Seni Penulisan Dan SEO Bergabung |
Jika anda lihat melalui entri : Cara Guna Header Tag Dalam Entri. Ianya adalah satu gabungan unik dan menarik hasil seni penulisan di Blog dan On Page SEO didalam entri.
Dari artikel tersebut, beberapa feedback menarik yang saya dapat dan amat berharga untuk memberi lebih pemahaman kita bersama. Segala komen-komen anda amat dihargai.
Dari artikel tersebut, beberapa feedback menarik yang saya dapat dan amat berharga untuk memberi lebih pemahaman kita bersama. Segala komen-komen anda amat dihargai.
Pada mulanya saya ingatkan penggunaan tajuk kecil didalam entri (heading) ini sesuatu yang semua blogger tahu, maklumlah ianya asas artikel didalam entri blog, rupanya ramai yang tidak menggunakannya. Bila ianya ditafsir sebagai header tag dan heading, lagilah ramai yang tidak faham dan susah pula untuk memahaminya.
Kepentingan Tajuk Entri
Seperti yang semua ketahui, Tajuk sesebuah entri adalah amat penting. Tanpa tajuk, entri anda umpama sebuah teks yang tiada arah tujuan. Umpama buku tanpa judul atau filem tanpa tajuk. Oleh itu tajuk entri amat penting. Tajuk entri inilah kuasa SEO yang paling utama. Didalam coding template html ia ditanda sebagai Header Tag (h1). Tajuk entri adalah keyword pertama yang akan dicari dan digunakan oleh enjin carian untuk diindeks.
Jika sebelum ini saya menjelaskan (h1) ini ada pada semua template anda, tetapi anda perlu pastikan ianya benar atau tidak kerana tidak semua template telah di setting (h1) untuk tajuk entri kerana sesetengah template tiada di setting sedemikian atau hanya meletakkan (h1) sebagai Nama Blog anda. Anda boleh guna pelbagai website SEO tool percuma untuk menyemak antaranya adalah : http://www.seoworkers.com/tools/analyzer.html (anda perlu masukkan URL entri anda)
Keperluan Penggunaan Header Tag
Ada juga yang mempersoalkan keperluan tajuk-tajuk kecil didalam entri yang ditandakan sebagai Header Tag (h2, h3, h4) ini. Ya! Perlukah sebuah entri bercerita tentang kegiatan harian atau cerita peribadi memerlukan tajuk-tajuk kecil ini? Tidakkah ianya nanti kelihatan terlalu formal dan kurang menarik?
Saya akui kebenaran ini tetapi anda perlulah bijak menilai sendiri artikel anda. Penggunaan tajuk-tajuk kecil ini tidak semestinya perlu. Terpulang kepada anda untuk menggunakannya berdasarkan kesesuaian dan keperluan. Jika terlalu banyak tajuk-tajuk kecil pun tidak bagus juga, entri akan kelihatan tidak menarik dan terlalu semak (messy).
Namun jika anda bijak menggunakannya ianya dapat menjadikan entri anda amat menarik dan kemas. Sebagai contoh, ianya dapat memisahkan cerita atau topik, andai ada beberapa isu atau cerita berlainan dalam entri anda. Ianya juga memberi kemudahan kepada pembaca dan robot enjin carian memahami serta mengikuti entri anda dengan lebih mudah, mesra dan tersusun.
On Page SEO |
Inilah yang membezakan penulisan diblog dengan penulisan dimedia cetak kerana anda perlu memberi perhatian kepada dua pengunjung penting iaitu pembaca dan enjin carian. Gaya dan cara penulisan yang menarik serta memikat perlu digabung dan digaul mesra dengan teknik dan format 'On Page SEO'!
Inilah keistimewaan, keindahan serta keunikan seni penulisan diblog yang mencabar dan ianya tidak akan anda dapat dalam masa yang singkat. Ianya perlukan masa, usaha menimba ilmu serta kemahiran yang sentiasa perlu diasah agar dapat menghasilkan artikel yang berkualiti bagi memenuhi citarasa dan kehendak pembaca mahupun enjin carian.
Arah Tujuan Anda Berblogging
Semakin banyak yang kita tahu tentang ilmu teknikal blogging (On Page SEO) terasa semakin susah pula untuk menulis diblog. Semakin banyak ilmu yang kita ketahui terasa semakin banyak pula yang kita tidak ketahui. Apabila anda mendapat kedua-dua ini, ada tiga perkara akan timbul dalam pemikiran anda yang akan menjadi pandu arah anda seterusnya:
- Hilang semangat dan rasa terbeban
- Lagi bersemangat untuk mengetahui dan belajar
- Tak kesah...cukuplah dengan apa yang anda lakukan sekarang ini...
Pilihan ditangan anda dan setiap tindakan adalah hak anda. Setiap orang ada matlamat dan tujuan dalam berblogging maka tiada yang salah dalam memilih arah dan cara. Apa yang penting anda berada di arah tuju yang betul...
Sebagai seorang muslim yang waras dan berpendirian, kita akan sentiasa teguh dengan pegangan. Ilmu dunia mahupun akhirat itu wajib kita tuntut selagi hayat masih ada terutama keatas setiap perkara atau pekerjaan yang kita lakukan agar menjadi lebih baik dan sempurna. Ketahuilah juga bahawa setiap pekerjaan tanpa ilmu pasti akan membawa kesesatan. Wallahualam.
Terima kasih bersama Relaks Minda... Ilmu yang sedikit dikongsi bersama.
________________________________________________________________________________
32 comments - "Gabungan Unik Penulisan Dan On Page SEO"
Assalammualaikum... BM,
Bagus ulasan sahabat nie.. tentang seo suka baca ... ilmu sangat penting tak kira apa yang kita buat kan... ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Terima kasih sahabat sudi berkongsi ilmu dengan pembaca setia blog nie.. 'sharing is caring' ..
mselim3
syabas BM, telah mula mengorak langkah untuk bermain dengan lebih dalam dengan SEO... thumbs up!!! kupasan yang menarik dan entri yang bermanfaat...
Mmg betul tu BM.. saya setuju sgt. Sblum ni pun ada juga terfikir ttg ni & dpt merasakan bahawa blog lebih kpd teknik penulisan & pengisian berkualiti dari sekadar update status mcm di media sosial yg lain... teknik pun penting cuma kena faham cara kan.. Mcm bisnes juga.. kdg kala klu jual makan.. bukan faktor rasa makan je yg penting.. cara nak memasarkan pun penting juga. Kdg2 yg kurang sedap tu lebih ramai org makan dari yg lebih sedap. Yg kurang sedap tu masih sedap juga cuma yg mmg sedap tu ramai org tak tahu kewujudannya hehee..
Kalau sedap & teknik pemasaran serta pengurusannya baik, lagilah power... mcm tulah juga berbelog ni kan.. :) :)
Pada saya, penggunaan header-header mengikut kategori ni ibaratnya meletakkan barang-barang yang betul mengikut kocek-kocek yang betul pada beg. Salah letak barang, misalnya barang kecil di dalam kocek besar, alamatnya berterabur dan pening kepala kita untuk mencarinya kemudian.
wah terbaik BM.. KA bukan tak mahu mendalami ilmu2 blog ni lebih dalam, tapi itulah kekangan masa sngat2 !
pemahaman saya melalui pembacaan mengelirukan
stuck sekejab...
saya perlu masa yang banyak tu pelajari semua ni
apapun terima kasih
Betul menuntut ilmu selagi ada hayat adalah tanggungjawab kita
Tapi tak semua org dikurniakan kepandaian yg sama.
Sebab itulah kena belajar dan yg pandai kenalah mengajar..
tak lama lagi bertambah lagi sifu SEO kita ni...hebat penerangan BM..suka suka suka..
Waalaikumsalam sahabat,
Semakin seronok dgn SEO walaupun ianya perlukan masa dan peningkan kepala... hehe
Cabaran itulah yg menarik! Sekadar kongsi ilmu tapi kalau xbetul...sila betulkan ye.
Sekadar menambah ilmu dan suka mengkaji...haha! Dapat sikit...kongsi bersama, kalau silap tolong tunjukkan...:) Pencapaian Farah beri semangat , apatah lagi dgn saya hanya berdomain blogspot...cuba juga utk bersaing.
Satu padangan yang menarik, Khir! Benar...sesuatu yg berkualiti tak bermakna jika tidak berjaya dipasarkan. Sebab itu blogging perlukan kualiti dan teknik untuk expose. Gabungan penulisan yg baik + teknik SEO adalah caranya...
Good comment Khir! Thanks...
Satu perbandingan yg menarik dan tepat, tak dapat saya fikirkan sampai kesitu. Sesuatu yg memudahkan dan berguna tapi kalau salah cara pun xbermakna juga.
Thanks SY...selalu beri komen yg bernas dan dapat menjana pemikiran...
Saya amat memahami situasi KA, tidak semua orang mampu... Mana yg termampu, kita usahakan. Terima kasih KA...
Sebab itu saya katakan, semakin banyak kita tahu...semakin banyak kita tak tahu. Pelan2 ye Yana... Ilmu ini bukan boleh diambil dan hadam sekaligus. Ianya perlukan masa, usaha dan mencuba berulang kali.
Slow and steady....tak slow tak jadi :)
Tepat sekali... Setiap orang tidak dikurniakan kepandaian yg sama. Yg kurang ilmu spt saya ni kena lebih usaha utk belajar memahaminya. Dapat ilmu sikit...saya kongsikan, semoga dapat beri manfat bersama. Akak pun cubalah ikut sikit2... :)
Tidak layak bergelar sifu, hanya berkongsi ilmu yg sedikit ini buat tatapan dan panduan bersama. Kathy pun apa kurangnya... banyak ilmu blogging yg dikongsikan. Malah boleh buat template sendiri lagi! Andalah sifu sebenarnya! :D
panjang lebar ulasan tentang SEO yang SA pun x khatam2 lagi...sedang mempelajari macam mana nak letakkan tajuk yang mampu menarik perhtian traffic...
alhmadulillah bertambah lagi ... sdg usahakan utk hasilkan lebih baik ...
suka membaca artikel tentang blogging yg mudah difahami...tq BM
Banyak rupanya yang perlu saya pelajari dan fahami dalam ilmu teknikal blogging untuk menghasilkan penulisan yang baik.
banyak yang nak kena tahu... sebab banyaknya yang tak tahu... :D
Nampaknya banyak ilmu tentang blogging yang perlu saya pelajari lagi. Terima kasih BM atas perkongsian ilmu yang sukar dibeli ini.
Takpe...pelan2. InsyaAllah...semoga berjaya andai ada usaha
Sama2 kita belajar dan usaha...InsyaAllah.
Alhamdulillah...saya cuba beri penerangan sebaik dan semudah yg mungkin agar mudah difahami. Namun sukar juga, ada yg masih kata susah nak faham...hanya mampu beri yg terbaik dan termampu
Ilmu teknikal blogging tiada kesudahannya, ianya sentiasa berubah dan perlu terus belajar dan belajar...
Oleh itu apa tindakan seterusnya, terus belajar? biarkan saja atau dah tak mampu? Semoga tindakan menuju kepada matlamat berbloging anda... :)
Kita serupa...banyak ilmu blogging yg perlu dipelajari. Sekarang terpulanglah...nak terus belajar atau sudah cukup sekadar terbit entri seperti biasa... Pilihan ditangan sendiri bergantung kepda matlamat dan tujuan blogging itu sendiri.
kalau ikutkan SEO ni banyak sangat nak kena belajar kan BM..penggunaan SEO yang betul memang banyak membantu..
nampaknya BM semakin mengorak langkah ke dunia SEO.. hebat teruskan berkongsi ilmu ^_^
Kena baca banyak kali dan kena fahamkan betul² ☺
harus cuba nie... terima kasih untuk perkongsian maklumat *-*
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”