بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
![]() |
Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan |
Sejak krisis ekonomi pada penghujung tahun 1997, jawatan sebagai kakitangan kerajaan mula mendapat perhatian di mana sebelum itu ianya hanya dipandang sebelah mata. Ini kerana kerjaya bersama kerajaan sahaja yang mampu menjamin kedudukan kekal dan selamat andai berlaku apa jua situasi dan keadaan kepada ekonomi negara.
Disamping itu, paras gaji kakitangan penjawat awam juga kini semakin meningkat dan mempunyai banyak kelebihan melalui pelbagai kemudahan, insentif dan elaun tambahan yang menjamin kehidupan yang selesa dan sejahtera.
Bila Permintaan Melebihi Penawaran
Berikutan dengan itu, permohonan kerja sebagai kakitangan kerajaan telah meningkat dengan mendadak. Oleh kerana permintaan melebihi penawaran, maka syarat-syarat pemilihan calon juga telah diperketatkan sehingga menyukarkan seseorang itu untuk terpilih.Kita sering mendengar kata-kata ini, "untuk mudah mendapat kerja kerajaan perlu ada 'kabel' orang dalam." Namun hakikatnya ia hanyalah kisah yang telah berlalu sejak lebih 20 tahun dahulu. Kini semua peluang terbuka dan adil buat sesiapa sahaja yang berkelayaan dan bijak bersaing untuk merebut peluang.
Namun begitu realitinya kini, setiap kali ada jawatan kosong sebagai penjawat awam yang di tawarkan, berpuluh ribu pemohon yang berkelayakan akan memohon. Mereka ini akan ditapis sehinggalah kepada jumlah dalam lingkungan 1,000 ~ 2,000 orangnakan layak untuk ke proses seterusnya iaitu temuduga. Persaingan menjadi amat sengit dan peluang juga menjadi terlalu tipis.
Memahami Proses Temuduga
Proses temuduga, Ya! Disinilah sebenarnya kunci kejayaan seseorang calon itu untuk lulus dan atau gagal dalam merebut jawatan yang ditawarkan. Oleh itu, semasa proses temuduga ini, calon mestilah bersedia dengan ilmu, teknik, panduan dan cara yang betul untuk lulusKetahuilah, setiap panel temuduga adalah seorang yang cukup profesional dan bijak memerangkap calon-calon dengan teknik dan soalan yang mampu menggagalkan anda. Mereka telah menemuduga dengan beratus ribu calon dan amat faham serta pakar dalam memilih calon yang paling mereka kehendaki mengikut kriteria yang telah mereka tetapkan.
Ya! Hanya calon-calon yang bersedia dan yakin pada diri sendiri dari sudut emosi, mental, perlakuan dan ilmu disamping dapat memenuhi semua kriteria-kriteria yang telah ditetapkan akan dapat mengharungi proses temuduga ini dengan berjaya dan seterusnya terpilih mengisi jawatan kosong yang ditawarkan. Maka, bagaimana anda boleh menjadi calon seperti yang mereka inginkan?
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Semua kerisauan dan persoalan tentang bagaimana anda untuk lulus temuduga kerja kerajaan ini telah didedahkan. Ianya kini boleh dipelajari melalui ebook "Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan".Di dalamnya terkandung segala kaedah, teknik-teknik serta kriteria-kriteria penting diterangkan dengan terperinci, mudah difahami dan jelas sebagai panduan lengkap buat calon-calon temuduga.
Ebook ini dapat memberi keyakinan dan telah terbukti memberi kejayaan kepada ramai calon-calon temuduga dan mungkin anda juga menjadi salah seorang darinya!
Untuk mengetahui lebih jelas dan lengkap tentang ebook ini, sila ke pautan berikut : kerjakerajaan.com atau klik banner di bawah ini.
Berikut adalah informasi terkini jawatan/kerja kosong di sektor kerajaan, badan berkanun serta swasta di seluruh negara.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
5 comments - "Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan"
Lek eleh....kena beli rupanya....
Harap jugak anak dpt kerja kerajaan seorang dua.....huhu
Semoga membantu kpd yg layak & memerlukan.. bagus buat graduan2 yg menganggur dan tak pasti lagi arah tuju kerjaya...
saya appy sikit punya banyak dulu
sekali pun tak pernah kena panggil
adik saya sekali aje isi, terus kena panggil, terus dapat!
rezeki dia kan =)
Hmmm...info yang menarik utk mereka yg memerlukan.
Info menarik ni untuk mereka yang sedang mencari kerja...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”