Pulang ke Kampung

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran KampungUlam-ulaman dan sayur-sayuran kampung, itulah yang menjadi kisah kali ini. Apa yang menarik? Anda saksikanlah sendiri. Sebelum itu, ampun maaf kepada semua sahabat kerana tidak dapat meluangkan masa untuk blogwalking. Kesibukan membataskan masa untuk on line...

Alhamdulillah...hujung minggu ini dapat juga meluangkan sedikit masa pulang ke kampung. Selain dari memenuhi jemputan majlis perkahwinan dapatlah juga merehatkan minda. Untuk entri kali ini, tiada bunga-bunga menawan MIL untuk tatapan anda tapi sesuatu yang lebih istimewa untuk anda semua nikmati.

Apa yang menarik di kampung kali ini adalah tumbuh-tumbuhan hijau yang tumbuh subur yang menanti masa untuk dipetik dan dijamah. Ya...ulam-ulaman dan sayur-sayuran kampung yang subur menghiasi disekeliling rumah MIL. 

Ulam-ulaman Dan Sayur-Sayuran Kampung

Anda saksikanlah sendiri, betapa rajinnya MIL aku ini berbudi dengan tanah. Semuanya tumbuh subur dan menghijau. Apa lagi...untuk anak-anak menantu dan cucu-cucunya yang rajin pulang makan free ni le... 

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Rimbunan pegaga yang subur menghijau. Sungguh menawan, merata-rata pula tumbuhnya. Ini bukan lah di tanam tapi tumbuh sendiri. Bila dah tumbuh tu...dijagalah oleh MIL dengan penuh kasih sayang. Memang menyentap seleraku...

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Bunga betik ini pula kebetulan sedang-sedang elok hendak berkembang. Sedap kalau di makan ni. Teringat petua emak, kalau nak hilangkan rasa pahit bunga betik ni, rebus dengan air beras bersama asam keping...Insyaallah, hilang pahitnya dan enak dimakan begitu sahaja...cubalah. 

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Pucuk ubi juga seperti sedia menanti masa untuk di petik. Banyak juga MIL aku tanam pokok ubi ni dan sememangnya dia amat faham akan kegemaran menantunya yang seorang ni, suka makan ubi kayu...hehe. Bukan setakat ubi...pucuknya pun di gemarinya.

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Ulam raja yang sedang mula membesar dengan suburnya. Dulu memang banyak, tapi dah tamat tempoh...ini generasi kemudiannya pula yang tumbuh. Sedap pucuk ulam raja ni...terliur mengenangkan rasanya yang masam-masam dan baunya yang mampu menambat selera.

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Keladi sayur yang mula membesar. Sebulan lagi bolehlah tuai hasilnya. MIL kata, ramai juga jiran-jiran yang datang nak membeli ubi dan batang keladi ni. Kalau di pasar, harga ubi keladi ini agak mahal juga. Hampir sekeliling rumah jugalah ditanam dengan pokok keladi. Tapi malangnya aku sedikit alah dengan keladi, cepat je naik gatal-gatal...huhu.

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Pokok keledek juga sedang tumbuh subur. Dalam 2 minggu lagi adalah ubinya, kata MIL. Pucuk keledek ini juga boleh dimasak dan MIL pernah memasaknya tapi tidak kenalah dengan selera ku. Mungkin ada daripada anda yang menggemarinya.

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Anda kenal pokok apakah ini? Inilah pokok bebuas. Pucuknya enak di buat ulam atau di masak lemak. Baunya...hanya yang memahami dan meminatinya sahaja yang tahu...

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Ini pula sayur meranti yang sedang subur membesar. Ini adalah bekas tanaman pokok terung dimana sebelum itu ditanam kacang bendi. Dah puas makan terung dan kacang bendi, MIL kata...tukar selera dengan sayur meranti pula. Lihatlah...sungguh subur tumbuhnya dengan daun yang lebar-lebar sekali. Habis meranti nanti, pokok apalah pula...tunggu dan lihat.

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Ini pula adalah pokok gajus. Tapi kali ini belum berpucuk baru pula, jika tidak pucuk gajus inilah antara ulam kegemaranku. Bau dan rasanya yang masam-masam dan rangup dikunyah begitu menaikkan selera. Setiap kali balik kampung, tak sah kalau tak menjengah ke sini... 

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran KampungUlam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Sebelah kiri tu pokok cekur. Saya kurang minat dengan rasanya tapi boleh je layan.
Sebelah kanan pula pokok daun manis. Enak dimasak lemak.

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran KampungUlam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung
Buah limau dan cili padi pula sedang meriah berbuah dengan lebatnya.

Apa lagi, semua bahan sudah terhidang di depan mata. Segar dan menanti masa untuk di petik. Jangan buang masa, menu dalam fikiran sudah terbayang jelas...apa dia? Sudah tentulah kerabu... 

Pegaga, bunga betik, pucuk ubi dan daun cekur di gaul bersama dengan cili padi, udang kering, kelapa parut, garam dan perahan limau. Sungguh menyelerakan makan tengahari ku... Gambar tak perlulah letak, nanti ada pula yang kecur air liur...

Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung

Sebelah petang pula...mengerjakan pula pokok tebu ni. Tak perlu mesin...gigit jer, lagi 'feel'...hehe

Kedamaian Di Kampung

Itulah serba sedikit yang dapat ku hidang buat tatapan anda selama 2 hari di kampung MIL. Ketenangan berada di kampung sungguh mendamaikan. Hilang seketika segala keresahan dan kegusaran. Dapat juga merehatkan diri dengan kesegaran udara yang nyaman. 

Terima kasih bersama Relaks Minda...



Admin...

31 comments - "Ulam-ulaman dan Sayur-sayuran Kampung"

Yana Yani delete icon 9:33 PG

saya suka betul makan ulam
kalau dekat kawasan rumah saya, tak tempat nak bercucuk tanam
semua kena beli
tapi kalau balik kampung sebelah encik suami
terasa bahagia! hehe =)

er...takde kg..

paridah delete icon 11:35 PG

assalam makanan segar terus dari ladang ni...rugi xmenjamahnya.

memang relax minda bila tengok hasil tanaman kampung di entry BM kali ni. semuanya segar dari ladang :)) rajin betul MIL BM bercucuk tanam.. maklumlah kawasan kampung kan.. rugi lah kalau tak berbudi pada tanah :))

tadi baru je lepas tgk entry lebih kurang sama mcm entry BM ni di blog Kakzakie

http://zakiepurvit.blogspot.com/2013/11/mari-mengenal-ole-ole-kami-dari-kampung.html

Bahrain delete icon 12:09 PTG

den tak makan ulam-ulaman ni..hehe

Unknown delete icon 2:05 PTG

amboi...banyak betol ulaman nie kan...
ada yang cik akak pernah makan...
ada pula yang tak pernah lagi tengok..huhu...
yang tebu manis tu....
pakcik mana boleh guna gigi je...keras kemain tebu tu..huhu..
mahu patah gigi dibuatnya :)

Begitulah indahnya kampung kan BM. Kakak kalau balik kampung usah kata blog, tv pun kakak tak tonton tau... merayap keliling rumah apa yg boleh dibawa balik kakak mesti ambil. Pucuk manis usah dikata dah macam pagar...

Pucuk keledek kakak suka walau BM tak minat. Masak lemak sedap tau..

Unknown delete icon 2:22 PTG

Seronoknya tengok kampung mertua BM banyaknya tanaman...
nak tumpang kampung boleh?? hehehe...

Unknown delete icon 2:29 PTG

waahhh...bykknya tanaman..seronok balik kampung kan..

Seronok kalau ada bertanah ni. Nak bercucuk tanam pun senang. Banyak yang boleh berjimat kalau kita berbudi pada tanah ni.

Unknown delete icon 3:57 PTG

bestnyer.. berbudi pada tanah.. hasilnya turun temurun boleh makan.. :D

Adoiii...td bca kat blog k.zakie...skrng kat sini plak...mmg mencabar minda nih...
Sy tgk tanahnya pun tau dah kwsan umh mil bm ni...mmg tnahnya subur kan...best btul la klau sy dpt tnah gini....

Sy pun x pndai mkn pucuk keledek tu...tp pucuk ubi...peberet! !! Pucuk mnis.....ya allah...sdap smuanya!!!

Tanpa Nama delete icon 4:18 PTG

kat kg mmg bestlah, boleh petik sendiri & fresh lagi, KA, Adik & EN Hubby mmy hantu ulam2an ni hehehe

teringat ulam teringat kat mak.. mak sangat suka ,di kampung ada tanam sendiri :) seronok kalau ada tanam ulam2 sendiri

mselim3 delete icon 4:58 PTG

Assalammualaikum...BM,

wagg best nie... kalau mselim3 suka tebu dengan ulam raja tu..pehh..tebu gigit gitu aje... baru terasa makan tebu tp awas.. kalau x kena gaya boleh tercabut gigi ...hehehe

mselim3

seronoknya tengok ulam....

Tanpa Nama delete icon 5:25 PTG

Seronoknya klu dpt bercucuk tanam cenggini...klu nk mkn ulam atau sayuran petik jer kan...

ada org kata,bunga betik kalau hilang pahitnya bermakna hilanglah khasiatnya...
akak suka cili padi kampung...kecik2 tp pedas..

ANIM delete icon 6:56 PTG

balik kampunglah tu ya...
semuanya kak anim suka. seronoknya kalau boleh dipetik saja kan dari halaman rumah

Mizz Aiza delete icon 8:15 PTG

teringat suasana di kampung aiza juga.. hendak makan ulam hanya petik saja di sekeliling rumah.. tiada bahan kimia dan racun serangga digunakan..

Mizz Aiza delete icon 8:16 PTG

teringat suasana di kampung aiza juga.. hendak makan ulam hanya petik saja di sekeliling rumah.. tiada bahan kimia dan racun serangga digunakan..

Vee Zawiah delete icon 10:18 PTG

pokok meranti kat kg saya tumbuh melata . tak yah semai ... klu pi pasar nampak ranti , memang rembat ler jawabnya ...

Khir Khalid delete icon 11:16 PTG

Ulam raja mmg feveret.. pucuk ubi sedap dimasak lemak.. ulam2 mmg sedap juga dimakan dgn ikan bakar.. best.. :D

Blog Santai delete icon 12:01 PG

Bestnya banyak ulam-ulaman..nway kita suka Tebu tu coz masa kecil pokok tu banyak kat rumah kita orang..memang selalu makan..tapi sekarang dah tak ada lagi...

Wah, seronoknya. Macam-macam ulam ada. Kalau nak makan tak payah beli kan. Kutip saja. Segar pula tu.

Wah, seronoknya. Segar-segar pula ulam tu. Tak payah beli kan. Petik je.

Tanpa Nama delete icon 11:01 PTG

suka makan pucuk ubi..masak apa pun sodap..

Kalau saya balik kampungpun suka mencari ulam. Terutamanya kampung mak mertua. Kampung saya sendiri emak tak tanam banyak ulam, sebab dia selalu tak ada di rumah

carlz delete icon 8:36 PTG

Banyaknya tanaman, tebu memang kegemaran saya.

presa1200 delete icon 4:21 PTG

org2 kampung mmg kaya, kaya dgn ulam-ulaman.
kesihatanlah kekayaan yg sebenar.

Unknown delete icon 12:17 PG

Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pokok2 herba & ulaman...stok anak pokok rerama hijau & stevia pun ada..lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor..harga berpatutan dan perkhidmatan pos juga disediakan..hubungi D'Kaduk Herbs & Floral : 0123106846 -Faizal@ 0122440099 -Azizi

***kami juga ada 4 jenis pokok sambung nyawa:
-hijau
-batik
-merah
-hitam

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap