Tidakkah anda mengimpikan untuk menjadikan blog anda diiktiraf sebagai yang terbaik? Adakah kini blog anda adalah yang terbaik? Apakah kriteria bagi sesebuah blog yang terbaik? Mari sama-sama kita kongsikan pandangan dan pendapat. Adakah senarai berikut menjadi ukuran dan kriteria untuk menilai sesebuah blog itu yang terbaik...
Blogku Bukan Yang Terbaik Tetapi Tetap Terbaik
Blog Terbaik?
  • Blog yang menang anugerah dalam MSMW, DIGI Wow Award dan sebagainya
  • Blog yang mempunyai trafik yang tinggi
  • Blog yang mempunyai ranking terbaik dalam Alexa Rank dan Pagerank
  • Blog yang mempunyai ramai follower
  • Blog yang selalu keluar di media cetak dan elektronik
  • Blog yang konsisten menerbitkan entri
  • Blog yang mempunyai kekuatan SEO
  • Blog yang menerbitkan entri yang berkualiti, original dan tersendiri
  • Rekabentuk Blog yang menarik dan mesra pengunjung

Apa sahaja ukuran dan senarai kriteria yang diberikan pasti anda menyatakan ianya amat sukar dinilai secara keseluruhannya. Melainkan ianya lebih mudah dinilai terbaik jika ditetapkan mengikut kategori atau niche blog. 

Oleh itu bolehkah blogku ini... relakssminda.blogspot.com diiktiraf sebagai sebuah blog yang terbaik? Apa kata kita buat penilaian mengikut apa yang telah disenaraikan tadi... 


1. Pencapaian Anugerah
  • Tiada

2. Trafik Yang Tinggi
  • Data dari Google Analytic mungkin boleh dijadikan rujukan untuk penilaian... Tidak terlalu tinggi tetapi tidaklah juga terlalu rendah. Bolehlah...
Blogku Bukan Yang Terbaik Tetapi Tetap Terbaik


3. Ranking Alexa dan Pagerank
  • Walaupun pernah berada dibawah 500 MY tetapi nampaknya blog ini semakin merudum kedudukan rankingnya. Inilah akibat dari tidak konsisten update entri. Berikut adalah status terkini blog ini :
Blogku Bukan Yang Terbaik Tetapi Tetap Terbaik


4. Mempunyai Ramai Follower
  • Tidaklah seorang yang popular seperti Fatin Liyana yang punya berpuluh ribu follower atau sehebat Ben Ashaari. Inilah sahaja teman-teman yang yang sudi menjadi sahabat di dunia maya ini dan anda semua adalah terbaik! 
Blogku Bukan Yang Terbaik Tetapi Tetap Terbaik


5. Keluar Di Media Cetak dan Elektronik
  • Oh... tidak pernah langsung terlintas difikiran dan tidak mungkin kot...

6. Konsisten Menerbitkan Entri.
  • Tak mampu untuk menerbitkan entri lebih dari satu entri sehari... tapi kini sudah hampir seminggu tak dapat update sebab ada sedikit masalah. Maka ianya jelas menunjukkan kurangnya komitmen terhadap blog... apatah lagi untuk menjadi yang terbaik.

7. Kekuatan SEO
  • Hmmm... Mungkin kedudukan entri ini dalam enjin carian dapat memudahkan penilaian kerana semua entri berkaitan menggunakan keyword yang sama iaitu Pakar SEO Malaysia. Entri tersebut hanya mampu berada dihalaman kedua enjin carian google.com mahupun google.com.my

Blogku Bukan Yang Terbaik Tetapi Tetap TerbaikBlogku Bukan Yang Terbaik Tetapi Tetap Terbaik
kiri : google.com.my       kanan: google.com


8. Entri Berkualiti, Original dan Tersendiri
  • Blog ini tidaklah terlalu berkualiti. Kandungannya pun biasa sahaja seperti yang biasa ditulis oleh orang lain. Mungkin kelebihan pada identiti serta gaya penulisan dan olahan yang tersendiri memberi sedikit kelebihan. Namun begitu, hanya anda... pengunjung blog yang lebih layak menilainya.
Blogku Bukan Yang Terbaik Tetapi Tetap Terbaik


9. Rekabentuk Blog 
  • Hanya menggunakan blogspot sebagai pengendali blog. Kurangnya nilai komersial. Rekabentuk pun hanya 'simple' dan tiada 'Wow Factor' dalam rupa bentuk blog, maklumlah... semuanya dibuat sendiri dan hanya mengggunakan template percuma yang siap ada dalam carian Google.

Setelah melihat semua penilaian dan pencapaian... Jelas sekali Blog ini tidak mampu dan layak untuk diiktiraf sebagai antara blog yang terbaik. Masih jauh perjalanan untuk mengecapi status terbaik... 

Blogku Tetap Terbaik!

Walaupun semua kriteria tersebut tidak dapat mengiktiraf blog ini sebagai yang terbaik, namun saya tetap menganggap Blogku ini adalah blog yang terbaik... Ianya hanyalah pandangan peribadi dan anda juga berhak memberi penilaian sendiri...
  • Pada usia blog yang lebih kurang setahun 10 bulan ini, hampir semua matlamat telah dapat dicapai. Walaupun hanya sebuah blog peribadi tanpa cerita sensasi, lebih kepada perkongsian untuk kesedaran, ingatan dan informasi bersama tetapi berjaya juga menggapai jumlah PV dan ranking yang baik... Satu pencapaian terbaik secara peribadi!
  • Blog ini dihasilkan dengan usaha sendiri tanpa bantuan sesiapa. Hanya dengan belajar melalui 'trial and error' serta tutorial yang dicari dari internet. Dari 'kosong' kini serba sedikit dengan pengetahuan yang ada, dapat pula memberi dan berkongsi ilmu kepada mereka yang memerlukannya. Ilmu yang tidak dapat dijual beli tapi dapat memberi jariah yang berpanjangan. Pemberian terbaik kepada anda dan diri ini.
  • Blog terbaik bukan sasaran tetapi kepuasan yang tidak mampu diterjemahkan. Menerbitkan entri yang disukai, sebaik mungkin dan dapat mencapai matlamatnya disamping menerima respon serta komen-komen positif atau negatif cukup menunjukkan ianya dapat menarik perhatian pembaca. Sekadar memberikan yang terbaik untuk tatapan semua pengunjung... Itulah yang terbaik.
Blogku Bukan Yang Terbaik Tetapi Tetap Terbaik
  • Melalui blog ini jugalah dapat mengenali sahabat-sahabat baru yang mempunyai ikatan unik. Terasa cukup rapat dan ikhlas walaupun tanpa jasad yang nyata didepan mata. Bukan jumlah yang menjadi ukuran tetapi kualiti dan kesetiaan yang memberi penilaian terbaik buat mereka, sahabat dan tetamu yang amat saya hormati dan hargai. 

Setelah mengecapi nikmat, kepuasan, keseronokan dan matlamat berblogging. Hasil dari usaha dan pembelajaran sendiri... Tidakkah layak saya mengatakan blogku ini adalah yang terbaik? Ya! Yang terbaik bukan kerana kriteria yang telah ditetapkan tetapi terbaik kerana telah berusaha memberikan yang terbaik kepada diri ini dan buat mereka yang memerlukan... Syukur, Alhamdulillah... (riak ke namanye ni...huhu)

Blogku Yang Terbaik!

Blogku Bukan Yang Terbaik Tetapi Tetap Terbaik
Pertandingan Blogku Terbaik - teaoais.com
Setiap orang pasti punya pandangan serta penilaian sendiri dalam menilai dan mengiktiraf sesebuah blog tersebut adalah yang terbaik. Adakah blog ini boleh dikategorikan sebagai sebuah blog yang terbaik? Anda nilaikanlah sendiri...

Adakah blog anda yang terbaik? Anda nilaikanlah sendiri mengikut pandangan dan kriteria yang anda sendiri tetapkan.

Setiap blog adalah terbaik! Jika matlamat blogging anda tercapai. Kongsikan pandangan dan pendapat mengenai blog anda adalah terbaik. Selain dari berkongsi anda juga mungkin akan dapat memenangi wang tunai berjumlah RM1000.00 dari Pertandingan Blogku Terbaik! Bersama teaoais.com. Tarikh tutup penyertaan 30 Jun 2014... 

Untuk maklumat lanjut, sila ke link berikut : teaoais.com


p/s: pertandingan menarik dan unik untuk anda sertai... Masuk bakul angkat sendiri :)
Ditulis oleh :

40 comments - "Blogku Bukan Yang Terbaik Tetapi Tetap Terbaik!"

beberapa hari tanpa entri...masuk2 ja kesini..header baru...

Bravo! kalau ikut pengamatan kakak Relaks Minda salah satu blog terbaik yg kakak kunjungi.
Selamat berjaya. Dpt RM1K kena belanja kakak jgn lupa:)

Zawiah delete icon 12:22 PTG

bila menulis , saya mengharapkan pembaca suka membaca entri saya . itu sudah memadai . jika yang lain - lain menyusul , itu adalah bonus utk saya . ini kerana saya hendak menulis dengan penuh santai tanpa tekanan .

mselim3 delete icon 12:58 PTG

Assalammualaikum..BM,

nice entry semoga berjaya dalam contest nie yer. Insaallah. Pasal blog nie kekadang mselim3 rasakan dapat kunjungan daripada rakan blogger itu adalah satu kepuasan serta dapat menerbitkan entry secara santai.

mselim3

pls: BM cantik header baru tu.. nice.

ZaridaIshak delete icon 1:17 PTG

memang terbaik... belum baca pun dah tahu hehehe
Agak lama juga BM menyepi yer... tiba-tiba keluar entri menyengat... :D

Unknown delete icon 2:34 PTG

Yer...blh jd antara yg terbaik!!

paridah delete icon 3:16 PTG

blogni mmg terbaik pada kak sbb isinya akan diteliti hingga selesai...gdluck dlm apa saja yg ingin dicapai...

Unknown delete icon 3:55 PTG

Blogging umpama sahabat hihi

ANIM delete icon 4:31 PTG

BM..mana p. Wah..terbaik, wajah baru. Entry ni dah terbaik, boleh menang pertandingan itu. Sure..

Bila saya suka jenguk dan baca apa BM tulis, itu tandanya blog Relaks Minda terbaik....

Unknown delete icon 7:08 PTG

suka pd kupasan BM pasal sesuatu topik
terperinci
blog BM sentiasa terbaik di hati yumida
sentiasa ada mesej disampaikan

wah..header baru...

Khir Khalid delete icon 9:51 PTG

Subhanallah walhamdulillah... pasti BM adalah yg terbaik juga bagi saya. Tak kisahlah apa pun org nak nilai, apa yg penting kita tahu apa yg kita mahukan & mana arah yg patut dituju... selebihnya berserah dgn usaha, doa & tawakkal ke hadratnya.
Menjadikan blog terbaik seumpama berniaga juga.. pelbagai cara boleh diguna asalkan ia tidak bersalahan dgn etika, rona kehidupan dan juga agama... in shaa Allah.. Yakin Boleh!!.. :) :)

TERBAIK mmg TERBAIK la BM ..InssyaAllah boleh mennag ni BM ..kak Lya support dari belakang ..nak tulis cam BM ni mmg tak mampu ..sedang berusaha nak mantapkan lagi gaya penulisan ..All the best & good Luck ..Seriuss ni BM Memang TERBAIK ..Blog ni blog TERBAIK ..Blog ni memenag HEBAT ..Penulisan membina penyampaian TERBAIK !! TERBAIK TERBAIK !!! Entri TERBAIK setiap masa walaupon UPDATE blog seklai sekala ... Usaha tanggan klejayaan ...

Hehehe HEADER baru eaaa ?? Nice ..

BinMuhammad delete icon 12:57 PG

Bagi besor sikit... hehe

BinMuhammad delete icon 12:59 PG

Terima kasih akak... Jumlah keseluruhan jer RM1K bukan boleh dapat semua...
Insyaallah, ada rezeki, adalah nanti ye...

Jika itu adalah matlamat dan ianya tercapai... Itulah sebenarnya terbaik!

Waalaikumsalam, Terima kasih sahabat...
Insyaallah, sekadar mencuba... Ada rezeki, adalah... Kunjungan mselim pun sudah satu kepuasan buat saya... :)

Menyepi kerana ada hal lain yg perlu diutamakan dulu. Entri ini dah draft lama hanya edit sikit dan publish. Terima kasih YB

Yang terbaik dari sudut apa agaknye ye... Dapat komen ni pun dah terbaik bg saya, Terima kasih Mama Kaori

Terima kasih kak Paridah. Mendapat sahabat blogger seperti akak adalah yg terbaik bg saya... :)

tinggi btul pgview bm.. harap2 penulisan jie diterima ramai..

Cik akak sahabat terbaik... :)

Tak p mana2 pun cuma kebelakangan ini sibuk sikit, kena tumpukan kepada perkara yang lebih penting dahulu. Terima kasih akak... akak tetap yg terbaik!

Terima kasih Pak Mail, kunjungan dan sokongan Pak Mail amat2 saya hargai.

Terima kasih Yumida. Kepuasan anda adalah kepuasan saya juga... Itulah nikmat terbaik dari berblogging!

Bagi nampak besor dan jelas....hehe

Alhamdulillah... Tidak layak untuk menjadi terbaik lagi kerana jika terbaik bermakna tamatlah pembelajaran dan tiada lagi peningkatan. Cukuplah menyatakan menuju kearah terbaik...kerana terbaik bagi saya tiada limitnya...
Terima kasih Khir kerana sentiasa menjadi sahabat setia. Amat2 saya hargai...

Wah Kak Lya... terlebih sangat ni. Jadi takut pula saya. hehe
Bila dikatakan terbaik iulah yg semakin menggerunkan kerana utk mengekalkannya adalah terlalu sukar. Saya sekadar menulis mengikut cara dan gaya sendiri dan selengkap yg boleh...
Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan...sebenarnya akaklah yg terbaik buat saya!

Saja suka-suka... refresh pandangan mata :)

Alhamdulillah...tak le tinggi sangat. Jie pun boleh juge...teruskan usaha dan carilah identiti serta kekuatan dalam penulisan yg mampu menonjolkan keistimewaan tersendiri. Dapatkan topik2 yg mampu menjadi tunjang trafik anda. Semoga berjaya. :)

Good luck BM..bagi AB blog yang terbaik bila entry yang ingin kita kongsikan ada nilai untuk pembaca..

Shahrul Yusof delete icon 12:38 PTG

Relaks Minda adalah antara blog yang terbaik. Tengok pada daily page view sahaja sudah cukup membuktikannya. Keep it up bro! :-)

Fiza Rahman delete icon 5:34 PTG

Good luck BM. Tapi blog BM memang terbaik dimata saya ☺

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.

Bahrain delete icon 5:05 PTG

saingan yang sihat menghasilkan penulisan yang mantap. Satu penulisan yang cukup kreatif untuk menarik pembaca/pengunjung. :)

Hero Borneo delete icon 10:14 PTG

blog ini memang terbaik..tak tau sudut mana lagi nak komen negatif..

Bunda_nora delete icon 1:59 PG

Alhamdulillah...
apa lagi kurangnya, ini dah kira terbaiklah kalau di bandingkan banyak lagi blog2 lain yang lebih mundur termasuk blog bunda...

akmaomar delete icon 6:21 PG

Salam kenal...bagus sangat artikel ni, blog kita ruang untuk kita menulis tentunya kita mahukan yang terbaik setanding dengan blog yang sudah berjaya kan. Good luck ya :)

Tanpa Nama delete icon 9:02 PTG

memang terbaik..tambah lagi dengan header baru..smart..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap