بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah lama tidak melihat prestasi blog, baru malam ini berkesempatan. Apa sudah terjadi dengan Blog Relaks Minda ni? Dalam dua hari ini sahaja, data informasi blog menunjukkan lonjakan yang sungguh ketara! Bukan menunjukkan lonjakan positif tetapi sebaliknya... Kenapa dan bagaimana boleh jadi begini?

Apa Sudah Terjadi Ni?
Apa Sudah Terjadi Ni?

Sebelum itu kita lihat apa sebenarnya yang berlaku pada blog Relaks Minda ini.

1. Structure Data
Ini merupakan data informasi dari Google Webmaster. Ianya mememaparkan sejumlah URL yang mempunyai masalah (error) pada rich snippets iaitu kegagalan memberi informasi yang diperlukan oleh robot enjin carian Google.

Sebelum ini ianya hanya kurang dari 10 item tetapi hanya dalam dua hari sahaja ianya melonjak kepada 832 item! Bagaimana boleh jadi begini?

Apa Sudah Terjadi Ni?
Google Webmaster : Structure Data - Items With Errors

2. Data Bounce Rate
Informasi ini pula adalah dari Google Analytic. Bounce Rate adalah kiraan peratusan pembaca yang datang di page kita tanpa membuka page lain. Maknanya pembaca ini hanya datang membuka satu sahaja entri anda dan berlalu pergi. Oleh itu semakin rendah peratusan adalah semakin bagus.

Tiba-tiba pada 18 Desember... Peratusan pengunjung blog yang datang dan melihat hanya satu page ini melonjak sekali ganda! Apa sudah terjadi ni?

Apa Sudah Terjadi Ni?
Google Analytic : Bounce Rate Percentage Data

3. URL Errors - Desktop
Berikut pula adalah informasi URL Error dari Google Webmaster. Ianya memaparkan data pengunjung dari komputer Desktop/Labtop yang menghadapi masalah untuk akses entri blog. Apabila akses sahaja, page tersebut akan memaparkan "Page Not Found - Error 404" walaupun sebenarnya tiada masalah pun.

Sejak dari awal December 2014, Jumlah page yang bermasalah (error) ini semakin meningkat sekali ganda! Kenapa ianya boleh terjadi?

Apa Sudah Terjadi Ni?
Google Webmaster : URL Errors - Page Not Found

4. URL Errors - Smartphone
Akhir sekali ini pula adalah informasi URL Error dari Google Webmaster. Ianya sama seperti masalah No.3 tetapi dihadapi oleh pengguna dari Smartphone.

Selain dari masalah Page Not Found - Error 404 yang tinggi, beberapa URL juga telah dihalang (blocked) dari diakses oleh pengguna smartphone! Daripada 'kosong' jumlahnya meningkat secara tiba-tiba bermula dari 19 November yang lalu. Apa yang telah berlaku?

Apa Sudah Terjadi Ni?
Google Webmaster : URL Errors - URL Blocked

Semua data ini memberikan informasi yang kurang bagus buat sesebuah blog. Buat masa ini agak kekurangan masa untuk mencari segala jawapan. Namun begitu ianya tidaklah menjejaskan prestasi keseluruhan blog walaupun ada sedikit penurunan. 

Walaupun banyak persoalan tetapi setiap persoalan pasti ada jawapan... Dan setiap persoalan juga itu bermakna sel-sel otak sedang rancak berhubung. Maka... Bukankah ianya bagus untuk kesihatan... hehe... Selamat berhujung minggu semua! :D


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

14 comments - "Apa Sudah Jadi Ni?"

kucha lana delete icon 2:36 PG

mungkin ada jalan penyelesaian tu bro

Mungkin ada koding2 yg menghalang googlebot dari berfungsi secara normal kot. Mungkin juga ada lonjakan utk pergi lebih bagus lagi lepas ni.. aamiin.
Salam ceria hujung minggu BM.. :)

harap2 keadaan ni tak berpanjangan la ya..

moga ia kembali normal. mungkin google tu sendiri kot tgh meragam. mana tahu tgh update ker bg effect kat sistem lain.

Perasan juga kat smartphone ni selalu suruh update dari Google, mungkin ada mempengaruhi juga kot bagi yang belum update untuk surf.. semoga bertambah baik lepas ni.. terus bersemangat ye! in shaa Allah

As-Salam BM. Rasanya ada kaitan dengan update Google Panda dan Penguin yang giat dijalankan oleh pihak Google sekarang ni. Banyak perubahan berlaku sebenarnya tapi tak tau apa..

Semoga dapat diselesaikan dengan cepat..

kene cek saya punya ni ...

terus bersemangat BM.In shaa Allah ini hanya sementara..

Semoga dah selesai masaalah ni BM..

Yana Yani delete icon 4:36 PTG

saya pula terbalik...hehe

Bengang juga kalau jadi macam ni..

Fiza Rahman delete icon 12:59 PTG

Blog saya lagi byk error ko. Smoga masalah dapat diselesaikan.

Alahai macam2 hal....Pening sudahhhhhhhhh...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap