بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kereta apa yang paling laris sekarang ni? Sudah menerima tempahan lebih dari 45K sejak hari pelancarannya pada pertengahan September lalu, Perodua Axia merupakan kereta paling hot dan terlaris sekarang ini!
Kenapa ramai yang memilih untuk membeli kereta ini? Ya... masing-masing ada sebab yang tersendiri. Paling ramai pasti mereka mengatakan yang ianya adalah pilihan terbaik untuk kenderaan jimat minyak dengan saiz yang bersesuaian disamping harganya yang berpatutan. Lihat lebih terperinci tentang harga, varian dan spesifikasi Perodua Axia ini.
Kenapa ramai yang memilih untuk membeli kereta ini? Ya... masing-masing ada sebab yang tersendiri. Paling ramai pasti mereka mengatakan yang ianya adalah pilihan terbaik untuk kenderaan jimat minyak dengan saiz yang bersesuaian disamping harganya yang berpatutan. Lihat lebih terperinci tentang harga, varian dan spesifikasi Perodua Axia ini.
Perodua Axia 1.0 SE |
Setiap orang ada pandangan dan citarasanya yang tersendiri terhadap rekabentuk Perodua Axia ini. Untuk itu anda perlu melihat bagaimana pula jika Axia ini diubah sedikit penampilannya maka barulah anda boleh buat perbandingan.
Jika sebelum ini kita dah lihat modifikasi mengujakan Proton Iriz. Kali ini kita lihat pula beberapa modifikasi yang menarik Perodua Axia yang juga dikenali sebagai model Daihatsu Ayla dan Toyota Agya di luar negara.
Adakah transformasi yang dilakukan oleh Jurutera Perodua untuk Axia lebih menarik serta memikat berbanding model dan modifikasi (modification) dari luar negara ini? Mari kita lihat beberapa modifikasi menarik yang boleh dilakukan ke atas Perodua Axia ini. Pasti ada yang pasang angan-angan untuk melakukan modifikasi sebegini...
Modifikasi Axia 1 |
Modifikasi Axia 2 |
Modifikasi Axia 3 |
Modifikasi Axia 4 |
Modifikasi Axia 5 |
Modifikasi Axia 6 |
Modifikasi Axia 7 |
Modifikasi Axia 8 |
Modifikasi Axia 9 |
Perodua Axia juga telah dilakukan modifikasi secara grafik dengan mengubah rekaan model ini kepada segmen kenderaan lain. Salah satunya adalah menukar kereta kompak ini kepada sebuah MINI SUV atau Crossover. Agak menarik juga tapi belum pasti sama ada model ini telah dikeluarkan atau tidak.
Modifikasi Axia - Mini SUV @ Crossover |
Bagaimana pula jika kereta kompak ini menjadi sebuah model kereta sedan? Pereka grafik terkenal, Theophilus Chin telah membuat gambaran rupabentuk Perodua Axia ini jika menjadi sebuah kereta sedan. Kelihatan menarik dan berpotensi untuk dikomersialkan. Apa pula pendapat anda? Jika menjadi realiti, pasti menjadi saingan hebat Proton Saga.
Modifikasi Axia Sedan |
Perodua Axia menjadi model terlaris Perodua ketika ini. Hari demi hari, semakin banyak kelihatan di jalan raya. Kepada yang berminat untuk melakukan modifikasi, pasti beberapa contoh di atas menarik perhatian dan boleh dijadikan rujukan.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Modifikasi Menarik Perodua Axia
17 comments - "Modifikasi Menarik Perodua Axia"
Axia Sedan tu cantik...
Sangat menarik. Axia Sedan terbaik..
lebih berketrampilan..selesa memakai tambahan style baru..
Cantik Axia ni.. cute tp nampak sporty & bertenaga...
Maaf lama tak menyinggah disebabkan waktu berblog yg huru hara sikit kebelakangan ni.. wahh template dah lain dah.. Tahniah BM.. :)
selepas ini..Axia akan mengantikan viva dijalan raya
sangat cantik dan teringin pulak nak beli nanti
Saudara BM,
Semuanya cantik. Rambang mata. Tapi kalau orang yang dah berumur seperti saya ini AXIA nombor 6 itu oklah ...
bentuk axia ni mmg menarik harga pun ok..
Nampak menawan la pulak hehehe ..sekali tgk dah jatuh hati ..camner ni BMnak kena beli e ni ???
Keren banget modifikasinya, serasa di need for speed underground.. hahaa..
Memang cantik dan warna dia pun menarik.sebab tuer tak hairan ramai orang membuat tempahan axia nie.
Aku suka modifikasi nombor 3. Cantik dan menawan.
yang ni pun cantik2 lah
cuma saya rasa axis aritu lebih memukau =)
Memang cantik..tp belum mampu..hehe..
Dah oder axia G tp masih blm sampai.. yg best axia ni , enjinnya dari aluminium & guna timing chain.. mmg rare bg model perodua..
Modified turbo ada x?
Axia the best car
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”