Relaks Minda Top 10 Popular 2013 - Tahun 2014 akan menjelang tiba. Sudah setahun tiga bulan lebih blog ini telah menjadi sebahagian dari komuniti blog di Malaysia. Blog Relaks Minda menyajikan anda dengan artikel-artikel hasil nukilan dari seorang insan yang tidak pernah terfikir bahawa suatu hari dia akan menjadi seorang blogger, terlalu jauh menyimpang dari bidangnya sebelum ini. 

Top 10 Paling Popular 2013
Top 10 Paling Popular 2013 di Relaks Minda
Sehingga ke hari ini, sejumlah 547 artikel telah diterbitkan. Matlamat utama sebenarnya hanyalah untuk menjadi sebuah blog persinggahan sementara blogger untuk menenangkan dan merehatkan hati dan minda dengan enti santai bersama gambar-gambar indah buat santapan mata.

Perancangan Allah sungguh indah. Sedikit demi sedikit mula meneroka ke ruang yang lebih luas. Kini pelbagai kategori telah terhasil. Namun semuanya masih berpaksikan perkongsian berkaitan alam dan ketenangan buat santapan hati dan minda. Niche ini akan terus dikekalkan kerana ianya adalah 'trademark' Relaks Minda yang membuatkan blog ini berbeza dan tersendiri.

Kalau dapat menulis...selalu sahaja terlajak. Jika sebelum ini telah disenaraikan entri popular dan pilihan terbaik 2013 setiap kategori di Relaks Minda...


Sebagai penutup 2013, berikut disenaraikan pula Top 10 artikel paling popular di Relaks Minda. Ianya dinilai dari jumlah view artikel tersebut sehingga tarikh entri ini diterbitkan.

RELAKS MINDA TOP 10 PALING POPULAR 2013

Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Keadaan banjir di Kuantan
  • Satu-satunya entri yang tiada keyword kreativiti yang tersenarai. Ianya bukanlah untuk mengambil kesempatan daripada carian tinggi dari isu banjir baru-baru ini. Ianya berlaku secara tidak sengaja kerana entri ini adalah entri dari kategori Komen Entri dimana saya menerbitkan entri sebagai komen saya dari entri sahabat blogger lain dan terpilih masa itu Blog Cerita Shark dan Blog Jie Susanos yang menceritakan tentang kejadian banjir ditempat mereka. 
  • Namun ianya mengejutkan saya kerana tempias isu tersebut terus meletakkan entri ini dalam senarai Top 10. Entri pada 3 Dis 2013 ini telah menarik trafik melebihi 6,000 view dalam masa satu hari sahaja! Ini yang dinamakan rezeki! Tetapi entri sebegini hanya menarik trafik untuk jangkamasa yang terhad sahaja.

Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Idea kreatif dari pallet terbuang
  • Kategori Kitar Semula memang menguasai carta. Walaupun ramai yang menyatakan kitar semula bagaikan semakin suram tetapi maklumat mengenainya masih tetap menjadi carian yang tinggi. 
  • Entri yang diterbitkan pada 13 Mei 2013 (baru perasan tarikh ni...) ini tetap menarik perhatian. Artikel dibawah kategori kitar semula tidak memberikan trafik yang mendadak tetapi ianya sentiasa berterusan dan terus membawa trafik yang tinggi ke blog ini.  

Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Lampu gantung
dari pelbagai barang terbuang
  • Informasi dan kepentingan kitar semula terus diselitkan didalam artikel kreativiti kitar semula. Entri ini diterbitkan pada 17 Feb. 2013 dan ianya terus mendapat reaksi yang sangat positif. Kewujudan kategori kitar semula memberi satu impak dan 'trademark' buat blog ini sehinggakan menjadi cukup sinonim dengan topik kitar semula. 
  • Syukur Alhamdulillah... rezeki disitu nampaknya. Carian tajuk serta gambar idea kreatif kitar semula semakin tertumpu ke blog ini. Ianya menjadi sumber trafik yang kukuh buat blog Relaks Minda

7. Kreativiti Kitar Semula...2 (17,825 view)
Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Lampu hiasan
dari botol plastik terbuang
  • Enti ke 2 dalam kategori kitar semula ini tidak banyak bezanya dari entri pertama. Ianya menjadi kesinambungan setelah kejayaan entri pertama. 
  • Walaupun jarak masa antaranya jauh iaitu diterbitkan pada 19 Dec 2012 tetapi sambutannya tetap menggalakkan. Komen-komen mulai masuk dan jumlah trafik yang mula menunjukkan peningkatan pula bagaikan menyuntik lebih semangat untuk terus menrbitkan artikel di blog Relaks Minda ini.

Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Dekorasi bilik untuk remaja
  • Ini merupakan enti permintaan. Ianya dari seorang blogger istimewa iaitu UmmiKami  (Blog Jom Kita Berpantun). Jika suka berpantun silalah ke blog beliau kerana anda pasti teruja dengan pantun-pantun indah dari beliau... memang best! 
  • Entri dibawah kategori Creative ini diterbitkan pada 12 Mac 2013. Ianya memperlihatkan pelbagai rekaan dan dekorasi yang menarik untuk bilik anak remaja anda. Ya!...Keyword "dekorasi" memang menjadi... itu pun berlaku secara tidak sengaja. 

Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Lampu hiasan dari cawan
plastik/kertas terbuang
  • Diterbitkan pada 9 April 2013, entri kreativiti di kategori kitar semula semakin matang. Tidak sekadar memberikan idea hasil kreatif dari bahan terbuang tetapi memberi juga serba sedikit pengetahuan serta kepentingan amalan kitar semula. 
  • Saya cuba menarik minat dan perhatian pembaca melalui gambar-gambar menarik hasil idea kreatif kitar semula yang pasti memikat hati lalu membuka minda bahawa kitar semula itu bukan sekadar kumpul dan jual.

4. Kreativiti Kitar Semula... (25,514 view)
Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Hiasan dari gelung kertas terbuang
  • Enti ini cukup istimewa. Ia merupakan artikel pertama diterbitkan bawah kategori Kitar Semula. Entri yang ringkas dan ala kadar. Maklumlah masa artikel ini diterbitkan, 13 Okt 2012 dimana waktu itu tak sampai sebulan lagi mengenali dunia blogging. 
  • Ianya menjadi pencetus semangat pertama apabila jumlah pageview yang meningkat hasil dari entri ini. Pertama kali melihat pageview melebihi 100 pv sehari. Maka bermulalah kewujudan kategori kitar semula yang menjadi tunjang trafik utama setiap hari di Relak Minda

Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Kayu terbuang menjadi berguna
  • Entri yang diterbitkan pada 14 Mac 2013 ini merupakan entri ke lapan dibawah kategori kitar semula. Ianya menunjukkan peningkatan mendadak selepas 4 bulan diterbitkan. Hampir kesemua artikel mempunyai trend yang sama...mengambil masa berbulan lamanya untuk menunjukkan peningkatan jumlah view
  • Sambutan pembaca terhadap entri kitar semula memberi semangat buat saya untuk terus memberikan yang terdaya dan terbaik... Insyaallah.

2. Kreativiti Kitar Semula....4. (36,861 view)
Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
Cawan kertas terpakai
  • Ini adalah entri ke empat dibawah kategori Kitar Semula yang diterbitkan pada 14 Jan 2013.  Entri yang mengetengahkan daya kreativiti yang kreatif sebagai pilihan untuk menarik pembaca mendekati dan mempromosi tentang kitar semula
  • Alhamdulillah... kategori kitar semula kini menjadi antara tunjang utama trafik dan "trademark" blog ini. Ramai sebenarnya yang berminat mengetahui dan ambil tahu tentang kitar semula dan saya akan terus cuba memberi maklumat dan pengetahuan mengenai kitar semula ini.

1. Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu. (61,390 view)
    Top 10 Paling Popular 2013 Relaks Minda
  • Entri yang di terbitkan pada 26 April 2013 ini terus menjadi carian tertinggi dan paling popular. Sekarang ini secara puratanya masih mencatat 1,000~1,500 view seminggu. Pengunjung artikel dibawah kategori Creative ini sentiasa stabil dan berterusan. Bersama kita nantikan... 100K view entri ini.
  • Ianya adalah tuah buat Relaks Minda hasil dari satu permintaan sahabat blogger Mieza Jhaa K (Blog Cinta 25hb) yang meminta idea dan panduan dekorasi yang sesuai untuk ruang tamu rumah baru beliau. Terima kasih Mieza...

Trafik Tinggi Bukan Bererti Popular

Artikel ini bukanlah untuk membangga diri, ianya sekadar berkongsi maklumat buat blogger-blogger yang masih dahagakan trafik. Jangan berputus asa kerana tuah dan rezeki akan tiba tanpa diduga. Teruskan menulis sesuatu yang anda minati dan gemari kerana jika anda menyukainya pasti akan ada orang lain yang mempunyai minat yang sama.

Top 10 Paling Popular 2013
Popular post Relaks Minda 2013
Jika anda lihat ada entri yang mula mendapat perhatian dan peningkatan pengunjung, teruskan dengan entri kesinambungannya. Lakukan berterusan kerana ia akan membawa blog anda ke senarai atas di enjin carian berkaitan topik/keyword berkenaan.

Permulaan sebuah blog semuanya sama. Tiada yang akan terus menjana trafik yang tinggi. Carilah topik-topik yang menjadi kemahiran anda dan kembangkan ia. Kongsikan ilmu, minat dan pengetahuan anda lalu olahkan entri dalam pelbagai sudut dan variasi.


Ikhlas dalam menyampaikan dan ubah sikap serta matlamat blogging dari sekadar suka-suka kepada berkongsi maklumat dan ilmu. Cara dan teknik terpulang kepada anda... Santai atau serius, kedua-duanya ada pro dan kontra, oleh itu jangan kecewa... tanpa usaha dan mencuba anda tidak akan berjaya. 

Popular hanyalah istilah... tidak popular pun sebenarnya. Terima kasih kepada anda semua...sahabat dan pengunjung Relaks Minda. Top 10 entri paling popular di Relaks Minda ini adalah hadiah istimewa anda buat saya.  Teramat-amat saya hargai. Terima kasih sekali lagi dan teruskan bersama Relaks Minda  :))


Author by Bin Muhammad

52 comments - "Top 10 Paling Popular 2013"

hebat lah... dapat view sampai ribu-ribu.
semoga terus cemerlang dalam dunia blogging dan menghasilkan karya yang bermanfaat...

mselim3 delete icon 10:35 PG

Assalammualaikum...BM,

teruskan usaha anda agar sukses selalu.. jika berminat tiada halangan yang menghalangnya. Halangan yang terbesar adalah sikap kita sendiri. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.. tiada kejayaan yang tidak diiringi dengan usaha. kan!. All the best.. for u..

mselim3

Unknown delete icon 10:49 PG

Eh eh...bibir ini tersenyum lebar pulak.. hmm 26 April..25April ialah hari lahir saya..terima kasih BM..kebabommm!

Khir Khalid delete icon 11:01 PG

Alhamdulillah tahniah BM.. mmg blog ini memberi perkongsian yg baik & bermanfaat.. semoga BM terus berjaya.. aamiin.. :)

Yana Yani delete icon 11:15 PG

tahniah ye BM
pencapaian yang terbaik tu =)

OKje delete icon 11:19 PG

Tahniah BM.... mesti pengunjung tu ramainya adalah silent Readerkan ......kira entri ni buat merekalah yek...disamping tempias sikit sikit kat OKje...hehe

Bunda_nora delete icon 11:27 PG

TAHNIAH !...semoga terus cemerlang...

Unknown delete icon 11:53 PG

Tahniah BM...
Lambat lagi idah nak sampai level macam BM nie...

All d Best and keep the momentum going on... :D

Zawiah delete icon 12:15 PTG

tetiba rasa niche blog nak tukar jadi mcm rileks minda lak ... awesome !

sitirohaida delete icon 1:08 PTG

alhamdulillah...semua entry saya suka... :)

Mizz Aiza delete icon 2:04 PTG

alhamdulillah.. tahniah BM.. semoga lebih berjaya di masa akan datang.. :D

Tahniah BM, bukan mudah juga sbnrnya kan...dlm masa sethun lebih nak dpt mcm ni...apa pun...tahniah...!

Bagus sekali traficnya Sob. Semoga selalu semanat dalam menulis ya.

Salam,

tahniah..topik kitar semula nampaknya menduduki carta...ramai mencari idea barangkali..

Tahniah Encik BM :-)

Semoga terus sukses dalam dunia blogging.

Aimacomel delete icon 3:57 PTG

Wahh, tahniah tuan BM, blog ni mmg hebat. Terbaik, dan semua yg popular tu mak saya dah baca. Hehehehe, mmg peminat blog ni katanya :)

Wah, satu pencapaian yang sangat membanggakan. Sememangnya entri BM mempunyai kualitinya tersendiri. Moga terus maju lagi di masa hadapan.

entri yang berkualiti semuanya, tahniah BM!! semoga terus berjaya di masa akan datang..

Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

Unknown delete icon 5:48 PTG

wah tinggi pv entry dihasilkan BM..ALHAMDULILLAH..CARA PERKONGSIAN DAN PENYAMPAIAN MESEJ PUN SGT MENARIK DRI BM..OOOPS SUME HURUF BESAR..TERTEKAN..KIKIKIKI
menabung sini-inti

Pha Is delete icon 6:13 PTG

BM dan entri kitar semula berpisah tiada.. hehehe

ANIM delete icon 6:17 PTG

Blog BM memang jadi rujukan..tahniah

BinMuhammad delete icon 6:46 PTG

Tak hebat mana pun...mungkin tuah sahaja :)
Terima kasih ya

BinMuhammad delete icon 6:47 PTG

Waalaikumsalam sahabat,
Untuk mengekalkan itu lagi sukar...terima kasih krn sentiasa support RM

BinMuhammad delete icon 6:51 PTG

Terima kasih Mieza...Namamu tetap terpahat di Relaks Minda

BinMuhammad delete icon 6:52 PTG

Teerima kasih krn sentiasa memberi sokongan :)

BinMuhammad delete icon 6:53 PTG

Tanpa anda ianya tidak akan berjaya, terima kasih...amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 7:09 PTG

Silent readers lah yg memberi trafik yg tinggi.
Terima kasih OKje, sokongan dari OKje amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 7:09 PTG

Terima kasih Bunda :)
Teruskan bersama RM ye...

BinMuhammad delete icon 7:11 PTG

Perlahan2 cik Idah, ianya tidak akan datang dalam sekelip mata. Sabar dan teruskan menulis. Terima kasih krn sentiasa menyokong RM

BinMuhammad delete icon 7:12 PTG

Tak salah...sebiji kek haruslah dikongsi bersama.
Terima kasih Vee krn sentiasa support :)

BinMuhammad delete icon 7:12 PTG

Terima kasih, kunjungan dan sokongan anda amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 7:14 PTG

Aiza pun apa kurangnya....:) Terima kasih krn sudi berkunjung ke RM. Amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 7:16 PTG

Rezeki dan belajar sikit2 ilmu blogging. Alhamdulillah. Terima kasih ya...Sokongan dan support dr anda amat bermakna buat saya.

BinMuhammad delete icon 7:17 PTG

Terima kasih Indra. Kunjungan dan sokongan anda amat2 dihargai :)

BinMuhammad delete icon 7:18 PTG

Mungkinlah agaknya. Ia bukan carian bermusim itu yg bestnya.
Terima kasih akak...teruskan support ye

BinMuhammad delete icon 7:29 PTG

Anda juga SY... Teruskan semangat blogging.
Terima kasih krn sudi bersama RM

BinMuhammad delete icon 7:31 PTG

Terima kasih BC, sokongan dari anda amat2 saya hargai. Sampaikan salam pada mak juga ye...

BinMuhammad delete icon 7:40 PTG

Terima kasih cikgu krn sentiasa bersama dan memberi sokongan. Saya sangat2 menghargainya

BinMuhammad delete icon 7:42 PTG

Terima kasih Mama... Kehadiran mama sentiasa dihargai.

BinMuhammad delete icon 7:45 PTG

Yumida pun apa kurangnya. Lagi dasyat dari saya.
Terima kasih ya. Support anda amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 7:45 PTG

Hahaha...begitulah nampaknya :)
Terima kasih Pha is.

BinMuhammad delete icon 7:46 PTG

Terima kasih akak krn selalu dan byk memberi sokongan. :)

Blog Santai delete icon 10:05 PTG

Tahniah BM..Semoga lebih succes di tahun baru k!!!!

Unknown delete icon 10:39 PTG

tahniah BM. n3 kitar semula memang menarik perhatian.. =)

Bahrain delete icon 10:50 PTG

Tahniah, banyak trafik tu.

Tanpa Nama delete icon 11:11 PTG

tahniah..kathy tak mampu lagi nak capai pageview sebegitu banyak..BM memang hebat..

Tahniah.. sy mmg suke klau BM tls entry pasal kreativiti..ade rezki nnt dah ddk rmh sndr, nk je bt cm tu.. kreatif sgt..comel..

www.shelovevitamin.com

Tahniah.. sy mmg suke klau BM tls entry pasal kreativiti..ade rezki nnt dah ddk rmh sndr, nk je bt cm tu.. kreatif sgt..comel..

www.shelovevitamin.com

Wafi Remli delete icon 1:23 PG

Blog ni sgt hebat. Bisakah blog saya menjadi sehebat blog ini? Huhu...

Salam ziarah tahun baharu BM. Moga tahun ini lebih banyak kejayaan ditempa.
Tahniah untuk perkongsian yang bermakna. Moga bermanfaat buat pembaca, juga yang menulisnya. :)

banjir lagi top sekarang

Tanpa Nama delete icon 2:31 PTG

really inspiring...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap