Iklan CPUV Nuffnang
Pengiklan di Blog - Nuffnang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salah satu peluang untuk menjana pendapatan secara pasif melalui blog adalah melalui pengiklanan. Salah satu syarikat pengiklanan yang amat popular dikalangan blogger adalah Nuffnang.

Permohonannya yang mudah serta hanya melalui dua kaedah mendapat pendapatan iaitu CPC (cost per click) dan CPUV (cost per unique visit) ianya menjadikan pengiklanan Nuffnang cukup disenangi, digemari disamping pembayarannya yang mudah serta tidak bermasalah menyerlahkan reputasinya.

Iklan CPUV Nuffnang

Iklan jenis CPUV ini cukup didambakan oleh setiap blogger kerana ianya hanya bergantung kepada jumlah pengunjung unik blog anda walaupun tanpa klik iklan dan setiap klik pula merupakan satu bonus (Maklumlah...berapa ramailah pengunjung yang sudi nak klik iklan kan) Oleh itu, iklan CPUV ini biasanya akan dapat menghasilkan jumlah pendapatan yang mudah dan tinggi terutama bagi mereka yang punya trafik blog yang baik.

Iklan CPUV Nuffnang

Maka tidak hairanlah jika kita lihat ramai blogger update status jika mendapat iklan CPUV dari Nuffnang ini. Mungkin anda salah seorang darinya... :) Mula-mula dulu pelik juga, kenapalah perlunya menghebohkan jika mendapat iklan CPUV dari Nuffnang ni sehingga buat entri khas lagi! Macam riak jer... Tapi kini barulah terlihat akan positifnya.

Terbit Entri CPUV Nuffnang

Dari pemerhatian dan pandangan saya, blogger yang menerbitkan entri untuk update status iklan CPUV Nuffnang ini adalah blogger yang bijak dalam pemasaran dan menjana pendapatan. Biasanya entri ini diterbitkan umpama satu penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Nuffnang kerana memberi iklan CPUV buat mereka. 

Dalam entri khas ini juga dinyatakan apakah iklan CPUV tersebut. Ada juga yang menceritakan serba sedikit tentang iklan yang di siarkan itu. Ianya merupakan satu pendedahan pemasaran percuma yang bagus buat Nuffnang dan Syarikat/Produk yang diiklankan. Setahu saya juga, entri sebegini amat baik untuk menjadi anak emas kesayangan Nuffnang... Betul ke?

Keuntungan kepada blogger pula, pembaca dan follower dapat mengetahui iklan apakah yang punya status CPUV ini. Makanya blogger dapatlah mewar-warkan serta menyeru pembaca untuk klik iklan tersebut. Wah! Memang hebat stategi anda! Dalam pada memikat Nuffnang anda juga memikat pembaca. 

Jom Klik Iklan CPUV Nuffnang

Oleh kerana itu jugalah entri ini ditulis, mencuba untuk melakukan seperti yang anda lakukan. Pada bulan Mac 2014 merupakan bulan terbaik buat saya apabila pertama kali mendapatkan 4 CPUV Nuffnang dan 3 daripadanya masih lagi aktif. Oleh itu, janganlah malu-malu atau segan, kalau terlihat iklan-iklan ini, sudi-sudikanlah klik ye... :)

Iklan CPUV Nuffnang
CPUV Relaks Minda... Sudi-sudikanlah klik.

Bukan selalu boleh dapat iklan CPUV ini, tapi jangan hairan pula jika ada blogger yang dapat lebih dari 3 iklan CPUV ini malah ada sehingga lima atau enam iklan CPUV yang masih aktif sekaligus! Bagaimana nak dapat iklan CPUV?...Jangan tanya saya, tiada rahsia atau tips tertentu... ianya hanya rezeki. Mungkin mereka yang selalu dapat iklan CPUV ini dan selalu terbitkan entri mendapat CPUV boleh memberi jawapannya kepada anda.

Masing-masing ada sebab tersendiri apabila menerbitkan entri mengenai iklan CPUV Nuffnang ini. Terpulang kepada anda kerana ianya adalah hak anda. Pendapat anda pula bagaimana? Bukan perkara negatif yang ingin diceritakan disini kerana lebih baik kita bersangka baik dan saling bantu membantu sesama blogger. Semoga kita semua dimurahkan rezeki...amiin

Terima kasih bersama Relaks Minda :)


Author by Bin Muhammad

51 comments - "Dapat Iklan CPUV Nuffnang Pun Buat Entri!"

mselim3 delete icon 12:00 PTG

Assalammualaikum... BM,

Alhamdulilah..rezeki sahabat mencurah3 ke ladang gandum.. amin.

mselim3

Unknown delete icon 12:13 PTG

hihi..ingatkan uncle nak mengata cik akak tadi...
sebab setiap kali dapat iklan cpuv tu...
kenalah inform blogger..hihi..
faham-faham je lah...nak mintak tolong klik lah tu..hahaha...
cik akak singgah sini...memang klik iklan yang ada...tapi bersyarat itupun kalau line mengizinkan cik akak nak menolong...hihi

Abam Kie delete icon 12:30 PTG

semoga ada org yg rajin klik ke iklan saya

Unknown delete icon 12:55 PTG

publish artikel iklan cpuv ketika ditawarkan oleh nuff adalah strategi bijak utk jana pendapatan
time tu iklan tgh hot berlegar2 di blog
then jumpe lak rakan blogger yg sporting n baik hati
berbunga2 tabungan akaun nuff kita
aah..pemberian cpuv itu blh dikatakan ikut nasib.
yg penting kedudukan iklan mesti betul. tu je formula utk dptkan cpuv.
wah...mencurah2 rezeki dri ford fiesta tu..tahniah..alhamdulillah...
isi tabung inti college sini

yangbaik delete icon 1:11 PTG

memang terkena juga... rupa-rupanya tujuan kita adalah sama iaitu untuk mengambil hati kann
semua itu ikut rezeki masing-masing
entah bila pula iklan cpuv aye akan bertambah... dah semakin berkutang ni

jie susanos delete icon 1:35 PTG

terbaik entry ni..rasanya betul bm ckpkan..

Mizz Aiza delete icon 1:41 PTG

alhamdulillh.. tahniah BM.. melalui permerhatian aiza, tidak semestinya trafik tinggi akan dapat cpuv.. apa-apa pun semuanya rezeki masing-masing juga kan.. yang penting teruskan menulis walau tak dapat cpuv macam aiza.. hehe.. klik-klik nuffnang BM..

alhamdulillah...kat blog akak ada 4 cpuv yg dok running sekarang...

Nanie Dean delete icon 3:21 PTG

Fuyyo! Kuantiti CPUV tak penting... yang penting kualiti... Kalau CPUV berlambak tapi kat amount dia ciput je... tak best jugak... (KN le tu...hehehe)

so far alhamdulillah cik jah dpt cpuv tiap2 bulan.. cuma antara sekejap dan lama je lah iklan tu bertenggek kt blog. bila lama sket tu dpt lah lebih sket pendapatan tu hehe..
tiap kali cik jah ke sini mmg sll picit iklan kat blog ni.. nak bantu BM meningkatkan amount iklan.. nnt boleh lah belanja cik jah goreng pisang ye. hehehe

Alhamdulillah..tahniah..

Dunia Zumal delete icon 6:43 PTG

Dulu zumal pernah dapat CPUV tapi 1 je lepas tu tak pernah buat entri khas maybe sbb tu dah x dapat CPUV lagi... Sedihnyer :(

Wafi Remli delete icon 9:49 PTG

Saya punya tak tahulah macamana, lepas buat penukaran email dah tak boleh nak login nuffnang. Banyak kali buat report tapi hasilnya apa pun tak dapat...malas dah nak layan

Khir Khalid delete icon 10:13 PTG

Alhamdulillah.. tahniah BM.. semoga terus dimurahkan rezeki & terus berjaya.. :)
3x fiesta.. :D

Zawiah delete icon 12:49 PG

thn lepas saya ada dpt 6 cpuv serentak dalam satu bulan tapi sampai la ni x de buat entry . tak terfikir lak klu ianya blh jana trafik ... cuma bimbang dikata sebagai riak ... nice info .

Pha Is delete icon 2:00 PG

haha.. saya terasa ni.. hehehe..
dulu, mulanya saya tak buat entri pasal cpuv ni kalau saya dapat cpuv, sebab saya pernah rasa macam mana perasaan orang yg tak pernah langsung dapat cpuv bila baca entri orang lain tulis dengan gembiranya dapat cpuv. sedih, jeles, dsb.
tapi kemudian, lepas baca sebab kenapa ramai blogger buat entri khas, sbb nk bodek nuffnang dan nk bodek pembaca supaya klik, saya pun buat jugak entri macam tu, tapi saya selitkan sekali apa yg saya buat setelah 3 tahun bersama nuffnang tapi x pernah dapay cpuv. at least, bagi mereka yg senasib dengan saya, x pernah merasa cpuv, boleh apply tips tu. x de la baca saja, sambil rasa jeles.. hehehe

alhamdulillah...syukur

Peh steady la bro. 1 CPUV pun senang-senang je dapat RM40.40. Keep it up the good job :-)

Saya singgah dan menabung Ford Fiesta kat sini =)

Assalamualaikum. wahh best gila. murah rezeki BM. banyak dah terkumpul tu. sheila singgah menabung ford sini~~~

Tahniah...maszie singgah menabung manalah tau lepas nie rezeki dpt keta ford ...:P

Alhamdulillah,tahniah BM..:) ya, saya setuju,bila kita kongsikan di blog cpuv yang kita dapat ia betul sebagai langkah pemasaran dan kreativiti blogger.Penghargaan juga kepada advertiser yang pilih blog kita..:) Traffic ramai macam blog BM, memang berbaloi kalaudapatCPUV..KEEP IT UP:)

emarieys delete icon 11:30 PG

selama ini pasang nuffnang tak pernah pun dapat CPUV...

OKje delete icon 11:42 PG

Kayolah Pokcik Hippo kalau macam ni...sekali klik makan puluhan ringgit.... Bila nak belanja Mokcik Zirafah makan pucuk ni? hehe

Unknown delete icon 12:38 PTG

Huiii banyak nyerr...! :D alhamdulillah... rezeki kawan2... keep up a good work BM.. :)

Unknown delete icon 1:42 PTG

tahniah BM..klik2 cni^-^

betul tu BM..rezeki masing-masing..sy blm lg chek acc nuff..hrp2 ada masyuk hehe..

Kalau macam ini gaya memang best!
Setiap org punya strategi utk meningkatkan rezeki yg mudah diperolehi tanpa sedar ni kakak katakan sebab tulis N3 dlm blog senang-senang dpt duit..

Fiza Rahman delete icon 1:57 PTG

Alhamdulillah. Tahniah BM ☺

Yana Yani delete icon 2:36 PTG

sya masih kurang mahir dalam hal ni

Blog Santai delete icon 4:14 PTG

Alhamdulillah..banyak tu..Murah rezeki BM..Sebenarnya bagi kita yang jarang-jarang dapat CPUV ni. Entry tu macam penghargaanlah. Tanda terima kasih BM...kat Nuffnang & juga pengiklan.

kak tie delete icon 5:14 PTG

alhamdulillah..walau tak banyak tapi akak dah dapat 2 kali rezeki dari Nuffnang ni

ANIM delete icon 5:16 PTG

kak anim masih kurang berilmu dalam hal ini..:-))

Dulu ada jugak buat entri psl ni. Tp skanh semuanya ada terhad. Huhu... Kagum dgn blogger lain yg pandai.mencuri masa berblog

Azwar Syuhada delete icon 10:23 PTG

Wahh, banyaknya dapat cpuv. Azwar tak pernah dapat lagi, sebab tak berapa faham lagi..hehe.. Tahniah ye!

Aqilah Azmi delete icon 10:49 PTG

wah wah wahh piwittt bestnya dapat banyakkk hehehehe

Bunda_nora delete icon 12:08 PTG

Bunda pun ada rasa yang sama jugak BM...macam riak jer nak update CPUV...apa lagi perasaan rendah diri itu mendalam sangat dalam diri bunda sebab CPUV bunda tak lah membanggakan macam orang lain...

Sekarang setelah membaca entri BM ni baru bunda faham tujuan sebenarnya...mungkin lepas2 ni bunda pulak akan upkan entry CPUV bunda pulak...

sedang kecewa dgn nuffnang..hahaha...btw tahniah!

Tanpa Nama delete icon 12:55 PTG

rezeki tu BM.. tahniah yer !

Unknown delete icon 4:43 PTG

alhamdulillah..rezeki.

p/s: saya dah klik2 iklan tersebut. :)

Bahrain delete icon 12:18 PG

seeloknya cerita sedikit berkenaan dengan CPUV, Baru orang akan perasan dan tertarik untuk klik iklan tersebut seperti apa BM tulis. TAHNIAH!

Tahniahlah ye...akak tak pernah dapat sebab jarang blog laa ni

Tanpa Nama delete icon 4:08 PTG

Org lain dah byk kali trima cpuv..kathy baru 2 kali je..hehe.

Oh, sebagai pendedahan dan makluman saya baca entri ini. Mana tahu satu hari nanti saya nak pasang iklan pula kan.

adam delete icon 9:21 PTG

tahniah... murah rezeki

simplyME delete icon 4:17 PTG

Alhamdulillah..sy newbie n bru dpt 1 cpuv..sila la klik n jenguk blogummiaimy.blogspot.com

Farisha delete icon 12:54 PTG

kalau iklan inti tu.. dia dalam kategori iklan nuffnang?

BinMuhammad delete icon 2:01 PTG

INTI tu adalah syarikat yang beriklan dengan syarikat pengiklanan... Nuffnang tu adalah syarikat yg menawarkan perkhidmatan pengiklanan. Jika INTI beriklan dengan syarikat pengiklanan lain maka anda boleh lihat iklan INTI bukan sahaja di Nuffnang. Sama spt iklan KFC yg ada di pelbagai saluran tv.

Vander Good delete icon 8:24 PTG

Menarik dan padat entri ini. Memang semua akan menguar-uarkan apabila dapat iklan dari Nuffnang.
Singgah BW di sini. Done follow. Ada masa silalah jenguk blog saya ya. :)

Shu delete icon 11:38 PG

Salam..saya baru sebulan join nuffnang nie..cuma nk tanya apa kita perlu buat kalau dapat cpuv nie..sbb saya baru dapat 4 iklan..tapi x taw nk buat ape..just tgk je ke?..tunggu smpi habis campaign nanti baru taw amaun kita dapat?..dan lagi satu.bila kita click iklan KFC contohnya..dier keluar link blog orang lain yang menulis pasal KFC..yg tue mcm mane plax..maaf ye..banyak tanya

BinMuhammad delete icon 12:04 PTG

Income CPUV Nuffnang ini datang dari jumlah unique visitor yang datang ke blog anda (maksudnya trafik). Jika trafik anda tinggi maka tinggilah income CPUV. Namun iklan ini hanya keluar pada masa-masa tertentu dan income dijana hanya apabila iklan tersebut terpapar.

Oleh itu, apabila dapat iklan CPUV ini, langkah yang perlu anda lakukan adalah meningkatkan trafik blog sepanjang iklan CPUV melekat di blog anda.

Nuffnang amat melarang empunya akaun nuffnang klik iklan di blog mereka sendiri. Jika ianya dapat dikesan kemungkinan akaun anda akan di suspended!

Tidak kira apa jua link atau url pada iklan tersebut, ianya telah di setup oleh Nuffnang. Anda tidak perlu khuatir apa2.

Harap jawapan ini dapat membantu. Terima kasih bersama Relaks Minda :)

shu delete icon 12:45 PTG

alamak dah tertekan iklan2 tue.harap nuffnang tak suspended kn..
Terima Kasih atas penerangan

Ora Adzlin delete icon 5:32 PTG

thanks sharing !

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap