Berikut adalah 7 Wasiat dan Sunnah Rasulullah SAW yang perlu kita jadikan panduan dan ingatan agar tidak terlalai dengan nikmat dan keselesaan duniawi. Sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara...

7 Wasiat Rasulullah SAW

Kekasihku (Rasulullah) shallallahu'alaihi wa sallam berwasiat kepadaku tujuh perkara :

     1. Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka.
     2. Beliau memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak 
         melihat kepada orang yang berada di atasku.
     3. Beliau memerintahkan agar aku menyambung silaturahimku meskipun mereka berlaku kasar 
         kepadaku.
     4. Aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan Laa Hawla wa Laa Quwwata illa Billah (Tidak ada 
         daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah).
     5. Aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit.
     6. Beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela ketika berdakwah kepada 
         Allah.
     7. Beliau melarang.aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia.

(HR. Ahmad 5:159, shahih)

7 Wasiat & Sunnah Rasulullah SAW

7 Sunnah Rasulullah SAW

7 Sunnah Hebat - Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.

Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

1. Tahajjud
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

2. Membaca Al-Quran
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

3. Ke Masjid
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Solat Dhuha
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

5. Sedekah
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

6. Jaga Wudhu'
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7. Istighfar
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

7 Sunnah Rasulullah SAW

13 comments - "7 Wasiat & Sunnah Rasulullah SAW"

terima kasih..perkongsian yg bgus..
semoga bermanfaat utk kita semua..

Shaiful Zaidi delete icon 12:02 PTG

Syukron..

ana delete icon 12:21 PTG

nice sharing

Allahuakbar

salam hujung minggu BM..terima kasih kerana mengingatkan kathy yg selalu alpa..

TQ saling ingat mengingatkan sesama kita yer !

Ada seorang guru di sekolah saya selalu mengerjakan solat dhuha setiap hari di surau.

Cikgu di sekolah saya setiap hari dia solat dhuha di surau sekolah. Alhamdulillah. Harus contohi dia.

Insyaallah akan cuba sedaya upaya untuk sama-sama mengamalkan sunnah nabi tercinta. :)

hainom OKje delete icon 12:32 PG

Kalau dah namanya sabda Rasulullah....mmg tersembunyi banyak hikmah disebalik wasiat tu...

insya-Allah.. terima kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini.. bersama kita mengamalkannya..

Khir Khalid delete icon 12:51 PTG

Selawat & salam keatas junjungan besar Rasulullah saw.. Pemimpin sepanjang zaman..

kalau semua itu di amalkan pastilah tenang dalam kehidupan

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap