بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t. Salam Jumaat buat anda semua. Semoga kita semua dalam keadaan sihat sejahtera, dilindungi dan diberkati Allah swt. Kemarau masih melanda hampir diseluruh negara, cuaca begitu panas membuatkan ketidakselesaan dan membawa pelbagai masalah kepada kita semua.

Suhu yang tinggi, tiadanya hujan, sumber air kian berkurangan, kebakaran, jerebu, denggi, demam, alahan dan pelbagai lagi... Inilah dugaan dari Allah swt. Namun yakin dan percayalah, ada hikmah besar disebaliknya. 

Mohon Keampunan, Bersyukur dan Berdoa

Bukakan minda dan hati kita serta berfikiran positif. Muhasabah diri... InsyaAllah, pasti kita akan dapat lihat betapa besarnya rahmat Allah swt disebalik musibah yang melanda... Sayangnya Allah swt kepada kita semua, Bersyukurlah.

Semoga dihari Jumaat yang mulia ini kita berbanyakkan selawat, berzikir dan berdoa. Berdoa memohon keampunan agar Allah swt menurunkan hujan. Jika ada solat sunat Istisqa' diadakan di masjid-masjid, sama-samalah turut serta. Jika anda tidak tahu dan mahukan kefahaman tentang cara-caranya, boleh ke pautan ini : Solat Sunat Istisqa'

Mohon Keampunan, Bersyukur dan Berdoa

Sheikh Saud ibn Ibrahim ibn Muhammad al-Shuraim hafidzahullah berkata,
“Kami memohon keampunan dariMu Allah, kami memohon keampunan dariMu Allah, kami memohon keampunan dariMu Allah, Ya Allah sesungguhnya kami memohon keampunanMu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka hantarkanlah kepada kami hujan lebat yang mencurah-curah.”
Khutbah Istisqa' 18 Februari 2013, Masjidil Haram, Makkah Al Mukarramah.
Link: http://www.youtube.com/watch?v=XnRQZH8oEOA

Terima kasih bersama Relaks Minda dan selamat berhujung minggu.

Author by Bin Muhammad

28 comments - "Mohon Keampunan, Bersyukur dan Berdoa"

panas bersunggut...hujan pun merunggut...begitulah perangai manusia yg tak pernah bersyukur...

Unknown delete icon 11:33 PG

Kesemua perkara itu perlu diamalkan secara itiqomah dan Insyaa Allah, ada banyak manfaat darinya...bg yg betul2 yakin.

Thanks Bro BM atas perkogsian.

Mia Liana delete icon 11:35 PG

alhamdulillah... saling ingat mengingati...

Sesungguhnya segala apa yang ditimpakan kepada kita semua adalah untuk menguji sejauh mana ketaatan kita kepada-Nya. Sama-samalah kita muhasabah, bersyukur dan sentiasa selalu merendah diri.

Fiza Rahman delete icon 12:03 PTG

Mekasih atas perkongsian. Hikmah disebalik setiap dugaan.

Unknown delete icon 12:05 PTG

Mr.k demaam dh..saya pulak kering tekak..

good entry..

Linda delete icon 12:27 PTG

Salam Jumaat...cantiknya cahaya matahari tu kann..:)

Salam Jumaat dan salam berhujung minggu..

Pha Is delete icon 1:11 PTG

amiin..

Zawiah delete icon 1:48 PTG

bersyukurlah dgn setiap pemberian dari Nya walaupun ia menjadi ujian bagi kita .

sitirohaida delete icon 2:25 PTG

amin..moga semuanya akan cepat beransur...muhasabah diri kita..thanks sharing

Tanpa Nama delete icon 2:58 PTG

moga keadaan bertambah baik...

Wafi Remli delete icon 3:04 PTG

Kita tidak boleh menafikan bahawa adanya kebaikan di sebalik setiap ujian.

ANIM delete icon 3:18 PTG

Dalam musibah yang melanda, dahi kena selalu sujud ke bumi. Kita hamba hina dina, nak minta tolong kat sapa lagi. Tentulah kepada Pencipta alam ini.

Memohon keampunan kepada Allah adalah antara perkara yang amat digalakkan. Ia mampu mendidik jiwa kita supaya terus merendah diri dan senantiasa memperbetulkan diri dari sebarang kesilapan yang kita lakukan setiap hari.

Yana Yani delete icon 4:25 PTG

saya suka bila BM kAta gini
Bukakan minda dan hati kita serta berfikiran positif. Muhasabah diri...

paridah delete icon 4:27 PTG

ya peringatan yg baik...bersama-sama kita mohon keampunan drpd Allah yang maha esa kerana kita org2 berdosa n keampunan Allah akan merubah segalanya menjadi lbh sempurna...

Unknown delete icon 4:31 PTG

Ameen ya Rabb..

Amin..bersyukur selalu.

Tanpa Nama delete icon 5:00 PTG

In Shaa Allah akan terus diamalkan !

assalamualaikum BM terima kasih kerana saling ingat mengingatkan ...semoga kita menjadi di kalangan orang yang bersyukur ^_^

Masa nilah kita harus mhasabah diri

Khir Khalid delete icon 8:28 PTG

Aamiin.. ampunkanlah dosa2 kami Ya Allah... aamiin.
Salam Jumaat BM..

Mizz Aiza delete icon 10:23 PTG

semoga dengan ujian itu dapat mendekatkan kita dengan Allah..

Benar sekali tu..ada hikmahnya kemarau kali ni bagi yang mahu berfikir

OKje delete icon 11:56 PTG

Elok sangat tu ......bagi mereka yg dah tak tahan sgt nak berendam...hehe

Aimacomel delete icon 11:20 PTG

Ruang dah makin panas.hutan dah banyak yg terbakar. Moga Allah memudahkan segala usaha kita, Aminn..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap