![]() |
Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi |
Jika kita lihat dari konteks yang lebih luas, setiap dari kita adalah guru. Seseorang yang mengajar dan menurunkan ilmu kepada seseorang walaupun hanya satu huruf pun adalah seorang guru.
Kita Semua Adalah Guru
Kita berada di muka bumi ini sebagai khalifah, pemimpin dan guru kepada orang yang kita pimpin. Setiap dari kita perlu menjadi guru yang ikhlas, baik, bertanggungjawab dan berdedikasi.
Kita boleh jadi adalah guru kepada suami atau isteri, kepada anak-anak, adik beradik, saudara mara, sahabat handai, rakan sekerja malah sesiapa sahaja cuma yang membezakannya adalah ia dilakukan secara formal atau tidak formal. Setiap ilmu dan tunjuk ajar yang baik sudah pasti akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.
Aku Dan Guru
Pertama sekali terima kasih kepada kedua ibu bapa yang telah menjadi guru pertamaku. Sebelum aku mengenal seorang guru disekolah, kakak ku adalah orang pertama yang telah mengajar ku mengenali huruf, membaca dan mengira. Guru ku secara formal adalah ketika aku masuk sekolah tadika dan seterusnya sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah dan akhirnya di Universiti. Sepanjang tempoh belajar ini aku juga terdedah dengan ramai guru-guru tidak formal dari rakan-rakan sebaya dan orang-orang disekelilingku.
![]() |
Jambatan Ilmu |
Selagi masih bernyawa, kita tidak akan berhenti dari belajar sama ada ilmu dunia mahupun akhirat dan selagi itulah kita memerlukan guru. Kini guru bukan sahaja jasad didepan mata, guru dari media seperti tv dan internet pun sudah ada. Ilmu semakin mudah didapati hanya terpulang kepada kita untuk merebut dan perlu bijak menilai dan memilihnya.
Semasa disekolah dulu aku seorang yang degil. Pernah kerana kedegilanku seorang guru sanggup tukar dengan guru lain kerana tidak mahu mengajar dikelas ku. Namun aku juga disayangi guru sehingga sanggup membuat kelas tambahan percuma selepas waktu sekolah buat ku.
Itulah kenangan di zaman sekolah, segalanya manis dalam ingatan. Jadi murid susah...tetapi menjadi guru sebenarnya lagi susah. Hanya dengan keikhlasan, ketabahan dan rasa tanggungjawab serta amanah yang dapat membezakan seorang guru itu bagus, berjaya atau sebaliknya.
Itulah kenangan di zaman sekolah, segalanya manis dalam ingatan. Jadi murid susah...tetapi menjadi guru sebenarnya lagi susah. Hanya dengan keikhlasan, ketabahan dan rasa tanggungjawab serta amanah yang dapat membezakan seorang guru itu bagus, berjaya atau sebaliknya.
Terima Kasih Guru-Guruku
Kepada semua guru-guruku sama ada secara formal atau tidak formal, terima kasih diatas ilmu dan tunjuk ajar anda semua. Maafkan segala salah silapku dan minta halal semua ilmu. Segala yang baik atau buruk tetap kuambil buat pedoman diri. Jasa anda semua sudah pasti tidak dapatku balas, semoga Allah SWT memberi ganjaranNya dan semoga hidup anda semua dirahmati serta diberkati...amiin.
Kepada sahabat blogger yang juga seorang guru...anda semua amat saya kagumi. Bukan mudah untuk mencuri masa antara tanggungjawab kerjaya dan rumahtangga tetapi masih dapat menguruskan blog dengan baik! Semoga anda semua berjaya dalam semua bidang yang diceburi dan lalui.
Selamat Hari Guru 2014 kepada semua Warga Pendidik dan Anda Semua!
Terima kasih bersama Relaks Minda
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
30 comments - "Selamat Hari Guru 2014"
Wahh bestnyer dia punya entry bab hari guru ni ...
Akak punya biasa2 jer hehehe meh la jenguk ..
Ingatkan nak publish esok tapi esok ada temujanji dr & anak2 ..
Publish selalu lerr alang2 dah buat entri..
Sesungguhnya tanpa seorang guru siapalah kita pada hari ini ..
Kita berjaya kerana seorang insan yg bergelar GURU ..
Guru pertama semestinya ibubapa kita yg telah mengajar kita mendidik kita mengasuh kita hingga kita berjaya melaksanakan tanggungjawap sendiri ..
Walaupon dah besar dan dewasa mak ayah kita masih lg menjadi guru tempat kita merujuk ..
Masih lagi menjadi guru terbaik untuk kita ..Terima kasih mak ayah ..
terima kasih untuk insan bergelar guru ....
Huhuhu panjang la pulak tanpa sedar duk komen sorry BM terpanjang kata laa ..
selamat hari guru kepada blogger bergelar guru ...
Selamat hari guru
Selamat Hari Guru kpd semua warga pendidik.. semoga sentiasa tabah dlm merealisasikan matlamat membentuk generasi yg cemerlang... aamiin..
selamat hari guru
Selamat hari guru cikgu
selamat hari guru
Sedangkan baginda rasulullah pun berguru dengan Jibril tanpa henti apa lagi kita sebagai manusia kerdil sentiasa memerlukan manusia lain sebagai guru tidak kira dlm bentuk apa sekalipun. Kakak berguru di sini bab berblogging tanpa BM ketahui/sedari:)
Terima kasih kepada semua guru dan selamat hari guru buat semua kerana kita semua adalah guru (tanpa sedar)...
terima kasih entri khas sempena hari guru ni BM:) selamat Hari Guru kepada semua blogger guru ( sy tahu ramai kalangan blogger sebenarnya guru ).semoga Allah memberkati semua usaha dan tunjuk ajar kita kepada anak didik.Juga kepada rakan2 blogger yang mendidik pembaca melalui entri yang dikongsi, jasamu dikenang selalu:)
selamat hari guru n3 menarik mengenang nostalgia bersama guru2 di sekolah dulu..
teringat kenangan semasa sekolah... walaupun tak nakal tetapi saya sayang guru saya...
selamt hari guru untuk guru yang telah mengajar saya...
selamat hari guru untuk semua warga pendidik..
guru,.. itu ayahku....
betul tu, kita semua adalah pendidik walau mungkin didikan tu berbeza
apapun selamat hari guru kepada semua warga pendidik =)
terima kasih bro wish selamat hari guru..
kat sekolah tak sambut lg sebab cuti.
tangguh minggu depan.
Nick selamat hari guru & kpada smua guru di dunia happy teacher day :)
Selamat hari guru juga buat guru-guru
Seminggu tak jengok sini..terkejut tengok perubahan ruman BM..
Tu dia..dah nampak muka. Like...like
P/S terbaik entry bm tentang hari guru ni. Kak anim sendiri tak buat entry tentang hari guru. Entry yg ada kadang2 pun selit fasal kejaya sendiri, takut orang meluat, haha...
jasa guru2 sampai bila2 lah BM kan !
Selamat Hari Guru buat semua pendidik... tanpa sedar kita juga pendidik di rumah...
Tanpa guru, siapalah kita hari ini... :)
Selamat hari guru kepada semua ^_^
blog yang wonderful...
Blog BM pun 'cikgu' untuk zumal juga :)
Selamat hari guru kepada semua
Guru utama Rasulullah lepas tu ibu bapa kita...
Selamat Hari Guru...
Selamat hari guru...
Terima kasih BM, terharu rasanya dapat ucapan daripada kalian semua.
Selamat hari guru buat semua guru².
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”