بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sewa Ruang Iklan di Blog - Cara Promosi & Impak Jualan : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengiklanan merupakan salah satu cara paling mudah dan berkesan untuk mempromosi produk, perkhidmatan dan jenama serta memberi impak dalam meningkatkan hasil jualan. Salah satu cara pengiklanan termudah, terkini dan semakin popular adalah dengan menyewa ruang iklan di blog.
Semakin ramai orang menggunakan telefon pintar, ditambah pula dengan kemudahan internet yang semakin murah dan mudah menjadikan semua media ditalian menjadi bertambah penting. Salah satu media ini adalah blog (blogger) yang kini bukan lagi sesuatu yang asing dikalangan pengguna media sosial. Jaringan media sosial ini pula saling berkait dan ianya telah menjadi sesuatu yang semakin diutamakan dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Oleh kerana itulah pengiklanan melalui media sosial semakin mendapat perhatian dan terus berkembang. Produk-produk dan perkhidmatan dapat dipromosi dengan baik dan meluas tanpa sempadan serta mampu meningkatkan hasil jualan dan pendapatan. Pulangan yang berbaloi dengan pelaburan yang masih lagi murah dan sangat berpatutan harganya.
Seringkali perkhidmatan sewa ruang iklan di blog ini menjadi isu dalam menetapkan harga dan keberhasilan dari pelaburan yang dilaburkan. Ini berikutan tiadanya standard harga yang boleh ditetapkan.
Ianya berlaku kerana terdapatnya perbezaan tahap penilaian sesebuah blog yang dinilai melalui jumlah trafik (unik & view), interaksi (follower & komen), status (PR & Alexa), kejayaan serta populariti blog atau pemilik blog tersebut.
Kekuatan serta keberkesanan niche sesebuah blog yang mampu memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan yang diiklankan juga turut memainkan peranan dalam penetapan harga sewa ruang iklan. Selain itu, harga iklan juga berbeza ditentukan mengikut saiz paparan serta kedudukan iklan didalam blog
Ada blogger yang membuat produk review sebagai salah satu cara promosi untuk memberi lebih keberkesanan terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan. Namun ianya memerlukan bayaran tambahan dengan harga yang lain pula.
Walau bagaimanapun, harga sewa ruang iklan di blog ini masih terlalu rendah dan amat murah berbanding pengiklanan di media sosial yang lain dimana ada blog yang meletakkan harga sewa serendah RM5 untuk tempoh sebulan! Ini merupakan satu kelebihan yang wajar dieksploitasi sebaiknya bagi mereka yang bijak melihat peluang dan ruang yang ada.
Harus diingat, tidak semua pengiklanan diblog mampu memberikan hasil serta impak terhadap hasil jualan dan pendapatan seperti yang diharapkan. Ini adalah realiti yang mesti ada dalam jangkaan apabila anda melakukan pelaburan dalam pengiklanan di blog atau dimana-mana media sekali pun.
Namun begitu, peranan iklan di blog sebagai medium promosi dalam meningkatkan serta mengukuhkan produk dan jenama untuk jangkamasa panjang adalah amat berkesan sekali dan ianya tidak boleh dinafikan.
Oleh itu boleh dirumuskan, pengiklanan melalui sewa ruang iklan di blog adalah satu pelaburan yang tidak akan merugikan. Walaupun tanpa hasil jangka pendek tetapi ianya tetap memberi promosi segera serta impak untuk jangkamasa panjang.
Pemilihan blog yang bersesuaian serta mempunyai nilai yang tinggi terutama dari segi trafik dan populariti akan dapat memberi impak dan keberkesanan dalam pelaburan pengiklanan di blog.
Saya tidak menjanjikan pulangan berganda tetapi sekadar membuka ruang untuk mereka yang berminat. Cuba renungkan, apakah impak yang anda boleh dapat dari lebih setengah juta pengunjung Relaks Minda pada setiap bulan... ?
Terima kasih bersama Relaks Minda... :)
Semakin ramai orang menggunakan telefon pintar, ditambah pula dengan kemudahan internet yang semakin murah dan mudah menjadikan semua media ditalian menjadi bertambah penting. Salah satu media ini adalah blog (blogger) yang kini bukan lagi sesuatu yang asing dikalangan pengguna media sosial. Jaringan media sosial ini pula saling berkait dan ianya telah menjadi sesuatu yang semakin diutamakan dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Isu Sewa Ruang Iklan Di Blog
Pengiklanan diblog bukan lagi suatu perkara yang asing. Kini hampir kesemua blog pasti ada iklan sama ada dari syarikat pengendali iklan ataupun melalui sewa ruang iklan. Apa yang akan difokuskan disini adalah pengiklanan melalui sewa ruangan iklan di blog.Contoh promosi perkhidmatan sewa ruang iklan |
Ianya berlaku kerana terdapatnya perbezaan tahap penilaian sesebuah blog yang dinilai melalui jumlah trafik (unik & view), interaksi (follower & komen), status (PR & Alexa), kejayaan serta populariti blog atau pemilik blog tersebut.
Kekuatan serta keberkesanan niche sesebuah blog yang mampu memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan yang diiklankan juga turut memainkan peranan dalam penetapan harga sewa ruang iklan. Selain itu, harga iklan juga berbeza ditentukan mengikut saiz paparan serta kedudukan iklan didalam blog
Ada blogger yang membuat produk review sebagai salah satu cara promosi untuk memberi lebih keberkesanan terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan. Namun ianya memerlukan bayaran tambahan dengan harga yang lain pula.
Walau bagaimanapun, harga sewa ruang iklan di blog ini masih terlalu rendah dan amat murah berbanding pengiklanan di media sosial yang lain dimana ada blog yang meletakkan harga sewa serendah RM5 untuk tempoh sebulan! Ini merupakan satu kelebihan yang wajar dieksploitasi sebaiknya bagi mereka yang bijak melihat peluang dan ruang yang ada.
Promosi Dan Impak Pengiklanan di Blog
Wajarkah blog ada iklan? |
Namun begitu, peranan iklan di blog sebagai medium promosi dalam meningkatkan serta mengukuhkan produk dan jenama untuk jangkamasa panjang adalah amat berkesan sekali dan ianya tidak boleh dinafikan.
Oleh itu boleh dirumuskan, pengiklanan melalui sewa ruang iklan di blog adalah satu pelaburan yang tidak akan merugikan. Walaupun tanpa hasil jangka pendek tetapi ianya tetap memberi promosi segera serta impak untuk jangkamasa panjang.
Pemilihan blog yang bersesuaian serta mempunyai nilai yang tinggi terutama dari segi trafik dan populariti akan dapat memberi impak dan keberkesanan dalam pelaburan pengiklanan di blog.
Sewa Ruang Iklan Di Relaks Minda
Jika ada pengusaha, penjual produk serta perkhidmatan yang ingin menyewa ruang iklan di Relaks Minda mahupun membuat produk review, sila ke link berikut : http/Pengiklanan di Relaks Minda untuk melihat harga, syarat-syarat dan prestasi semasa blog ini.Saya tidak menjanjikan pulangan berganda tetapi sekadar membuka ruang untuk mereka yang berminat. Cuba renungkan, apakah impak yang anda boleh dapat dari lebih setengah juta pengunjung Relaks Minda pada setiap bulan... ?
Terima kasih bersama Relaks Minda... :)
_______________________________________________________________________________
18 comments - "Sewa Ruang Iklan di Blog - Cara Promosi & Impak Jualan"
moga terus success BM
moga suksess selalu ye BM...
on the way nak buat perkara yang sama jugak ni... hi hi hi...
Emm tu la kan..kena pulak letak iklan kat blog yang mantap macam ni..semoga berjaya bro dalam setiap bidang..hehe
rezeki ada di mana mana. semoga untung banyak bos! thanks for the sharing.
Terbaik bro BM. Sambil berblog ada juga yang akan masyukk hasil dari teknik marketing kita.
Apapun, bukan mudah kan. Tetapi berdasarkan rekod blog bro BM yang menerima banyak trafik, adalah bagus untuk mereka-mereka di luar sana menggunakan khidmat yang diberikan. Tak salah mencuba...lama-lama tahu keberkesanannya.
bagi blog yang rating tinggi sesuai sangat letak iklan macam ni
blog BM mmg layak menyewa ruang iklan sbb ramai viewers...sukses selalu...
Pengiklanan di blog adalah lebih berbaloi kerana ia kekal utk tempoh jangkamasa yg agak lama dari penyiaran media perdana. Semoga pengiklan di blog relaks minda terus sukses bersama2 blog ini... aamiin. All the best.. :)
sampai masa, memang kena bukak ruang nih.
Kakak percaya ada impak besar sebab blog ini ramai pengunjungnya...
semoga terus sukses..
Assalamaualaikum BM...tahniah BM...lebih setengah juta sebulan visitors.
Tahniah :) tebaekkkk~
Selamat berjaya BM :-)
Pengiklanan secara terus tanpa melalui medium ni lebih menguntungkan sebenarnya.
all the best..
alhamdulillah... BM maju setapak lagi... syabas (y)
RM5 untuk sebulan amat murah dan ianya amat bergantung kepada nilai tambah iklan itu sendiri..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”