Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bukan bermakna jika kita hidup bebas dimuka bumi ini yang kita ini tidak terpenjara. Penjara tidak bermakna hanya terkurung jasad tetapi tirai besi ini juga mungkin tidak kelihatan namun tetap memenjara hati dan perasaan.
Kehidupan yang terpenjara
|
Hidup Terpenjara
Gelandangan hidup bebas tapi terpenjara perasaannya... Di sebalik tirai besi pula menyekat kebebasan jasad seorang banduan. Itulah dua kehidupan berbeza tapi masih mempunyai persamaan iaitu mereka terpenjara. Mereka perlukan bantuan. Mereka juga perlukan kasih sayang...
Komen Entri kali ini mengajak anda melihat dua dunia berbeza ini melalui entri menarik hasil nukilan dua orang blogger yang amat saya kagumi. Mereka yang berjiwa murni dan suka membantu ini akan membawa kita mengenal tentang sebuah kehidupan yang sering kita pinggirkan.
Gelandangan & Sebungkus Makanan
Azizi Anan Society Group (AASG) |
Acik Idah, penulis di Blog Kehidupan Dunia Sementara ini bersama sekumpulan lagi insan berjiwa murni dibawah pertubuhan Azizi Anas Society Group (AASG) menyusuri setiap lorong dan celah-celah bangunan ditengah kotaraya dengan satu matlamat iaitu mencari gelandangan yang sedang kesunyian sendiri. Misi kemanusiaan ini tiada garis sempadan bangsa, agama dan rupa...semuanya di bantu.
Hidangan di malam hari |
Melihat keadaan gelandangan ini, pasti sayu rasa hati. Pasti setiap dari mereka mempunyai kisah sedih yang tersendiri seperti yang diceritakan oleh Abang Kasim, salah seorang gelandangan yang mereka temui.
Bukan mereka minta dan mahukan hidup sebegini namun langit tidak selalunya cerah dan hanya tuhan yang lebih mengerti. Hidup mereka bebas namun hati dan perasaan mereka umpama terpenjara disebalik tirai besi.
Bukan mereka minta dan mahukan hidup sebegini namun langit tidak selalunya cerah dan hanya tuhan yang lebih mengerti. Hidup mereka bebas namun hati dan perasaan mereka umpama terpenjara disebalik tirai besi.
Terima kasih Acik Idah kerana menunjukkan kami satu sisi kehidupan yang membuatkan kami rasa amat bersyukur dengan kehidupan ini dan apa yang dimiliki. Usaha murnimu dan rakan-rakanmu pasti beroleh ganjaran serta keberkatan dan semoga ianya dapat mencapai matlamat yang disasarkan.
Di Sebalik Tirai Besi
Jabatan Penjara Malaysia |
Persepsi inilah yang cuba diubah oleh blogger ini. Kesempatan berharga yang beliau perolehi berikutan jalinan persahabatan beliau dengan pihak Jabatan Penjara Malaysia telah memberinya ruang untuk mendekati insan-insan disebalik tirai besi ini.
Adakah adil untuk kita menilai mereka? Tahukah kita kisah sebenar disebalik kesilapan yang mereka lakukan? Tiadakah ruang kemaafan dan taubat buat mereka? Ini hanyalah penjara dan hukum dunia yang belum tentu ada keadilannya...Hanya Allah SWT yang Maha mengetahui.
Penjara bukan penghalang kejayaan |
Penjara bukanlah tempat hukuman semata-mata, penjara juga tempat mendidik dan membimbing dengan ilmu agama dan rohani agar pesalah insaf dan kembali ke jalan yang benar. Tempat dimana mereka diajar untuk mengembangkan kemahiran, bakat dan potensi diri.
Sebagai aktivis sosial, beliau juga amat aktif dalam aktiviti ceramah dan program kemanusiaan. Kepada yang berminat dan mahukan bantuan serta perkhidmatan kesedaran sosial merangkumi isu remaja, kesalahan akta, perdagangan, jenayah jalanan, anti dadah dan sebagainya, anda boleh sahaja hubungi beliau.
Ikuti kisah sepenuhnya dalam Entri INI di www.khirkhalid.com
Dua Blogger berbeza tapi punya pandangan, niat dan misi yang sama. Membantu mereka yang terpenjara...sama ada jasad dan emosi mereka. Semoga usaha murni mereka berdua mendapat rahmat dan keberkatan. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa kalian.
Author by Bin Muhammad
46 comments - "Gelandangan Dan Di Sebalik Tirai Besi"
niat murni..semoga usaha amal ini mendapat contoh kepada yang lain..hebatlah bro Mb..
Subhanallah.. t kasih diatas perkongsian ini BM.. semoga membawa kebaikan bersama semua.. aamiin.. Salam Jumaat.. :)
Semoga mereka dilindungi selalu...
Kehidupan tirai besi itu sgt sinonim dlm kehidupan liza. Manusia yg dipenjara itu kdg kala bertuah drp manusia di luar penjara. Mereka diberi peluang utk muhasabah diri, berubah dan menjadi lebih baik drp sebelumnya. :[
Saya pun tengok kisah masyarakat yang hidup bergelandangan tanpa rumah mahupun makanan tu..Rasa insaf menyelinap diri tapi dalam pada itu saya juga kerap terlupa untuk bersyukur di atas kurnia NYA..walaupun sukar hidup senang (duit yang cukup untuk sepanjang bulan), saya ada rumah untuk berteduh dan walaupun tidak mewah, di saat2 terdesak, ada megi untuk dicelur..huhu..Ya Allah, jadikanlah kami semua hambaMU yang bersyukur..Ameeen..
Selama ni yang saya selalu baca tentang entri penjara dan misi kemanusiaan ni di blog Tuan Khir Khalid je. Ok, nanti kita terjah blog acikidah pula.
Di sebalik penjara ada juga pengajarannya...
Salam jumaat BM..kita semua ada kehidupan yang berbezakan..namun niat kita masih sama. Untuk mencapai keredhaan Allah. Tahniah untuk mereka berdua...
Mereka berdua memang hebat,.. mama terjah blog selain blog en khir...
Assalamualaikum.. alhamdullilah. dulu jahat tak bermakna tak boleh berubah baikkan? semoga mereka terus-terusan dikurniakan hidayah dari-Nya..
tahniah kepada mereka berdua kerana telah berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap kedua-dua golongan itu..
Bro Mb tu siapa?
Mereka berdua ini memang hebat! Contoh terbaik
Semoga usaha murni anda berterusan dan mencapai matlamatnya. Dengar ada program besar akan dilakukan....semoga berjaya :)
Begitulah hendaknya...amin
Mungkin boleh dikongsi kisahnya... Kalau sudilah.
Tuah dan hidayah itu datang pelbagai cara...
Betapa bertuahnya kita...Bersyukurlah diatas apa yang kita ada dan miliki.
Terima kasih Maszie dan Acik Idah
Terjah ya! Semoga terjalin ukhwah... :)
Pengajaran itu boleh kita dapat dimana sahaja...asalkan kita positif dan melihat hikmah disebaliknya.
Salam Jumaat RZ,
Ya...tahniah buat mereka yg membuka minda akan realiti kehidupan ini. Terlalu banyak hikmahnya
Mama perlu terjah blog En. Khir...pasti Mama kagum dengan beliau!
Waalaikumsalam....Hidayah dari Allah tidak kira tempat dan ketika. Itulah hikmah disebalik kejadian....
Tahniah! Ya...usaha murni mereka berjaya membuka minda dan mengubah pandangan kita... Semoga mereka terus sukses!
betul sangat²..sikap sebegini perlu ada pada setiap insan,agar mereka² yang terlibat tidak berasa terpenjara..beri mereka peluang..salute pada khir dan acik idah..
semoga mereka yang berhati ikhlas melakukan perkara ini mendapat ganjaran pahala dr Allah SWT.
tahniah untuk dua blogger hebat ini .. semoga niat murni di redhai ALLAH
Satu perkongsian yang murni. semoga blogger yang melakukan perkara murni terhadap mereka yang tiada rumah tidur di jalanan mendapat rezeki yang melimpah. Selepas ini kita tukar pandangan kita terhadap banduan dalam menyelesaikan masalah agar mereka tidak berasa sunyi dan tidak melakukan masalah lagi.
Salam ziarah.
pernah baca entri memberi makanan kpd golongan kelandangan itu di blog acik idah. satu perkongsian yg menarik.. singgah dan follow sini. salam kenal. :)
terpenjara dan dipenjara..
kagum dgn usaha mereka
Assalam BM. tahniah buat mereka bedua.semoga mereka sentiasa suksess dalam tiap yang diusahakan
Bila tengok gambar-gambar, memang kasihan. Ramai tidak terfikir masih ramai yang tidak bernasib baik
tahniah kerana bersikpa prihatain seperti ni
bukan semua orang mampu melakukan seperti mereka
tahniah sekali lagi
semoga usaha ini berterusan
pernah join misi bantuan untuk gelandangan ni, kebanyakkannya terjebak sebab hidup tak menentu disebabkan gagal dalam perniagaan, gagal dalam percintaan dan dadah.
kasihannya.....semoga mereka positif...dan bersemangat...
isi tabung nuff anda
Moga usaha mereka diteruskn.tahniah buat mereka..
Assalam
Subhanallah. Terima kasih kepada blogger's tersebut yang mengetengahkan cerita begini untuk tatapan kita. Terima kasih juga kepada Tuan BM kerana mengongsi di sini.
Assalam
Tahniah dan terima kasih kepada blogger's tersebut kerana berkorban demi mengetengahkan cerita - cerita begini untuk tatapan pembaca. Juga terima kasih kepada Tuan BM yang mengongsikan kisah ini di sini.
sebak pulak membacanya
bagus pendedahan mcm ni supaya kita x pandang serong pd mereka
kadang kala kita rasa hidup kita dah teruk..tapi kita tak sedar ada lagi teruk daripada kita
Mb merujuk kepada Muhammad bin..kot
bila kita memudahkan urusan / membantu orang lain , maka Allah juga akan membantu / memudahkan urusan kita ...
ada lagi insan yang prihatin...
Ya, BM, mereka ni blogger yang bagus dan penuh dedikasi...
Thank you so much BM...! baru hari ini berkesempatan membaca entry yang baik ini... Terima kasih juga sudi ketengahkan kisah gelandangan ini... :)
Insyaalah... dalam sehari dua ini idah akan postkan kisah yang lebih menyentuh hati berkisar kehidupan orang2 yang kurang berkemampuan di sekitar Muar & Pagoh yang idah kunjungi selama cuti 3 hari ini... insyaallah...
All d best to you and semuga allah merahmatimu sahabat... :)
Sangat repect dengan mereka yg sanggup buat kerja kerja amal ni...perempuan pulak tu bukan mudah! Tahniah Idah....takkan acik pulak yek Okje nak panggil.... hehe
Seronok jugak dengar cita pasal pengalaman orang duk tirai besi ni...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”