بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah menjelajah kebeberapa tapak pameran, kini kami berada di lokasi terakhir iaitu di Tapak Bazaar. Sudah semestinyalah ia menjadi lokasi terakhir kerana selepas membeli apa yang patut tak perlulah nak mengusung ke sana sini lagi, terus bawa pulang saja...

Di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014 ini dilonggokkan semua peniaga yang menjual pelbagai jenis buah-buahan segar, anak-anak pokok, bunga-bungaan serta baja.

Suasana di sini memang penuh sesak dengan pengunjung. Sudah pasti penyewa-penyewa tapak bazaar ini tersenyum lebar kerana akan meraih untung besar disepanjang tempoh Pameran MAHA 2014 ini berlangsung. Melihat pada harganya, ada juga yang agak murah tetapi kebanyakannya agak mahal. Namun ini hanya pandangan peribadi sahaja.

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014

Di bawah khemah utama adalah pusat jualan buah-buahan. Di sini ada masa-masanya akan diadakan jualan lelong. Pada masa itu memang terbaik untuk mendapatkan buah pada harga yang murah tapi yang sering kedengaran di sini bukannya lelongan buah tetapi pengumuman kehilangan anak.

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014
Suasana dibawah khemah utama

Sebelum itu, kepada sesiapa yang terlepas beberapa lokasi Tapak Pameran yang telah dikunjungi, anda boleh lihat semula melalui link berikut :


Bahagian Jualan Anak Pokok

Berikut pula adalah suasana di bazaar jualan anak-anak pokok. Pelbagai jenis anak pokok buah-buahan dan pokok hiasan boleh anda lihat dan beli. Sebutlah pokok apa pun yang anda inginkan, semuanya ada di sini.

Teringat pula pada pameran sebelum ini (dua tahun lepas), aku ada membeli sepokok anak pokok mangga. Harganya hanya RM5. Tidak memilih sangat jenisnya sebab sekadar nak tanam di depan rumah agar redup sedikit. Menariknya, belum pun sampai dua tahun, pada bulan Oktober lepas kami dah dapat merasa buah mangga dari pokok tersebut! 

Sebenarnya masa beli tu aku agak kurang yakin dengan kata-kata penjual tersebut sebab beliau kata pokok mangga ini akan berbuah kurang dari dua tahun. Manalah aku nak percaya sebab pokok yang dibeli tu kecil sangat lagi, lebih kurang sekaki je tingginya. Nah! Sekarang ternyata ianya benar!

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014


Bahagian Jualan Pokok Bunga

Dah puas tengok anak pokok, kita pergi pula kebahagian yang menarik dan mempersonakan iaitu bahagian jualan pokok bunga. Memang rambang mata berada di sini. Lebih menarik dari pameran bunga di Laman Flora.

Tengok itu nak yang tu, tengok ini nak yang ini... MIL pula dah sampai tak tau nak pilih yang mana untuk dibeli. Paling banyak sudah tentulah bunga orkid. Pelbagai warna dan rupa ada, cuma harganya saja macam sesuai untuk dipandang jer...huhu

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014

Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014

Nah! bukan setakat bunga sahaja tapi siap dengan baja malah tonik untuk pokok bunga pun ada. Kata peniaga tu, mana-mana pokok bunga yang malas dan degil nak berbunga, siram dengan tonik ni, pasti akan rajin berbunga! 

Entah betul, entah kan tidak tetapi sesiapa pun pasti akan percaya kalau melihat pada bunga-bunga yang dipamerkan, semuanya mekar berkembang dan berseri-seri! 


Bunga Orkid 

Seperti yang telah dijanjikan, kepada peminat-peminat bunga orkid, disertakan di sini beberapa gambar orkid buat tatapan istimewa anda semua. Semoga puas hati... hasil bidikan jurukamera amatur ini.

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Bunga orkid - Pameran MAHA

Sebenarnya, tak banyak pun yang dibeli di bazaar jualan ini disebabkan dah terlalu rambang mata, akhirnya tengok sahaja pun dah terasa puas. Selesai membeli, maka kami pun bergerak pulang dari Pameran MAHA 2014 ini.


Selamat Tinggal Pameran MAHA 2014

Hampir separuh hari berada di Tapak Pameran MAHA 2014, dari cuaca panas terik, mendung, hujan dan petir segalanya dirasai. Namun kembara MAHA kali ini terasa tidak lengkap kerana hanya dapat melihat pokok-pokok sahaja. Bahagian pameran ternakan dan perikanan langsung tidak sempat untuk di terjah.

Walaupun begitu, lawatan kali ini lebih bermakna dan menghiburkan kerana kami ditemani oleh MIL, FIL serta adik ipar sekeluarga. Ianya memberi satu pengalaman yang menarik dan memori terindah buat kami semua.

Pameran MAHA 2014 ini telah pun berakhir pada 30 November yang lepas dan semoga dipanjang usia untuk merasai pula Pameran MAHA 2016 nanti. Kepada yang belum pernah berkunjung ke Pameran MAHA ini, rancanglah untuk mengunjungi Pameran Pertanian, Penternak dan Nelayan Kebangsaan ini yang hanya berlangsung setiap dua tahun sekali.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

32 comments - "Menarik di Tapak Bazaar Jualan MAHA 2014"

Unknown delete icon 8:05 PG

Tak sempat nak kunjungi MAHA tahun ni, terlepas peluang nak mencuba pelbagai jenis makanan kat sana

Bestnya dapat pegi bazaar MAHA... kalau budget (duit dan ruang tanah yg mencukupi) harus lah sambar beberapa pokok, terutama orkid tu... harap2 lah MAHA ada buat kat KK...

Unknown delete icon 2:30 PTG

Bestnya dapat pergi tapak bazaar MAHA ni ;D

paridah delete icon 3:00 PTG

wah orkid2 yg dipaparkan cantik2 sungguh belum pernah melihatnya...

ni kalau mak ayah saya pergi ni, mahu berpokok2 orkid dibelinya :D

hanisamanina.com

ada bermaca-macam jenis bunga juga yer

macam2 ada ye...

BinMuhammad delete icon 8:58 PTG

Nampaknya kena tunggu 2 tahun lagi lah ye...

BinMuhammad delete icon 9:01 PTG

MAHA mungkin xakan ada kat KK tapi Road to MAHA mungkin ada...

BinMuhammad delete icon 9:03 PTG

Kena pergi sendiri baru boleh nilaikan... Apa pun, memang best! :)

BinMuhammad delete icon 9:05 PTG

Ye ke... Tapi memang ada beberapa spesis tu agak rare... takut tengok harganya.

BinMuhammad delete icon 9:08 PTG

Next time, kalau berpeluang pergi bersama mak ayah, saya syorkan bawa trolley..sebab senang nak dibawa kalau borong banyak... Car Park jauh!

OKje delete icon 11:50 PTG

Dah tidur...jangan tidur lewat, esok dah nak drive balik kg! Hihi.....

Tak pernah pun pergi MAHA BM.....kalau ada plan nak membeli pokok, mungkin jugak sampai kot...

kakiblog delete icon 12:43 PG

saya cari gambar si admin...tuan BM tak jumpa dalam entri ini..

BinMuhammad delete icon 12:57 PG

Ada... cuba tengok kat sidebar tu...

akak rambang mata tgk bunga2 orkid tu BM...

Khir Khalid delete icon 3:53 PTG

Bnyk ibu bapa yg 'ter'taksub tengok buah2an yg menyelerakan sampai terlupa anak2 rasanya hehee.. Bunga orkid tu mmg nampak segat & cukup sihat... Salam ceria hujung minggu BM.. :)

HAMIDIsP delete icon 4:06 PTG

Rambang mata la pelawat tu..menarik pameran ni..

sharmien delete icon 4:21 PTG

saya pun belum pernah ada kesempatan pergi pameran MAHA ni.selalu kalau lalu je mesti dah sesak.ada tips ke utk senang dpt parking?

Etuza delete icon 8:27 PTG

Betul madam kamsiah dah rambang mata dah...boleh ka copy..tanya dulu ya..

Etuza delete icon 8:29 PTG

Mujur BM dapat gambar...dekat ke dengan kajang ni BM..esok di Kajang ada Sirah Nabi..boleh tak pergi sana hehehe...

MommyKemai delete icon 8:49 PTG

tak sempat pergi padahal dah dekat dgn rumah.

Unknown delete icon 10:01 PTG

cantik2nya orkid . x blh thn menengoknya ...

Huuuiiiii!!! tak kelip mata kakak dibuatnya BM. Kalau kakak pergi kakak nak beli tonik dlm botol itu boleh buat orkid kakak yg degil sangat nak berbunga. Tapi orkidnya mahal sungguh ye. Ada yg sampai cecah ratus ringgit. Heee... tak terbelilah kakak. Kalau takat bawah 50 ringgit tu ok lagilah..

Terima kasih sudi buat N3 ini buat tatapan kakak:)

Yana Yani delete icon 5:29 PTG

wah! bunga orked! saya suka! saya suka!
dulu mak abah penah tanam
susah juga nak jaga
saya pula macam biaslah, suka tengok aje. tanam usah mimpilah =)

Tanpa Nama delete icon 11:19 PTG

Memang meriah dan penuh warna..

BinMuhammad delete icon 11:21 PG

Itulah...kat situ memang rambang mata, boleh buat terlupa anak2 hehe

BinMuhammad delete icon 11:23 PG

Next time kalau nak berkunjung, datang awal sebelum pukul 10.00 pagi, mesti mudah nak parking :)

BinMuhammad delete icon 11:25 PG

Boleh saje... Hak milik Allah jua semuanya...

BinMuhammad delete icon 11:27 PG

Kalau yg anak2 orkid tu murahlah tapi kalau yg tgh mekar berbunga tu, memang utk dipandang ajer le...mahal sungguh!

Bunda_nora delete icon 4:56 PTG

Nampak meriah dan berwarna warni...

Fiza Rahman delete icon 3:05 PTG

Tak berpeluang ke MAHA lagi. Memang meriah.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap