Jenis-jenis Plastik Dan Kitar Semula
Guna dan kitar semula plastik
Jika kita lihat disekeliling kita, ada pelbagai rupa bentuk dan jenis barangan diperbuat dari plastik. Plastik merupakan bahan yang amat meluas sekali penggunaannya. Apabila banyak digunakan, maka banyaklah juga ianya dibuang. Kitar semula plastik adalah cara terbaik.

Plastik tidak mudah mereput dan terlerai secara semulajadi. Ianya memerlukan jangkamasa yang terlalu lama. Dari puluhan tahun sehinggalah ada yang mencecah ratusan ribu tahun untuk mereput mengikut jenis-jenis plastik tersebut.

Mengetahui Jenis-Jenis Plastik

Bahan utama pembuatan plastik berasal dari campuran bahan kimia, iaitu bukan dari sumber semulajadi. Maka ianya pasti membawa kesan keatas bahan yang disimpan didalamnya terutama yang melibatkan makanan dan minuman. Sudah pasti juga memberi impak negatif keatas kesihatan kita.

Oleh itu penting untuk kita mengetahui jenis-jenis plastik agar kita dapat mengenal pasti jenis plastik yang selamat digunakan dan boleh di kitar semula.

Pada tahun 1988, Society of the Plastics Industry (SPI) sebuah persatuan pengeluar plastik sedunia telah mengeluarkan satu pengkelasan untuk mengkategorikan jenis-jenis plastik ini. Semua pengilang diwajibkan mengikut dan meletakkan koding sistem yang ditetapkan (SPI code or number) pada setiap produk plastik.

Pengkelasan Jenis Plastik

Dengan adanya pengkelasan ini, maka mudah untuk kita mengenal pasti jenis-jenis plastik serta mengetahui kandungannya untuk keselamatan dan pilihan penggunaannya. Berikut disenaraikan koding sistem yang di guna pakai diseluruh dunia:

Plastic Type OneJenis-jenis Plastik Dan Kitar SemulaPlastik Kelas 1

Biasanya dikenali dengan PET, PETE atau Polyethylene Terephthalate. Biasa digunakan untuk membuat botol minuman dan bekas makanan. Tidak sesuai digunakan semula atau disimpan terlalu lama. Tindakbalas kimia juga mudah berlaku jika diletakkan dalam keadaan cuaca diluar suhu bilik. Mudah dikenali kerana biasanya ia akan menyerap bau dan rasa minuman atau makanan yng simpan didalamnya. Plastik jenis ini boleh di kitar semula dan bernilai.

Jenis-jenis Plastik Dan Kitar SemulaPlastic Type TwoPlastik Kelas 2

Ianya menggunakan bahan High-Density Polyethylene atau dikenali sebagai HDPE. Produk HDPE adalah sangat selamat kerana ianya tidak akan memberi tindakbalas kimia keatas bahan yang disimpan didalamnya. Biasanya digunakan untuk bekas untuk simpanan susu, minyak pelincir, syampu dan bahan pencuci. Kebanyakan barang mainan juga diperbuat dari bahan ini. Ianya juga sesuai untuk dikitar semula. 
Walaupun ianya selamat tapi jangan sesekali menggunakan semula bekas ini untuk makanan jika ianya bukan bekas makanan pada asalnya walaupun telah di cuci bersih!

Plastic Type ThreePlastik Kelas 3

Barangan plastik dari Polyvinyl Chloride atau PVC. PVC biasa digunakan untuk membuat pelbagai jenis paip dan komponen kenderaan kerana sifatnya yang tahan lasak. Ianya tidak sesuai dijadikan bekas untuk makanan kerana beracun. Ianya juga boleh di kitar semula.

Plastic Type FourPlastik Kelas 4

Material utama plastik ini adalah Low-Density Polyethylene atau LDPE. Ianya paling biasa kita gunakan iaitu segala jenis beg plastik serta plastik yang nipis sebagai pembalut, pembungkus dan pelapik. Semua ini diperbuat dari LDPE kerana sifatnya yang kuat, anjal dan flexible. Ianya boleh dikitar semula.

Jenis-jenis Plastik Dan Kitar SemulaPlastic Type FivePlastik Kelas 5

Plastik ini sangat tahan dan tahan pada suhu yang tinggi. Ianya diperbuat dari Polypropylene atau PP. Ia biasanya dibuat tupperware, tutup botol, tong dan komponen kenderaan. Ianya paling selamat sebagai bekas untuk makanan dan minuman. Banyak juga peralatan luaran rumah menggunakan plastik ini. Ianya juga boleh dikitar semula.

Plastic Type SixPlastik Kelas 6

Juga dikenali sebagai barangan Polystyrene (PS) atau Styrofoam. Boleh dikitar semula tetapi amat sukar. Sifatnya yang ringan dan berwarna putih tetapi rapuh. Sesuai digunakan untuk pelapik dan penyerap bunyi namun paling selalu digunakan sebagai bekas untuk makanan pakai buang. Namun ianya tidak sesuai pada suhu yang panas kerana mudah bertindakbalas dan boleh membawa keracunan. Sebaiknya elakkan menggunakan bahan ini bersama makanan anda.

Plastic Type SevenPlastik Kelas 7

Ianya dikelaskan untuk lain-lain jenis plastik yang tidak termasuk dalam kelas diatas. Material biasanya adalah Polycarbonate dan Polylactide. Ia termasuk dalam kategori ini. Produk biasanya pula adalah seperti CD, komponen barangan digital, bekas ubatan dan botol bayi. Ianya amat sukar di kitar semula.

Jenis-jenis Plastik Dan Kitar Semula

Pilihan ditangan anda. Pilihlah jenis plastik yang selamat digunakan dan boleh di kitar semula. Selalu perhatikan kelas barangan atau bekas plastik anda terutama jika ianya untuk bekas makanan dan minuman kerana tersalah pilih, ia akan mengancam kesihatan anda.

Kitar Semula Plastik

Kitar semula barangan plastik yang tidak digunakan sama ada melakukan aktiviti kreativiti kitar semula atau kumpul dan jual. Pembuatan plastik amat murah dan tinggi permintaannya. Oleh kerana itu terlalu banyak produk kini beralih kepada bahan plastik sebagai material utama. Namun kesannya amat besar keatas alam semulajadi andai tidak di urus dengan baik dan sempurna. 

Tempoh pereputan yang terlalu lama, tindak balas kimia yang menghasilkan toksid yang merbahaya meracuni tanah dan air, pembakarannya juga menghasilkan pencemaran asap dan bau serta pembebasan bahan toksid merbahaya...itu adalah antara kesan dari pelupusan bahan plastik yang mengancam hidupan dan alam semulajadi. Oleh itu, tiada cara pelupusan terbaik buat plastik selain daripada kitar semula.

Kenali jenis-jenis plastik. Amalkanlah amalan kitar semula dan fikir dulu sebelum guna dan buang! Utamakan kesihatan dan peliharalah alam semulajadi.

Jenis-jenis Plastik Dan Kitar Semula
Cintailah alam yang indah ini

Rujukan dari SINI
Author by Bin Muhammad

53 comments - "Jenis-jenis Plastik Dan Kitar Semula"

Beberapa thn dlu...popular juga psal kelas2 plastik ni....bila beli barang....suka tgk kelasnya....tp skrng da x berapa nak ingt...bila baca entry ni...baru teringat balik........apa la sy ni...huhuhu....

satu perkongsian yang menarik ni, dulu mama beli botol susu mesti tengok bawahnya, plastik kelas apa, hihih....

jgn dibuang sesuka hati..nanti jadi tempat nyamuk membiak pulak..

Abam Kie delete icon 7:44 PG

di sek abe kie ada 3 tong kitar semula tp murid2 jrg guna..what a waste!

nice sharing..sekarang nie memang suka kumpul plastik2...boleh jual...hihih

emm Zaza tak pernah pun buat amalan kitar semula.. hheheh padahal kempen kitar semula sana sini ada kannn.

ini informasi berguna. Akak pun selalu kumpul2 dan letak depan rumah, hari jumaat org kitar semula datang ambik

walau i kerja kat Malakoff under Green Technology department, baru ari ni i blaja pasal jenis2 plastik..huhuhu..banyak betul jenisnya...

Di rumah kakak tak asing kategori plastik kelas berapa tapi kami kumpul semua jadi satu. Botol minyak, syampoo, sabun, air mineral kategori tak sama tapi bila jual semua jadi satu harga. Kakak baru tahu ni boleh asing mungkin harga tak sama.

Kalau tin kakak tahu sebab tin sardin/cendawan murah tapi tin coke mahal...

Betul sebaiknya sediakan tempat kumpul jgn buang sebab boleh jadi duit.

Yana Yani delete icon 10:42 PG

saya tahu plastik boleh dikitar semula tapi tak tahu dia
ada banyak kelas
benda baru bagi saya ni
thanks for the info

subhanallah cantik gambar yang last tu =)

BinMuhammad delete icon 10:45 PG

Amalan yang bagus dan perlu dimulakan semula..
Ulangkaji ye :)

BinMuhammad delete icon 10:46 PG

Bagus tu...lakukan juga utk barangan lain dan inform orang lain.
Kesihatan perlu diutamakan :)

BinMuhammad delete icon 10:47 PG

Sangat setuju! Membuang bahan plastik merata2 adalah cara pelupusan yg salah dan membawa pelbagai masalah.

BinMuhammad delete icon 10:50 PG

Kitar semula ini kena selalu di promosi dan di kuat kuasakan, jika tidak...sia-sia sahaja. Mungkin Abe Kie boleh mulakan semula aktiviti/kempen ini. Melentur buluh biar dari rebungnya...tapi kenalah ada usaha utk melenturnya... :)

BinMuhammad delete icon 10:52 PG

Amalan yg amat digalakkan! Teruskan usaha demi kesejahteraan hidup dan alam semulajadi... Syabas!

BinMuhammad delete icon 10:54 PG

Mudah sahaja Zaza...Kumpul dan jual. Mulakan dari rumah serta didik anak2. Jadikan ianya amalan yg menyeronokkan... Mulakan hari ini juga ye :)

BinMuhammad delete icon 10:56 PG

Syabas akak! Semoga ianya berterusan dan akan menjadi amalan juga kpd anak2 nanti.

BinMuhammad delete icon 10:58 PG

Kalau ikutkan, informasi ini teramatlah panjang lebar. Saya cuba ringkaskan dan mudah difahami. Semoga ianya dapat memberi pengetahuan dan berguna buat anda.

BinMuhammad delete icon 11:01 PG

Saya tahu akak memang mengamalkan amalan kitar semula ini. Syabas saya ucapkan! Kalaulah semua orang melakukan spt yang akak lakukan...pasti kehidupan akan lebih sentosa dan selamat. Alam pun terpelihara.

BinMuhammad delete icon 11:05 PG

Jenis plastik berguna utk kenal pasti bahan plastik yg selamat digunakan. Kalau nak kumpul dan jual, terpulanglah...kalau mahu diasingkan, harganya berbeza2 juga.
Semoga ianya berguna utk Yana. Keselamatan dan kesihatan itu amat penting.

Banyak jenis plastik ni ye. baru tau.

Mizz Aiza delete icon 12:03 PTG

plastik yang kelas 1 tu ramai orang guna semula botol mineral yang ada tanda macam tu untuk isi air masak.. rupa-rupanya merbahaya, baru aiza tahu.. sangat bermanfaat artikel mengenai jenis-jenis plastik dan kitar semula ini.. bersamalah kita menyokong kempen kitar semula terutamanya untuk barangan plastik..

Khir Khalid delete icon 12:15 PTG

Bnyk juga pengkelasan plastik ini ye.. mmg kita sedia tahu yg plastik ini tidak baik utk bumi & kehidupan, tp ramai yg mungkin tak mengetahui jenis2 & kelasnya.. kesedaran ini mmg seharusnya ditanam dlm setiap diri kita. T kasih diatas perkongsian yg sgt bermanfaat & menarik ini.. :)

Asmar Arafad delete icon 12:29 PTG

Banyak juga kelas2 plastik nie yer, thanks for this info...

Bunda_nora delete icon 1:14 PTG

Bunda pun selalu asingkan botol kaca dan botol plastik daripada sampah sisa makanan...

BinMuhammad delete icon 2:32 PTG

Semoga berguna buat anda...
terima kasih sudi singgah.

BinMuhammad delete icon 2:33 PTG

Ya...ramai yg tidak tahu ianya memberi kesan sampingan.
Semoga dapat memberi sedikit ilmu utk kesihatan diri dan kitar semula... :)

BinMuhammad delete icon 2:47 PTG

Semoga ianya berguna dan bermanfaat... Utamakan kesihatan dan jadilah pengguna yg bijak.

Unknown delete icon 2:50 PTG

As salamu'alaikum, dah makan ke belum... ^^

Jangan melastik akar petola,
Terkena nyonya tua danspastik;
Barangan plastik dikitar semula,
Bagaimana halnya manusia plastik.

BinMuhammad delete icon 2:52 PTG

Terima kasih juga krn singgah...semoga bermanfaat buat anda

BinMuhammad delete icon 2:53 PTG

Amalan yang bagus Bunda... Syabas!
Kumpul dan jual...dapat juga hasilnya :)

BinMuhammad delete icon 2:59 PTG

Waalaikumsalam Ummi, terima kasih sudi berkunjung lagi...
Alhamdulillah, Dah makan... :)

Berjaya melastik ada petuanya,
Perlu bersahaja jangan teruja,
Manusia plastik tiada nilainya,
Buang sahaja jadikan baja.... hehe

Assalam
Banyak ketagori dan kelas - kelasnya. Dengan maklumat ini , mudah untuk di kenal pasti nanti. Sedang mengumpul juga di sini.

Terima kasih banyak ya atas perkongsian ini.

ZaridaIshak delete icon 3:59 PTG

baru teringat nak sambung kitar semula... amalan bersama anak-anak.
terima kasih atas entri ini baik sebagai peringatan.

kalau nak pegi kedai jangan lupa bawak beg sendiri.
plastik ni ambik masa yg lama utk hancur bila dibuang.

ohcikgu delete icon 6:04 PTG

memang ramai yang tak tahu jenis plastik ni. jenuh nak terang satu persatu dalam kelas.

Banyaknya jenis plastik. Moga perkongsian ini dapat memberi kita semua pemahaman tentang bahayanya penggunaan plastik tanpa kawalan dan pengurusan yang lemah bakal menjerat diri sendiri juga.

Blog Santai delete icon 8:58 PTG

Wah banyaknya nak kena hafal BM..macam exam pulak..nway thanks ya for info!!!

Zawiah delete icon 9:48 PTG

yg pasti , bekas plastik tu buang jer bila dah habis isinya . blh menyumbang kpd kanser .

BinMuhammad delete icon 9:55 PTG

Jangan di buang tapi dikumpul dan dijual ditempat kitar semula... :)

Mizz Aiza delete icon 10:25 PTG

terima kasih BM... :D

Tanpa Nama delete icon 11:24 PTG

banyak rupanya klasifikasinya..kathy cuma tau kertas,botol dan tin..aduhai..ketinggalan zaman ni..

Nice info BM. Kena baca balik lenkali sbb ngantuk lak. Hahahahaha.

mselim3 delete icon 12:29 PG

Assalammualaikum,.. BM,

ooo plastik ada kelas dia rupanya.. ingatkan sama aje... hheheh malunya.. baru tahu ..
mselim3

Unknown delete icon 12:35 PG

baru saja cari plastik gelen tadi BM..tq info ni..ada kelas rupanya plastik2 ni

Mia Liana delete icon 8:50 PG

wahhh.. banyak juga kelas2 nya. rupanya berbeza. terima kasih atas info ini..

Unknown delete icon 9:57 PG

Terima kasih atas info berguna ini.. :D

OKje delete icon 4:29 PTG

Pernah jugak dengar jenis jenis plastik ni tp lepas tu mesti lupa kod dia....macamana tu....

Oh.. plastik pun ada macam-macam jenis ya.

serius aku tak pernah ambil tau pun pasal jenis2 plastik ni kan..hu3

Pha Is delete icon 12:32 PTG

sebut pasal plastik, pernah tengok x ada org buat "pulau buatan" dari botol plastik kosong. pulau tu terapung. siap ada rumah dgn pokok...

bagus untuk alam kita. Sayangi alam kita

Unknown delete icon 11:41 PG

perkongsian yg baik untuk rujukan assignment..hehe :D

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap