Suatu Petang di Floria 2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika di entri sebelum ini, Festival Bunga Dan Taman, Floria Putrajaya 2014 anda telah diperlihatkan gambar-gambar di keseluruhan Tapak Festival.
Kini Sepetang di Floria Putrajaya 2014 memberi fokus kepada bahagian dalam Floral Pavilion serta Taman Sekolah Dan Universiti.
Kini Sepetang di Floria Putrajaya 2014 memberi fokus kepada bahagian dalam Floral Pavilion serta Taman Sekolah Dan Universiti.
Nikmati bersama keindahan serta keunikan orkid di pameran dan pertandingan orkid. Selain dari itu kita lihat juga suasana petang dan senja di Floria Putrajaya ini.
Dalam cuaca sekarang yang panas dan membahang, melawat Festival Floria ini dikala petang hingga ke malam hari adalah waktu terbaik. Malah kelebihannya, anda akan dapat menikmati dua suasana yang berbeza iaitu di waktu siang dan juga malam yang punya keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri.
Pameran Di Floral Pavilion
Ruang pameran bertutup yang berhawa dingin ini memang menyegarkan. Lokasi persinggahan yang mampu menyejukkan anda seketika dari bahang cuaca yang panas. Disini pelbagai dekorasi dan hiasan yang agak menarik dan kreatif dipamerkan. Peserta dari luar negara juga menunjukkan kehebatan mereka disini. Cuma yang terasa ketara adalah kekurangan jumlah penyertaan.
Yang paling menyerlah dan menarik adalah dekorasi hutan hijau yang dipenuhi binatang liar. Namun ruang laluan yang agak sempit menyukarkan untuk mengambil gambar. Mujurlah tidak ramai orang ketika itu.
Pameran Dan Pertandingan Orkid
Bagi peminat orkid, pastinya bahagian pameran ini tidak boleh dilepaskan. Pelbagai jenis, bentuk, rupa dan warna orkid yang amat menarik serta unik dipamerkan disini. Dari orkid hutan hinggalah ke orkid hibrid yang pastinya memukau perhatian anda.
Lama juga berada disini, cuma ruang pameran berbumbung ini agak panas kerana hanya disediakan beberapa kipas angin berdiri. Kelihatan juga beberapa pokok orkid mulai layu kerana kepanasan.
Taman Sekolah Dan Universiti
Bahagian pameran taman sekolah dan universiti ini terbahagi kepada dua iaitu diluar dan dalam pavilion. Disamping untuk pameran, ianya juga dipertandingkan.
Namun ianya tidak banyak beza dari pameran-pameran tahun terdahulu, cuma ada beberapa sahaja dekorasi yang agak menarik dan kreatif disini.
Namun ianya tidak banyak beza dari pameran-pameran tahun terdahulu, cuma ada beberapa sahaja dekorasi yang agak menarik dan kreatif disini.
Agak perasan juga, walaupun bunga begonia atau bunga asam batu dipilih sebagai bunga tema untuk Floria tahun ini namun ianya tidak begitu menyerlah dalam pameran.
Suatu Petang Dan Senja di Floria Putrajaya
Berada di Tapak Festival Bunga Dan Taman, Floria Putrajaya 2014 hingga malam menjelang amat menarik sekali kerana dapat melihat perubahan suasana alam dan tapak festival. Apabila hari semakin gelap, lampu-lampu pelbagai warna mulai mencerahi persekitaran. Ianya memberi satu suasana yang amat indah dan berbeza sekali.
Hajat dihati hendak melihat bot berhias dan pertunjukan bunga api kerana sebelah malam akan berlangsung 'Magic Of TheNight' Putrajaya, namun hampa kerana kali ini ianya berlangsung dilokasi yang berbeza. Malam 'Magic Of The Night' diadakan di Marina, Putrajaya. Satu lokasi yang agak jauh dari tapak Festival Floria ini.
Untuk kesana, perlu memandu dan dikenakan bayaran letak kereta. Kalau nak tengok dengan menaiki Putrajaya Cruise pun boleh, RM15 seorang dikenakan. Nampaknya mulai Floria Putrajaya 2014 ini sudah tiada lagi yang percuma. Selepas Maghrib... apa lagi, bergerak pulanglah...
Nikmati suasana petang dan senja nan indah di Festival Bunga Dan Taman, Floria Putrajaya 2014. Terima kasih bersama Relaks Minda.
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
24 comments - "Suatu Petang Di Floria Putrajaya 2014"
cantiknya bunga orkid ...
belum sempat ke sana lagi..
Rasa damai je memandang bebunga kembang :)
cantik sangat pemandangannya tu
cantiknya orkid....cantiknya waktu senja..indah alam milikNYA..
Aduhai adik.... kakak ni kalau tengok bunga memang tak berkelip mata. Betul-betul macam terapi dan membuak dlm hati kalaulah dapat barang sepokok dua mana yg tak ada di rumah alangkah bahagianya.
Gambar yg BM captured pun semuanya memikat mata. Cantik sangat!
payung tu pun cantik. naik cruise tu pun best gak ya. la ni, aktiviti kalau dekat2 maghrib memang kak pun kena stop, BM. kena ajar 2 Abdul tu. jgan main langgar saja. walaupun dalam musafir, boleh solat jamak. tapi tule, mana ada yang free la ni..semuanya berbayar.
cantik sangat....suka
cantiknyaaa gambar2 tu BM :)
Cantiknya!!
sgt cntik waktu senja..rugi lak x pergi smlm..
cantikkk.. mmg setiap tahun ada pameran ni kan.. so far cik jah tak pernah pergi pun.. kesian kannn.. ehehhe
Cantiknya. Even bangi ngan putrajaya tak jauh. Tapi tak pernah ke floria lagi.
cantiknya pemandangan waktu senja.
saya suka bunga orkid... bentuknya cantik yang tersendiri
kalaulah saya ke sana mahu seharian dok belek bunga-bunga di situ... huhuhu
Semua gambar2 kat atas TERBAIK ..semua cantik2 ... Kalau ler akak dpat pergi BM ..penuh la gambar2 kat HP dan kamera ngan bunga2 ni jer hahahaa ........ Thanks BM ..
wah...awesome! bertuahnya BM dpt menatap secara live
orkid tuuuuuu....suka tgk klo org tanam orkid kat umah..bunga hutan
ramai jugak blogger yg update pasal floria ni..
cantiknya !!!!subhanaALLAH
saya blh thn berjam tgk orkid ... geramnya ...
Sayangnya tak kesempatan nak ke sana.. saya pun kategori peminat bunga juga, tp bukan mat bunga hehee... t kasih atas perkongsian yg menarik BM.. ;)
terpukau n terpesona keindahannya...subanallah..
Rerama gergasi... Cantik...
Cantik sangat! bertuah sapa2 yang berkunjung
idah suka bunga2... tapi tak kesempatan pergi walau 1 pun dari pesta nie... uhuk3x... ;(
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”