بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pasti ramai daripada kita sudah tahu akan kisah Pokok dan Mancis ini. Kisahnya amat ringkas tapi punya maksud yang sungguh mendalam. Ianya memberi ingatan yang amat bermakna buat kita semua dan tidak salah jika ianya sering diulang berulang kali kerana kita ini insan yang lemah, sering terlupa dan terlalai serta perlu sentiasa saling ingat mengingati.

Hanya Kerana Sebatang Mancis

Kisah Pokok dan Mancis... 
"Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis tetapi hanya kerana satu batang mancis mampu membakar jutaan pokok." 

Maksudnya jelas sekali, satu pemikiran negatif dapat menghancurkan semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak. Oleh kerana itu, setiap kali ada gesekan kecil mancis segera terbakar tanpa mengambil kira apa jua tujuannya sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. 

Sebagai seorang manusia yang mempunyai kepala dan didalamnya terkandung otak yang boleh berfikir, maka kita tidak perlulah terbakar dengan perasaan marah hanya kerena gesekan kecil. Berfikirlah dahulu sebelum bertindak. Kita semua haruslah ingat, "ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung." 

keindahan alam semulajadi yang sementarakeindahan alam semulajadi yang sementarakeindahan alam semulajadi yang sementara

Hidup Umpama Roda

Masa tidak akan pernah menunggu kita. Waktu akan terus berlalu dan kehidupan harus diteruskan walau apa jua yang berlaku. Jangan sesekali merendahkan siapa pun dalam hidup kita. Lakukannya bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita. "Hidup ini umpama roda", sampai masanya yang diatas pasti akan kebawah jua. Oleh itu kembalilah kepada fitrah kehidupan, sesungguhnya kita hidup ini untuk apa dan siapa sebenarnya?

Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi ingatlah ada yang lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang sihat dan berjaya, kita lupa dan abaikan untuk menyayangi diri sendiri. Apabila tibanya waktu kita sakit, barulah kita tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi Kuasa dan Kejayaan. "Sudah terhantuk baru nak tegadah"...ianya sudah tidak bermakna lagi!

Matlamat dan tujuan kehidupan didunia ini hanya satu arah

Menyesal kemudian Tiada Guna

Jangan sampai kita menyesal dikemudian hari. Ketika sudah lanjut usia, barulah kita sedar bahawa masih banyak perkara dan tanggungjawab yang belum kita lakukan serta amalkan. Apabila telah tiba dihujung nyawa, barulah kita sedari bahawa begitu banyak waktu yang telah terbuang dengan sia-sia... namun diketika itu, segalanya sudah terlewat buat kita!

Hidup didunia ini hanyalah sementara, kini tiba saatnya kita bersama-sama menjadikan hidup ini lebih berharga dan bermakna. Saling menghargai, membantu dan memberi serta juga saling menyayangi kerana matlamat hidup kita semua didunia ini adalah sama... Untuk mencapai kebahagian yang kekal abadi di akhirat kelak...

Terima kasih bersama Relaks Minda... Muhasabah diri dan saling mengingati...


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

22 comments - "Hanya Kerana Sebatang Mancis"

sitirohaida delete icon 11:08 PG

betul tu BM..setuju sangat

Fiza Rahman delete icon 1:03 PTG

Mekasih atas perkongsian dan peringatan BM.

ANIM delete icon 1:13 PTG

takut bila menyesal, kita dah dalam liang lahad, BM...
masa tu nak balik ke dunia pun tak upaya lagi

kita kena beringat-ingat selalu.terima kasih BM

sangat menarik (^_^)

Farid delete icon 2:13 PTG

Alhamdulillah, terima kasih atas motivasi yang mendidik jiwa Tuan. :)

titan delete icon 5:27 PTG

okeh. tak nak dah main mancis.

Zawiah delete icon 6:17 PTG

ajal tiba tidak perlu tunggu kita sakit ... bila - bila masa .

ingat hidup kita seperti sebatang mancis

Dah lama saya tak singgah di sini. Sibuk sejak akhir-akhir ni. Ya, jangan kita jadi seperti nila yang merosakkan susu sebelanga. Apabila orang berbudi kepada kita, jangan pula kita jadi seperti kacang lupakan kulit.

salam ramadan BM, setuju dengan perkongsian ini, terima kasih kerana ingatan yang diberi..:)

Unknown delete icon 9:41 PTG

Assalamualaikum BM, dah berbulan tak dtg jenguk sini.. Selamat berpuasa

sangat setuju dengan BM ...

Unknown delete icon 9:53 PTG

good sharing BM...! (y) thanks... :)

Bahrain delete icon 1:49 PG

Kehidupan dan masa pun boleh umpama mancis. Kerana kehidupan ini hanya sementara sahaja dan masa akan pergi dengan sekejap. :)

Unknown delete icon 10:00 PG

yer tul tu....nasihat yg brguna....tpi masih lgi santai sajer..

Muhasabah diri senang diucap, hanya Allah lebih mengetahui kan..

paridah delete icon 2:49 PTG

berhati-hati menjalani kehidupan agar xrugi n menyesal kemudian hari...

Hans Hanis delete icon 4:03 PG

suka entry ini
banyak perkara yang musahabah diri
terima kasih :)

Tanpa Nama delete icon 3:28 PTG

ingat mengingati perkara yang baik..

Betul tu BM.. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...

Yana Yani delete icon 3:16 PTG

terbaik entri ni BM. suka sangat =)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap