Bandar Proton City...

Kembara eksplorasi kali ini menjejak kesebuah bandar baru yang unik dan pertama seumpamanya di Malaysia. Sebuah bandar baru yang di bangunkan khusus untuk industri automotif negara.

Bandar Proton City, Tg. Malim
merupakan sebuah bandar pintar yang dibina oleh pembuat kereta terbesar negara iaitu Proton Berhad. 

Bandar Proton City menggabungkan zon penempatan manusia dan industri yang sifar pencemaran di kawasan alam semulajadi. Hanya kilang berteknologi tinggi dan bebas cemar sahaja dibenarkan beroperasi. Sebuah bandar terancang yang amat menarik dan mempunyai keindahan alam yang sungguh menakjubkan dan mempersonakan. 

eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 

Ianya terletak di kawasan Behrang, Perak lebih kurang 5 kilometer dari Pekan Tg. Malim, Perak. Lokasi yang di pilih mempunyai pemandangan yang amat indah, kawasan tanah yang sedikit berbukit-bukit dengan sungai dan tasik serta berlatar belakangkan banjaran gunung titiwangsa.

eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 

Bandar Proton City telah mula di bangunkan pada awal tahun 90an... Namun hanya pada tahun 2003 ianya mula menjadi perhatian apabila kilang canggih Proton Tg. Malim mula beroperasi dengan model pertama yang di pasang disini iaitu Proton Gen2 telah merancakkan pertumbuhan dan menggalakkan penempatan penduduk disini.

eksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 

Kini setelah hampir sepuluh tahun...kawasan yang seluas 4,000 ekar tersebut semakin pesat membangun... Kawasan penempatan semakin membesar. Kemudahan semakin bertambah. Kampus pintar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang terletak bersebelahan juga telah pun siap dan beroperasi menjadikan kawasan Bandar Proton City semakin galak membangun dan meriah. 

eksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 

Bandar Proton City merupakan sebuah bandar yang terancang dan amat sesuai untuk di jadikan tempat tinggal yang paling ideal. Kawasannya sangat indah, nyaman dan damai. Kehijauan yang masih terjaga serta amat bersih. Tidak dinafikan, keindahannya menjadi tarikan utama disamping suasana yang tidak terlalu sibuk dan kemudahan prasarana yang lengkap.

 eksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perakeksplorasi proton city tanjung malim perak 

Bandar Proton City juga terkenal dengan tasiknya yang sangat menawan iaitu Tasik Embayu dan disinilah tempat dimana penduduk setempat dan pelawat datang untuk melakukan aktiviti rekreasi antaranya ialah berkayak, bersenam dan beriadah bersama keluarga. Tasik ini juga mempunyai pemandangan yang cantik untuk bersantai, berehat sambil menenangkan minda.

eksplorasi proton city tanjung malim perak 
eksplorasi proton city tanjung malim perak eksplorasi proton city tanjung malim perak 

Bandar Proton City di Tg. Malim... sebuah bandar yang menanti masa untuk menjadi sebuah bandar yang maju dan membangun. Dengan tarikan prasarana yang lengkap dan keindahan alam yang masih terpelihara...ianya pasti menjadi satu tempat tinggal yang menjadi idaman setiap orang. 


Anda juga mungkin meminati :

Entri Republish...
Admin...

18 comments - "Bandar Proton City... Tg. Malim, Perak"

Unknown delete icon 12:18 PG

cik akak tak de mood nak membaca nie uncle..hihi...
dataang klik iklan je lah...

Pha Is delete icon 12:29 PG

belum berkesempatan ke sana..

Subhanallah.. cantiknya gambar. T kasih diatas perkongsian info..

beberapa kali melalui kawasan tu..mmg mendamaikan...sememangnya Perak mempunyai banyak tempat2 menarik utk dikunjungi..

cantiknya...belum sampai ke sana lagi..

Ada masa datang lawat saya di Tg malim...

Cantiknya.. Belum pernah sampai lg

subhanaALLAh cantikan .acik dah pernah pergi sini :)

Tanpa Nama delete icon 10:44 PTG

cantik sangat gambar2 tu...

Aimacomel delete icon 11:45 PTG

Bandar proton city, biasa lalu je kat situ.

Tuan BM, mana de hiang dr bloglist. Ada je dlm list Sifu2 ku. Haaa, tgk tengok betul2 eh :) hehehe,

Unknown delete icon 7:18 PG

dah kenapa xder mood cik akak?

Unknown delete icon 7:19 PG

Ehh tak pernah tahu lagi pasal ni.. adushh kat negara sendiri pun xcukup lengkap lagi pengetahuan.. memang cantik bandar ni nmpaknya..

Bunda_nora delete icon 11:19 PG

memang cantik sangat gambar2 ni...tapi bunda tak pernah sampai lagi...

Tanpa Nama delete icon 4:19 PTG

Menarik yer kat sini !

Mizz Aiza delete icon 8:25 PTG

subhanallah, cantiknya.. aiza pernah ke kampung abang ipar di slim river.. tak pasti melalui tempat itu atau tidak..

Saya pernah dengar tapi belum pernah sampai lagi.

Selalu lalu dan nampak sign boardnya di tepi highway. Di Tanjung Malim kan? tapi tak pernah singgah.

ramaike penduduk di sini?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap