Cara Guna Header Tag Dalam Entri sebagai heading
Gunakan Header Tag dalam Entri anda.
Header Tag adalah salah satu cara mudah untuk anda mengaplikasikan teknik On Page SEO didalam entri anda. Oleh itu kita mesti faham dan perlu tahu cara menggunakan Header Tag dalam entri sebagai Heading

Menulis entri yang baik dan berkualiti di blog umpama menulis karangan atau artikel dimajalah. Ianya bukanlah boleh ditulis sesuka hati seperti menulis status di facebook anda.

Entri mestilah menggunakan format dan teknik yang betul agar menepati kehendak serta mudah difahami oleh robot enjin carian untuk di indeks dan seterusnya menjadi mesra SERP dan SEO bagi mendapat layanan istimewa untuk dipaparkan di muka hadapan enjin carian.

Apakah itu Header Tag? (h2)

Sebelum pergi lebih mendalam lagi, anda perlu mengenali apakah itu Header Tag. Header Tag adalah Tajuk (heading) dan Sub Tajuk (sub heading) didalam entri anda yang telah diformat sebagai keyword untuk enjin carian mengenali dan memahami topik entri anda.

Ianya merumuskan apa yang terkandung dalam isi artikel dibawahnya. Ianya juga amat penting kerana robot enjin carian akan menggunakan heading sebagai keyword untuk mengenal pasti tentang keseluruhan kandungan entri anda.

Cara Memahami Header Tag (h2)

Cara Guna Header Tag Dalam Entri - susunan heading mengikut keutamaan
Heading itu adalah Tajuk Entri anda. 

Tajuk Besar (Heading h1) = Tajuk Entri anda
Tajuk Sub Utama (Heading h2) = Tajuk-tajuk kecil dibawah Tajuk Entri 
Sub-Sub Tajuk Utama (Heading h3) = Tajuk-tajuk kecil dibawah Tajuk Sub Utama
Sub-Sub Tajuk (Heading h4,h5,h6) = Tajuk-tajuk kecil dibawah Sub-Sub Tajuk Utama

Untuk memahami Header Tag dalam entri anda adalah seperti mengikut turutan imej diatas. Jika Tajuk Besar (h1) = Tajuk Entri anda adalah Bumi. Perenggan pertama (lebih dikenali sebagai pendahuluan) anda mestilah menceritakan tentang bumi dan keyword 'bumi' mesti ada dalam 70 perkataan terawal entri anda. Pastikan saiznya mengikut keutamaan (ikut seperti turutan imej diatas) dan di tebalkan (bold).

Tajuk berikutnya pula adalah Tajuk Sub Utama (h2). Ianya adalah cerita kepada Tajuk Besar (h1) yang anda pecahkan telah kepada topik yang lebih kecil. Seperti contoh diatas iaitu Asia dimana Asia itu adalah salah satu benua di bumi, maka ceritakan pasal Asia disini. Tebalkan juga perkataan penting dan keyword

Begitulah seterusnya sehinggalah h6 jika perlu. Sub-sub tajuk (heading) ini lah yang akan dicari dan digunakan oleh robot enjin carian untuk memahami keseluruhan entri anda.

Tips Penting Memahami Header Tag (h3) :

  • Header Tag h1 hanya ada satu sahaja. Tak perlu risau kerana biasanya ia sudah diset didalam template anda tetapi perkataan tersebut perlu diulang dalam isi entri anda.
  • Header Tag h2 adalah sub topik utama (pecahan tajuk dari h1) dan boleh ada 2 atau lebih Heading h2 dalam sesuatu entri.
  • Header Tag h3 pula adalah sub topik dibawah sub topik utama h2 (pecahan tajuk dari h2). menceritakan lebih detail dan mendalam tentang sub topik utama h2. Boleh diletak lebih dari satu.
  • Begitulah juga dengan Header Tag h4,h5,h6...adalah sub-sub topik dibawah topik diatasnya. Ianya tidak semestinya perlu ada, kecuali anda memerlukannya.
  • Susunan Heading mestilah betul. Selepas h2 barulah boleh ada h3, dan selepas h3 barulah boleh ada h4. Tidak betul jika tanpa ada h2 terus ada h3 dan begitulah juga yang lain.

Cara Guna Header Tag (h2)

Cara untuk aplikasi Header Tag dalam entri adalah sangat mudah kerana ianya telah diset dalam blogger new post anda. Klik pada perkataan 'Normal' dan anda akan lihat perkataan heading, subheading, minor heading dan normal. Lihat imej dibawah untuk memahami dengan lebih jelas.

Cara Guna Header Tag Dalam Entri - heading setting di blogger post

Post title (tajuk entri anda) adalah (h1). Tulis sahaja tajuk anda sudah mengaplikasikan teknik On Page SEO ini kerana setiap tajuk entri sudah di set dalam template sebagai (h1) anda.

Untuk Heading Tag h2, anda perlu highlight Tajuk sub topik utama ini (ingat hanya tajuk! bukan keseluruhan isi perenggan artikel) dan klik pada perkataan Heading. Maka h2 anda sudah diset. Kemudian besarkanlah saiz perkataan tersebut serta tebalkan (selalunya ia telah di set saiznya). Begitu juga untuk Subheading h3 dan Minor Heading h4.

Tip saiz huruf Heading : h2 > h3 > h3 > h4 > Normal

Untuk Heading h5 dan H6.... tiada format yang di setkan oleh blogger. Anda perlu mengubah coding html template anda. (Ini perlukan sedikit kemahiran tapi setakat h3 pun sudah memadai sebenarnya)

Menjawab Persoalan Khir Khalid (h3)

Cara Guna Header Tag Dalam Entri - Pertanyaan dari Blogger Khir
Soalan Khir Khalid

Jawaban: Saya rasa Saudara Khir telah highlight keseluruhan perenggan untuk dijadikan Header Tag sebab itu ianya ada pelbagai saiz. Sebenarnya anda perlu membuat tajuk untuk perenggan tersebut dan hanya tajuk itu di highlight untuk dijadikan Heading. Jawapan saya ini mengikut kefahaman saya keatas soalan. Semoga ianya dapat menyelesaikan masalah Saudara Khir.

Teknik bertanya soalan (h4)

  1. Jangan beri soalan secara umum, spesifikkan soalan anda
  2. Khususkan soalan anda satu persatu mengikut apa yang anda tidak faham dan mahu penjelasan lanjut. Biar banyak soalan tak apa tetapi setiap satunya khusus pada perkara yang berlainan.
  3. Terangkan dengan jelas dan kalau boleh beri sekali contohnya. 

Maklumlah saya bukan seorang yang terlalu pakar dan dapat memahami dengan jelas apa yang sebenarnya yang anda mahukan.


Header Tag Mudah Di Aplikasikan (h2)

Semoga penerangan diatas dapat memberi penjelasan yang jelas dan mudah difahami untuk anda guna dan mengaplikasikan Header Tag dalam entri anda. Ianya sebenarnya mudah sahaja dan anda boleh lakukan terus semasa anda mengarang entri anda. Hanya perlu buat tajuk dalam entri anda dan jadikan ianya sama ada heading, subheading atau minor heading.

Ianya adalah salah satu teknik SEO yang penting terutama pada h1, h2, h3. Setakat itu pun sudah memadai kerana jika terlalu banyak pun artikel jadi kurang menarik seperti artikel ini. Ianya tidak susah, hanya menuntut ketelitian dan kerajinan anda dalam membuat entri yang berkualiti dan mengikut format yang dikehendaki oleh enjin carian. 

Terima kasih bersama Relaks Minda... Ilmu yang ada dikongsi bersama

p/s: untuk kemudahan anda memahami...artikel ini telah saya tanda Header Tag nya (berwarna merah) pada setiap heading (tajuk dalam entri). Itu lah heading dan lihat juga susunannya. Lihat juga apakah perkataan yang saya tebalkan dan italic.

Ditulis oleh :

53 comments - "Cara Guna Header Tag Dalam Entri (h1)"

Mia Liana delete icon 8:11 PG

terima kasih atas ilmu ini..

Ija Rased delete icon 8:22 PG

terima kasih atas ilmu ini. cuba memahamkan walaupun payah nak faham. tq bro

susah sy nk paham..hehehe

Nao Mei delete icon 9:18 PG

Serius mmang lama dah cik akak mencari artikel yang berkaitan dengan h1 hingga h6 nie
H1 teknik seo cik akak masih bad hahaha
Uncle ingat boleh taip sesuka hati je kan .
Tak sangka lak cik akak main redah je bila buat entri

Ianya mudah jer, highlight tajuk dalam entri anda dan jadikan ia Heading, Subheading atau Minor Heading...

Kak Tie delete icon 9:39 PG

mmg x paham bab2 coding ni...huhu

Bolehlah guna teknik ni...mudah jer. Tingkatkan kualiti entri cik akak agar jadi lebih mesra SEO dan mantap!

Ini bukan perlu ubah coding lah Kak Tie... Cuma tukar tajuk dalam entri jadi format header tag.

Pening gak nak memahaminya ni BM. Good info sbb baru tau. Slalu pakai normal heading jewr,

Saya kena perbaiki header saya kut..bagus jugak info ni

Jika semua tajuk dalam entri anda berstatus normal bermakna anda tidak mengaktifkan header tag anda. Teramatlah ruginya...

Kak Tie delete icon 10:55 PG

oo...gitu ke..takut nak ubah,takut jadi lain

Fungsi header ni juga membantu memudahkan para pembaca memahami isi kandungan entri blog tersebut. Malah, dengan cara penggunaan header yang betul ini juga memberikan pengalaman membaca yang lebih engaging kepada para pembaca.

alhamdulilah ilmu baru dapat lagi.. terima kasih BM

Hero Borneo delete icon 11:43 PG

patutlah saya belum lagi berjaya dalam bab ini...masih jahil tentang header tag nie..

Khir Khalid delete icon 11:57 PG

Ohhh alhamdulillah... sgr2 jelas dan faham. Tergelak saya bila tahu dimana kesilapan saya hehee.. Tajuk kecil rupanya. T kasih BM atas tips yg terperinci ini. Ia sememangnya amat2 membantu.. mmg bnyk yg perlu saya pelajari lagi & kena slow2 sikit sbb loading otak ni agak lambat untuk perkara2 mcm ni.. takut hang pulak.. :D
T kasih ye.. :) :)

yana yani delete icon 12:27 PTG

saya baru first time dengar pasal ni
maksudnya dia lebih seperti kita buat karangan di sekolah dulu
ada tajuk perenggan dan sebagainya, emm paham sikit pasal tu
nanti akan cuba praktikkan

tapi untuk blog peribadi seperti saya, bukankah ianya kelihatan terlalu formal?

Bin Muhammad delete icon 12:52 PTG

Bagi saya, ianya tidak akan membuatkan sebuah entri menjadi formal. Tajuk2 kecil ini sebenarnya akan menambahkan tarikan serta lebih dekat kpd pembaca tentang topik yang diceritakan. Selalu saya lihat entri Yana dalam satu entri ada pelbagai kisah. Gunakan sub tajuk ini sebagai pemisah, ianya lebih menarik dan jelas...tidaklah nampak melompat2 ceritanya.
Inilah keistimewaan dan keunikan menulis diblog...gabungan antara teknikal dan gaya penulisan dalam bercerita! Sebab itu ianya berbeza dgn menulis di media cetak.

Kakzakie delete icon 12:54 PTG

Sasaran utama BM memberi penjelasan sangat jelas.
Apa lagi Khir Khalid pun dah betul-betul puas dari penjelasan BM dan komen balasnya itu..

Bin Muhammad delete icon 12:55 PTG

Setuju dgn anda! Setiap isi kandungan entri akan lebih tersusun, menarik dan mudah difahami, bukan sahaja utk robot enjin carian tetapi juga kpd pengunjung!

Bin Muhammad delete icon 12:57 PTG

Pelan2...yang penting jangan mudah putus asa, terus berusaha mendapatkan ilmu dan mencuba. Semoga berjaya dan terus bersemangat!

Bin Muhammad delete icon 12:59 PTG

Alhamdulillah... Nampaknya tepat jawapan saya...
OK Khir, semoga berjaya. Slow2 tak pe...tapi terus berusaha dan mencuba!

dah cuba sikit-sikit guna header Tag..tak taulah jadi ke x..nak kena faham betul2 nie..

Khir Khalid delete icon 1:33 PTG

In shaa Allah.. t kasih.. semoga BM terus berjaya juga.. :)

paridah delete icon 1:33 PTG

terima kasih berkongsi info...masih belajar pelan pelan...

Zawiah delete icon 1:40 PTG

selalu klu nak apply template , ada heading h1-h6 nih tapi x tahu kepentingannya pada robot enjin carian . thanks infonya .

Alhamdulillah dapt lagi satu ilmu hari ni ..
Header tag oh header tag ..dari zerro dah dapat naik ke 3 dah sekarang ni lepas baca dah tahu sikit2 ..Sebenarnyerr tak berapa nak faham sgt dulu tapi bula dah baca baca dan terus baca dan cuba faham ..ok la dah boleh dah ..dah tahu dah ..Tq BM perkongsian yang baik untuk sahabat blogger ...

aRz MoHa delete icon 2:23 PTG

Terima kasih sudi berkongsi SEO tips ni

very gd sharing BM tq !

Jie Susanos delete icon 5:26 PTG

tq utk seo ni bm..

Nao Mei delete icon 5:36 PTG

Cik akak sekadar mencuba je uncle.
Belajar apa yang cik akak tak tahu.
Soal entri tu memang jarang ada yang menepati teknik seo nie.

Hihi menulis ikut apa yang dia nak je

RDZ Z delete icon 5:42 PTG

So far kita cuma guna H1 & H2 aje..yang lain susah sikitlah BM..Messy...

Idah pun sama... Selama nie guna h1 dan h2 jerr... Pastu pi hilite 1 perenggan bukan keyword saja... Tq BM... :)

mama kena baca balik lagi sekali. sekali baca memang tak faham langsung... haha... takpe, takpe. belajar fhmkan dulu

Ainraihan delete icon 9:32 PTG

Sangat bermanfaat... Terima kasih atas ilmu tuan

Ainraihan delete icon 9:32 PTG

Sangat bermanfaat... Terima kasih atas ilmu tuan

ANIM delete icon 9:44 PTG

header ni kelemahan kak anim. kadang2 kak anim rasa entry kak anim perlu apply header tapi tak tahu mana yg sesuai. kak anim kena telaah ilmu yg BM share ni, masih ting tong..kurang faham.

Fizi Zaidi delete icon 10:57 PTG

baru tahu..sebelum nie pakai apa yang terpanpang dpn mata je..huhu

Bunda pun rasa sama macam RDZ Z... cuma h2 bunda kurang sangat terserlah...

Perlu belajar lebih lagi...

thanks untuk penerangan ini. bab H1 kena ada satu tu yang killer tips tu. ada template yang dah setkan, ada yang kita kena edit sendiri so kena check bebetul. :)

owh begitu..tertanya juga apa itu header tag..
kena boldkan dan diletakkan di tempat yg sesual supaya snang baca.. tq bro

Assalammualaikum... BM,

terima kasih berbagi2 ilmu... moga bermanfaat kepada yang tak tahu... bagus entry nie.. nice.

mselim3

aduhai..macam payah jugak ni..hehehehe..apapun,masih terus mencuba untuk memahami..

Ilmu baru.Pada mulanya tak faham..ulang semula..baru saya faham..terima kasih BM.

Selama ni saya buat juga tajuk-tajuk kecil tu, tapi saya besarkan tulisannya saja. Tak tahulah pula h1, h2, h3 tu.

nampak macam susah tetapi mudah saja rupanya... sebab... baru tahu kegunaan header tab.. huuuu

ilmu yang bermanfaat! terima kasih :)

terima kasih atas ilmu yg bermanfaat :)

Saran nih ya bro, jangan terlalu banyak menggunakan bold, malah mengurangi konsentrasi dalam membacanya.

Terimakasih

Zul Fadli delete icon 11:44 PTG

Siket pon tak faham...pening ada la...kalau nulis dalam mod normal je tak boleh ke?

Terima kasih diatas saranannya :)

Boleh sahaja... Penulisan terlalu mengikut kehendak SEO pun menyebabkan entri kurang menarik dan terlalu formal. Teruskan menulis mengikut cara dan gaya tersendiri anda. Yg penting original!

AWIDZ delete icon 4:20 PG

Menarik dan Bermanafaat. t,kasih

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap