بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama
Merentasi Sempadan
Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam di hujung minggu buat semua sahabat dan tetamu Relaks Minda. Pasti hujung minggu yang sibuk sama ada memenuhi jemputan kenduri mahupun anda sendiri yang menganjurkan majlis.

Buat blogger, sepanjang cuti sekolah ini selalunya akan tenggelam timbul dan komitmen blogging tidak seperti selalu dan agak terganggu. Ini adalah situasi biasa yang sudah menjadi satu senario bermusim.

Sedikit perkongsian informasi blog ini buat menghargai semua tetamu Relaks Minda dan mungkin ianya juga boleh memberi sedikit ilmu serta membuka minda.

Di bawah ini adalah carta pengunjung Relaks Minda mengikut negara (unique visitor/sessions dari google analytics) bagi empat bulan terakhir iaitu Aug, Sept, Oct & Nov 2014.


Carta Top 5 Pengunjung Relas Minda - Mengikut Negara

Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama
Carta Pengunjung Relaks Minda Mengikut Negara - Ogos 2014

Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama
Carta Pengunjung Relaks Minda Mengikut Negara - September 2014

Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama
Carta Pengunjung Relaks Minda Mengikut Negara - Oktober 2014

Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama
Carta Pengunjung Relaks Minda Mengikut Negara - November 2014


Pengunjung Luar Negara Semakin Meningkat

Merujuk carta di atas, jelas sekali tetamu Relaks Minda datangnya dari pelbagai negara. Namun jumlah teramai datangnya dari tanah tumpah darah ku, iaitu Malaysia. Ini memang sudah dijangka sebab Blogger Malaysia dan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

Namun yang menariknya, Selain dari negara US yang mendominasi tempat ke dua pada bulan Ogos dan September, tiba-tiba pengunjung dari India melonjak naik untuk mengisi naib juara carta sejak dua bulan terakhir ini! Peningkatan jumlahnya juga agak tinggi.... "From India With Love" :). Sebuah lagi negara yang sentiasa berada di top 5 adalah Indonesia.... "Apa khabar bapak2 dan ibu2" :)

Jika di lihat keseluruhannya, jumlah pengunjung dari luar negara ini telah meningkat sejak dua bulan kebelakangan ini dan ianya terbukti melalui peratusan jumlah pengunjung dari Malaysia yang semakin menurun. Ianya satu senario yang sungguh menakjubkan apabila ianya kini berjumlah kurang dari 80%.


Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama

Melihat pada situasi ini, adakah blog ini semakin mendapat tempat di negara-negara luar? Sesuatu yang mengejutkan dan agak luar biasa kerana kandungan blog ini hanya menggunakan bahasa melayu 100%. Begitu juga dengan topik dan isu entri yang diterbitkan, tiada yang agak luar biasa.

Oleh itu, dari carta di atas dapat disimpulkan bahawa bahasa bukanlah menjadi penghalang untuk sesebuah blog merentasi sempadan. Apa yang paling penting adalah isi dan isu kandungannya. Jika ianya bersifat universal, ia pasti mampu merentasi sempadan bahasa, budaya, bangsa dan agama.

Selain dari itu, carian imej di enjin carian juga merupakan salah satu penyumbang kepada peluang untuk membuka sempadan ini.


Terima Kasih - Anda Dihargai

Sejujurnya... Amat-amat terharu dan jutaan terima kasih buat semua sahabat dan tetamu Relaks Minda, tidak kira dari mana pun anda datang... Sesungguhnya kehadiran anda semua amat-amat dialu-alukan dan dihargai. Semoga kunjungan seketika anda semua ke sini beroleh manfaat dan mendapat apa yang dihajati.

Syukur...Alhamdulillah. Semoga matlamat 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' menjadi realiti...


Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama
Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

35 comments - "Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama"

Etuza delete icon 6:54 PG

Asalam wow!!! ni paparan merentas benua..tahnia ya RM..suka tengok tu banner Terima ksaih

Bunda_nora delete icon 8:15 PG

Assalam, terima kasih sudi keteratak bunda dan memahami situasi dan mendoakan kesihatan bunda...terharu sangat.

Walaupun dalam mood istirehat bunda beransur singgah dan komen rambang keblog2 kalian...

terima kasih sangat..

paridah delete icon 8:58 PG

assalam...ramai sekali pengunjung blog daripada US yer...rajin sungguh mrk singgah di blog BM...blog kak pun ada juga visitors luar tapi sikit jer heh..heh..

sitirohaida delete icon 10:03 PG

dari pelbagai negara datang ye..

aku pun ada yang dari india..aku tak faham kenapa dorang datang baca. .huhuhu

Denaihati delete icon 10:50 PG

Tahniah, dapat ramai tetamu yg dr US, semoga terus ramai lagi pengunjung.

Etuza delete icon 4:41 PTG

singgah sekali lagi ..terbaik penulisan persembahan yang terbaik..tahniah ya

muja delete icon 9:58 PTG

muja pulak,, makin cuti makin galak blogging,, best sikit wifi kat rumah,, hehehe,, happy blogging ye :D

sharmien delete icon 1:43 PG

tahniah atas usaha pemilik blog ini. dah tentu bukan sikit usaha yang dibuatkan? teruskan menulis untuk tatapan kami.

Khir Khalid delete icon 11:33 PG

Alhamdulillah tahniah BM... kejayaan dari hasil usaha yg membawa kebaikan.. Semoga terus sukses & berjaya... aamiin.. :)

azmi delete icon 12:19 PTG

hebat....traffic dr Malaysia yg sgt memberangsangkan.....

Blog Santai delete icon 12:51 PTG

Kita punya pengunjung mostly from US..Malaysia dah jatuh no 2..he..he..anyway tahniah BM...pengunjung merentasi sempadan ya..

Hebat tak hebatnya blog ini merentasi dari dari satu benua ke satu benua.
Malu pulak kalau kakak bayangkan ada dunia luar membaca blog kakak yg tak ada isi:)

Unknown delete icon 2:33 PTG

terima kasih juga BM. Bm datang menjenguk blog saya walaupun dah lama tak berkunjung dan komen di sini..
Tahniah dan teruskan usaha BM..

Yana Yani delete icon 5:30 PTG

tulah menandakan betapa hebatnya blog ni
moga terus success ye BM =)

Hebatnya blog ni... beratus2 ribu pengunjung dalam masa singkat jer... harap2 lah suatu masa nanti blog saya akan mencapai begini

Tanpa Nama delete icon 11:17 PTG

Hebatlah Relakssminda.. Tahniah BM..

Waalaikumsalam...
terima kasih Cikgu... :)

BinMuhammad delete icon 11:08 PG

Waalaikumsalam Bunda,
semoga bunda dikurniakan kesihatan yg berpanjangan hendaknya...amiin

BinMuhammad delete icon 11:09 PG

Waalaikumsalam akak,
Itulah...mcmmana diorang boleh suka singgah...xtau le apa yg menarik disini.

BinMuhammad delete icon 11:10 PG

Jumlah meningkat mendadak... memang pelik dan tak faham. Apa yg diorang cari agaknya?

BinMuhammad delete icon 11:11 PG

Pasti blog DH lagi hebat kunjungan dr luar negara kan...

BinMuhammad delete icon 11:12 PG

Ye lah... ada juga yg spt muja... Cuti sekolahlah masa byk terluang! Selamat berblogging ya!

BinMuhammad delete icon 11:13 PG

Pelik dan hebat blog santai! Guna Bahasa Melayu tetapi pengunjung teramai dari US! Sungguh menakjubkan!

BinMuhammad delete icon 11:15 PG

Mereka mesti guna 'translate' maka tak hairanlah blog mampu merentasi benua. Blog akak pun mesti ada pengunjung dr luar negara ni.

BinMuhammad delete icon 11:16 PG

Tidak hebat mana pun... Ianya biasa sahaja berbanding banyak lagi blog2 lain yg lebih hebat!

BinMuhammad delete icon 11:18 PG

Kuantiti tidak melambangkan kualiti. Blog anda juga boleh...
InsyaAllah, semoga berjaya mencapai cita2...

Unknown delete icon 3:52 PTG

Memang jauh merentasi sempadan, budaya dan bangsa ni brother BM :)

HAMIDIsP delete icon 4:14 PTG

Tak hairan sebab blog BM sarat dengan info yang berkualiti..:)

Unknown delete icon 12:59 PG

rakyat malaysia ada di serata dunia . jeles jer tgk angka2 tu ...

Unknown delete icon 11:10 PTG

Hebat ni! Trafik dari pelbagai negara ;D

Fiza Rahman delete icon 3:04 PTG

Tahniah BM. Ramai pengunjung dari over the sea ☺

tahniah ye... bukan senang orang dari luar negara nak baca blog kita kat Malaysia ni...

tips rendahkan tekanan darah bagi pesakit darah tinggi

Unknown delete icon 10:57 PG

tahniah BM.. persahabatan merentasi sempadan bahasa dan budaya..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap