Bunga Begonia - Bunga Tema Floria Putrajaya 2014 |
Acara tahunan Festival Bunga dan Taman kini kembali. Floria Putrajaya 2014 akan membuka tirainya pada 14 hingga 22 Jun 2014. Serentak dengan itu Magic Of The Night Putrajaya juga diadakan pada sebelah malamnya.
Bertempat di Persisiran Tasik dan Marina, Presint 4, Putrajaya. Floria Putrajaya 2014 kali ini mengetengahkan Bunga Begonia atau Bunga Asam Batu telah dipilih sebagai bunga tema Floria tahun ini.
Festival Bunga Dan Taman, Floria 2014 membawa tema, 'Taman Bertema' dimana menonjolkan hiasan bunga-bungaan dan taman mengikut tema seperti Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia.
Malam Magic Of The Night, Floria 2014 pula bertemakan 'Colours Of Harmony' masih menyajikan tarikan utamanya iaitu persembahan hiburan cahaya dan bunyi disamping perarakan bot berhias serta disudahi dengan keindahan pertunjukan bunga api yang berwarna-warni.
Cuma kali ini Floria Putrajaya 2014 tidak lagi percuma. Bayaran masuk RM3 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Dibuka Isnin - Khamis (9.00am ~ 10.30pm) dan Jumaat - Ahad (9.00am ~ 12.00am)
Selamat menikmati hujung minggu yang indah di Floria Putrajaya 2014. Festival Bunga Dan Taman beserta malam 'Magic Of The Night' di Persisiran Tasik dan Marina, Presint 4, Putrajaya.
Menarikkah Floria kali ini? Lihat gambar-gambar menarik hasil dari kunjungan dan ulasan saya disini : Festival Bunga Dan Taman - Floria Putrajaya 2014
Terima kasih bersama Relaks Minda... Semoga hujung minggu yang ceria buat anda.
________________________________________________________________________________
15 comments - "Floria Putrajaya 2014 - Festival Bunga Dan Magic Of The Night"
wahh boleh pergi tenangkan diri sebelum exam nie
Menarik ni.. mmg seronok klu bawa keluarga jenjalan.. :)
walaupun dah berkali2 pameran ini diadakan,..x sekalipun sampai ..huhuu
banyak bunga2 cantik boleh dibeli ni...
Salam BM ..Akak belum pernah lagi pergi ..Tak tau la bila berkesempatan nak pergi ..Untungla orang2 terdekat boleh la pergi kita yang jauh ni susah sikit la ..
Bm kena pergi ni ... dah terbayang keindahan festival ni.
Dah nk bukak sekolah...nape le tak buat cutu skolah hari tu...sure ramai yg dtgnya...
tak pernah berkesempatan lagi ke festival ni..
SA x sempat nak terjah..sayangnya....minggu ni dah penuh ngan aktiviti...
menarik ni...blhlah pergi klu lapang ....
Tak tau bila nak perginya, padahal kat bawah opis ni je
Ya, saya masih ingat lagi entri Floria BM tahun lepas. Nampaknya tahun ni terlepas lagi. Masa tak mengizinkan.
alhamdulilah..sampai jugak kami ke floria ahad lps..tpi x boleh lama2..anak demam...
belum ada rezeki lagi nak pergi..
Bestnya klo dpt gi nih,
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”