambar2 manaiki tangga tu..
sebab tu kalau bercita-cita tinggi biar sampai ke langit
jikalau jatuh ke bawah masih ada tangga lagi
apa2 pun usaha tangga kejayaan...
insyaallah

PCL delete icon 11:58 PG

ya..istiqamah dlm membuat sesuatu kebaikan . semoga mendapat keberkata Allah swt.

Blog Santai delete icon 12:41 PTG

Never give up. Once fail doesn't mean forever.

langkah naik tangga step by step

Berusaha....doa dan tawakal...doa tanpa usaha...mmg x akan kemana....
terima kasih BM....panduan dan nasihat kata2 yg baik sekali..

Unknown delete icon 3:18 PTG

Motivasi yg bgus..:) menaikkan semangat saya..terima kasih ats perkongsian ni..

Unknown delete icon 4:39 PTG

Terima kasih BM.. satu nasihat yg bagus untuk saya sebagai seorang peniaga.. saya tak mahu berputus asa..walau apa saja dugaan, sy akan bersabar dan menempuhnya sehingga kejayaan menjadi milik saya..

Sudah pastilah setiap kejayaan itu perlukan usaha yang berterusan tanpa kenal erti putus asa. Seiring dengan itu, doa dan tawakal setelah apa yang kita lakukan moga diberkati Allah SWT.

Tanpa Nama delete icon 7:43 PTG

terima kasih BM,entri ini menaikkan semangat kathy yang down...

umiawadah delete icon 9:44 PTG

yang terakhir tu saya setuju sangat...berhenti mengharap,usaha sendiri...kita akan menghargainya...kita tidak akan sia-siakannya...yang lain-lain tu pun saya setuju...hehehe

Fais-SKA delete icon 5:31 PG

inshaa'Allah =) 1 entri yg menarik..mmg kena sgt dengan yg dlam proses utk sembuh, kna tanam azam yg kuat dan berusaha utk kembali spt dlu..harap diberi kekuatanlah..Doa tu wajib setiap hari..terima kasih utk peringatan yg baik ni..

Mendaki ke puncak bukanlah mudah, meskipun dengan usaha gigih.Pada waktu begini, pentingnya insan2 yang mengambil berat dan memberi sokongan supaya tangga kejayaan itu dapat diraih akhirnya..selamat menuju suksess BM..:)

Unknown delete icon 7:12 PG

BM.perkongsian yang menarik..gambar2 yang cantik. ayat2 yang disusun.. kemas dan cantik..gigih berusaha mencapai jaya..

yang pipih xkan datang melayang. yang bulat xkan datang bergolek. kalau xdipecahkan ruyong mana nak dapat isinya..kalau xusaha dengan bersungguh2..mana nak dapat kan..hehe..dah lama xnek tangga sebab opis sekarang xdak tangga.umah pun xdak tangga..cemana tu.. =)

Pha Is delete icon 12:49 PTG

nice share.. yg pnting usaha-doa-tawakkal..

BinMuhammad delete icon 6:53 PTG

Terima kasih MKL

BinMuhammad delete icon 6:53 PTG

Panduan untuk dikongsi bersama...

BinMuhammad delete icon 6:54 PTG

Semoga kita semua cekal dan beroleh kejayaan

BinMuhammad delete icon 6:56 PTG

Insyaallah...semoga kita cekal.

BinMuhammad delete icon 6:57 PTG

Tangga akak itu akan menyihatkan badan... Jangan mengeluh tapi berpeluh, hehe

BinMuhammad delete icon 6:57 PTG

Ya...usaha tanpa henti, itulah kuncinya

BinMuhammad delete icon 6:58 PTG

Terima kasih Hanafi...semoga kita sama2 beroleh manfaatnya.

BinMuhammad delete icon 7:05 PTG

Sebenarnya entri ini bukan 100% karangan saya, idea dari FB tapi sekadar ambil isi sahaja...saya cuma mengolahnya kembali dan kembangkan ia agar lebih menarik dan lebih jelas.

Cik akak pun boleh buat...tambahan pula cik akak bijak bermadah. Byk di FB di share kata2 yg menarik dan berilmu tapi secara ringkas dan hanya point sahaja... Ambillah ia dan kembangkan penceritaannya dengan cara anda agar menjadi satu entri seperti kepunyaan cik akak. Selamat mencuba!

BinMuhammad delete icon 8:30 PTG

Betul tu...setuju dgn anda :)

BinMuhammad delete icon 8:31 PTG

Ya...usaha tangga kejayaan, insyaallah...tiada yg mustahil

BinMuhammad delete icon 8:32 PTG

keberkatan...Ya, ianya amat penting!

BinMuhammad delete icon 8:32 PTG

yes! it's right...never give up!

BinMuhammad delete icon 8:33 PTG

Sudah tentu...jgn gopoh2, ambil langkah satu persatu!

BinMuhammad delete icon 8:34 PTG

Sama2lah kita berusaha...semoga sama2 kita beroleh kejayaan!

BinMuhammad delete icon 8:35 PTG

Semangat itu perlu agar tidak terasa lemah dan kecewa

BinMuhammad delete icon 8:36 PTG

Ya...saya yakin anda mampu, pengalaman byk memberi ilham dan pengajaran. Semoga berjaya sampai ke puncak...Insyaallah.

BinMuhammad delete icon 8:37 PTG

Bimbingan dari seorang guru amat penting agar tidak tergelincir...Terima kasih :)

BinMuhammad delete icon 8:38 PTG

Jangan down! Teruskan bersemangan...jadikan ia hanya satu halangan dan ujian utk jadi lebih kuat!

BinMuhammad delete icon 8:39 PTG

Ya...hanya dengan usaha sendiri akan lebih memberi makna dan tidak ternilai harganya!

BinMuhammad delete icon 8:40 PTG

Terima kasih cik akak...terharunya, jgn puji melambung takut jatuh terhempas, hehe

BinMuhammad delete icon 8:41 PTG

Mu pasti akan berjaya mengharungi segala ujian ini. Kuatkan semangat...kami sentiasa bersamamu :)

BinMuhammad delete icon 8:43 PTG

Betul tu...tanpa sokongan bagaikan kurang semangat dan kesepian. Semoga kita bersama berjaya...saya akan cuba membantu apa yg terdaya!

BinMuhammad delete icon 8:46 PTG

Sekarang ni segalanya mudah. Tangga dah takde...kalau ada pun gerak sendiri atau guna lif. Segalanya untuk kemudahan...
Tapi bangunan pula semakin tinggi2...bila kecemasan, tangga juga yg di cari :)

BinMuhammad delete icon 8:47 PTG

Thanks pha is...tidak lengkap tanpa 3 perkara itu.

OKje delete icon 12:18 PTG

Selalu Okje pesan dgn anak yg sulung tu supaya usaha dan terus berusaha dan tawakkal utk SPM yg tak berapa lama lagi ni..... .....harapnya dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak, pelajar dan hambaNya...

BinMuhammad delete icon 2:15 PTG

Sebagai ibu dan bapa...pasti mahukan kejayaan anak2nya. Insyaallah...berkat doa seorang ibu, anak OKje akan berjaya! Teruskan berusaha membimbing mereka...

Unknown delete icon 1:10 PTG

Terima kasih BM.. :))

Unknown delete icon 2:25 PTG

Subhanallah..itu lah yg terbaik

Unknown delete icon 11:49 PG

Allah benci dgn org yg berputus asa ... maka berusahalah .

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap