Kemurungan adalah penyakit. |
Di zaman ini, selain daripada penyakit fizikal, manusia semakin ramai yang mengalami masalah sakit jiwa atau mental. Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1 dalam setiap 5 orang akan mengalami penyakit mental dalam sepanjang hayat mereka.
Kajian kesihatan dan morbiditi di peringkat kebangsaan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996 pula menunjukkan 10.7% rakyat Malaysia mengalami masalah mental dan statistik ini adalah bersamaan dengan statistik antarabangsa.
Kajian kesihatan dan morbiditi di peringkat kebangsaan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996 pula menunjukkan 10.7% rakyat Malaysia mengalami masalah mental dan statistik ini adalah bersamaan dengan statistik antarabangsa.
Ianya terus meningkat dari tahun ketahun dan pada tahun 2006 ianya telah mencecah 11.2%. Jika diambil kira dengan pertambahan penduduk maka jelas ianya berkadaran terus dan menjelang tahun 2020, salah satu daripada sakit jiwa atau gangguan mental ini iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung!
Mengapa orang sekarang lebih banyak yang mengalami gangguan jiwa dan emosi berbanding orang dahulu? Sedangkan orang sekarang, boleh dikatakan mereka sudah memiliki harta yang banyak, kesenangan, kemudahan dan kemodenan. Ada yang mengatakan mereka sudah memiliki segala-galanya, namun jiwa masih terasa kosong.
Apakah yang dikatakan penyakit jiwa?
Penyakit jiwa atau mental adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang. Perkataan ‘gila’ adalah satu ungkapan kurang sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa.
Namun kini, tekanan hidup amat besar dalam mempengaruhi kehidupan dan emosi sehingga menjadi beban yang mampu menghilangkan pertimbangan dan kewarasan lalu menjerumus kepada masalah sakit jiwa dan akhirnya melakukan tindakan yang diluar jangkaan dan melampaui batas.
Kita semua mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa.
Apakah punca penyakit jiwa?
Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa atau mental ini. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara sebabnya adalah :
Fizikal.
- Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna najis dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita akibat dari tekanan.
Keturunan.
- Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.
Apakah jenis-jenis penyakit jiwa?
Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa atau mental ini dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat. Secara umumnya ianya boleh dibahagikan kepada tiga :
1. Kegelisahan (Neurosis).
- Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain. Seringkali berlaku akibat dari tekanan kehidupan dan persekitaran. Rasa rendah diri, hilangnya harga diri dan sentiasa gagal.
2. Kepiluan (Depression).
- Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi). Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.
3. Psikosis.
- Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.
Apakah yang harus dilakukan jika kita mempunyai tanda-tanda masalah sakit jiwa atau mental ini? Ikuti sambungannya disini : Atasi Masalah Sakit Jiwa Dan Mental
Relaks Minda anda untuk ketenangan jiwa
p/s: saya tertarik mengambil artikel ini untuk dihebahkan kerana penyakit jiwa atau mental ini semakin membimbangkan dan seterusnya melemahkan bangsa dan umat Islam. Kita perlu menangani masalah ini untuk menghindarkan generasi kita dari terus terjerumus dalam gejala yang tidak sihat dan akhirnya menjadi insan yang tidak berguna serta menjani kehidupan yang sia-sia.
Sumber : Ust Zahazan Mohamad di BH15/05/2011
Author by Bin Muhammad
39 comments - "Masalah Sakit Jiwa Atau Mental"
Memang menjadi² masalah sakit jiwa/mental skang nih. Mugkin sebab tekanan hidup yang semakin meningkat saban tahun. Yang kesian bila terjadinya kematian disebabkan masalah jiwa/mental nih.
Smoga kita dan anak² dijauhkan dari penyakit ni.
Kadangkala, matlamat yang terlalu berorientasikan wang mampu membeli kebahagiaan mampu menjadikan jiwa kita kosong akibat dihambat arus duniawi yang mengukur tahap kebahagian melalui kemewahan material.
Dua-dua penyakit ni memang hebat efek dia kepada manusia. Sebab tu jiwa kita tak boleh dibiarkan kosong. Banyak elemen sampingan akan datang mengacau..Semoga kita semua terpelihara daripda masalah kejiwaan ni...
sejak jiran depan rumah mengamuk dan menyerang akak tempohari,baru akak faham penyakit ni serius dan perlu dirawat...jumpa doc..bkn jumpa bomoh..mmg kesian ...selalu siram pokok jam 12,1 tengahri..lepas hujan pun siram pokok bunga..
Semoga dijauhkan dengan penyakit ini,,amiiin
Saya pun tertarik dengan artikel ini..Bagus sekali
Saya ada salah seorang jiran yang ada masalah mental cuma sekarang nampak tenat kerana terlalu tua. Mereka ni perlukan bantuan kasih sayang sebenarnya.
artikel menarik ni BM, tq berkongsi yer.. tekanan & stress antara punca utama tekanan mental ni kan !.. apapun kita sebagai org islam, harus kembali pad yg satu , itu ygterbaik bila berhadapan dgn tekanan & masalah !
Kena bijak tgni tekanan... Ubati hati dan jiwa dgn dekatkan diri kpd Allah slh satu penawarnya...
tadi dalam kosmo pun ada cerita benda ni
kebanyakkan orang yang ada masalah ni tak nak berubat
sebab takut pada pandangan masyarakat,
lepas tu dah terlambat
jujur saya rasa masyarakat memainkan peranan penting
Stress perlu ditangani dengan baik... jika tidak akan menjadikan masalah mental yang lebih kronik pula... jangan ambil mudah dengan masalah mental ini... banyak contoh2 buruk yang dah berlaku disekeliling kita...
jika tertekan perlu di tangani dengan cara yang terbaik.. jangan terlalu ikutkan perasaan. ALLAH ada bersama kita
Kadangkala tekanan perasaan yg terlalu mendalam blh buat sesorg sakit jiwa..
Ditambah pulak dgn ilmu agama yg kurang maka bertambah2 la tekanan yg dihadapi ...Itulah sebabnya dlm apajua yg kita lakukansentiasa ingat Allah dlm setiap perkara ..Jgn lupakan Allah ..Insyaallah Allah tak kan lupakan hambaNYA ..
nice sharing.
Semoga Allah melindungi kita & keluarga kita semua dari musibah sebegina.. klu org cakap sakit mental ni dlm bahasa mudah... jiwa kacau.. bnyk sebab yg boleh buat jiwa kacau ni.. nauzubillah...
*sebegini... maaf, typo..
Setuju dgn pandangan SY...Apabila memilih duniawi dan meninggalkan akhirat, jiwa akan kosong!
Kesian kan...sabarlah akak. Itu pandangan kita...lebih baik kita lihat apa pandangan Allah swt terhadap kita...
Ya...kasih sayang dan perhatian. Jangan biarkan mereka keseorangan krn itulah yg membawa kepada penyakit ini semakin teruk.
Benar KA dan Maria....hanya kembali kpd yg satu dapat merawatnya...
Ya...setiap dari kita sebenarnya punya peranan tersendiri untuk merawat gejala penyakit ini. Sentiasa positif dengan orang lain...
Hanya kembali kepadanya mampu merawat...setuju dengan anda!
Banyak perkara yang menyumbang kearah penyakit mental ni.. menyerang tak kira siapa, kena banyak berbual dengan org2 yang dipercayai dan jangan pendam masalah sendirian
Assalammualaikum... BM,
masalah mental boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak kira samada berumur atau masih muda.. apabila seseorang tidak dapat menangani masalah tekanan mental dengan betul. Maka segala penyakit boleh datang seperti tekanan darah tinggi. Dalam islam ada juga cara menangani secara positif seperti bykkan membaca "doa ketika stress"... insaallah moga2 dapat penawar yang sebaik2 nya.
mselim3
Sekarang ni pun dah ramai remaja yang sakit jiwa dan mental..mungkin pengaruh teknologi dan kemudahan media sosial..
hmm...kesian juga pada mereka ini..seharusnya kita jangan pinggirkan mereka,namun kita cuba selami dan halusi dan bantu mereka untuk dekatkan diri pada Maha Pencipta.terkadang,ada gangguan sebegini bukan di sebabkan kesilapan pengurusan diri juga,mungkin faktor persekitaran mengundang masalah itu.moga kita mampu menangani stres yang kita alami dengan baik.
Sesetengahnya tu bergantung seumur hidup dengan makan ubat...silap2 cuai boleh menjadi balek..
Sokongan masyarakat sangat perlu. Jangan sisihkan mereka ini.
Hendak dijauhkanlah penyakit ni dpd menghinggap kan...
masalah jiwa dikalangan orang muda sekarang nampaknya semakin banyak... sungguh simpati dengan mereka, nampaknya perlu ada sesi khas bagi menguatkan ketahanan mental remaja sekarang.
assalamualaiku... saya kini menjadi mangsa sama diatas. saya keliru pada diri saya. saya hilang keyakinan, saya menjadi murung dan tak mahu bercampur dengan masyarakat sekarang ni. saya selalu berfikir kalau aku mati dah tentu tak ada masalah yg aku harus fikirkan lagi. tolong lah saya
Waalaikumsalam... Wajar anda membaca artikel seterusnya iaitu cara mengatasi masalah jiwa. Jangan bersendirian...carilah teman dan dekatkan diri dengan Allah. Selalulah ke Masjid dan membaca Al-Quran.
no.1 n no.2 mungkin terjadi keatas sy... tapi kadang2 tidak
masalah keinginan yang tidak tercapai juga terkadang mengundang penyakit jiwa karena tekanan yang teramat sangat pada seseorang.
Saya adlaah pesakit anxiety dan sekarang dalam rawatan di Hospital KL.Punca penyakit saya disebabkan tekanan di tempat kerja.Yang mana beban kerja yang banyak sehingga buat kerja di rumah pasa hari cuti.Rakan rakan office yang jenis mementingkan diri.Dan saya jenis ikut arahan tanpa melawan.akhir sekali saya diserang persaaan yang takut bimbang, gementar sehingga tidak berupaya mengigati password Laptop saya.Saya menangis sendirian.Saya di beri MC selam 1 bulan berjumpa di hospital doctor di hospital swasta di Seremban.Memendangkan penyakit mental tidak cover untuk insurans syaaya mengambil keputusan mendapat rawatan di HKL.Pada awalnye saya mengambil 6 jenis ubat penengan cth Luvozx lerozepam Bromezapan, & lain lain.Sekarang nie saya hanya makan 1 sahaja Seterliane .Berkat saya mendapat rawatan di HKL saya semakain sembuh.Sebenarnye penyakit nie memerlukan sokongan semua pihak rakan,-rakan, kilang & keluarga.Solat & solat sunat zikir merupakan satu cara yang pertama untuk mengatasi masalah ini.Nasib baik majikan saya memahapi masalah saya dan menukarkan saya ke department lain.Di tempat baru saya bertemu rakan rakan yang baik , mengambil berate tentang diri saya.Selama 6 ulan saya mendapat rawatan akhirnye saya sembu.Amin
apa cara merawat pesakit yang memiliki neurosis yang berbahaya
Assalamualaikum sy ni pun dh rsa x btol..sy rse smua org nk jatuhkn sy..sy rse dh xda spa yg syg sy..dh xda org pdli tntg sy lg..tolong sy.sy dh x ska dunia luar..erm
Tidak boleh dibiarkan begitu saja, mereka perlu dibawa berjumpa dengan pakar untuk memastikan penyakit yang mereka hadapi. Perlu diingatkan, sesiapa sahaja boleh mengalami penyakit mental, sebab itulah kita perlu selalu berdoa kepada Allah dan dekatkan diri kepada-Nya. Janganlah selalu berasa berbeza dengan manusia-manusia lain kerana kita semua sama saja, tak perlulah kita bimbang akan masa depan, kerana ianya hanya menambahkan lagi tekanan dalam hidup. Walau bagaimanapun, bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki saat ini.
Saya rasa saya dah sakit ni.asyik kalah judi.duit x de.bini asyik gado je bosn nak teruskan hidup.dah nasihat pun tetap x dgr.adakah bunuh diri jalan terbaik? Silap jawab panglima baginda
masai
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”