Situasi Air Selangor KritikalAssalamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya kini sudah hampir ke penghujung bulan Mac 2014, namun situasi dan keadaan bekalan air di Selangor tidak menunjukkan sebarang kemajuan memberangsangkan. Mungkinkah catuan bekalan akan berlanjutan sehingga ke Bulan April?

Sehubungan dengan itu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengeluarkan satu risalah yang menunjukkan situasi sebenar bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mungkin ini adalah petanda bahawa catuan bekalan air akan dilanjutkan...?

Anda boleh baca risalah ini melalui :

http://www.syabas.com.my/ (klik 3. Risalah dan Advertorial)



Atau terus ke shortcut pdf file ini : Risalah dan Advertorial.pdf

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Update.. Terkini! 29 Mac 2014. SYABAS telah mengumumkan Pelan Catuan Air Peringkat Pertama dan Ketiga Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya telah dilanjutkan sehingga 30 April 2014! Dapatkan Maklumat Lengkap di SINI 


*Terbaru! 1 April 2014. SYABAS telah mengumumkan Pelan Catuan Air Peringkat ke 4 bermula 4 April sehingga 30 April 2014. Terdapat pertambahan kawasan terlibat.
Sila Rujuk Jadual Lengkap di SINI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam risalah tersebut diterangkan dengan jelas :

1. Status bekalan air terawat dan keadaan semasa empangan

Situasi Air Selangor Kritikal

2. Peranan Dan Tanggungjawab Pihak-Pihak Yang Berkaitan
3. Langkah-langkang Diambil Dan Persediaan Oleh Syabas
4. Saranan Kepada Pengguna

Semoga anda mendapat maklumat terkini tentang situasi air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kemungkinan kawasan yang terlibat dengan catuan ini juga akan bertambah. Maka lakukan persiapan awal agar ianya tidak membebankan anda.

Keadaan Terkini Empangan Selangor

Baru tadi juga saya telah melihat dengan sendiri keadaan terkini Empangan Sungai Selangor. Oleh kerana lokasinya yang tidak begitu jauh dari tempat tinggal, maka mudah untuk saya pergi melihatnya. Ianya sungguh mengejutkan. Suasana yang sungguh berbeza berbanding lawatan saya sebelum ini. Gambar-gambar ini menjadi bukti yang jelas.

Sebagai perbandingan paras air sebelum ianya menyusut, saya sertakan gambar lawatan ke Empangan Selangor pada tahun 2012

Empangan Sungai Selangor - Situasi Air Di Selangor Kritikal
Empangan Selangor 28.3.2014
Empangan Sungai Selangor - Situasi Air Di Selangor Kritikal
Empangan Selangor 4.3.2012

Empangan Sungai Selangor - Situasi Air Di Selangor Kritikal
Empangan Selangor 28.3.2014
Empangan Sungai Selangor - Situasi Air Di Selangor Kritikal
Empangan Selangor 4.3.2012

Empangan Sungai Selangor - Situasi Air Di Selangor Kritikal
Empangan Selangor 28.3.2014
Empangan Sungai Selangor - Situasi Air Di Selangor Kritikal
Empangan Selangor 4.3.2012

Anda boleh lihat sendiri betapa susutnya jumlah air di Empangan Selangor ini. Semoga keadaan segera pulih dengan hujan yang berterusan disepanjang bulan April ini, InsyaAllah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Update.. Terkini! 29 Mac 2014. SYABAS telah mengumumkan Pelan Catuan Air Peringkat Pertama dan Ketiga Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya telah dilanjutkan sehingga 30 April 2014! Dapatkan Maklumat Lengkap di SINI 


*Terbaru! 1 April 2014. SYABAS telah mengumumkan Pelan Catuan Air Peringkat ke 4 bermula 4 April sehingga 30 April 2014. Terdapat pertambahan kawasan terlibat.
Sila Rujuk Jadual Lengkap di SINI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih...dan bersamalah kita berdoa,
“Kami memohon keampunan dariMu Allah, kami memohon keampunan dariMu Allah, kami memohon keampunan dariMu Allah, Ya Allah sesungguhnya kami memohon keampunanMu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka hantarkanlah kepada kami hujan lebat yang mencurah-curah.”
Sheikh Saud ibn Ibrahim ibn Muhammad al-Shuraim hafidzahullah. Khutbah Istisqa' 18 Februari 2013, Masjidil Haram, Makkah Al Mukarramah.


Author by Bin Muhammad

13 comments - "Situasi Bekalan Air Selangor Kritikal"

simpati pada yg menghadapi masalah air ni...

alhamdulillah semalam dan hari ni hujan lebat di kulim...

Susutnya air empangan selangor ni..dulu masa pergi pun air tengah banyak..

Unknown delete icon 6:20 PTG

kesian...lebih2 lg yg mengangkut air org yg lemah upaya
kat sini kwsn empangan diluaskan, then air tepi laut termasuk dlm empangan tu
air paip tetibe masin, payau...
even juz kumur2 pun terasa masin air paip
skrg masak pakai air tong tadahan hujan
since air masin masuk dlm air paip olwes rs sakit tekak..batuk2..sentiasa rasa dahaga..

profhariz delete icon 6:21 PTG

Allahu. Kesian penduduk selangor.

Hujan oo hujan, kenapa kau tak turun, macamana aku nak turun katak tak panggil aku.

AIR + POLITIK = RM$$$$
# Mangsa Rakyat..
Jangan lawan ketentuan Allah..
# Rakyat pun kena berjimat cermat..

Khir Khalid delete icon 9:28 PTG

Aamiin.. pada waktu saya menaip komen ni, hujan sedang turun dgn mencurah2... harap2 dpt membantu mengurangkan beban permasalahan air ini... aamiin...

Pha Is delete icon 12:42 PG

amiin...
eh, x ok lagi ke masalah air ni.. ingatkan dah hujan, dah setel..

Mizz Aiza delete icon 1:47 PTG

beberapa hari ini hujan sudah mula turun.. semoga krisis bekalan air ini akan segera berakhir..

OKje delete icon 11:47 PG

Hish....memang betul betul surut tu.... takutnyaa..... patut pun bercatu yek!.

Fiza Rahman delete icon 2:00 PTG

Sama² lah kita berdoa supaya air empangan naik. Memang nampak ketara sangat susutnya. Alhamdulillah...kat bangi tak termasuk dlm senarai.

Bunda_nora delete icon 4:20 PG

dua tiga harini hujan lebat...insyaAllah empangan naik...tiada lagi masaalah air..

Tanpa Nama delete icon 4:10 PTG

Harap segera pulih.

Moga dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap