Sebelum ini anda telah dikenalkan dengan jenis-jenis plastik. Jika sesiapa yang masih belum mengenali lagi jenis-jenis plastik, sila ke Entri INI. Salah satu jenis plastik yang paling selamat untuk digunakan semula adalah Plastik Kelas 2. Salah satu produk plastik ini adalah botol syampu.
Walaupun botol syampu ini dari jenis plastik yang selamat diguna semula tetapi ianya tidak boleh digunakan semula sebagai bekas makanan atau minuman. Tiada jaminan yang cucian anda itu benar-benar dapat membebaskan bekas tersebut dari bahan kimia syampu tersebut.
Kreativiti DIY Botol Syampu Kitar Semula |
Kitar Semula Pilihan Terbaik
Membuang botol syampu di tempat pembuangan sampah bukanlah satu tindakan yang bijak kerana tempoh pereputan plastik ini akan memakan masa ratusan tahun untuk terlerai sepenuhnya secara semulajadi. Memusnahkannya dengan membakar pula akan menghasilkan asap hitam dan bertoksid yang sudah pastinya akan mencemarkan udara.
Oleh itu...kitar semula adalah kaedah terbaik. Sama ada anda kumpul dan jual bekas plastik di pusat kitar semula ataupun anda gunakan kreativiti DIY untuk guna semula sebagai satu benda/peralatan lain tetapi pastikan ianya tidak berkait dengan bahan makanan dan minuman.
Kreativiti DIY Bekas Plastik Kitar Semula
Kreativiti DIY Kitar Semula mengajar anda untuk menggunakan semula botol syampu menjadi satu bekas serbaguna yang menarik dan memikat hati. Tidak sukar...anda pun boleh lakukannya.
Peralatan yang di perlukan :
1. Pisau
2. Gunting
3. Gam untuk plastik
4. Double sided tape
5. Kertas warna untuk hiasan
6. Botol syampu kosong
7. Pen atau marker
Cara-cara membuat bekas serbaguna :
1. Tebuk botol syampu dengan pisau
2. Gunting botol syampu melalui bekas tebukan pisau kepada dua bahagian.
3. Gunakan bahagian atas botol syampu dan lukis bentuk yang anda inginkan
4. Gunting bentuk tersebut dan lekatkan pada bahagian bawah botol syampu.
5. Gunakan kertas warna dan bentukkan rupa yang anda inginkan
6. Lekatkan bentuk-bentuk tersebut pada botol syampu.
7. Lekatkan double sided tape pada sebelah belakang botol syampu
Bekas serbaguna DIY kitar semula |
Siaplah sebuah kreativiti DIY kitar semula dari botol plastik yang serbaguna. Lekatkan bekas serbaguna kitar semula anda pada dinding atau mana-mana lokasi yang anda inginkan atau perlukan. Ianya pasti memikat dan menarik perhatian sesiapa sahaja!
Tips : Ikut kreativiti rupa bentuk yang anda inginkan. Kalau tak ada idea, ikut sahaja contoh yang diatas... :)
Aktiviti DIY kitar semula yang boleh anda berikan kepada anak-anak atau sebagai aktiviti di sekolah. Disamping meningkatkan daya kreativiti mereka, dedahkan juga ilmu serta pengetahuan akan pentingnya amalan kitar semula terhadap alam sekitar. Amalkanlah amalan kitar semula dan fikir dulu sebelum guna dan buang! Utamakan kesihatan dan peliharalah alam semulajadi.
Author by Bin Muhammad
24 comments - "Kreativiti DIY Botol Plastik Kitar Semula"
Hahahaha.. alien.. tapi comel... elok sngatlah kalau mcubanya.. alam skitar pun tjaga.. In Shaa Allah..
terbaik...
kreatif kot..pasti bekas pencil tu wangi..ada bau syempoo
Wahh bestnya.. anak2 pasti suka & seronok. bekas pensil tu nampak nakal & comel serta sentiasa menghiburkan.. T kasih diatas perkongsian BM.. :)
Cam mudah je nak buat ni...huhu
actually mmg elok pun ada kempen kitar semula selama ni.. dengan barangan ketiar semula mcm2 kreativiti kita boleh buat..
hanya memerlukan sedikit kerajinan dan idea kreatif..
sangat kreatif...
http://fuzainisimplelife.blogspot.com/
betul juga kan..Boleh buat barang DIY kat rumah
Kakak ada buat tempat sudu/garfu/senduk guna bekas sabun BM. Tapi kakak tak guna double sided tape. Abang buat lubang tebuk dan sangkut lagi kuat tak takut tanggal sebab sudu/senduk kan berat. Tapi tak cantiklah macam mereka buat siap ada mata dan tangan lagi:)
wah... comel sangat... boleh terus cuba buat neh
wah comelnya..senang rupanya nak buat
memerlukan imaginasi dan kreativiti yang tinggi
nak buat semua tu
yang penting kesabaran! hehe =)
Macam comel je... bolehlah cuba di sekolah nanti.
comelnyeeeeeee! kiut je tengok! aah kan blh try buat mcm ni..menjadi kreativiti
Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
auww...comel..lepas ni nak buat projek tuk budak2 kat rumah pulak..hehe..perkongsian yg menarik dari Mr. Bin..
suka sgt BM.. memang cantik. kalau ada masa dh lama nina nk buat tp apakan daya kerja
comel..comel..comel..memang best kalau kreatif ni kan BM.idea sentiasa ada...
kreatif dan comel.. boleh aiza cuba membuatnya juga nanti..
Saya buat pakai fondant..utk diletakkan atas kek..haha
Tapikan kadang tu nak menggunting botol syampu tu naik lenguh tangan ni keras...gunting pulak tumpul!
tq share, kalau dh kreatif tu semuanya menjadi kan !
kreatif..anak² pasti berminat mencuba..
Haha... taraanggg dah siap ekk.. nampak cam senang jer.. tapi ce buat sendiri sure terkial2 punyer... :d kreatif betul lar dorang nieee
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”