![]() |
Mahukan Pageview Tinggi? |
Pakar SEO berkata, SEO adalah teknik yang paling berkesan untuk mengundang organik visitor. Ya!...tidak dinafikan ianya amat penting dan terutama sekali adalah keyword pada tajuk dan entri yang berkualiti.
Tapi ada cara lain yang mudah untuk anda meningkatkan pageviews dan meraih trafik yang tinggi. Ianya adalah dengan cara membuat entri yang disukai dan menjadi carian ramai. Apakah entri-entri yang mampu mengundang pageviews blog yang tinggi ini? Secara umumnya boleh kita bahagikan entri-entri ini kepada tiga kategori.
3 Kategori Entri Meningkatkan Trafik Blog
1. Entri yang mengundang trafik tinggi secara mendadak tetapi terhad jangka masanya.
Entri Isu Hangat Semasa
Isu hangat semasa yang berkait dengan dunia politik, sukan, krisis, tragedi, jenayah dan sebagainya sudah pasti menjadi carian ramai. (sebab inilah agaknya Harian Metro laris) Ianya amat mudah, anda hanya perlu mencedok dari portal-portal berita lalu jadikan entri anda. Apa yang anda perlu pastikan adalah membuat satu tajuk entri yang menarik dan memikat.
Contoh terbaik adalah seperti isu GST, ianya menjadi carian ramai untuk mengetahui harga barangan terkini selepas GST dilaksanakan, Pastikan maklumat anda adalah dari sumber yang diyakini ya!
Contoh terbaik adalah seperti isu GST, ianya menjadi carian ramai untuk mengetahui harga barangan terkini selepas GST dilaksanakan, Pastikan maklumat anda adalah dari sumber yang diyakini ya!
Entri Gossip Dan Hiburan
Sekarang ini begitu ramai yang sukakan hiburan. Segala yang berkaitan dengan dunia artis pasti mendapat liputan meluas dan menjadi carian terhangat. Betul atau tidak...itu belakang kira! Ambillah peluang ini, copy paste jer cerita-cerita dan gossip-gossip hangat ini dari portal-portal hiburan yang berlambak di internet (saya tidak galakkan anda buat begini). Mudah kan...
Selain dari itu, entri pengenalan dan sinopsis filem terbaru, drama terkini, novel terlaris dan apa sahaja yang diminati oleh orang ramai berkaitan hiburan pasti mampu mengundang trafik yang baik.
Selain dari itu, entri pengenalan dan sinopsis filem terbaru, drama terkini, novel terlaris dan apa sahaja yang diminati oleh orang ramai berkaitan hiburan pasti mampu mengundang trafik yang baik.
Entri Video Online
Sekarang ini ramai yang menggunakan internet untuk menonton rancangan kegemaran mereka. Oleh itu perkongsian online adalah trend terkini. Anda hanya perlu membuat entri pendek tentang filem, drama atau live streming berkenaan lalu buat link ke laman yang menyiarkan video tersebut. Buatlah sinopsis ringkas...sebagai pelengkap entri. Anda lihatlah sendiri hasilnya...
Kalau ianya berkait dengan filem dan drama rantaian yang popular... trafik dan pageviews anda pasti meningkat dengan mendadak!
Kalau ianya berkait dengan filem dan drama rantaian yang popular... trafik dan pageviews anda pasti meningkat dengan mendadak!
2. Entri yang mengundang trafik tinggi tetapi bermusim
Entri Hangat Bermusim.
Anda perlu bijak membuat entri sebegini kerana entri ini hanya akan meningkat apabila tiba musimnya. Contoh termudah seperti PRU, BR1M, Perayaan, Festival, Maharaja Lawak Mega dan sebagainya.
Entri anda mestilah releven untuk setiap musim oleh itu anda perlulah kemaskini mengikut situasi semasa pada musim tersebut. Setiap kali musimnya menjelang tiba, pasti entri anda akan kembali tinggi pageviewnya.
Entri anda mestilah releven untuk setiap musim oleh itu anda perlulah kemaskini mengikut situasi semasa pada musim tersebut. Setiap kali musimnya menjelang tiba, pasti entri anda akan kembali tinggi pageviewnya.
3. Entri yang mengundang trafik blog secara berterusan
Entri Resepi Dan Masakan
Sekarang ini buku resepi dah kurang laku kerana pelbagai resepi begitu mudah anda boleh dapat melalui carian di internet. Ambillah peluang ini dengan membuat entri berkaitan dengan resepi, makanan dan masakan mahupun petua.
Ianya tidak mengundang trafik dan pageviews yang mendadak tetapi berterusan dan dalam tempoh-tempoh tertentu ianya mampu melonjak seperti pada bulan Ramadan.
Ianya tidak mengundang trafik dan pageviews yang mendadak tetapi berterusan dan dalam tempoh-tempoh tertentu ianya mampu melonjak seperti pada bulan Ramadan.
Entri Libur
Entri ini pula berkaitan dengan dekorasi, lanskap, fesyen, travel, pelancongan dan fotografi. Ianya sangat tinggi permintaannya didalam engin carian. Setiap hari, entri sebegini mampu memberikan trafik yang memuaskan dan stabil malah ianya tiada had dan bermusim.
Entri Ilmiah dan Agama
Entri yang berkaitan dengan panduan dan pembelajaran sama ada secara formal atau tidak formal. Topik seperti cara membuat karangan, surat rasmi, mengisi borang dan sebagainya menjadi carian tinggi di enjin carian. Begitu juga cara membuat kraftangan, menjahit, menggubah, DIY dan yang sealiran dengannya.
Topik berkaitan dengan agama, teladan dan pedoman juga menjadi entri yang sentiasa mengundang trafik serta mendapat pageviews yang tinggi dan berterusan.
Topik berkaitan dengan agama, teladan dan pedoman juga menjadi entri yang sentiasa mengundang trafik serta mendapat pageviews yang tinggi dan berterusan.
Entri Panduan Blogging Dan Cara Buat Buit Melalui Blog
Setiap hari pasti ada blogger yang ingin meningkatkan ilmu blogging. Jika anda punya ilmu dan pengalaman, kongsikanlah. Walaupun entri-entri sebegini tidak memberikan trafik yang mendadak tetapi ianya sentiasa berterusan. Begitu juga dengan tips-tips untuk pendapatan sampingan melalui blog, ianya tidak menghampakan.
Mungkin ada lagi yang tidak terfikir oleh saya...bolehlah anda kongsikan bersama diruang komen.
Adakah Pageviews Tinggi Matlamat Anda?
Jika sebuah blog personal, sekadar membuat entri tentang kehidupan harian anda dan tiada jaringan sosial yang meluas serta follower yang beribu-ribu, terimalah hakikat adalah sukar untuk mendapat pageview dan trafik tinggi.
Entri-entri sampingan inilah yang mampu melonjakkan blog anda untuk pendedahan dan lebih dikenali ramai. Oleh itu, perlukah pageview yang tinggi? Ianya terpulang kepada matlamat dan tujuan anda menjadi seorang blogger. Jawapannya... hanya anda yang tahu.
Tapi percayalah... apabila trafik blog anda mula menggunung tinggi, anda pasti akan merasa amat bermotivasi, teruja dan lebih bersemangat untuk berblogging! Tiada siapa yang mampu menafikan perkara ini!
Entri-entri sampingan inilah yang mampu melonjakkan blog anda untuk pendedahan dan lebih dikenali ramai. Oleh itu, perlukah pageview yang tinggi? Ianya terpulang kepada matlamat dan tujuan anda menjadi seorang blogger. Jawapannya... hanya anda yang tahu.
Tapi percayalah... apabila trafik blog anda mula menggunung tinggi, anda pasti akan merasa amat bermotivasi, teruja dan lebih bersemangat untuk berblogging! Tiada siapa yang mampu menafikan perkara ini!
Namun menerbitkan entri-entri sebegini kurang bagus bagi sesebuah blog personal atau yang punya niche tersendiri. (Bayangkan blog ini menyiarkan kisah gossip artis, bukankah ianya nampak pelik).
Ianya akan membuatkan blog anda carca marba kandungannya serta merendahkan kreadibiliti dan kualiti blog melainkan ianya diolah menjadi sebuah artikel yang berkait dengan niche blog anda. Namun segalanya terpulang kepada anda, blog anda, pilihan anda, cara anda.
Ianya akan membuatkan blog anda carca marba kandungannya serta merendahkan kreadibiliti dan kualiti blog melainkan ianya diolah menjadi sebuah artikel yang berkait dengan niche blog anda. Namun segalanya terpulang kepada anda, blog anda, pilihan anda, cara anda.
Jika inginkan pageviews yang tinggi, cubalah... Namun harus diingat, bukan anda seorang sahaja yang akan menerbitkan entri sedemikian. Anda perlu bersaing dengan blog-blog serta website lain yang lebih kuat SEO untuk berada dimuka hadapan enjin carian.
Nampak! ...akhirnya berbalik semula kepada SEO... tanpa SEO bagaimana anda hendak bersaing untuk merebut pengunjung yang beribu-ribu sedang mencari maklumat serta topik-topik tersebut?
Nampak! ...akhirnya berbalik semula kepada SEO... tanpa SEO bagaimana anda hendak bersaing untuk merebut pengunjung yang beribu-ribu sedang mencari maklumat serta topik-topik tersebut?
Oleh itu, mahu atau tidak anda haruslah juga mempelajari ilmu SEO. Tidak perlulah sampai jadi seperti Pakar SEO Malaysia tapi belajarlah sekurang-kurang asas teknik On Page SEO.
Teruskanlah mencuba kerana mungkin ada tuah yang akan tiba jika anda tidak pernah mengalah untuk terus mencuba dan berusaha tetapi ikutlah jalan, cara dan teknik yang betul.
Teruskanlah mencuba kerana mungkin ada tuah yang akan tiba jika anda tidak pernah mengalah untuk terus mencuba dan berusaha tetapi ikutlah jalan, cara dan teknik yang betul.
Terima kasih bersama Relaks Minda... Ilmu yang sedikit dikongsi bersama.
Ditulis oleh :
Artikel : Cara Mudah Mendapatkan Pageview Tinggi
74 comments - "Cara Mudah Tingkatkan Pageview Dan Trafik Blog"
Thanks for the info BM. Tapi saya tak meletakkan harapan yg tinggi pada PV...cewahhh...sebab blogging pon secara suka² selain dari menambah kenalan di alam maya ni. Dapat side income sket pon dah kira ok.
Thanks hakhak :D
tapi yg penting usaha blogging itu sendiri rite?
apa yang ada diterima sepenuhnya, tak terkejar dek mama semata-mata pageview, kerja rumah perlu diutamakan, jika pageview tinggi, syukur...
ilmu yg sgt bermanfaat
rasanya blog yumida kategori caca marba..hihi
yumida x target dpt pv tinggi, tapi cukuplah klo dpt tingkatkan income blog, sambil berblog sambil jana income, memanfaatkan peluang sebaiknya. selagi caranya betul dan x mengundang spekulasi buruk terhdp org lain
dlm berblog seo tu sgt penting, masih lg dlm proses pembelajaran seo, seo asas
tapi mmg respect kat blog BM, byk ilmu..rasanya dah setanding dgn blogger HH..yup..blaja ilmu berblog dari sini jugak..blog BM penuh ilmu..thanks sharing dgn kami
Ianya terpulang kepada matlamat berbloging juga... Pilihan kita sebab ianya blog kita :)
Kalau ada matlamat mestilah perlu berusaha...
Mama xde apa yg nak dikejarkan dalam berblogging...orang kejar Mama...hehe
Semoga berjaya dalam apa jua yang Mama lakukan...
Mana ade susah...Cik Akak dah berjaya pun! Bila dah tahu caranya...ianya mudah dan terpulang kepada kita, nak atau tak nak jer...
Cantik perumpamaan Cik Akak :)
Caca marba pun tak salah...blog anda, terpulang bagaimana nak mencoraknya. PV yang tinggi juga boleh dapat tingkatkan income...itu salah satu caranya...betul tak? Yang penting diri sendiri tahu apakah yg diinginkan dari berbloging ini.
Saya tak pandai sangat...cuma berkongsi pengetahuan dan pemahaman sendiri jer. Harap ianya dapat membantu mereka yg memerlukan. Kalau salah tolong betulkan...
Entri yang menarik untuk tujuan berblog. Blog saya dalam kategori yang ke 3 tentang dunia fesyen wanita dan jahitan. Trafik tidak terlalu tinggi tetapi sentiasa ada yang berkunjung sepanjang masa. Lelaki pun ramai yang berkunjung.
Memang tak dinafikan isu-isu semasa dan entri gossip dan hiburan mendapat trafik yang tinggi.tapi kita kena bersaing dengan blogger lain yang menerbitkan entry yang sama dan untuk berada di page pertama bukannya mudah..macam blog saya bercampur aduk..hehehe..
perkongsian ilmu yg sangt bermenafaat tapi terpulang juga kpd target blogging blogger tu...kalau nk cari viewers yg ramai dgn cerita2 sensasi teruskanlah...tapi contoh terbaik pada kak adalah blog BM sarat dgn ilmu n info..
emm..mmg blog personal susah nak tinggi PV. kadang2 elok jgak entry yg berkaitan isu2 semasa ni xkira la hburan atau sukan.jie pn memcuba bljr seo ni..kasi tfafic tinggi skit..haha..tq untuk info ini..
Tepuk dada masing-masing apa target dan kehendak dari berblogging..
Ilmu sudah diberikan sendiri kena fikir nak atau tak utk diaplikasikan..
Kakak? Tengah tepuk dada sendiri ni:)
berkongsia percutian dalam negara dan luar negara juga mengundang trafik secara berterusan pada blog. Thanks berkongsi maklumat. :)
Thanks for this sharing...
Nurul suka membaca blog dan komen.. mungkin itu salah satu sebab Nurul berblog
heheheheh....entri blog kathy merapu je BM..sebab tu trafik tak naik..hehehe.. walau macamana pun,memang blog resipi kathy meningkat pageviewnya bila bulan puasa..hehehee..
TERIMA KASIH atas entry nie... :)
Akhir sekali, memang benar, ia amat bergantung kepada matlamat kita sendiri dalam penulisan blog ni. Jika ingin kejar pageview tinggi semata-mata, ia membuatkan blog kita jadi caca marba. Takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Fokus terhadap niche adalah amat penting. Jika ingin buat pelbagai topik, mungkin perlu mulakan dengan blog lain.
Tapi ada drawback nya juga. Bila dah terlalu banyak handle blog, kemungkinan besar kita akan jadi terlalu sibuk kerana sudah membuat banyak kerja. Takutnya nanti habis sekerat jalan je.
sebab itu saya memilih agama . kesedaran masyarakat kita ttg perlunya agama dlm kehidupan sudah tinggi . seperti mana saya yang kerap membuat rujukan di internet , maka saya mengandaikan muslim lain pun begitu juga ...
SETUJU ngan BM ...kalau nak Traffic kena la belajar tentang teknik2 SEO ..tapi blog Kak Lya blog personal takder la nak kejar tarafiic ..Letak iklan NUFFNANG tu pon suka2 jer ..Hehehe ..Walau apapon terserah pada blogger itu sendiri nak corakkan blog diaorg ...Tq BM atas perkongsian yg berguna ini ..Jom kita sama2 berkongsi ilmu..
Bergantung kepada matlamat masing-masing dalam berblogging. Apa yang penting kena tahu tujuan kita berblogging.
Kadang2 ada rasa gak nak kejar trafik tinggi. Bila trafik tinggi moral nak tulis dalm blog pun tinggi...buat masa ni pasal PV tinggi atau tak belum jd yg utama. Yg utama adalah bgaimana kita nak sampaikan suatu cerita dan maklumat dlm blog.
hehe...bagus juga tip tu
tapi cam saya tak kisah sangat, mungkin cakap gini sebab tak populor...hehe
biasa saya juga ada ceritakan pasal benda lain
cuma hanya sekadar pendapat saya, boleh tak gitu? hehe
Apa pun yang paling penting, ilmu SEO mmg tak boleh dipandang sepi dlm berblogging ni. Walaupun sekadar suka2, rugi kiranya klu tak dilayankan SEO ni biarpun tak serius, sambil2 pun kena pandang juga. Cuma klu ditekankan sgt jadi tension pulak nanti, boleh hilang mood... makanya, sikit2 pun kena jeling2 juga.. :D
Assalammualaikum,..BM,
Betul tu BM,, tapi kalu dah ada niche tertentu.. sayang pulak nak pecahkan niche tu kan. Entry bermusim memang menarik dan mudah dapat traffik... jika kena dengan seo nya kan.
mselim3
Kena bijak memilih topik dan isu kerana tidak semua akan menjanjikan trafik yang tinggi. Semoga berjaya Jie...
Betul tu... Setuju sangat, terutama dimusim cuti sekolah... trafik pasti melonjak!
Selain dr entri resepi...entri tutorial Kathy pasti menyumbang trafik yang baik juga kan...
Pandangan yang cukup bernas... Fokus dan faham matlamat, barulah sendiri dapat memandu kearah jalan yang betul...
Topik agama amat stabil trafiknya malah jika kuat SEO dan berada dimuka hadapan enjin carian...ianya mampu melonjakkan trafik!
Ya...ia sebenarnya berbalik kepada matlamat kita berblogging. Tapi sambil berblogging apalah salahnya meningkatkan ilmu teknikal tentang blog...
Terima kasih Lya...jom sama2 kita berkongsi ilmu :)
Betul tu...PV tinggi mampu menjadi galakan dan semangat untuk berblogging. Kepuasan bila ramai yang berkunjung ke blog!
Pendapat tiada yang salah... :) Kadang2 tu apa yg di tulis/cakap xsama dalam hati, hehe...
Kalau dapat pv beribu-ribu sehari...barulah tahu bagaimana rasanya. Masa tu perkataan tak kisah sangat tu akan jadi lain pula... Cubalah, dan rasai nikmat bila dapat pv beribu2 sehari.
Belajar SEO bukan boleh sehari dua...ianya berterusan. Oleh itu tak perlu tergesa-gesa. Belajar sikit-sikit bermula dari asas dam mantapkannya agar tidaklah jadi tension. Ianya juga tidak menjanjikan hasil yang mendadak... Sabar dan teruslah berusaha...
Waalaikumsalam sahabat,
Betul tu...kadang-kadang terlalu sayang nak merojakkan blog! Bagaikan hilang arah tapi sesekali terpaksa juga kalau graf asyik menurun jer...hehe.
Bagi saya bersaing itulah yang menyeronokkan...hehe. Tapi perlulah bijak memilih topik dan mengatur strategi.
Terima kasih akak kerana sentiasa menyokong blog ini. Amat2 saya hargai... Bimbingan dr akak amat diperlukan, tegurlah jika tersalah atau terlajak haluan.
Akak tak payah pening2lah...teruskan berblogging seperti biasa dan berkongsi pengalaman serta nasihat buat kami semua. Insyaallah...niat yg baik akan mendapat ganjaran yang baik.
nice share... betul dah cakap BM tu, kalau tetiba je share gosip artis yg selama ni x pernah buat, semata2 nk cari PV, rasa mcam pelik plak.. caca merba jadinya..
Salam, saya mencelah Bin Muhammad post yang menarik, pada pendapat saya kategori caca marba tu tak apa, tapi kena bagi semua yang pengunjung kita nak.
Saya bagi contoh; alexa.com adalah site spy yang bagus. Kita boleh spy blog sendiri kalau belum pasang analystic Google. Apa yang dilihat adalah
1) Apa keyword yang top untuk website kita.
2) Umur mereka yang masuk dalam website kita
3) Dari site mana yang ramai masuk. Disitu kita kena bermain.
kalau guna analaytic kita akan tahu post mana yang terbanyak trafik.
Saya selalu akan optimakan post tersebut
1) Lihat kembali adakah title yang saya gunakan itu betul seperti yang banyak dalam keword cari masuk.
2) Saya akan ubah title tag tapi bukan url. Ini adalah kerana kelau kita ubah url maka link lama yang kita pasang akan beri error 404. jadi kenalah buat redirect 301.
Saya dapati bila kita ubah tajuk berdasarkan apa carian keyword yang banyak masuk, ini akan memberi kelebihan kepada post itu di Google.
banyak post Audit SEO di [+] happysus.com.
Satu pandangan yang menarik dan bernas. Jka kita mahukan pageview tinggi sudah pastinya kita perlu mengikut kehendak pengunjung...
Terima kasih happysus. Pendapat anda amat2 dihargai. :)
Satu perkongsian yang amat bermanfaat untuk kami yang maish belajar ilmu blogging ni BM. Dahulu saya tak ambil kisah dan tak tahu semua ni. Cuma kebelakangan ini sahaja, apabila selalu berkunjung ke blog seperti BM dan lain laginya barulah terbuka minda sikit.
Ya, apabila PV tinggi akan meningkatkan semangat untuk blogging.
pernah juga cuba buat blog "berita", trafik memnag tinggi, tapi lama2 jadi "mengah" nak kejar berita, skrg ni pun dah terlalu banyak blog , berita, artis dll... susah nak bersaing, diaorg semua pakar2 seo.. :)
Alhamdulillah so far kita punya page view maintain..tak tinggi dan tak rendah..
iya,.. kalau masu sukses sebagai penyedia informasi online,semestinyalah untuk mencotoh tips diatas
Kadang-kadang buat tak tahu je walaupun dah tahu kepentingan SEO untuk blog... :D
Benar juga pengelompokan topik jenis untuk sumber trafik diatas, oke mas menambah pengetahuan saya. terimakasih share yang bermanfaat
Fokus, fokus, fokus dan jangan spam ;)
Menarik trafik adalah satu cabaran.....mengekalkan trafik sedia ada pula satu cabaran yang lebih besar. 2 elemen ini penting untuk dipwetimbangkan.
Ikhlas, kb.
bisnesinternetkb.com
artikel yang bagus sob. terima kasih banyak untuk artikelnya
ow ya jangan lupa berkunjung juga ke http://bigkomputer2.blogspot.com
thanx...bermanfaat bgt ilmunya...mudah2an setelah saya terapkan bisa langsung naikin trafic
entry yang bagus. saya pun baru je buat blog utk side income. masih hijau. memang tercari2 info pasal trafic ke blog ni.
http://healthbeautyvitamin.blogspot.com/
Info yang sangat bagus untuk newbies macam saya.
siip lah infonya..
http://m-tajuddin-ns.blogspot.com/
infonya sangat bermanfaat sekali bagi saya yang sedang belajar, terimakasih
Sedang mencuba up kan PV.
Susah jugak ni.
nice share :)
tengok topik juga.sy cuma fokuskan pada perkongsian hobi membela kucing parsi.memang susah nak dapat traffic tinggi
ramai sekali blognya gan... banyak info yang bermanfaat di sini rupanya
klik namaku untuk meningkatka traffic dengan cara MLM
sangat ramai blognya... aku juga ikut meramaikan, infonya mantap sekali
tp sy punyer entry semasa terbaru sikit jer page view, yg peliknya artikel tentang informasi tinggi walaupun artikel tu dah lama
Thanks for this! I'm glad you're making nice articles for blogger out there. :D
Entry yg sgt menarik..thanx for sharing..
memang tips yang bagus, tapi ada yang tak ambil kisah pun,asalkan boleh penuhkan iklan kat blog..:D
Assalamualaikum dan salam perkenalan.Saya ingin menjemput anda ke blog saya iaitu http://blog.gagahboro.org. Saya harap siapa yang baca komen saya ini dapat pergi ke blog saya. (o) (o) (o)
Nice Info TQ
entry memang mainkan peranan penting..setuju dengan post BM kat atas...masalahnya kalau orang macam saya ni yang malas nak update adehh..memang visitor ke laut la..huhu
masuk akal sekali idenya, sebagian sudah saya terapkan di blog saya dan alhamdulillah juga ada peningkatan yang signifikan. terimakasih kak idenya
Thank owner blog..info bagus untuk orang baru nk start berblogging..
Entry yg bernas dan bergguna kpd newbie mcm sy. Klu sudi singgah la di http://afisawisbuatduit.blogspot.com
thanks sgt sesuai utk new blogger mcm saya.
Info yang amat berguna~
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”