6 Bulan Sudah Berlalu
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik, pejam celik...tidak terasa masa telah berlalu begitu pantas. Kini kita sudah pun berada di pertengahan tahun 2014.

Enam bulan sudah berlalu, pelbagai pengalaman yang telah ditempuhi dan dikutip. Ada pahit, manis, masam dan masin, segalanya menjadi panduan dan ingatan untuk dijadikan kenangan dan panduan untuk menempuh hari-hari mendatang.

Apa yang telah kita perolehi kini belum tentu akan kita nikmati lagi. Semuanya tidak akan kekal selamanya, namun tidak bermakna ianya mustahil untuk dinikmati berpanjangan malah untuk beroleh lebih baik lagi. Hanya dengan usaha, berdoa dan tawakkal... InsyaAllah, perkara yang baik pasti Allah SWT akan makbulkan...

6 Bulan Relaks Minda di Tahun 2014

Tahun 2014 bagaikan satu rahmat besar buat blog Relaks Minda. Baru setengah tahun, pencapaian sungguh menakjubkan buat blog picisan yang tidak mengutarakan isu-isu sensasi semasa. Namun begitu, beberapa entri informasi dan maklumat semasa yang disasarkan untuk meningkatkan jumlah pengunjung bagi mengetengahkan blog ini di mata umum telah secara tidak sengaja memberi satu peningkatan pengunjung yang tidak terjangka!

Entri-entri tersebut memang disasarkan untuk membawa pengunjung-pengunjung baru ke blog ini dan sekaligus dapat meningkatkan jumlah view untuk entri-entri lain juga. Ianya terbukti berjaya apabila jumlah Pages/Session yang meningkat dimana setiap pengunjung tidak hanya membuka satu page tetapi secara puratanya melebihi 4 pages bagi setiap pengunjung dan ianya terus meningkat dimana sehingga bulan Jun ianya mencecah melebihi 5 pages/session.

Data Summary Blog Relaks Minda Jan ~ Jun 2014
Data Summary Blog Relaks Minda Jan ~ Jun 2014

Lebih dua juta pageviews hanya dalam tempoh enam bulan! Ianya sungguh mengejutkan. Bukan riak dan bangga atau pujian yang dipinta tetapi ianya datang dari anda semua dan anda berhak mengetahuinya. Ia juga buat pencetus semangat sahabat-sahabat semua untuk mencapai kejayaan yang sama. 

Tidak mustahil untuk sesebuah blog peribadi untuk mengecapi jumlah pengunjung dan viewer yang tinggi tanpa perlu untuk menerbitkan isu-isu panas, hiburan dan sensasi yang kadangkala mengundang fitnah dan merendahkan standard isi kandungan blog anda. Dengan memilih beberapa entri informasi dan maklumat semasa sebagai entri pembuka laluan pengunjung sudah cukup untuk menyerlahkan blog anda dimata umum.

Data Pageviews Relaks Minda - Jan ~ Jun 2014
Data Pageviews Relaks Minda - Jan ~ Jun 2014

Rahsia Meningkatkan Pageviews

Tiada rahsia besar yang ingin disembunyikan. Apabila pintu telah terbuka, rebutlah peluang yang ada. Dari kunjungan tetamu-tetamu yang pertama kali singgah ke blog, maka terbukalah laluan untuk mereka melihat dan meneroka blog ini dengan melihat entri-entri lain. 

Hasilnya, pageviews entri-entri lain akan turut meningkat. Dengan meletakkan beberapa widget yang memaparkan entri-entri terkini, terbaik, popular dan berkaitan, ianya sangat berkesan menggamit pengunjung untuk menerjah entri-entri tersebut. Oleh itu kualiti setiap entri amat perlu dijaga malah hubungkait antara beberapa artikel juga dapat memanjangkan tempoh masa pengunjung untuk berada lama diblog anda serta besar kemungkinan akan kembali berkunjung semula.

Top 15 Artikel Relaks Minda - Jan ~ Jun 2014
Top 15 Artikel Relaks Minda - Jan ~ Jun 2014

Selain dari itu, kejayaan entri-entri berkaitan informasi dan maklumat semasa ini sebenarnya berkait rapat dengan kedudukannya dalam SERP di enjin carian. Tanpa kedudukan yang baik, entri-entri sebegini akan gagal mendapat perhatian pembaca dan pencari maklumat.

Dengan sedikit ilmu SEO yang ada lalu diterapkan dalam entri, ianya berjaya bersaing kerana bukan mudah untuk berada dimuka hadapan enjin carian bagi topik-topik informasi dan maklumat semasa yang hampir semua entri menggunakan keyword yang hampir sama serta dikuasai pula oleh blog-blog dan portal-portal berita utama negara.

Sebelum ini seringkali gagal namun sejak bertukar kepada template baru dan menerapkan ciri-ciri On Page SEO, artikel diblog ini lebih mudah dan mesra untuk diindek oleh robot enjin pencari maka peluang untuk berada dimuka hadapan enjin carian semakin besar. Buktinya, Google masih menjadi lubuk utama pengunjung yang datang ke blog ini.

Top 10 Trafik Blog - Jan ~ Jun 2014
Top 10 Trafik Blog - Jan ~ Jun 2014

Belum Cuba Belum Tahu

Tidak kiralah apa jua matlamat anda, jika anda ingin mencapainya, anda harus tahu bagaimana cara untuk mendapatkannya. Jangan sesekali main terjah tanpa sebarang panduan. Belajar sedikit demi sedikit dan cuba amalkan. Jangan takut untuk mencuba dan menerima kegagalan kerana kegagalan itulah yang memberi pengajaran dan pengalaman buat kita.

Tanpa mencuba, anda tidak akan tahu apakah hasil dan keputusannya. Maka, tiada jalan singkat untuk berjaya...anda harus mencuba kerana selain dari gagal, mungkin tuah dan kejayaan akan menjelma tanpa diduga. Percaturan yang memerlukan usaha dan keyakinan tapi perlulah dilakukan dengan ilmu dan panduan yang  betul. Selebihnya anda perlulah berdoa dan tawakkal...serta menerima segala qada dan qadar.

Enam Bulan Sudah Berlalu

Terima Kasih... Anda Semua Amat Dihargai

Jutaan terima kasih kepada semua sahabat dan tetamu Relaks Minda yang sentiasa menyokong dan menjadikan apa yang dicapai ketika ini adalah satu realiti. Tanpa anda semua tidak akan bermakna kewujudan blog ini. Semoga apa jua yang dihidangkan dapat menepati kehendak dan memuaskan hati anda.

Blogging bukan satu tekanan untuk berjaya tetapi satu keseronokan dan pembelajaran yang menarik untuk diteroka. Andai anda ada matlamat... Usahalah mencapai. Jangan jadikan kejayaan orang lain itu satu tekanan tetapi jadikan ianya pencetus semangat untuk turut sama berjaya. Ingatlah! Kejayaan itu bukan hanya dinilai dari sudut angka dan jumlah tetapi mengikut apa matlamat dan tujuan anda untuk berblogging.

Terima kasih bersama Relaks Minda... Salam manis dihujung minggu dan selamat menjalani ibadat berpuasa.


p/s: Semua data yang dipaparkan diatas adalah dari Google Analytic
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

32 comments - "Enam Bulan Sudah Berlalu"

Unknown delete icon 8:20 PG

Assalamulaikum, sselamat menjalani ibadah puasa....buat BM

Purnama indah imbauan melantun,
Melantun laluan cahaya percikan;
Lama sudah tuan tak pantun,
Pantun tuan saya nantikan..

Apakhabar BM....lama tak berpantun di blog Ummi... ^^

Unknown delete icon 8:21 PG

Ummi puji blog Relaks Minda...makin mantap dan banyak informasi.... syabas sahabatku... ^^

alhamdulillah...pencapaian yang terbaik blog BM,saya yang bertahun berblog,masih belum mencapai tahap begitu..dengan usaha yang berterrusan,insyallah..akan lebih baik...semoga blog ni terus success...

Unknown delete icon 10:31 PG

fuh,,
terbaik ler BM,
terima kasih sudi share tips,
rasanya mmg penting widget2 entry yg terini dan popular tue

paridah delete icon 10:51 PG

blog informasi terbaik ni n sentiasa menarik minat pengunjung menimba ilmu...tq

Terbaik BM..memang patut dibanggakan..

Blog Santai delete icon 12:04 PTG

Tahniah BM..memang terbaiklah..semoga terus succes k...

Dunia Zumal delete icon 12:43 PTG

BM memang terbaik la... Tahniah atas pencapaian tu ;)

Tanpa Nama delete icon 3:24 PTG

blog yang sentiasa segar entrinya...

Tahniah!
1 pencapaian yg hebat!
Sy dah bertahun...pageview pun x smpi juta2..huhu..

Unknown delete icon 6:03 PTG

Uncle ku yang seorang nie memang hebat

Relaks Minda memang hebat..:)

Unknown delete icon 10:20 PTG

google/ organic..apa tu bro...apapun tahniah bro :)

BinMuhammad delete icon 10:48 PTG

Waalaikumsalam Ummi,
Terima kasih krn masih ingat pada Relaks Minda. Saya baik-baik sahaja cuma sekarang ini kurang dapat bw seperti dulu. Masa amat terhad. Nak draft entri pun asyik tertunda. InsyaAllah...jika ada masa terluang akan singgah berpantun diblog Ummi ya... :)

BinMuhammad delete icon 10:51 PTG

Terima kasih KSD yang sentiasa menyokong. Jgn susah hati...kejayaan itu adalah apabila matlamat anda tercapai dan anda seronok mendapatkannya. Saya pasti anda sedang menikmatiya...

BinMuhammad delete icon 10:53 PTG

Kalau boleh saya mahu semua blogger menikmati apa yg blog ini kecapi. Semoga anda juga berjaya!

BinMuhammad delete icon 10:54 PTG

Terima kasih Kak Paridah. Tanpa sokongan anda tidak mungkin semua ini dapat dikecapi.

BinMuhammad delete icon 10:56 PTG

Bukan untuk dibanggakan tetapi utk berkongsi agar anda semua juga dapat menikmatinya. Terima kasih AB...sokongan anda amat dihargai

BinMuhammad delete icon 10:59 PTG

Saya tahu pencapaian anda lebih dari ini dan ianya sentiasa memberi semangat buat saya utk mengikuti jejak anda. Terima kasih RZ... Bukan mudah utk mencapai dgn hanya menggunakan platform blogspot tapi tiada yg mustahil.

BinMuhammad delete icon 11:00 PTG

Terima kasih Zumal...semoga anda juga berjaya! Teruskan usaha dan belajar ya...

BinMuhammad delete icon 11:01 PTG

Terima kasih Kathy...tapi sekarang ni sedikit sibuk dan idea semakin tepu le...hehe

BinMuhammad delete icon 11:03 PTG

Terima kasih Asyifa.. Jika matlamat anda untuk mencapai angka sebegini maka mulakan usaha dan ikutlah tips yg saya kongsikan ini. Semoga anda juga berjaya!

BinMuhammad delete icon 11:04 PTG

Cik Akak pun apa kurangnya! Semakin menyerlah dan pageviews meningkat begitu ketara sekali! Semoga cik akak berjaya mencapai matlamat yg disasarkan :)

BinMuhammad delete icon 11:07 PTG

Adakah ini ukuran kehebatan? Rasanya tidak...ianya hanya angka dan jumlah dan sesiapa sahaja mampu mencapainya termasuklah anda...
Terima kasih diatas sokongan anda...amat2 dihargai. Semoga anda juga berjaya dan menjadi lebih hebat!

BinMuhammad delete icon 11:12 PTG

Google/organic itu adalah pengunjung yang datang dari enjin carian google. Ianya dapat menilai bahawa entri anda amat berkesan dienjin carian Google kerana keberkesanan keyword dan kedudukan SERP yang menyerlahkan entri agar mudah dicari oleh pencari yang menggunakan enjin carian Google.

Unknown delete icon 1:27 PG

Wahh...lama sungguh wan tak singgah ke mari. Memang banyak peningkatan blog bro BM ni. Tahniah yer. Kesungguhan dan keihklasan berbalas jua. Ramai yang sudah mengenali.

semoga terus mencapai kejayaan...

Tahniah, BM. Satu pencapaian yang sangat membanggakan. Moga kejayaan ini memberi inspirasi kepada kami semua.

Subhanallah walhamdulillah... tahniah. Semoga terus berjaya & tercapai apa jua yg dihajati... aamiin.

Zawiah delete icon 2:31 PTG

mungkin betul percaturan saya utk tukar templete yg lbh mesra seo dan terkini ...

Yana Yani delete icon 3:17 PTG

tahniah BM, hasil yang membanggakan
untuk segala usaha yang dicurahkan
all the best ye

Tanpa Nama delete icon 10:51 PTG

namun entrinya sentiasa berkualiti..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap