بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Anugerah Terindah di Bulan Ogos
Ogos 2014 - Sejarah Tercipta
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Salam manis buat semua sahabat dan tetamu Relaks Minda. Bulan Ogos 2014... Kini sudah berlalu, bulan yang manis sekali buat Relaks Minda.

Hampir sepanjang bulan Ogos kita menyambut bulan Syawal... Bulan kemenangan buat umat Islam. Bulan Ogos ini juga mencatat satu pencapaian yang gemilang buat Relaks Minda.

Tidak pernah menjangka pencapaian di bulan Ogos akan lebih baik dari bulan Julai berikutan bulan dimana kurangnya orang meluangkan masa melayari internet terutama di hujung minggu, namun jangkaan meleset sekali.

Tidak pernah termimpi bahawa blog ini akan mampu mencecah 800K pageviews sebulan! Tapi kini ianya menjadi realiti. Tidak sesekali juga meletak sebarang target atau harapan, namun sokongan dan perhatian anda semua... sahabat dan tetamu Relaks Minda telah merealisasikan pencapaian yang menakjubkan ini. Jutaan terima kasih diucapkan!

Ogos 2014 Overview Report - Relaks Minda

Ogos 2014 - Blog Relaks Minda Report - Overview
Overview Report - Relaks Minda August 2014 (google analytics)

Pada bulan Ogos, Blog ini hanya menerbitkan 3 entri target untuk trafik. Namun ianya memberi impak yang sangat positif dimana banyak entri-entri lama turun mendapat tempias trafik yang meningkatkan jumlah pengunjung dan juga jumlah entri yang dibuka oleh seorang pengunjung (pages/session).

Bulan Ogos mencatat rekod baru bagi jumlah pageviews. Ianya bulan tertinggi dalam sejarah Relaks Minda. Rekod juga dicatat bagi jumlah pageviews untuk sehari dan sejam.

Ogos 2014 - Blog Relaks Minda Report - Audience Overview
Pageview Record - Relaks Minda August 2014 (google analytics)

Rekod Pageviews Relaks Minda :

  • Pageviews sebulan : Ogos 2014 - 801,799 PV
  • Pageviews sehari : 14 Ogos 2014 - 96,546 PV
  • Pageviews sejam : 14 Ogos 2014 (jam 1.00 ~ 2.00 pm) - 7,754 PV
Apakah entri yang memberi jumlah pageviews yang begitu tinggi? Sudah pastinya 3 entri target trafik ini telah berjaya mencapai sasarannya dengan cemerlang sekali. Dibantu pula oleh satu entri pada bulan April 2014 iaitu entri pertama tentang Perodua Axia diterbitkan yang terus memberi impak trafik yang sungguh menakjubkan sekali.

Impak Trafik Dari Entri SEO

Kejayaan entri target trafik ini berjaya berikutan teknik SEO yang diaplikasikan memberikan kedudukan yang baik di enjin carian membuatkan ianya berjaya bersaing untuk meraih trafik yang tinggi.

Impak dari entri target trafik ini sungguh memberangsangkan. Ianya berjaya menaikkan pageviews entri-entri berkaitan niche. Purata page/sessions membuktikan bahawa setiap pengunjung akan melihat sehingga hampir 6 page setiap kali singgah ke blog ini! Inilah yang meningkatkan pageviews dengan begitu ketara sekali.

Tidak semua entri perlu mengaplikasikan sepenuhnya teknik SEO. Teknik SEO ini hanya perlu diaplikasi bagi entri-entri tertentu yang di target untuk menarik trafik sahaja. Lagi pun mengaplikasikan teknik SEO pada setiap entri bagaikan menyekat daya kreativiti dan keunikan dalam penulisan yang membuatkan entri anda kelihatan serupa, kaku dan kurang daya tarikan.

Berikut adalah Top 10 Popular Artikel bagi Bulan Ogos 2014 di Relaks Minda

Ogos 2014 - Blog Relaks Minda Report - Popular Post
Top 10 Popular Post - Relaks Minda August 2014 (google analytics)

Didalam senarai Top 10 popular post, hanya tiga entri yang diterbitkan pada bulan Ogos 2014 yang tersenarai dan ketiga-tiganya ini adalah entri target untuk trafik tetapi telah membawa pengunjung untuk menikmati entri-entri niche lalu melonjakkannya untuk tersenarai di dalam Top 10 popular di bulan Ogos! Sekarang anda boleh nampak betapa besar impak entri-entri target trafik ini. 

Entri di tempat pertama pula adalah entri yang diterbitkan pada bulan April 2014 tetapi ia menjadi entri paling popular di bulan Ogos kesan dari pra-pelancaran Perodua Axia pada 15 Ogos yang lalu. Tidak mustahil ianya akan terus menyumbang trafik sehinggalah hari pelancaran rasmi nanti.

Traffic Channels & Devices - Relaks Minda

Traffic Channel & Devices - Relaks Minda August 2014 (google analytics)

Pengunjung utama Relaks Minda jelas datangnya dari enjin carian dengan trafik organik mencecah 70%. Entri mesra SEO dan entri niche merupakan entri tumpuan pengunjung manakala kebanyakan entri berkaitan peribadi dan blog tidak begitu menyumbang trafik organik yang baik tetapi ianya bagus dalam meningkatkan jenama dan kemesraan dalam menjalin persahabatan.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pengunjung Relaks Minda semakin didominasi oleh pengguna gajet yang kini menghampiri 60% jumlah trafik. Betapa pentingnya blog ini untuk memberi paparan terbaik kepada pengguna gajet dan responsive template adalah jawapannya. 

Cuma admin sahaja yang masih menggunakan komputer...hehe. Semoga tercapailah impian memiliki gajet impian dalam contest "iphone 5s gajet impian setiap blogger" yang dianjurkan oleh denaihati.com... InsyaAllah...

Sahabat Paling Mesra - Relaks Minda

Ogos 2014 - Blog Relaks Minda Report - Top Commenter
Top 20 Sahabat Paling Mesra - Ogos 2014

Pada bulan Ogos 2014 sebanyak 28 entri berjaya diterbitkan. Kekangan masa dan waktu memberi kesan kepada jumlah entri. Begitu juga dengan aktiviti blogwalking... sesekali sahaja dapat menjejak ke blog-blog sahabat... Ampun dan Maaf dipinta andai ada yang berkecil hati.

Kehadiran sahabat-sahabat pula amat-amat dihargai. Kehadiran yang bukan sekadar membaca malah sanggup pula meninggalkan komen-komen yang menarik dan bernas. Jutaan terima kasih diucapkan! Sebagai penghargaan, 20 pengomen terbanyak akan tersenarai di Bloglist Sahabat (di sidebar) sepanjang bulan September 2014 ini.

September Bulan Istimewa Relaks Minda

Bukan catatan rekod yang ingin dicapai didalam berblogging ini... Untuk mendapat 1 Juta PV sebulan bukanlah satu impian, sebab itu blog ini kini punyai matlamat dan tagline... "Ilmu dikongsi bersama". Itulah sahaja yang ingin dicapai dan dikongsikan bersama anda... sahabat dan tetamu Relaks Minda yang amat-amat dihargai dan dihormati.

Entri target trafik tetap diterbitkan untuk mengundang tetamu-tetamu yang belum pernah singgah kesini bagi membuka ruang perkenalan dan meluaskan perkongsian.

Bulan September merupakan bulan istimewa buat blog Relaks Minda kerana pada 10hb September ini merupakan ulang tahun ke 2 blog ini. Sekejap sungguh masa berlalu... Semoga perjalanan blog ini akan terus dipermudahkan, diredai dan mencapai objektifnya... InsyaAllah.

Anugerah Terindah di Bulan Ogos

Terima kasih bersama Relaks Minda dan bersyukur ke hadrat Ilahi diatas anugerah terindah di bulan Ogos.

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’

“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

44 comments - "Anugerah Terindah di Bulan Ogos"

Unknown delete icon 2:48 PTG

wow..hebat..tahniah BM =)

Unknown delete icon 2:49 PTG

banyak kata2 dan contoh yang boleh diteladani dari pencapaian blog releks minda...tahniah bro :) blog bro banyak memberi inspirasi kepada fizi..

mselim3 delete icon 2:52 PTG

Assalammualaikum... BM,

tahniah BM .. tak dapat nak zahirkan dengan kata2.. pencapaian yang baik... teruskan moga anda menjadi blogger yang disenangi k...

mselim3

Assalamualaikum BM...Tahniah..semoga terus cemerlang.

ALHamdulillah...syukur dan tumpang happy dengar perkongsian gembira ni BM:)CM memang perasan banyak perubahan dan peningkatan gaya penulisan dalam blog ini.semoga BM terus diberikan passion dalam berkongsi info berguna kepada pembaca..congrats n gud job frend:)

HAMIDIsP delete icon 4:40 PTG

GILER! Tahniah buat RM. Hanya 3 artikel untuk 800k pageviews adalah pencapaian yang terlalu membanggakan. Kata orang, langsung tak membuang masa menghadap blog kan. Blog SP dengan jumlah artikel yang meleret-leret pun hanya mampu menjana purata 300k++ pageviews sebulan..

titan delete icon 7:23 PTG

fuhh..rajin betul diorang komen. patut dapat view banyak nih. hoho

BinMuhammad delete icon 9:02 PTG

Bukan menunjuk kehebatan tapi sekadar berkongsi agar semua blogger juga mampu melakukannya. Ianya bukan perkara yang mustahil...

BinMuhammad delete icon 9:06 PTG

Permulaan dulu saya juga merasakan amat sukar dan tidak pernah membayangkan suatu hari nanti ianya menjadi seperti hari ini. Belajar menguasai dan mengenali dunia blogging... dan lakukannya dgn penuh minat. InsyaAllah...dgn niat dan matlamat yg baik, pasti Allah permudahkan.

BinMuhammad delete icon 9:09 PTG

Waalaikumsalam mselim,
Menjadi blogger yg disenangi...Ya itulah yg paling diidam2kan krn sukar sebenarnya hendak memuaskan hati semua orang. Harapkan bimbingan dan tunjuk ajar mselim juga. Jika mselim terasa senang...maka senanglah hati ini... :)

BinMuhammad delete icon 9:11 PTG

Waalaikumsalam cikgu,
Terima kasih... kecemerlangan dunia dan akhirat, itulah yg ingin dicapai...

BinMuhammad delete icon 9:13 PTG

Sokongan dan kunjungan dari sahabat2lah yang merealisasikannya. Saya hanya berkongsi sekadar termampu mengikut kemampuan, kemahiran dan pengetahuan yg ada. Bersyukur dgn apa yg telah dikecapi... Alhamdulillah.

BinMuhammad delete icon 9:23 PTG

Blog SP juga amat baik. Blog informasi yg punya niche seperti anda terlalu banyak persaingannya. SEO adalah jawapan terbaik utk anda bersaing kerana niche seperti anda memang tinggi cariannya. Dulu pada awal2 berblogging saya juga cuba menjadi blog spt anda namun sukar bersaing sehinggalah saya mendapat niche dan identiti sendiri.

PV anda pun amat tinggi walaupun masih baru dan sepadanlah dengan jumlah entri yang diterbitkan. Sesuatu yg amat sukar bagi saya menerbitkan entri sebegitu banyak dan konsisten tapi anda berjaya! Tahniah!

BinMuhammad delete icon 9:24 PTG

Tuan juga salah seorang yg menyumbang! :) Terima kasih bro!

tahniah BM..lepas ni rezeki masuk menderu-deru

alhamdulilah terbaik...tahniah BM

Hero Borneo delete icon 12:07 PG

tahniah bro BM..anda adalah icon kejayaan buat saya dalam bidang SEO ..saya pun guna komputer tanpa smartphone dalam aktiviti blogging..ok juga tu!

Unknown delete icon 12:41 PG

Terbaik bro BM. Pencapaian yg sangat memuaskan. Keep it up.

Alhamdulillah Tahniah BM.. Pencapaian yg patut dicontohi serta menjadi inspirasi buat semua termasuk saya. Alhamdulillah juga kerana masih tersenarai sbg komentar di sini. Selagi diizinkan berblogging, pasti akan singgah mentelaah ilmu serta berkongsi pendapat serta pandangan utk kebaikan semua. Semoga bersama kita semua sentiasa beroleh keberkatan Allah swt... aamiin. Semoga terus sukses BM!!!.. :)

Memang terbaik BM..

Tahniah semoga terus maju jaya :)

paridah delete icon 10:48 PG

wah hebat pencapaiannya...tahniah moga berterusan...blog yg femes sentiasa diikuti n perlu dijaga kualiti isi paparannya...susah juga nk cari ide tu kan....

Itulah hakikat dan realitinya yg BM kini merupakan blogger yg berjaya
Tahniah dari kakak.. bukan mudah kalau tak rajin dan berbakat.

Unknown delete icon 4:46 PTG

Woww... Tahniah BM... semoga Relaks Minda bertambah sukses di hari mendatang :)

BinMuhammad delete icon 9:08 PTG

kalau menderu2...Alhamdulillah... :)

BinMuhammad delete icon 9:09 PTG

Terima kasih Acik...dalam kesibukan sempat juga singgah... :)

BinMuhammad delete icon 9:12 PTG

Sampai masanya kita terpaksa juga mengikut arus perkembangan semasa... Buat masa ni masih ok lagi :)
Icon kejayaan itu terlalu tinggi, tidak layaklah...cukuplah sekadar menjadi sahabat yang saling bertegur sapa dan berkongsi ilmu. Itu lebih mesra dan bermakna :)

BinMuhammad delete icon 9:13 PTG

Alhamdulillah...rezeki saya di bulan Ogos. Thanks Bro!

BinMuhammad delete icon 9:18 PTG

Kehadiran saudara Khir dan sahabat2 semua amat2 dinanti dan dihargai. Itu lebih bermakna dari angka yang tidak kekal selamanya. Saya amat kagum dengan cara Khir berlogging. Punya komitmen dan disiplin yang tinggi serta matlamat yang kukuh. Ciri2 blogger yg berjaya sudah terlihat...InsyaAllah, anda punya masa depan cerah utk berjaya didlm bidang ini.
Andalah sebenarnya contoh dan inspirasi terbaik dalam dunia blogging!

BinMuhammad delete icon 9:20 PTG

Terbaikkah? Mungkin tidak...hanya berkongsi sedikit pengalaman agar menjadi panduan buat mereka yg memerlukan.

BinMuhammad delete icon 9:20 PTG

InsyaAllah... Terima kasih IK :)

BinMuhammad delete icon 9:23 PTG

Untuk mengekalkan kualiti dan kosistensi itu yang paling mencabar.
Benar kak Paridah...nak mendapatkan idea utk sesuatu entri itu amat sukar sekali!

BinMuhammad delete icon 9:26 PTG

Tidak dinafikan...perlu ada kerajinan, belajar, mengkaji dan mencuba.
Tapi untuk diiktiraf sebagai blogger yg berjaya, hmmm belum lagilah... Saya hanya rasa berjaya jika ada berjaya menggunakan dan mengamalkan ilmu yg dikongsi... :)

BinMuhammad delete icon 9:27 PTG

InsyaAllah...sekadar berkongsi ilmu dan coretan. Semoga kita semua sukses di hari mendatang.. :)

terbaik bro..semoga terus maju jaya

Yana Yani delete icon 12:38 PTG

wow, jauh dah saya kena tinggal, tak mungkin dapat bersaing
apapun teruskan usaha BM ye,
saya memang akan selalu singgah sini punya
suka cara sesuatu isu dikupas
memang dari perenggan pertama samapi ke perenggan akhir saya baca
keep it up, saya antara yang akan menyokong dari belakang

Hafizul delete icon 3:31 PTG

Huhu...memang satu kelbihan kan bila kita pandai menggunakan blog..semoga semakin maju yer bro..

Fiza Rahman delete icon 3:57 PTG

Tahniah BM. Memang hebat lah. Semakin ada peningkatan.

ZaridaIshak delete icon 4:57 PTG

kadang-kadang tak berapa nak mesra jugak... sebab sebuk sangat dengan macam2 hal.

ZaridaIshak delete icon 4:59 PTG

datang jengok tengok gambar yang cantik dan penuh inspirasi... kadang2 tak sempat baca pun apa yang tertulis.

ZaridaIshak delete icon 4:59 PTG

blog tuan BM dah semakin bertambah hebat dan semakin baik dari blog saya... malu pulak..

Bunda_nora delete icon 1:47 PTG

Tahniah...relakssminda....

Tanpa Nama delete icon 10:44 PTG

alhamdulillah,tahniah BM..eh,kalah satu komen dari blogger yana yani yer? ini sudah mendatangkan marah...hehehehehe..

Daripada 20, belum nampak kelibat Tetamu Istimewa. Aduh....

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap