بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Al kisah, seorang pemuda dan kiyai - Ada seorang pemuda yang lama belajar dan tinggal di luar negara. Satu ketika beliau kembali ke negaranya. Sekembalinya di rumah ia meminta orang tuanya untuk dicarikan seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang dapat menjawab tiga persoalan yang lama menghantui fikirannya.
Akhirnya orang tuanya berjaya mendapatkan seorang kiyai yang sudah tua tetapi masih sihat dan sangat warak serta berilmu orangnya.
Pemuda: Assalamualaikum, ayahku telah mempertemukan dengan tuan untuk menyelesaikan masalahku. Izinkan saya bertanya, tuan ini siapa?. Apakah tuan mampu menjawab persoalan yang bakal aku kemukakan nanti.
Pak Kiyai: Saya ini seorang hamba Allah. Insya Allah dengan izinNya saya akan cuba menjawab segala persoalan saudara.
Pemuda: Tuan yakin, sedangkan telah ramai profesor dan orang pintar di luar negara yang aku temui gagal menjawabnya.
Pak Kiyai: Insya Allah saya akan cuba setakat kemampuan saya.
Pemuda: Baiklah...Aku ada tiga persoalan untuk ditanya kepada tuan:
1. Kalau memang Allah itu ada, tunjukkan wujud Allah itu kepadaku.
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan daripada api kenapakah ia dimasukkan ke dalam neraka yang juga diperbuat daripada api. Tentu tidak akan menyakitkan syaitan sebab mereka daripada unsur yang sama. Apakah Allah SWT pernah terfikir tentang perkara itu.
Selesai tiga persoalan itu ditanya, tiba-tiba sahaja Pak Kiyai menampar pipi pemuda tersebut dengan kuatnya.
Pemuda: (sambil menahan sakit) Kenapa tuan menampar aku?
Pak Kiyai: Tamparan ini adalah jawapan saya kepada persoalan yang saudara ajukan kepada saya.
Pemuda: Aku sungguh-sungguh tidak mengerti.
Pak Kiyai: Sebentar lagi Insya Allah, saudara akan mengerti.
Pak Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja aku merasa sakit.
Pak Kiyai: Jadi, saudara percaya sakit itu ada?
Pemuda: Ya, aku percaya.
Pak Kiyai: Tunjukkan kepada saya wujud sakit itu!
Pemuda: ......... (Terdiam sambil merenung wajah Pak Kiyai)
Pak Kiyai: Itulah jawapan kepada persoalan saudara yang pertama…kita semua merasakan kewujudan Allah SWT tanpa mampu melihatNya.
Pak Kiyai: Apakah malam tadi saudara bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Pak Kiyai: Apakah saudara pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan yang kuat daripada saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Pak Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir.
Pak Kiyai: Dibuat daripada apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar saudara?
Pemuda: Kulit.
Pak Kiyai: Terbuat daripada apakah pipi saudara?
Pemuda: Kulit
Pak Kiyai: Maaf, bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sangat sakit.
Pak Kiyai: Walaupun syaitan dibuat daripada api dan neraka juga daripada api, jika Allah SWT menghendakinya maka neraka akan menjadi tempat yang sangat menyakitkan bagi syaitan.
Terima kasih kerana bersama Relaks Minda...
Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna dari kisah ini.
p/s: Mungkin anda pernah membacanya sebelum ini, anggaplah ia sebagai ulangkaji :)
Admin...
29 comments - "Kisah Kiyai dan Pemuda - Jawapan Paling Bernas!"
jawapan yang tepat dan padu..hu3
Assalamu'alaikum... walaupun sudah berkali-kali mendengar akan kisah di atas.. Pengajaran dan manfaat daripadanya cukup2 besar.. Dan atas asbab darinya, maka diri yang lemah dan sering lalai ini segera tersedar daripada lamunan mimpi yang sementara.. terima kasih saudara BM atas perkongsian ini ... semoga Allah merahmati saudara...
Padat...tepat...jwpan kiyai...:-)
mmg bnyk pengajaran kisah di atas...
syaitan .....pujaan hati kebanyakan umat zaman ssekarang,
Jawapan yg sungguh mantap.. T kasih diatas perkongsian ini.. sungguh2 membuka minda kearah yg baik. Salam Ahad ye BM.. :)
Thank you for sharing. Perkongsian yang menarik and sangat mendalam :)
Allah Maha Kuasa..mmg tpat Jawapan tu
yes ulangkaji..kebetulan tazkirah jumaat lepas baru mendengarnya...t.kasih BM
Perkongsian yang sangat membuka minda kita semua. Bagi yang masih ragu-ragu inilah jawapan yang paling baik untuk menggambarkan tentang kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.
walau dah banyak kali dengar tapi betul..ulangkaji..untuk sentiasa muhasabah diri..thanks BM perkongsian yang mendalam maksudnya..gambar2 yang cantik halwa mata sambil reset minda..
wahh...cantik template baru berwajah hijau
jawapannya memang terbaik!.. tegas... terima kasih atas perkongsian hebat ini.. :)
selamat berhujung minggu
Jawapan yang tepat untuk renungan kita semua..salam hujung minggu BM..
Haha..ketawa sorg2 sy baca..mmg bijak betol..dan cerita ni betol2 buat kita berfikir..hebat!
memang terbaik jawapannya untuk renungan kita bersama..
subhannallah perkongsian yg baik.
memng terbaik jawapan yg kayal tu bagi..
Perkongsian menarik! Saya pernah mendengar cerita seperti ini juga, tetapi dalam versi yang lain. Cuma, saya sudah terlupa.
soalan dan jawapan pun terbaik...muhasabah diri ..
jawapan yang padat ... soalan dan jawapan yang penuh bermakna ..terima kasih sharing
nice sharinggg
bagus Al-kisahnya utk kite fikirkan dan sesuatu ilmu tidaklah datang dengan mudah, dah kene penampor baru nak paham... free jer kene penampor... kikikiki....
cerita ini selalu diguna oleh para ustaz ketika berceramah..namun saya suka kerana menjawab soal berdebat bagus dengan konsep common sense
Sebelum sampai bawah entri dah terpikir sama apa yg ditulis....
so....mmg Okje tgh mengulangkaji ni hehe
pemuda itu ibarat budak2 sekarang. sukar mempercayai benda "ghaib"..banyak soalannya..
perkongsian yg menarik =) akhirnya dpat juga pemuda tu jawapan yg sgt bernas..bertanya tu bgus..tp soalan tu sgt2 xkena..bgus utk pengajaran kita semua
syukron
syukron
aku pun terasa macam ditampar oleh sang kiyai
takde la sampai puja syaitan...cuma tak sedar da terpuja lak
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”