بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Siapa Dia Blogger Hebat Yang Dikagumi: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak bergelumang dalam dunia blogger ni pasti setiap dari anda ada mengagumi beberapa orang blogger yang sememangnya anda sentiasa ikuti, jadikan idola atau rujukan malah cemburu pula dengan kehebatan serta pencapaian mereka.

Mungkin mereka dikagumi kerana hebat dalam buat duit secara online atau punya ramai peminat dan pengikut. Mungkin juga kerana blog tersebut tinggi trafiknya dan mungkin juga kerana kehebatan olahan dan gaya penulisan yang unik dan menarik. Tidak kurang juga mungkin melalui perkongsian ilmu dan pengalaman yang menjadi rujukan dan panduan.

Walau apa jua pendapat dan pandangan, ianya tidak menjadi kesalahan dan adalah hak setiap insan untuk memilih sesiapa sahaja blogger yang mereka kagumi. Namun mesti diingat! Hanya satu sahaja insan yang dikagumi yang mesti ada dalam hati setiap manusia iaitu Nabi Muhammad SAW.

Blogger Hebat Yang Aku Kagumi

Blogger Hebat Yang Dikagumi
Blogger Hebat Yang Aku Kagumi
Aku juga tidak terkecuali. Ramai sebenarnya blogger-blogger yang aku kagumi. Ya! Mereka ini aku kagumi kerana hebat dan pakar dalam bidang masing-masing serta telah terbukti kejayaannya.

Kalau disebut nama atau blognya, pasti ramai yang mengenali kerana mereka terlalu gah di dalam dunia blogging ini. Sudah terlalu acap kali juga nama-nama mereka ini disebut, diulas dan dijadikan topik maka tak perlulah untuk aku mengulanginya semula kerana kehebatan mereka ini memang jelas terbukti dan dikagumi ramai.

Apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah seorang blogger yang sungguh aku kagumi walaupun beliau tidaklah punya nama atau pencapaian yang menjadi ukuran yang gah dalam dunia blogging. Tidak pula hebat dalam buat duit online, apatah lagi ilmu dan kepakaran yang tinggi dalam blogging.

Ruang lingkup dunia blogging beliau juga terhad kerana tidak punya matlamat yang khusus dalam berblogging tetapi hanya sekadar suka menulis, berkongsi dan menjalinkan ukhwah. Oleh itu, hebat beliau tidak terlihat dengan nyata yang boleh diukur tetapi aku amat mengaguminya. Bak kata pepatah... "Permata kalau dicelah lumpur pun tetap ada yang terlihat sinarnya."

Kagumnya aku dengan beliau adalah kerana keikhlasan, kejujuran, komitmen dan kehebatan perkongsian yang sungguh menarik serta jelas keasliannya. Ianya tidak sekadar hanya sebuah perkongsian ringan tetapi amat sarat pengisiannya. Siapakah blogger yang aku kagumi?

Kak Zakie - Blog Titisan Nurani

Mula berblogging pada April 2010, seorang ibu yang berkerjaya tetapi cukup bijak membahagikan masa untuk berblogging. Blognya simple dan tiada pelbagai dekorasi, widget dan iklan yang menyesakkan seperti blog aku ini. Bertandang kesini, mata akan terus tertumpu hanya kepada entri yang diterbitkan.

Blogger Hebat Yang Dikagumi
Blog Titisan Nurani - http://zakiepurvit.blogspot.com

Kak Zakie, itulah nama blogger yang aku amat kagumi. Beliau tidak punya matlamat yang tinggi dalam dunia blogging dan hanya berkongsi kisah serta coretan buat tatapan rakan-rakan blogger. Ruang lingkupnya juga terbatas disekitar kelompok ini.

Aku mengenali beliau pada tahun pertama aku berblogging apabila entriku berkaitan bunga di laman MIL menjadi tarikan beliau untuk singgah. Dari situ aku membalas jejak dan bermulalah bibit-bibit perkenalan yang membuatkan aku amat kagum dengan keistimewaan Kak Zakie.

Blogger Hebat Yang Dikagumi
Terpikatnya aku dengan Kak Zakie ini adalah melalui aura entri-entri yang sajikan. Kisahnya simple iaitu tentang kehidupan beliau sekeluarga dan situasi disekitarnya.

Ya... coretan kisah yang tidak banyak bezanya dengan blog-blog peribadi lain tetapi beliau bijak mengolah cerita yang simple menjadi amat menarik untuk dibaca. Catatannya tersusun dan mudah dihadam, dikepil bersama beberapa keping gambar sebagai penyeri artikel.

Yang amat mengagumkan aku adalah apabila beliau bijak menggunakan kisah-kisah tersebut untuk dikaitkan dengan kehidupan sebagai satu persoalan, peringatan dan panduan buat pembacanya. Setiap entrinya terasa begitu dekat di hati, bak seorang ibu bercerita dengan anak-anaknya.

Begitu juga dengan kisah santapan rohani yang kaya dengan teladan dan pedoman untuk mengingatkan kita kepada tanggungjawab dan menurut perintah agama.

Jika diteliti, ada sedikit persamaan dengan entri Kak Kujie namun Kak Kujie merupakan seorang blogger yang dikenali dan terbukti pengetahuan dan kehebatannya dalam dunia blogging. Entri Kak Zakie pula lebih santai, bersahaja dan sempoi berbanding dengan Kak Kujie yang agak formal.

Ibu kepada tiga orang anak ini walaupun punya kerjaya tetapi tidak sesekali membataskan beliau untuk menjejaki rakan-rakan blogger. Beliau sering memberikan komen-komen bernas, mantap dan menarik. Ikatan ukhwah yang begitu jelas sekali!

Oleh itu, tidak hairanlah juga apabila melihat komen-komen yang begitu banyak sekali disetiap entri beliau. Entah bagaimana agaknya beliau membahagikan masa. Aku pun tak mampu melakukan komitmen seperti yang beliau lakukan.

Melihat kepada rupa blog dan diakui oleh beliau sendiri, Kak Zakie bukanlah seorang yang pakar dan mempraktikkan sebarang ilmu teknikal blogging. Beliau hanya tahu menulis, menerbitkan entri dan menjalinkan persabatan serta kunjungan ke blog-blog yang beliau inginkan. Bertambah kagumnya aku dengan beliau apabila melihat status Blog Titisan Nurani - http://zakiepurvit.blogspot.com ini adalah PR3! Sama taraf dengan Hasrul Hassan dan Denaihati!

Blogger Hebat Yang Dikagumi

Kita selalu melihat dan mengenali blogger-blogger yang punya nama besar dan terlihat kehebatannya melalui pelbagai pencapaian dan pengiktirafan yang mereka terima. Mereka menjadi idola dan dikagumi oleh orang ramai. Namun tidak semua yang hebat dan berbakat ingin menonjolkan diri. Mereka lebih selesa berada dipinggiran dan melakukannya tanpa sebarang tekanan, perhatian dan tujuan khusus untuk meraih kejayaan.

Kak Zakie sehingga sekarang masih tidak menunjukkan wajahnya dengan jelas walaupun kita mengenali wajah suami dan anak-anaknya. Seorang yang begitu rendah diri tetapi tinggi ilmu dunia dan akhirat. Sangat hebat dan padat apabila memberi ulasan dan komen. Beliau seorang blogger yang amat aku hormati dan kagumi...

Terima kasih Kak Zakie kerana menjadi sahabat di dunia maya ini. Teruskan menulis kerana setiap coretan di Titisan Nurani punya nilai dan menjadi santapan mata, hati dan minda setiap pengunjung. Semoga Kak Zakie dan keluarga sentiasa sihat, selamat, bahagia, dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Contest Blogger Yang Dikagumi ini dianjurkan oleh Nadot.my dan ditaja oleh Ejam Othman & Hey.my)." Terpanggil untuk aku sertai contest ini kerana inilah peluang untuk aku memberi ulasan ikhlas terhadap blogger yang aku kagumi untuk dikongsi bersama.

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

30 comments - "Siapa Dia Blogger Hebat Yang Dikagumi?"

Tanpa Nama delete icon 3:18 PTG

Ramai sebenarnya blogger-blogger hebat yang ingin kita kagumi. Mereka punya bakat dan aura sehingga seolah ada tarikan tertentu yang 'memaksa' kita masuk, membaca dan mengikuti setiap perkembangan mereka..

kak zakie antara pengomen teghar kat blog akak jugak...beliau dikagumi dan sangat dihormati dek ilmu agamanya yg tinggi...tp tetap merendah diti

ANIM delete icon 5:55 PTG

cayalah kakzakie. kak anim setuju 100% dengan entry BM tentang kakzakie. kak anim sering tertunggu-tunggu komen membina dari dia. dia seolah2 mengenali kak anim sekeluarga walaupun tak pernah jumpa:-))

BUNDA delete icon 9:00 PTG

Assalam,

bukan seorang dua yang menggagumi beliau...malah ramai..tidak syak lagi setiap kali entri yang beliau ke udarakan banyak yang hadir untuk komen...
Setiap kali komen beliau sangat bernas dan jujur..., nampak sangat KZ baca entri kita sebelum drop komen...

Syabas untuk beliau...

teringin nak jadi macam Kak Zakie tu. Ikhlas dan jujur dalam dunia penulisan blog ni.

All the best & good luck BM ..

BinMuhammad delete icon 9:48 PTG

Cik akak memang patut beramah mesra dgn kak zakie ni...

BinMuhammad delete icon 9:49 PTG

Ilmu dunia dan akhirat yang tinggi...sementalah beliau amat dihormati

BinMuhammad delete icon 9:51 PTG

Kak Anim pun apa kurangnya... Lebih kurang sama hebat macam Kak Zakie dan sering ditunggu2 kehadiranmu.

BinMuhammad delete icon 9:54 PTG

Waalaikumsalam Bunda,
Benar sekali, Komitmen dan keikhlasan Kak Zakie amat2 ketara yg membuatkan kita kagum dengannya...

BinMuhammad delete icon 9:56 PTG

Ya...teringin menjadi sepertinya tapi dapat separuh darinya pun sudah amat bagus...

BinMuhammad delete icon 9:59 PTG

Ya! Blogger hebat itu ramai tetapi tak semua suka menonjolkan diri... Yg kurang menonjol itu lebih menyerlah akan keikhlasan dan kejujurannya...

Tanpa Nama delete icon 10:29 PTG

Ye la..selalu dengar nama ni namun tak pernah singgah lagi.

Etuza delete icon 11:10 PTG

asalam BM, terbaik entry..bagi Etuza ini sangat berharga kak zie kena happy dan rasa bahagia apabila blog diulas sebegini menarik tahnia,...BM memang blogger yang tahu menghargai..teruskan usaha

jie susanos delete icon 11:18 PTG

ye la..pnulisan kak zakie mmg simple dan mnarik...xsangka lak blog kak pr3..mmg awesome..jie pn dh lama x bw..blog bm pun dh brubah..

titan delete icon 11:25 PTG

okeh. gi usha jap blog tu.

selalu jugak mama singgah blog kak zakie.. :)
Mama Niza

paridah delete icon 10:41 PG

setuju dgn komen BM Kakzakie seorang blogger hebat paparannya santai namun berisi ilmu dunia n akhirat yg boleh dimenafaati bersama...rasanya xmampu menjadi blogger sebaik beliau...gdluck BM.

Liyliz delete icon 11:15 PG

ini kali pertama liz dgr nama mereka berdua. insyAllah nak berblogwalking ke blog mereka nnti. *new bie dlm dunia blog

Khir Khalid delete icon 10:23 PTG

Mmg antara blogger hebat yg disegani & dihormati. T kasih atas perkongsian BM.

saya terpaksa menonjolkan diri untuk membina jenama

Masya-Allah... terpempan kakak dengan N3 sebegini. Sungguh ini sudah terlalu tinggi buat kakak (takut kakak jadinya - pujuk diri dah hati jangan ada riak - sungguh kakak takut). Kepada semua ingin kakak katakan sesungguhnya berblog sekadar suka-suka dan mungkin akan menjadi satu diari pada anak-anak bila kakak sudah tiada di dunia ini lagi

Terima kasih di atas penghargaan yg kakak rasa terlalu tinggi ini BM. Maaf sebab hari ini baru kakak menitipkan komen.

Akhir komen moga BM beroleh kejayaan diharap dari N3 ini.

Fiza Rahman delete icon 4:43 PTG

Tahniah kak zakie kerana terpilih menjadi salah seorang blogger yg di kagumi BM. Saya pon suka baca blog kak zakie.

Yana Yani delete icon 3:38 PTG

saya baru juga mengenali kak zakie ni,
hebat orangnya pada pandangan mata saya
mesti dia bangga dapat penghargaan seperti ni =)
bagus ulasan ni BM, hopefully menanglah ye =)

setiap bloger mempunai idola masing2..
semoga berjaya dalam contest ini yr..

GamePlay delete icon 1:33 PG

sangat menginspirasi.. bisa menjadi motivasi untuk kita semua

Tanpa Nama delete icon 11:41 PTG

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf Zahir dan Batin.
- Annuar bin Hamid,
Pulau Pinang.

Tanpa Nama delete icon 11:52 PTG

Tahniah.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf Zahir dan Batin.
- Cikgu Annuar bin Hamid,
Pulau Pinang.

box bayi delete icon 9:19 PTG

Waaah bloggernya handal-handal nih... mantap

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap