بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam menerbitkan entri demi entri setiap hari, ada diantaranya memang kita target ianya untuk mendapatkan trafik yang tinggi tetapi ada diantaranya hanyalah entri bersifat peribadi atau pun sekadar untuk perkongsian santai.

September Top 10 Popular Post Relaks Minda
September Popular Post
Entri yang ditarget untuk mendapatkan trafik ini biasanya lebih bersifat maklumat, informasi, isu semasa dan sebagainya yang biasanya menjadi topik carian terhangat di enjin carian.

Entri-entri sebegini pasti akan dirangka dan dikarang secara teknikal dengan mengaplikasikan teknik SEO sepenuhnya untuk bersaing melalui kata kunci yang hampir sama di enjin carian.

Kadang kala ianya berjaya dan selalunya gagal kerana biasanya topik-topik sebegini dikuasai oleh blog-blog yang sudah sinonim dengan niche sebegini dan mendapat lebih authority untuk berada di muka hadapan enjin carian.

Berikut adalah Carta Top 10 Popular Entri @ Post pada Bulan September 2014 - Relaks Minda.

September Top 10 Popular Post Relaks Minda
Top 10 Popular Post - Relaks Minda (by Month @ Blogger)

Percubaan untuk memecah monopoli blog-blog ini agak berjaya terutama dalam topik berita terkini automotif tempatan. Artikel mengenai Perodua Axia (entri No. 2 & No. 7 Popular) dan Proton Iriz (entri No. 1 & No. 8 Popular) berjaya menempatkan diri di kelompok muka hadapan melalui pelbagai kata kunci pilihan di enjin carian dan ianya terbukti memberikan trafik yang begitu baik.

September Top 10 Popular Post Relaks Minda
Full pageviews entri - Entri 15 Sept 2014 itu adalah updated dari entri asal yang diterbitkan pada 15 Aug 2014

Ianya tidaklah begitu mudah untuk berjaya kerana memerlukan sedikit perancangan dan strategi. Perlu juga mengikuti perkembangan semasa topik tersebut dari awal dan mengkaji kata kunci yang sesuai untuk digunakan. Langkah seterusnya adalah teknik SEO.

Entri Popular Tidak Di Jangka

Namun kadangkala sesuatu yang menarik berlaku di mana entri yang kita tidak sasarkan untuk target trafik, iaitu sekadar untuk santai atau kisah peribadi tanpa sebarang aplikasi teknik SEO tetapi ianya berjaya juga memperoleh trafik yang teramat baik. Pernahkah anda juga merasainya?

Kita tidak dapat menjangkakan kata kunci yang ingin dicari oleh pengguna pada bulan tersebut melainkan ianya adalah topik terhangat. Oleh itu kata kunci carian ini boleh jadi macam-macam perkataan. Kadang kala ianya juga bergantung pada tuah yang tidak dijangka.

Inilah yang berlaku pada entri No. 6 Popular... Ianya hanyalah entri untuk memberitahu blog ini dalam proses baik pulih dan kemudiannya di update semula apabila ianya telah selesai tetapi ianya berjaya mengundang trafik yang baik sekali.

Begitu juga entri No. 3 Popular dimana ianya hanyalah entri ringkas ucapan Selamat Hari Kemerdekaan dari Relaks Minda namun trafik yang diperoleh dari entri tersebut amat baik sekali dan saya pasti hampir semua blogger ada membuat topik yang sama. Berapa banyak trafik pula yang anda perolehi?

Entri Niche blog ini seperti entri No. 4, 5, 9 10 Popular masih mendapat tempat di hati pembaca terutama entri No. 9 Popular yang diterbitkan pada Nov 2013 tetapi berjaya pula tersenarai di antara Top 10 dalam bulan Sept 2014.

Sweet September 

Bulan September 2014 yang manis memberikan pelbagai variasi di dalam senarai Top 10 Popular Post @ Entri di Relaks Minda. Didalam senarai boleh dilihat adanya pelbagai topik yang berbeza-beza. Ada yang dijangka dan ada yang tidak diduga mampu berada di dalam senarai tersebut.

Semua yang tersenarai adalah pilihan anda, para tetamu dan sahabat Relaks Minda yang amat-amat saya hormati dan hargai. Terima kasih yang tidak terhingga...

September Top 10 Popular Post Relaks Minda


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

18 comments - "September Top 10 Popular Post Relaks Minda"

semoga terus berjaya dan teruskan usaha menghasilkan entri2 hebat..tahniah..

HAMIDIsP delete icon 7:47 PG

Tahniah BM, memang terbaik..:]

wahh hebat tu ..tahniah BM

Unknown delete icon 9:18 PG

wah uncleku memang empaq meletop tau.entri serius memang teknik seo mengancam...hih
tak macam cik akak..entri cik akak...hoho

Entri BM menarik dan hebat ..pastinya ramai dtg untuk membaca..tahniah ya ..teruskan usaha utk menghasilkan yg terbaik dmasa akn dtg

Tanpa Nama delete icon 10:05 PG

semoga terus berjaya

Entri BM memang penuh dengan maklumat dan ramai pembaca..moga terus berjaya BM..

Fiza Rahman delete icon 12:50 PTG

Tahniah BM. Mantap tu. PV tinggi².

Bunda_nora delete icon 12:51 PTG

Tahniah...semoga terus berjaya...

Tanpa Nama delete icon 1:51 PTG

tahniah BM....

Unknown delete icon 2:25 PTG

Tahniah ye ;)

paridah delete icon 3:14 PTG

tahniah...selalu singgah baca entry terkini...

sitirohaida delete icon 4:42 PTG

hebatnya :o

Unknown delete icon 5:51 PTG

tahniah ... jeles jer tgk angka2 tu ... huhuhuu

Yana Yani delete icon 1:57 PTG

all the best BM

p/s- cite perjalanan giler aritu, abis gitu aje ke

Khir Khalid delete icon 7:59 PTG

Tahniah BM.. terbaik.. semoga terus sukses.. :)

Aimacomel delete icon 2:20 PTG

Fuhh fuhh fuhhhh hebat.... (h) serius aima tabik spring sama tuan BM.Memang hebat! teruskan melebar sayap.. Tahniah tuan BM

ANIM delete icon 4:56 PTG

dalam tempoh sebulan? fuhh...terbaik!

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap