Salam Nuzul Al-Quran 1437H-2016
Salam Nuzul al-Quran 1437H-2016
Assalamualaikum... Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam sudah tiada lagi didunia ini. Namun baginda tidak membiarkan umat selepas kewafatannya dalam keadaan terbiar tanpa sebarang petunjuk dan panduan. Baginda meninggalkan kita semua satu mukjizat terbesar yang tidak akan berubah, hilang dan musnah hingga ke hari kiamat.

Ianya menjadi rujukan dan panduan yang lengkap lagi relevan bagi setiap bangsa, keadaan dan zaman. Itulah Al-Quran, kitab untuk umat Islam.

Al-Quran merupakan kitab yang lengkap sebagai panduan dan rujukan bagi umat Islam. Tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan, segalanya terkandung di dalam al-Quran. 
Firman Allah SWT: “Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).” (Al-An’am:38) 
“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
.
Nikmat Dari Allah SWT - Salam Nuzul Al-Quran 1437H-2016Nikmat Dari Allah SWT - Salam Nuzul Al-Quran 1437H-2016Nikmat Dari Allah SWT - Salam Nuzul Al-Quran 1437H

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Mempercayai Al-Quran itu merupakan rukun iman. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Nuzul al-Quran 17 Ramadan 1437H

  • ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.
  • ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. 

Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpunnya segala ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, pengubat, kehidupan, sains, alam dan sebagainya.

Salam Nuzul Al-Quran 1437H-2016

Sempena memperingati hari turunnya Al-Quran ini marilah kita bersama-sama mendekati dan membaca Al-Quran. Sedikit demi sedikit cubalah fahami dan amalkan setiap suruhan, ingatan dan panduan yang tercatat didalamnya agar kita beroleh petunjuk dan hidayah untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa disisi Allah SWT. Semoga kita beroleh kebahagian di dunia dan akhirat... InsyaAllah.

Tiada cara lain untuk kita menghayati dan memahami Al-Quran dan kerana itulah surah pertama dan malah ayat pertama yang diturunkan menyuruh kita 'BACALAH!'. Hanya melalui membacalah terbukanya segala ilmu, jalan, panduan dan pedoman untuk apa jua yang kita perlukan serta inginkan.

Surah pertama diturunkan-surah al-‘alaq
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Salam Nuzul Al-Quran dari Relaks Minda... Bersama kita menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Nota:
Kenapa Disambut Nuzul al-Quran 17 Ramadhan Sedangkan al-Quran Turun Pada Malam al-Qadar?

Ada yang tertanya-tanya; kenapa peristiwa itu disambut pada 17 Ramadhan sedangkan al-Quran menceritakan dalam surah al-Qadar bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar sedang malam al-Qadar berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan?

Jawapannya ialah peristiwa Nuzul al-Quran itu sebenarnya merujuk kepada penurunan al-Quran untuk pertama kali ke atas baginda saw iaitu peristiwa baginda saw didatangi Jibril di gua Hira' lalu diwahyukan 5 ayat pertama daripada surah al-'Alaq.

Para Ulamak berbeza pandangan tentang tarikh peristiwa itu berlaku antara 17, 21 dan 24 Ramadhan.

Menurut Imam Ibnu Kathir dalam Kitab al-Bidayah wa al-Nihayah nukilan daripada al-Waqidi daripada Abi Ja'far al-Baqir bahawa "permulaan wahyu berlaku pada hari isnin 17 Ramadhan. Ada pendapat menyatakan ia berlaku pada 24 Ramadhan."

Syeikh al-Mubaarakfuri antara ulamak kontemporari membuat kajian semula dan berpandangan ia jatuh pada 21 Ramadhan.

Menurut Ibnu Abbas radiyallahu anhuma dalam hadis riwayat Imam Ahmad ia berlaku pada usia Baginda saw 40 tahun.

Setelah itu, ayat-ayat al-Quran turun sedikit demi sedikit sehingga lengkap kesemuanya dalam tempoh 23 tahun baginda menjadi Nabi.

Ayat paling akhir turun 9 malam sebelum kewafatan baginda saw sebagaimana riwayat Nasaei dan Ibnu Abi Haatim ialah ayat 281 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan)".

Adapun peristiwa Nuzul al-Quran yang dirujuk oleh surah al-Qadar ayat pertama :
yang bermaksud "sesungguhnya Kami turunkan ia pada malam al-Qadar", ia merujuk kepada peristiwa al-Quran turun sepenuhnya sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Baitil Izzah di langit dunia pada malam al-Qadar pada bulan Ramadhan sebelum baginda saw mendapat wahyu yang pertama daripada Jibril.

Perkara ini diriwayatkan daripada sahabat Nabi saw, Ibnu Abbas radiyallahu anhuma sebagaimana hadis riwayat Nasaei, Abu 'Ubaid, al-Hakim dan Ibnu Abi Syaibah dengan isnad yang Sahih. Imam Sayuti menyebut bahawa Imam Ibnu Kathir telah meriwayatkan ijmak sepakat ulamak dalam perkara itu.

Sumkber:
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Rabu 17 Ramadhan 1437 h / 22 Jun 2016
Masjid Haram, Makkah al-Mukarramah jam 6.25 pg.


Ditulis oleh :

18 comments - "Salam Nuzul Al-Quran 1437H-2016"

Menghayati A-Quran kalau diperhalusi pasti menusuk hati ketika membacanya. Takut akan kekerdilan diri. Insya-Allah Al-Quran pasti akan terus menjadi petunjuk kehidupan sepanjang hayat.

Nuzul Quran..Penang cuti namun Kedah tak cuti..:(

mselim3 delete icon 9:38 PG

Assalammualaikum..BM,

Moga2 ramadan yang menjelang ini dapat kita hayati dengan sebaik2 nya .Insaallah..

mselim3

Salam Nuzul Al-Quran..mudah-mudahan amalan segala amalan di terima Allah..

Assalamualaikum BM.. semoga amalan baik kita diterima Allah. singgah menabung groupon sini~~~

paridah delete icon 11:52 PG

SALAM NUZUL QURAN BM... MOGA AYAT2 SUCI ALLAH LEKAT DIHATI N MEMBERKATI KEHIDUPAN KITA DUNIA N AKHIRAT...

Dunia Zumal delete icon 12:06 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mrhanafi delete icon 12:16 PTG

salam nuzul Al Quran juga kepada bro BM dan keluarga..semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT

salam nuzul Quran kembali....semoga kita diberkati selalu

ejulz delete icon 2:33 PTG

Salam Nuzul Quran.. semoga kita mendapat manfaat darinya..


Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

Dunia Zumal delete icon 3:20 PTG

Salam Nuzul Quran buat BM...

Khir Khalid delete icon 5:47 PTG

Semoga Al-Quran senantiasa menjadi panduan & amalan sepanjang kehidupan kita... Salam Nuzul Ai-Quran BM.

Zawiah delete icon 7:47 PG

al quran itu untuk di baca serta dihayati agar ianya menjadi panduan hidup yg lebih tepat . salam nuzul al - quran .

Yana Yani delete icon 12:30 PTG

salam nuzul al-quran BM =)

Tanpa Nama delete icon 10:36 PTG

salam nuzul al quran buat BM sekeluarga..

Fiza Rahman delete icon 1:00 PTG

Salam nuzul al-quran.

Salam Nuzul Al Quran BM

Bunda_nora delete icon 7:41 PG

Salam Nuzul Quran..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap