بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kemana anda di musim cuti sekolah ini? Tak tahu kemana, apa kata kita beriadah dan berekreasi sambil menikmati keindahan alam sekitar hutan di Hutan Lipur Semenanjung Malaysia.

Tahukah anda bahawa Hutan Hujan Tropika di Semenanjung Malaysia merupakan salah satu ekosistem yang sangat kompleks di dunia. Ianya juga satu warisan alam semulajadi ciptaan Allah Yang Maha Esa yang sangat unik dan telah pun wujud lebih dari berjuta-juta tahun.

Ia kaya dengan berbagai-bagai tumbuhan dan hidupan liar, di antaranya termasuklah 2,500 spesies pokok, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 110 spesies ular, 80 spesies cicak dan beribu-ribu serangga.

Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur

Hutan kita merupakan satu bahagian yang lengkap daripada alam semulajadi dan juga memainkan peranan penting di dalam perlindungan serta pemeliharaan. Ianya juga berfungsi sebagai tempat pelimpahan karbon dan juga membantu di dalam penciptaan oksigen.

Hutan semulajadi di negara ini mempunyai keunikan dan keindahan pemandangan alam yang memenuhi keperluan rekreasi dan eko-pelancongan. Penubuhan hutan lipur di dalam kawasan hutan simpan adalah selaras dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) untuk mengekalkan sejumlah kawasan yang mencukupi sebagai tempat rekreasi, eco-tourism dan untuk kesedaran masyarakat mengenai perhutanan.


Berekreasi di Hutan Lipur Semenanjung Malaysia

Kawasan-kawasan hutan yang mempunyai daya tarikan dan keaslian semulajadi untuk ketenteraman fikiran dan menyeronokkan bagi menghindarkan diri dari kesibukan kota. Oleh itu hutan lipur atau hutan rekreasi ini diwujudkan untuk kemudahan awam sambil mengenali dan menyemai cinta terhadap alam sekitar

Ini yang ditekankan dalam salah satu Dasar Perhutanan Negara untuk menggubal program-program perhutanan masyarakat serta menyediakan kemudahan berekreasi dan pelancongan.

Antara matlamat-matlamat penubuhan hutan lipur oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:-
    Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur Malaysia
  • Menyediakan tempat-tempat untuk kemudahan beristirahat di dalam hutan seperti tempat berkelah dan pemandangan jauh (look-out), taman-taman rekreasi dan kawasan-kawasan semulajadi yang indah kepada orang ramai terutamanya kepada setiap golongan masyarakat;
  • Melahirkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mengekalkan keaslian alam sekitar khususnya hutan supaya terpelihara demi kesejahteraan kehidupan mereka;
  • Meninggikan prestasi individu menerusi pembebasan fikiran daripada tekanan kesibukan kerja-kerja harian dan juga suasana persekitaran yang tidak tenteram terutamanya di bandar-bandar besar;
  • Memberi peluang dan dorongan untuk menjelajah di kawasan-kawasan hutan sambil menikmati keindahannya melalui penyediaan denai-denai hutan, kemudahan aktiviti-aktiviti mendaki gunung, bersampan serta lain-lain aktiviti yang berbentuk aktif;
  • Berperanan sebagai menambah kepada kawasan-kawasan penyelidikan yang sedia ada, sesuai dengan keasliannya yang terpelihara dan;
  • Menambah kawasan yang boleh menarik lebih ramai pelancong yang berkunjung ke negara yang mana hasilnya akan menolong dalam peningkatan ekonomi negara.


Berikut adalah senarai Hutan Lipur yang boleh anda kunjungi di Seluruh Semenanjung Malaysia

Senarai Hutan Lipur yang terdapat di negeri Kedah:
  • Air Terjun Temurun, Lata Bayu, Puncak Janing, Tasik Dayang Bunting, Batu Hampar, Lata Mengkuang, Seri Perigi, Telaga Tujuh, Bukit Hijau, Lubuk Semilang Sungai Rambai, Titi Hayun, Bukit Wang, Pasir Tengkorak, Sungai Sedim, Tupah, Durian Perangin, Perangin Sik, Sungai Teroi, Ulu Paip, Gua Cherita, Gunung Kuari, Lata Lembu, Lata Hujan Lebat, Sungai Badak, Sungai Kunyit, Tasik Pedu  
Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur Negeri Kedah


Senarai Hutan Lipur yang terdapat di negeri Perak:
  • Kaki Bukit Larut, Papan, Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Taman Rimba Kledang, Saiong, Kuala Woh, Pasir Panjang, Sungai Nyior, Ulu Kinta, Lata Kekabu, Pulau Pangkor, Sungai Salu, Ulu Kenas, Lata Iskandar, Pulau Tali Kail, Taman Eko-Rimba Lata Kinjang, Ulu Licin
Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur Negeri Perak


Senarai Hutan Lipur yang terdapat di negeri Terengganu:
  • Air Menderu, Chemerong, Lata Belatan, Lata Tembakah, Bukit Bauk, Jambu Bongkok, Lata Payung, Sekayu, Besul, Rasau Kerteh, Bukit Kesing
Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur Negeri Terengganu


Senarai Hutan Lipur yang terdapat di negeri Selangor:
  • Air Terjun Gabai, Sungai Chongkak, Sungai Tua, Taman Rimba Templer, Gunung Nuang, Sungai Sendat, Taman Rimba Ampang, Kanching, Sungai Tekala, Taman Rimba Komanwel
Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur Negeri Selangor


Senarai Hutan Lipur yang terdapat di negeri Pahang:
  • Berkelah, Jeriau, Lata Meraung, Sungai Pandan, Beserah, Kemasul, Lentang, Sungai Pauh, Bukit Bertangga, Kem Nusa, Lubuk Yu, Teladas, Bukit Pelindung, Konifer, Menchali, Terenggun, Chamang, Lata Berembun, Parit Falls, Ulu Jerangsang, Gunung Senyum, Lata Jarum, Paya Pasir, Ulu Tembeling, Jerangkang, Lata Lembik, Som, Taman Rimba Kenong
Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur Negeri Pahang


Senarai Hutan Lipur yang terdapat di Negeri Sembilan:
  • Batu Maloi, Gunung Tampin, Lata Kijang, Serting Uluh, De Bana, Jeram Tengkek, Lenggeng, Ulu Bendul, Gunung Datuk, Jeram Toi, Pasir Panjang
Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur Negeri Sembilan


Senarai Hutan Lipur yang terdapat di negeri Johor:
  • Gunung Arong, Gunung Pulai ll, Soga Perdana, Taka Melor, Gunung Belumut, Panti, Sungai Bantang, Gunung Pulai l
Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur Negeri Johor


Senarai Hutan Lipur yang terdapat di negeri Kelantan:
  • Bukit Baka, Jeram Linang, Lata Tujuh
Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur Negeri Kelantan


Senarai Hutan Lipur yang terdapat di negeri Melaka:
  • Bukit Batu Lebah, Paya Laut Linggi, Sungai Udang, Tanjung Tuan
Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur Negeri Melaka


Senarai Hutan Lipur yang terdapat di negeri Perlis:
  • Bukit Ayer, Bukit Kubu, Tasik Meranti
Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur Negeri Perlis


Senarai Hutan Lipur yang terdapat di negeri Pulau Pinang:
  • Bukit Mertajam, Teluk Bahang
Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur Negeri Pulau Pinang


Senarai Hutan Lipur yang terdapat di WP Kuala Lumpur:
  • Taman Eko Rimba KL
Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur Kuala Lumpur


Senarai Hutan Taman Negeri yang terdapat di Semenanjung Malaysia:
  • Taman Negeri Bukit Panchor, Taman Negeri Gunung Stong, Taman Negeri Perlis, Taman Negeri Endau Rompin, Taman Negeri Melaka, Taman Warisan Negeri Selangor
Menikmati Keindahan Alam dan Berekreasi di Taman Hutan Negeri Kelantan


Bercuti Dan Mencintai Alam Semulajadi

Hutan adalah anugerah alam buat kita semua. Pelihara dan jagalah keindahan Hutan Lipur. Kekalkan kehijauan hutan ini kerana kita meminjamnya dari generasi hadapan. Ketahuilah kita semua termaktub dalam undang-undang perhutanan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (akta 313). Maka jangan nak buat sesuka hati dengan hutan ya...

Selamat bercuti bersama alam semulajadi... :)

Makna Hutan Lipur : hutan simpan yang dibuka untuk kegunaan orang ramai sebagai tempat riadah, perkelahan dan lain-lain - Kamus Dewan Edisi Keempat (ekamus)

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

24 comments - "Keindahan Alam dan Berekreasi di Hutan Lipur "

Maria Firdz delete icon 3:50 PTG

Wah... Menarik... Tak semua pnh pergi wpun di negeri sendiri..

Saya suka pergi ke tempat-tempat rekreasi alam semulajadi ni. Bila lepak situ, saya rasa badan lebih ringan dan fikiran lebih tenang. Mungkin, berkat dari menghirup udara segar di kawasan yang terhindar dari pencemaran ni agaknya.

kuchalana delete icon 6:53 PTG

memang menyegar menikmati air sungai dan pemandangan yang hijau

memang seronok klau dpt pergi ke semua tmpt2 ini... bestnya segar dan nyaman

Unknown delete icon 10:03 PTG

Johor ada yg tak masuk list . gunung ledang , bekok , Kota Tinggi ... rasanya lah klu bertepatan dgn tajuk sbb ketiga2 tpt tu ada air terjun ...

paridah delete icon 10:14 PTG

BANYAK SEKALI HUTAN LIPUR INDAH YG BOLEH DIKUNJUNGI UNTUK NIKMATI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI...

Tanpa Nama delete icon 10:16 PTG

Kat tawau ada juga air terjun,kat taman bukit tawau dan balung river..

BinMuhammad delete icon 10:26 PTG

Semua yang disenaraikan di atas adalah Hutan Lipur yang berada di bawah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Mungkin ianya tidak lengkap kerana tidak termasuk yang tersenarai di bawah Jabatan Perhutan Negeri...

BinMuhammad delete icon 10:50 PTG

Cuti sekolah ni bolehlah luang2kan masa pergi...

BinMuhammad delete icon 10:52 PTG

Tidak dinafikan, dilokasi alam semulajadi yg tenang mampu memberi ketenangan fikiran,,

BinMuhammad delete icon 10:53 PTG

Itulah istimewanya kuasa alam kurnian Ilahi...

BinMuhammad delete icon 10:54 PTG

Kalau ada masa terluang, Acik juga kena pergi sesekali

Etuza delete icon 10:55 PTG

BM..subahanllah sangataik informasi.. indah dan menarik sekali..terbaik..rupanya pemandangan ini sangat bernilai..huuu!! pada kita nilai sangat tinggi khazana alam..

BinMuhammad delete icon 10:56 PTG

Senarai ni pun tak lengkap sepenuhnya... ada banyak lagi. Belum masuk Sabah Serawak lagi tu!

BinMuhammad delete icon 10:57 PTG

Nanti saya cari informasi hutan lipur di Sabah & Sarawak pula ye...

Unknown delete icon 10:57 PTG

td ada komen tp ada mesej conflict..huhu..gagahkan diri taip balik.
complete infonya, semua negeri ada. zaman u dulu selalu ikut trip luar utk buat kajian hutan. berkenalan spesies hutan, utk subjek minor, tengok rafflesia, hutan paya bakau pun ada gak spesies menarik.

Etuza delete icon 11:05 PTG

BM mohon maaf ejaan salah..baik bukan taik..ya..minta maaf

Aishah Amin delete icon 12:36 PG

Wah..tak pernah lawat satu pun..banyak tempat di negara sendiri belum dijelajah

Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

Sungguh menarik perkongsian ini... menghargai & menikmati aura segar alam semulajadi...
Hari tu pun baru singgah hutan lipur yg berdekatan rumah secara tak sengaja.. :)

Wow.. subhanallah… cantiknya ciptaan ALLAH.
satu pon belom sempat singgah...singgah di sini pon sudah indah... :)

Kakak nak sentuh yg diJB ajelah. Gunung Pulai tu dulu cantik BM. Selepas yg runtuh dan membuat JB dilandar banjir dulu dah kurang cantik. Air terjunnya pun dah jadi landai sekarang.

Ada cerita lagi menarik dulu masa kakak sekolah tinggal di asrama masa ramai yg kena hysteria atok yg mengubat tu buang jin-jin (katanyalah) di Gunung Pulai. Heee.... takut kan:)

Tanpa Nama delete icon 9:46 PG

cantik nye ciptaan allah

Yana Yani delete icon 2:41 PTG

pasal hutan hujan kita paling kompleks tu, saya tahu
tengok discovery channel! hehe
kalau saya pun, saya suka bercuti tempat begini
tapi citarasa saya berbeza dengan en suami, ikutlah pilihan dia
manalah tau kot dapat syurga nanti =)

nurkaloi delete icon 8:33 PG

setiap tahun mmg kena masuk taman hutan gunung...kasi relakss minda :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap