بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu coretan ringkas buat renungan diri ini dan anda semua. Kita hanya manusia yang lemah dan sering terleka serta lalai dengan kesenangan mahu pun nikmat di dunia yang hanya sementara ini. Sesamalah kita saling mengingati dan menasihati...
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman didalam Al-Qur'an, surat Al-Hadid ayat ke-20 bermaksud:
Sebuah Hadis Qudsi, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (disampaikan melalui Malaikat Jibril A.S.), terdapat 3 pesanan:
Janganlah kita tertipu dengan hasutan syaitan akan kenikmatan dan kesenangan didunia yang hanya sementara ini. Tiada satu pun yang akan dapat kita bawa bersama ke liang kubur... Sesuangguhnya kesenangan dan nikmat di akhirat jua yang kekal abadi.
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."
Sebuah Hadis Qudsi, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (disampaikan melalui Malaikat Jibril A.S.), terdapat 3 pesanan:
- Hiduplah sesukamu, tetapi sedar lah bahawa pada suatu ketika kamu akan dimatikan.
- Cintailah sesiapapun / apa-apapun yang kamu cintai, tetapi sedar lah bahawa pada suatu ketika nanti kamu akan berpisah denganya jua.
- Berbuatlah sesuka hatimu, tetapi sedar lah bahawa apa yang kamu lakukan itu akan mendapat balasan kelak.
Janganlah kita tertipu dengan hasutan syaitan akan kenikmatan dan kesenangan didunia yang hanya sementara ini. Tiada satu pun yang akan dapat kita bawa bersama ke liang kubur... Sesuangguhnya kesenangan dan nikmat di akhirat jua yang kekal abadi.
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu mina z-zalimin.
Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.
Terima kasih bersama Relaks Minda...
12 comments - "Kesenangan Dan Nikmat Di Dunia Hanya Sementara"
Semoga kita semua mndapat kebaikan di dunia dan akhirat. Amiin..
rasa nak menangis pula baca perenggan yang pertama tu
banyak betul yang perlu diperbaiki
betul..kesenangan yang sementara di dunia, akhirat juga yg kekal
Ya...dunia ni hanya sementara...sekeliling kita hanya pinjaman...bila mati...yg hanya dibawa..amalan cuma..
Thx BM...sama2 la kita ingat mengingati kan...
semua yang ada di dunia bersifat sementara..semua pinjaman..akhirat juga yang destinasi akhir kita..
umpaman ubat nyamuk..semakin hari semakin usia kita menuju ke penghujungnya
Dunia ini hanya pinjaman...segala kemewahan yang ada hanya sementara....akhirat juga tempat yang kekal abadi...
Jadi gunalah kesempatan dan kemewahan yang ada kejalan yang diredhai Nya....
kita tau... tapi masalahnya kita selalu leka dan mudah lupa... thanks BM kerana mengingatkan... :)
Mekasih atas perkongsian BM. Betul tu. Dunia ni hanya pinjaman.
Jadikan dunia ini sebagai ladang ibadah utk bekalan akhirat.. t kasih atas peringatan & perkongsian ini BM.
Terima kasih bro berikan peringatan yang berguna ni...
banyaknya kekurangan diri ini..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”