بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Cara Menepis Keluar Artikel @ Entri Copy And Paste : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terbit sahaja entri di blog, kita tidak akan dapat mengelak daripada kandungan serta gambar artikel tersebut dari di salin (copy) sama ada sedikit, banyak atau semuanya sekali (copy and paste).

Tiada yang dapat menghalang perlakuan ini dari berlaku. Suka atau tidak, kita harus terima hakikat ini.

Bagi blog Relaks Minda, tiada sekatan atau halangan untuk sesiapa sahaja mengambil apa sahaja yang anda inginkan tetapi dengan syarat ianya mesti digunakan untuk perkara yang baik kerana segalanya di sini adalah milik Allah SWT jua. Selain dari itu, terpulanglah di atas budi bicara sendiri sama ada hendak memberi backlink atau tidak jika ianya digunakan dalam terbitan lain.

Aktiviti Copies @ Relaks Minda

Setiap bulan pasti akan mendapat report data dari tynt.com tentang aktiviti 'copies' yang berlaku di blog Relaks Minda ini dan secara puratanya setiap bulan lebih dari 5K kandungan blog ini telah di salin. Cumanya data tynt.com ini tidak dapat mengesan siapa, id atau ip yang melakukannya.

Kandungan Blog Relaks Minda yang di salin (copy) dalam tempoh 8 Sept ~ 7 Okt 2014
Top 20 kandungan artikel terbanyak Relaks Minda yang di salin (copy) dalam tempoh 8 Sept ~ 7 Okt 2014

Kedudukan Artikel Copy And Paste Lebih Baik Dari Artikel Asal Di Google!

Setiap kesabaran ada juga hadnya. Ramai blogger yang tidak kisah jika artikel di copy and paste tetapi apa yang selalunya menjadi ketidakpuasan hati blogger adalah apabila artikel yang di salin (copy and paste) sepenuhnya tanpa pemberian backlink telah berjaya berada dikedudukan terbaik di halaman enjin carian mengatasi artikel yang asli.

Sudah pasti artikel copy tersebut meraih perhatian dan mendapat trafik yang lebih baik. Lebih menyedihkan lagi, pasti ada yang beranggapan ianya adalah artikel yang asal dan asli.

Alangkah malang dan ruginya blog anda. Artikel berkualiti yang telah anda karang dengan penuh semangat, memerah kreativiti, memakan masa dengan penuh teliti, membuat rujukan dan sebagainya tetapi kini hasilnya dinikmati oleh orang lain.

Walaupun ianya satu jariah yang pasti akan mendapat ganjarannya tetapi tetap terkilan juga di hati dan pasti mengundang pedih serta kecewa sehingga mampu melunturkan semangat untuk berblogging!

Tendang Artikel Copy And Paste

Sebenarnya anda mampu mengelak daripada situasi sebegini berlaku. Walaupun anda lihat telah banyak artikel dan kandungan blog Relaks Minda ini telah di copy and paste tetapi tiada satu pun artikel 'copy' ini berjaya mengatasi artikel sebenar di enjin carian! Bagaimana hendak melakukannya? Jawapannya adalah SEO.

Inilah pentingnya ilmu pengetahuan dan mengaplikasikan teknik SEO untuk meningkatkan authority blog dan artikel anda di mata enjin carian. Kekuatan SEO serta authority blog mahu pun artikel mampu menepis semua artikel copy and paste ini agar tidak berada di kedudukan lebih baik dari artikel anda.

Oleh itu SEO bukan sekadar untuk mendapat kedudukan terbaik di enjin carian tetapi ianya juga sebagai salah satu langkah untuk menjaga artikel anda agar sentiasa dipercayai oleh robot enjin carian akan pemilik sebenar sesuatu artikel. Oleh itu, tingkatkanlah ilmu dan pengetahuan anda tentang SEO.

Nak belajar SEO mestilah dengan teknik dan cara yang betul dari mereka yang pakar. Belajarlah di SINI, ianya terbukti berjaya dan berkesan buat blog ini. Tapi kalau anda nak cara yang singkat... hantar report sahaja kepada google.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

40 comments - "Cara Menepis Keluar Artikel Copy And Paste Dari Google"

HAMIDIsP delete icon 8:47 PG

Anggap sajalah sebagai sedekah, Insha-Allah beroleh ganjaran dunia akhirat..:)

Tanpa Nama delete icon 9:24 PG

alahai..sabarlah BM

Kalau bertujuan baik ada ganjaran menanti di akhirat kelak tapi jika sebaliknya pun org yg copy & paste itu yg menanggungnnya sebab bukan tujuan N3 kita utk keburukan tetapi dia yg salah guna.

Pada kakak yg copy & paste articles/entri tanpa meminta izin bagaikan perompak/mencuri - terpulang pada pandangan org lain.

paridah delete icon 10:21 PG

SALAM PAGI...PERLU BERETIKA DALAM PENULISAN MEDIA ATAU BLOG...KARYA KITA YG DI COPY PASTE HALALKAN SAJA ILMU YG TERKANDUNG DI DALAMNYA...SEKURANG-KURANGNYA ALLAH MENULIS GANJARANNYA KERANA PENYEBARAN ILHAM YG MELUAS WALAU PENGCOPY PASTE X MENULIS BACKLINK...INSYA ALLAH..

sitirohaida delete icon 11:16 PG

at least klu ada backlink oklah kot...

titan delete icon 12:25 PTG

kalau blogspot, aku report aje. kalau blog berbayar..aku contact hosting diorang aje.

tapi kalau aku tengah rasa diri jahat..aku kasi suntik malware terus tanpa amaran.

Tanpa Nama delete icon 1:07 PTG

Sabar ye. ;)

mselim3 delete icon 1:36 PTG

Assalammualaikum... BM,

artikel copy paste .. nie susah nak bendungkan... teruskan berblog BM jangan mudah mengalah.. mselim3 pernah terjumpa artikel BM sebiji.. tapi bila tgh alamat domain lain... sah nie copy paste...

mselim3

Yana Yani delete icon 2:19 PTG

blog yang mempunyai niche macam BM memang susah ler kan
biasa ade ajelah yang mengganggu
apapun saya doakan yang terbaik buat BM

Tanpa Nama delete icon 2:19 PTG

samapainya hati mereka yang berbuat begini..entri plagiat dengan sewenangnya merampas jerih payah orang lain yang mula² menerbitkan entri tersebut.

p/s:kathy kurang arif menggunakan website tynt tu.. :(

Tanpa Nama delete icon 3:48 PTG

mana yang baik & ilmu2 yang berguna kita sampai2kan, rasa nyer tak salah kan BM cuma bagilah kredit pada blog/sumber yg tersebut

ANIM delete icon 4:13 PTG

setidak2nya bagilah kredit pada tuan blog kan. entry kak ni rasanya tak de sapa sudi agaknya, hihi

Fiza Rahman delete icon 5:10 PTG

Blog BM memang terbaik. Sebab tu ramai yg C&P...hehehe...

Tak bleh nak apply apps tu lah. Dia nak yg dotCom saja. Yg blogspotdotcom tak boleh :-(

Unknown delete icon 7:08 PTG

seo masih merangkak lagi nih ...

Hero Borneo delete icon 7:50 PTG

blog BM antara yang terbaik..sebab itu orang suka main plagiat..saya selalu kena he..he..he

Bunda_nora delete icon 10:36 PG

Blog yang berkualiti dan berinfomasi seperti blog BM sudah pasti ramai yang suka C&P...

BinMuhammad delete icon 11:27 PG

YA...itulah yg sebaiknya... :)

BinMuhammad delete icon 11:28 PG

Saya tak kesah pun... :)

BinMuhammad delete icon 11:30 PG

Tiada yg dapat menghalangnya kak.... Reda jer la, yg penting kita tau & pastikan semua entri diterbitkan utk kebaikan bersama...

BinMuhammad delete icon 11:32 PG

Sebab itulah blog ini menggunakan ungkapan "ilmu dikongsi bersama".... Tak kesahlah nak copy pun... :)

BinMuhammad delete icon 11:33 PG

Sebaiknya begitulah, itu adalah bukti kejujuran...

BinMuhammad delete icon 11:34 PG

YA... Terpulanglah... Bertindak mengikut apa yang kita mahukan...

BinMuhammad delete icon 11:35 PG

Tak pe... xkesah pun kena copy :)

BinMuhammad delete icon 11:36 PG

Waalaikumsalam mselim,
Terima kasih diatas sokongan...saya xambil kesah dah pasal copy ni...cuma seronok monitor jer

BinMuhammad delete icon 11:37 PG

Terima kasih... Doa yang terbaik juga untuk anda! :)

BinMuhammad delete icon 2:42 PTG

Inilah hakikat yg mesti diterima apabila menjadi seorang blogger

BinMuhammad delete icon 2:43 PTG

Tidak salah memanjangkan sesuatu yg baik dan berilmu... Seboleh2nya jagalah etika sebagai seorang blogger.

BinMuhammad delete icon 2:44 PTG

Mana akak tau...Ntah2 banyak yg dicopy...hehe

BinMuhammad delete icon 2:46 PTG

Nak apply apps apa? tynt.com tu ke? ...xde masalah, saya blogspot.com pun buleh jer.

BinMuhammad delete icon 2:47 PTG

Mudah jer apply... masukkan kod yg diberi, dah aktif! :)

BinMuhammad delete icon 2:48 PTG

Tak pe... Pelan2. Semuanya bermula dari merangkak... lama2 boleh lah berjalan dan berlari :)

BinMuhammad delete icon 2:49 PTG

HB juga terbaik! Sebab tu kena juga...hehe

BinMuhammad delete icon 2:50 PTG

Biasalah...ramai yg pentingkan diri sendiri, etika tolak ketepi...
Tak kesahlah...asalkan ilmu dikongsi bersama :)

BinMuhammad delete icon 2:52 PTG

Terima kasih Bunda... Satu pujian tu! Taklah sehebat mana pun sebenarnya...

Khir Khalid delete icon 3:04 PTG

Setuju dgn entri ni.. mmg satu jln terbaik bagi tidak menyuburkan kegiatan copy paste ni. Saya mmg anti plagiat sbb ia satu perbuatan mungkar. Tak kisah jika ilmu disebarkan dgn cara yg betul, ttp tujuan kebanyakkan lanun copy paste ni jelas bukan nk sebar ilmu tetapi hanya kepentingan lain lebih dari berkongsi ilmu... wallahualam. T kasih atas perkongsian BM.. :)

HAMIDIsP delete icon 1:58 PTG

Ikhlaskan je, mudah2an blog yang dicopy paste mendapat ganjaran dan balasan yang baik..Amiin..

Tanpa Nama delete icon 6:37 PTG

Bole mhon pencerahan?Kenapa bila cek url kita kt testing tools kluo result id post dgn image error?

Tanpa Nama delete icon 6:39 PTG

Apa function testing tools?

BinMuhammad delete icon 9:18 PTG

Kalau boleh sertakanlah url dan testing tools yg dimaksudkan, barulah boleh dikenalpasti apakah masalahnya...ya

BinMuhammad delete icon 9:20 PTG

Terlalu banyak testing tools, yang mana satukah yg dimaksudkan kerana setiap satu testing tools punya fungsi yg berbeza-beza.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap