بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap hari sabtu hujung minggu, sekali dalam sebulan mesti isteri aku akan mengajak ke pusat membeli belah Maju Junction Mall di Kuala Lumpur. Sebelum pukul 9 pagi dah mesti kena gerak. Apa yang menarik ada di sana?
Maju Junction Mall Kuala Lumpur |
Hanya orang perempuan sahaja yang tahu... Dah dapat agak? Hah! Inilah penangan tudung bawal Adijuma! Tudung di bawah koleksi jenama Adijuma ini adalah kepunyaan Datin Norjuma Habib dan amat menarik perhatian isteri aku. Dah tak terkira banyaknya tudung koleksi Adijuma ini ada dalam simpanan dia.
Orang cantik pakai tudung apa pun cantik |
Tapi setiap kali Datin Norjuma yang gayakan, semuanya nampak cantik saje... Mungkin itu tarikan utama nya kot! Bila pakai terbayang-bayang cantik menawan macam Norjuma... hehe!
Adijuma @ Maju Juction Mall
Setiap kali ada sahaja rekaan baru keluar, beginilah keadaan di gerai jualan tudung Adijuma di Maju Junction Mall. Kadang-kadang tu terpaksa berbaris berjam-jam lamanya tapi sanggup juga demi nak dapatkan koleksi yang terhad ini.Di mana-mana stokis Adijuma pun sama suasananya. Lagi kecewa bila dah berbaris panjang tu, bila sampai jer giliran, stok dah habis...huhu, memang menangis tak berlagu le.
Suasana di stokis Adijuma - Maju Junction Mall |
Dari sudut harga, tidak dinafikan koleksi tudung Adijuma ini walaupun ekslusif dan terhad tetapi amat murah terutama di bawah White Label iaitu hanya RM10! Kalau dibawah label lain, ada juga yang berharga bepuluh-puluh ringgit juga tapi taklah sampai cecah ratus. Harga yang agak berpatutan jugalah... bagi aku le.
Kata isteriku, rekaan tudung Adijuma ini adalah hasil idea Datin Norjuma sendiri. Sebelum jualan dilakukan biasanya Datin Norjuma akan pakai dulu rekaan tersebut dan di share kat Facebook Adijuma sebagai promosi dan tatapan awal. Maka dari situlah daya tarikan koleksi tudung ini bermula.
Ada juga jualan melalui online (adijuma.com) tetapi jangan haraplah dapat beli yang koleksi terhad ini kerana selalunya out of stock! kecuali yang harga mahal-mahal tu.
Kadangkala aku pun pelik orang perempuan ni, koleksi tudung dah tak muat almari tapi masih nak beli yang lain. Entah bilalah nak dipakai... Kena ikut peredaran semasa katanya, habis tu yang lama berlambak-lambak tu nak buat apa? Simpan ajelah...lain kali boleh pakai... katanya lagi... Tak kesahlah, asalkan isteri gembira... aku pun bahagia :)
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Awal Pagi Sabtu di Maju Junction Mall KL
16 comments - "Awal Pagi Sabtu di Maju Junction Mall KL"
Wahh. Memang kegemaran ramai tudung ni. Termasuklah liza. Hehe..
Hihi... janganlah hairan dik oii!
Kakak yg dah tua ni pun sama selagi ada peluang beli tudung baru mesti nak beli juga
Tapi kakak masih beruntung sebab boleh kongsi dgn anak-anak dara.
BM kenalah cepat dptkan anak dara nanti cikpuan BM boleh kongsi dgn anak-anak:)
Kakak Sabtu lepas pun ke butik yg buat offer di JB ni tau. Itu baru perempuan tulin dik hihi...
Biasalah tu BM, koleksi tudung org pompuan memang banyak. Yg tak pakai lagi pon ada...hahaha...
TApi tudung AJ skang memang cantik2 design nya.
Saudara BM,
Isteri saya juga begitu. Setiap bulan isteri pasti dibelinya. Sedangkan di dalam almari sudah banyak. Redha sajelah. Dia bahagia saya juga bahagia...
wah sgt menarik, lama x menjenguk semua nyer dah serba baru yer blog ni tahniah !
kat mana2 outlet Aidijuma mmg mcm tu la BM hehe
bertabahlah bro dan biarkan wanita dengan dunia mereka yang kadang kala bua tkita sukar nak faham
dah byk duit bolehlah buat koleksi ... sebenarnya material tu blh cari sendiri pastu hantar tailor upah jahit tepi ... senang jer . dah suka , layan jer lah ... heheheee
BM tak cerita pulak dari jam 9 sampai jam berapa huhu..~penin kalau ikut pompuan shopping..hehe
banyak tudung xper boleh bergaya sakan...bila lagi.
Errr.saya kerja dibangunkan biru sebelah MJ :)
Tak pernah try produk adijuma lagi..
Yang penting isteri gumbira... itulah pengorbanan kita2 yg bernama suami ni... yeah.. :)
tak penah sampai maju junction mall ni
saya tahu kewujudah jenama tu, tapi tak pernah beli
pakai yang mana ada.
untuk perenggan akhir tu, bukan semua wanita sama ye BM
entah kenapa saya tak berminat bab menggayakan fesyen ni, pelik dak? =)
Nk jual x..klu nk jual wasap sy 0173366426
Nk jual x..klu nk jual wasap sy 0173366426
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”