Mari Menjejaki Kuala Kubu Bharu Melalui Instant Google Street View : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha kepada seluruh umat islam. Kepada tetamu Allah SWT yang bertuah dapat mengerjakan Haji Akbar tahun ini, semoga ibadah anda semua diterima dan diberkati Allah SWT serta beroleh haji yang mabrur.
Bersyukur. Alhamdulillah... Dapat juga kita bersua kembali di alam maya. Walaupun tanpa jasad didepan mata, namun dapat jua kita berinteraksi. Beberapa hari tidak terbitkan entri, terasa kekok pula hendak memulakan coretan.
Instant Google Street View
|
Instant Google Street View |
Kini semua telah pun mengetahui satu aplikasi terbaru dari google iaitu '
Instant Google Street View'. Pelbagai pandangan dan pendapat mengenai aplikasi ini. Ada yang positif dan ada yang negatif. Tiada yang salah dalam mengutarakan pandangan.
Cuma ada segelintir yang beraksi terlebih tetapi tidak melihat pada diri sendiri. Tidak sedar kadang-kala apa yang dikongsikan di media sosial jauh '
lebih terdedah luar dan dalam' dari apa yang dipaparkan di
'Instant Google Street View'. Oleh itu kehadiran aplikasi ini membuatkan kita berfikir dan menilai apa sebenarnya makna privasi buat kita...
Menjejaki Pekan Kuala Kubu Bharu
Seronok pula melihat aplikasi
'Instant Google Street View' ini. Dapat melihat suasana sebenar di satu-satu lokasi. Apa kata saya bawa anda
mengembara menjejaki Pekan Kuala Kubu Bharu. Sebuah pekan koboi tetapi serba sempurna. Ianya merupakan pekan kecil yang penting sebagai
pusat pentadbiran Daerah Hulu Selangor.
Sebagai pusat pentadbiran, segalanya serba lengkap disini. Segala urusan boleh dilakukan hanya di satu pekan kecil ini. Dari Majlis Daerah, Pejabat Tanah, Pejabat Pendaftaran, Pejabat-pejabat Kerajaan, Imigresen, JPJ, Ibu Pejabat Polis, Bomba, Trafik, Mahkamah, Majlis Agama, Padang golf, Pejabat pos, Hospital, gerai makan, rumah rehat dan tumpangan dan sebagainya. Cuma yang tiada disini adalah pusat untuk hiburan sahaja. Tiada kompleks membeli belah yang gah untuk anda
window shopping.
Jika anda dari selatan (Rawang) atau utara (Tanjung Malim) melalui jalan persekutuan 1 anda pasti akan berjumpa dengan simpang untuk ke
Pekan Kuala Kubu Bharu ini.
|
Lokasi 1 - Simpang utama Kuala Kubu Bharu |
Jika anda dari Utara dan Selatan (Rawang), anda akan jumpa simpang ini. Ini adalah
simpang utama untuk ke Pekan Kuala Kubu Bharu, namun anda boleh juga melalui Jalan Ampang Pecah untuk ke pekan ini.
|
Lokasi 2 - Dataran KKB |
Ini adalah mercu tanda pertama yang betul-betul berada di simpang masuk ke Pekan Kuala Kubu Bharu. Ianya adalah medan selera yang dikenali sebagai
Dataran KKB
|
Lokasi 3 - Bangunan Mahkamah Syariah |
Menyusur jalan masuk ke Pekan Kuala Kubu Bharu, anda akan temui sebuah bangunan baru yang indah di sebelah kiri jalan selepas sahaja stesen minyak Petronas. Bangunan ini adalah
Mahkamah Syariah Daerah Hulu Selangor.
|
Lokasi 4 - Masjid Jamek Ar- Rahimah |
Menyusur terus anda akan temui
Masjid Jamek Ar-Rahimah yang merupakan mercu tanda yang paling menonjol disini. Berwarna biru muda dan putih, ianya sangat menyerlah keindahan senibina masjid ini.
|
Lokasi 5 - Simpang ke Pusat Pekan Kuala Kubu Bharu |
Warisan Bandar Taman, itulah moto Pekan Kuala Kubu Bharu. Dari simpang ini lah anda akan menuju ke pusat Pekan Kuala Kubu Bharu
|
Lokasi 6 - Tugu Peringatan Sejarah Kuala Kubu Bharu |
Masuk sahaja ke simpang, terus terlihat sebuah tugu. Tugu ini betul-betul terletak di depan dewan orang ramai Kuala Kubu Bharu.
Tugu peringatan bersejarah ini menjadi mercu tanda kewujudan Pekan Kubu Bharu.
|
Lokasi 7 - Pekan Kuala Kubu Bharu |
Kini mula terlihat akan
Pekan Kuala Kubu Bharu. Pekan yang tdak banyak berubah sejak 1931. Pekan ini merupakan pekan baru yang dibina semula apabila seluruh Pekan asal Kuala Kubu musnah dilanda banjir besar akibat dari empangan yang pecah pada tahun 1883.
|
Lokasi 8 - Pasar Besar Kuala Kubu Bharu |
|
Lokasi 9 - Suasana di Pekan Kuala Kubu Bharu |
Inilah keadaan dan suasana
Pekan Kuala Kubu Bharu. Sebuah pekan kecil dimana tak sampai 10 minit anda akan selesai menjelajah keseluruhan pekan ini.
|
Lokasi 10 - Balai Bomba Lama |
Balai Bomba lama ini sudah semakin terbiar sejak Balai Bomba baru yang lebih besar dan canggih telah siap dibina dan mula beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu.
|
Lokasi 11 - Simpang ke Bukit Kerajaan |
Bukit Kerajaan, itulah nama lokasi dimana terletaknya semua pejabat dan jabatan-jabatan kerajaan daerah, negeri serta persekutuan. Semuanya di atas bukit ini. Mudah dan senang nak berurusan kerana selalunya tak ramai orang.
|
Lokasi 12 - Menara Jam Peringatan Pertabalan King George IV dan Ratu Elizabeth II |
Mendaki ke puncak bukit kerajaan, anda akan terjumpa sebuah
menara jam bersejarah yang dibina sejak tahun 1937 bersempena pertabalan King George IV dan Ratu Elizabeth II.
|
Lokasi 13 - Balai Polis Trafik |
Sejak dari tahun 1900 hingga kini, Balai Polis lama ini masih beroperasi dan menjadi ibu
pejabat Polis Trafik Kuala Kubu Bharu. Nak bayar saman... Kat sini tak payah nak beratur panjang. Senibina kolonialnya begitu terserlah dan menjadi antara bangunan bersejarah yang masih kekal terpelihara hingga ke hari ini.
Kuala Kubu Bharu Yang Aman Dan Nyaman
Jika anda hendak ke
Bukit Fraser, Pekan Kuala Kubu Bharu menjadi persinggahan wajib untuk anda melepaskan lelah seketika.
Pekan kecil ini sungguh tenang dan aman tanpa sebarang kesesakan yang melampau, cuma di waktu-waktu tertentu agak sukar nak mendapatkan tempat letak kereta.
Di sekitar Kuala Kubu Bharu banyak terdapatnya pusat-pusat pengajian untuk tentera, polis dan bomba. Disini juga terletaknya Darul Quran, pusat pengajian tinggi tahfiz disamping sebuah MRSM dan pusat IKBN.
Kehijauan dan kesegaran Kuala Kubu Bharu masih terpelihara tanpa sebarang pencemaran amat sesuai untuk dijadikan tempat tinggal yang nyaman dan selesa. Tidak jauh dari sini juga terletaknya
Empangan Sungai Selangor yang amat penting menyalurkan hampir 60 peratus bekalan air bersih ke seluruh negeri Selangor. Akhir kata... Kalau anda
Menjejaki Kuala Kubu Bharu... Jangan lupa,
"tulis nama atas batu..." :)
Gunakanlah kelebihan Instant Google Street View ini untuk kemudahan dan kebaikan bersama, InsyaAllah... Segalanya akan baik. Kalau ianya mengganggu, boleh sahaja report dan kaburkan privasi anda dari dilihat.
Terima kasih bersama Relaks Minda
35 comments - "Menjejaki Kuala Kubu Bharu Guna Instant Google Street View"
Sekarang Google semakin canggih tapi privasi juga perlu dijaga
Memang menarik google street ni kan..
indah sungguh viewnya dan ya , serba lengkap . tetiba mcm baru dgr kuala kubu baharu ...
Yuppp mmg terbaik laaa..Tapi kena jaga jugak privasi kita kan ... Macam yang Lya sebut kat Blog aritu ..Lya dah buang kediaman kat Google Street View nie..hehhehe ......
amazing, menarik sekali ya bisa melihat peta dan sekaligus gambar lokasi bisa langsung bagaimana gambar lokasi, terima kasih sudah berbagi artikle yang menarik sekali :)
haha..entri kita sama la hari ni....
gunakan untuk kebaikan... bagus jugak app ni.. jangan search rumah sendiri... hihi
Bunda pun nak cuba google nanti.... bunda pernah sekali pergi Kuala Kubu ni...masa tu anak bunda masuk bertanding bercerita kat sekolah mana ntah dah lupa...dah lama dah..
dh lama x lalu kuala kubu kalau dulu nk balik ke kedah mesti lalu situ selepas gap simpang naik ke bt fraser tu...aplikasi google street map ni mmg bnyk membantu kalau kita sdg travel..
Ooh KKB..selalu jugaklah makan di Fazlina Maju..hehehe..
kalau gini gayanya memang positif utk google street view ni. hehehe, dah lama tak berjalan ke Kuala Kubu Bharu. Teringat pernah berhenti makan dulu kat sana
Hmmm... baru perasan KKB banyak lagi bangunan-bangunan lama. Saya memang gemar dengan pemandangan begini, lagi-lagi kalau untuk fotografi. Sebenarnya saya kerap juga ke KKB, tapi hanya sekali sahaja pernah masuk ke kawasan bandar. Selebihnya hanya lalu sahaja, sebab kami membelok ke Air Terjun Chiling yang berhampiran.
Seronok ke situ!
memang menarik... dapat melihat tempat yang menarik dan boleh dijadikan sebagai panduan untuk pendidikan buat anak2... :)
pernah juga pergi KKB ... dah lama sangat, tak sama macam dalam gambar tu...
Salam BM... lama idah tak singgaj sini... bz sikit la... dan internet pun selow...
Pendapat idah google street nie banyak bahayanya laa... blogger farahwahyda ada beri tips bagaimana untuk nak suruh google hidekan gambar rumah kita...
Masa muda2 dulu selalu gak pergi Kuala Kubu nie... :) teman en.suami main ruqby kat sana...
dapat meronda kuala kubu baru dalam masa yang singkat melalui google street view. kalau ada peluang pusing sini, sehari pun tak cukup. kak tak pernah tiba sini lagi walaupun berbelas tahun pernah tinggal di kg.pandan/ampang/shah alam/klang...
Lama dah saya tak ke kuala kubu. Dulu saya kehilangan lesen memandu & kawan suggestkan suruh buat di jpj kuala kubu. Alhamdulillah.. langsung tak sesak, cepat & mudah.. :)
Salam Aidil Adha BM. kak nah baru lalu kuala kubu balik raya Aidil Adha nie. selalu singgah makan kat dataran KKB ni..tp belum pernah masuk bandar..rupanya banyak bangunan yang cantik2.. lepas ni kena ajak cik man singgah ronda pekan KKB la bila lalu blik kgnya.... =)
Ianya sangat menarik jika menggunakan kelebihan dan kemudahannya dengan cara yang betul
Itulah adalah hak masing2... Jika kita menggunakannya utk kemudahan kearah kebaikan pasti sentiasa baik sahaja...
Itulah...bila disediakan kemudahan pasti ada sahaja yang nak disalah gunakan.
Jika kita gunakan kelebihan yang ada utk kesenangan dan kemudahan...pasti ianya memberi manfaat.
Pekan KKB ini seringkali menjadi lokasi penggambaran drama, iklan dan sebagainya kerana suasana pekan ini yg masih terpelihara seperti keadaan dahulu kala. Jika sukakan fotografi...byk juga yg menarik untuk dijadikan bahan tangkapan lensa anda!
Dulu dan sekarang tak banyak beza cuma ada sedikit penambahan bangunan baru dan dekorasi lanskap...
Privasi hak peribadi... Jika tak suka, spt kata acik idah, boleh sahaja mohon hide. Tapi jika kita guna kelebihannya pula pasti banyak manfaat yang boleh kita dapat.
Inilah kelebihannya... Kalau kita nak lihat suasana disesebuah lokasi, aplikasi ini memang membantu. Sesekali jalan2lah ke Bukit Fraser dan boleh singgah KKB
Jika nak berurusan dengan jabatan kerajaan... KKB tempat yang paling selesa, cepat dan sesuai.
Tak jauh dari Dataran KKB tu nak ke pekan, dalam beberapa ratus meter jer. Singgahlah sesekali melihat suasana Pekan KKB.
kalau digunakan untuk cara ni memang bagus lah
boleh dapat sikit gambaran dia
tapi kalau jenis stalker yang payah...hehe
jika di gunakan secara berhemah banyak kebaikan IGSV ni kan BM? tapi itulah,jika disalah gunakan itu akan membawa masalah. moga kita lebih peka dan menggunakannya untuk kebaikan. kathy pun ada juga menjelajah guna wwebsite ni..hehehehe
Takde siapa nak stalker kalau kita tiada masalah dgn orang lain. Jika kita pelihara keaiban kita dan orang lain... InsyaAllah, Allah pelihara kita dr sebarang keaiban dan musibah. Yakinlah...
cantik tempatnyer, bertahun KA tak kesini BM !
Memang bagus street view untuk orang yg buta jalan macam saya ni. Tapi agak bahaya juga ka;au di salahgunakan.
Wah percutian yang amat murah
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”