بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pameran MAHA 2014 sudah sampai kekemuncaknya. 30 November ini merupakan hari terakhir. Sempat juga berkunjung ke sana pada hari Khamis yang lepas, cuma kali ini tidak menjelajah ke seluruh tapak pameran MAEPS ini kerana pergi bersama FIL dan MIL.
Oleh kerana pergerakan agak terhad maka kami hanya berkunjung ke beberapa lokasi yang terletak disekeliling dewan pameran utama sahaja. Sangkaan kami berkunjung di hari biasa (bukan di hujung minggu) pasti tidak ramai pengunjung tetapi ternyata ianya meleset. Rupanya ramai yang mengambil cuti untuk ke pameran MAHA ini. Bagaimanalah agaknya suasana di hujung minggu? Mesti teramat sesak!
Oleh kerana pergerakan agak terhad maka kami hanya berkunjung ke beberapa lokasi yang terletak disekeliling dewan pameran utama sahaja. Sangkaan kami berkunjung di hari biasa (bukan di hujung minggu) pasti tidak ramai pengunjung tetapi ternyata ianya meleset. Rupanya ramai yang mengambil cuti untuk ke pameran MAHA ini. Bagaimanalah agaknya suasana di hujung minggu? Mesti teramat sesak!
Pengunjung pada hari tersebut memang ramai. Nak parking kenderaan memang mudah kerana disediakan tapak parking yang luas tapi jangan harap lah nak dapat yang hampir melainkan anda datang di awal pagi. Walaupun masuk ke Pameran MAHA ini percuma tetapi bayaran parking dikenakan iaitu RM5 bagi sebuah kereta.
Satu lagi yang menjadi masalah adalah cuaca yang teramat panas sehinggalah ke pukul 3 petang tetapi lepas tu pula mendung akan tiba dan hujan lebat bersama guruh serta petir pastinya mengganggu pergerakan menjelajah ketapak-tapak pameran.
Kembara Di Pameran MAHA 2014
Disebabkan masa yang agak singkat ini, kami hanya melawat Tapak Pameran Dalam Dewan, Tapak Pavilion Negeri, Tapak Pameran Sayuran, Tapak Pameran Flora dan Tapak Bazaar.Ikuti pengembaraan bergambar ini sebagai tatapan buat anda yang tidak dapat berkunjung ke Pameran MAHA 2014 kali ini.
Jika anda datang dari kawasan parking kereta 1, di sinilah pintu utama iaitu tempat permulaan kembara untuk ke tapak-tapak pameran MAHA 2014 ini.
Untuk berkunjung ke setiap lokasi tapak pameran di MAHA yang sangat luas ini, disediakan kemudahan pengangkutan yang sentiasa bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi namun oleh kerana terlalu ramainya pengunjung, maka terpaksalah berbaris panjang untuk menaikinya. Banyak buang masa di sini jika anda menunggu.
Tiba sahaja di sini, kami terus mendaki ke atas menuju ke Tapak Pameran di dalam Dewan. Maka bermulalah kembara berjalan kaki yang pastinya amat memenatkan.
Tapak Pameran Utama Dalam Dewan
Tapak pameran di dalam dewan ini pula terbahagi kepada beberapa buah dewan. Oleh kerana banyak dewan yang membahagikan pameran mengikut kategori, maka kami hanya memilih untuk masuk ke dewan A sahaja.
Dewan A merupakan ruang pameran agensi kerajaan. Oleh kerana di dalamnya berhawa dingin, maka agak selesa berada di sini.
Jika ingin melawat dan membelek setiap bahan pameran, disini sahaja boleh ambil masa berjam-jam lamanya. Di ruang ini dipamerkan pelbagai informasi tentang sejarah dan peranan agensi, produk, pengusaha, anugerah dan pertandingan oleh petani, penternak dan nelayan terbaik negara.
Harap maklum, ini bukan bunga ros ye... Ini adalah sejenis kobis!
Hajat nak juga melihat bunga-bunga orkid yang dipertandingkan tetapi malangnya hanya dapat tengok dari luar sahaja kerana di dalam kubah pameran tersebut penuh sesak dengan pengunjung. Kepada Kakzakie... saya hanya dapat hidangkan gambar-gambar orkid di bazaar sahaja nanti. (entri akan datang)
Tapak Pameran Flora
Seterusnya kami bergerak ke Laman Florakultur. Anda boleh lihat suasana di tapak pameran ini melalui entri sebelum ini : Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula.
Ini pula adalah pameran orkid di Laman Florakultur
Tapak Pameran Pavilion Negeri-Negeri
Dari Laman Florakultur, kami ke Tapak Pameran Pavilion Negeri.-Negeri. Singgah seketika mendengar irama ghazal di pavilion pameran Negeri Johor sambil mendengar si manis berbaju merah mendendangkan lagu ghazal dengan merdu sekali..
Ini bukan Istana Melaka tetapi istana lebah kelulut yang terdapat di pavilion pameran Negeri Melaka. Boleh dikatakan pameran MAHA kali ini, madu lebah kelulut cukup popular dan mendapat promosi besar-besaran.
Ini pula adalah pavilion pameran Negeri Kelantan. Menarik disini, pada sebelah petang akan diadakan persembahan dikir barat.
Kalau nak bermain belon buih gergasi, di sini pun ada! Terletak hanya berhadapan dengan Pavilion Negeri Perlis.
Antara yang menarik di pavilion pameran Negeri Perlis ini pula adalah pertunjukan ular. Malah jika anda hendak bergambar bersama ular sawa (dalam gambar di atas) melilit badan anda pun boleh. RM5 ringgit dikenakan untuk melakukan aksi tersebut.
Melihat pada corak pintu gerbang ini sahaja kita sudah dapat mengenali bahawa pavilion ini adalah pavilion pameran Negeri Sabah.
Kebetulan pula sedang berlangsung tarian tradisonal negeri Sabah di dalamnya. Anda juga boleh turut sama menari jika mahu.
Sebuah bangunan baru berdiri megah menggantikan bangunan lama yang berbentuk labu sayong. Inilah pavilion Negeri Perak yang menarik perhatian dan mempersonakan. Menggunakan rekaan berbentuk Istana Kenangan, Pavilion pameran Negeri Perak ini tidak dinafikan adalah yang paling indah di sini.
Dari luar memang mengujakan sekali rekabentuk pavilion pameran Negeri Perak ini. Namun agak kecewa apabila masuk kedalam kerana pamerannya agak kurang menarik jika nak dibandingkan dengan luarannya.
Sudah pastinya produk-produk istimewa dari negeri Sarawak menjadi pameran dan jualan yang menarik di dalam pavilion pameran Negeri Sarawak ini. Namun harganya agak mahal tetapi terjamin keasliannya.
Terdapat juga sebuah replika rumah panjang yang menjadi identiti terkenal Sarawak boleh anda lihat di dalam pavilion ini.
Tidak banyak berubah pavilion Pameran Negeri Pulau Pinang ini berbanding pameran sebelum ini. Hanya tengok dari luar sahaja. Mesti jeruk adalah pameran dan jualan utama di dalamnya.
Jika anda melihat dekorasi luaran Pavilion negeri Kedah pada pameran kali ini, pasti anda akan dapat lihat kemajuan pertanian di negeri ini. Kenapa? Anda lihat sendiri dekorasi pavilion ini pada pameran MAHA 2012 sebelum ini di SINI.
Gading gergasi yang menjadi pintu gerbang sahaja sudah jelas menggambarkan pavilion ini adalah Pavilion pameran Negeri Pahang. Agak menarik juga bahan pameran di sini kali ini.
Antara dekorasi menarik di pavilion pameran Negeri Pahang.
Merah kuning! Sudah pasti anda mengenali dekorasi ini terletak di pavilion negeri mana. Agak menarik sebenarnya dekorasi ini jika dilihat didepan mata.
Selesai sahaja melawat Tapak Pameran Pavilion Negeri-negeri, kami bergerak melintasi tasik untuk ke Tapak Pameran Sayur-sayuran. Oleh kerana terlalu panjang entri ini, lawatan ke tapak pameran sayur-sayuran ini akan diterbitkan dalam entri seterusnya. Begitu juga dengan lawatan ke Tapak Bazaar.
Pemandangan Tapak Pameran Pavilion Negeri-Negeri dari Tapak Pameran Sayur-sayuran. Lihatlah awan mendung mula melitupi tapak pameran MAHA dan tak lama selepas itu hujan lebat berserta kilat dan guruh pun melanda.
Bangunan utama dewan Tapak Bazaar
Sabutan Hebat MAHA 2014
Kembara ke Pameran MAHA 2014 kali ini merupakan kunjungan kali kedua selepas 2012. Dari pemerhatian kasar, walaupun terdapat beberapa perubahan dan tarikan baru tetapi masih banyak lagi yang hampir serupa dan tiada perubahan.
Sambutan hebat pengunjung pula amat bagus buat pameran kali ini tapi amat kurang selesa pula apabila terpaksa berhimpit-himpit dan tiada kebebasan serta ketenangan. Perasan juga, hanya beberapa peserta pameran yang memberikan cenderahati kepada pengunjung berbanding pameran sebelumnya yang menyaksikan penuh tangan pengunjung dengan beg-beg cenderahati.
Kembara seterusnya di Pameran MAHA 2014 : Menarik di Tapak Pameran Sayuran dan Herba
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Kembara Sehari Pameran MAHA 2014
21 comments - "Kembara Sehari Pameran MAHA 2014"
terimakasih BM kerana sudi berkongsi gambar dan maklumat...
Teringin sangat nak berkunjung ke MAHA..
Tengok macam best je kan..
Tengok tahun depan la..
Tq sudi berkongsi gambar.. Cantik..
Cantik istana lebah kelulut tu...untung lebah tu..he.he..
PERTANIAN TU ADALAH ALAM KEHIDUPAN KITA JUSTERU CERITANYA TERLALU BANYAK HINGGA XTERGAMBARKAN DGN SEHARI PERJALANAN MENYAKSIKAN PAMERAN MAHA TU..
Pameran MAHA ni dwitahunan... tahun depan xde, kena tunggu tahun 2016 lah ye...
Bagi warga kota dan generasi masa kini yg tidak tahu atau kurang gambaran tentang pertanian, penternak dan nelayan, pameran ini dapat memberi banyak ilmu dan gambaran sebenar...dan mungkin seterusnya membuka minat mereka utk mengenali dan menghargainya.
Sekurang2nya ada yg positif boleh kita ambil dan lihat dari pameran ini walaupun amat benar... sehari di MAHA tidak akan dapat menceritakan semuanya...
2 thn lepas saya pergi sebelah mlm. happening dgn lampu berwarna warni dan ada live show . ya . mmg x larat nak pergi dr satu tempat ke satu tpt . sgt luas ...
Saudara BM,
Melihat gambar pameran ular sawa itu, terbayang pula di fikiran bagaimana seandainya ular yang membelit kita membelit dengan kuat dan tidak mahu pula melepaskannya. Belitan ular boleh membawa maut......
mesti ramai orang pergi sana nie
Bestnya dapat pergi pameran macam ni..
Sempat juga semalam iaitu 29 November, pada sebelah petang sekitar 2 pm. Ramai sungguh yg datang. Sempat juga naik bas ke dewan utama. Sekitar ekspobini amat luas. Banyak jgk buat kunjungan tetapi bukan sepenuhnya.
Best ni.. menarik.. Klu BM tak beritahu ttg kobis tu mmg saya akan ingat dekorasi ros tu hehee... Pasti bnyk ilmu & inspirasi yg diperolehi ni. T kasih atas perkongsian BM.. :)
Banyak juga yangmnearik di Pameran MAHA
Belum pernah lagi sampai ke malam... menarik juga tu!
Mereka semua sudah mahir dan pastinya ular tu pun dah kenyang dan biasa dgn aksi tersebut... Tapi ye lah... malang xberbau. Jgn ada berlaku dah la...
Hari biasa pun dah ramai...apatah lagi dihujung minggu. Memang sesaklah...
Tanya pada petugas, mereka kata kobis tu berasal dari korea dan cubaan tanam di malaysia menjadi kalau dikawasan tanah tinggi.
Assalam...
Saya lalu kat situ hari tu..tapi tak berkesempatan nak singgah
Memang terasa kerugian bila tak boleh nak pi MAHA tahun ni
Dah lama tak pergi pameran MAHA..
besar betul tapak dia ye BM
saya tak pergilah, rugi betul
tahun depan buat kat mana pula ye
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”