بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salah satu bahagian pameran yang sempat kami singgah semasa berkunjung ke Pameran MAHA 2014 baru-baru ini adalah Tapak Pameran Sayuran Dan Herba.
Untuk pengetahuan anda, kami terperangkap lama di sini disebabkan hujan lebat yang melanda tapak pameran ini. Mujurlah terdapat ruang pameran berbumbung yang menyelamatkan kami dan pengunjung-pengunjung lain dari basah kuyup.
Sebelum itu, jika anda ingin lihat tapak pameran yang telah kami lawati sebelum ini, anda boleh ke link berikut :
Untuk pengetahuan anda, kami terperangkap lama di sini disebabkan hujan lebat yang melanda tapak pameran ini. Mujurlah terdapat ruang pameran berbumbung yang menyelamatkan kami dan pengunjung-pengunjung lain dari basah kuyup.
Sebelum itu, jika anda ingin lihat tapak pameran yang telah kami lawati sebelum ini, anda boleh ke link berikut :
Tanaman Hidroponik
Salah satu ruang pameran berbumbung di tapak pameran sayuran dan herba ini adalah rumah hidroponik. Di sini terhidang pelbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam menggunakan teknik tanaman hidroponik di mana penggunaan tanah dan ruang yang minimum di samping sistem pencahayaan, pengudaraan dan penyiraman secara terkawal (elektronik).
Sayur-sayuran di sini kelihatan tumbuh subur, segar dan terjaga kualitinya. Memang mengundang geram! Rasa macam nak petik-petik jer! Tanaman seperti sawi, salad, kobis, kobis bunga, broccoli, kangkung, kailan, zucchini dan malah pokok cili pun ada ditanam.
Sayur-sayuran dan Dekorasi Laman
Satu lagi ruang berbumbung adalah bahagian tanaman dan dekorasi halaman sayur dan herba. Di sini kita boleh mengenali pelbagai tanaman sayuran dan herba yang biasa dan juga yang luar biasa.
Ada diantaranya biasa kita lihat dan ada juga yang sebelum ini hanya mengetahui namanya tetapi barulah kini tahu akan rupanya. Banyak juga pengetahuan yang boleh kami dapat. Lepas ni, jangan ada yang nak kelentong ye!
Kenali Nama Tumbuh-Tumbuhan
Berikut pula dikongsikan beberapa jenis tumbuhan yang menarik untuk anda semua kenali. Mungkin ada daripada anda mengenalinya tetapi pasti ramai yang baru tahu akan nama-nama tumbuhan ini. Kebanyakannya adalah jenis-jenis herba yang digunakan dalam masakan atau perubatan tradisional yang bagus untuk kesihatan.
Lain kali jika lihat rumput liar di tepi jalan, jangan ingat ianya tidak punya khasiat, mungkin salah satu darinya adalah penyedap rasa masakan atau penawar buat penyakit.
Agak lama juga kami terperangkap di tapak pameran sayuran dan herba ini. Lebih dari satu jam barulah hujan agak reda. Walaupun masih renyai-renyai, kami terpaksa juga bergerak. Sebelum itu sempat juga mengambil gambar dibahagian yang paling menarik di sini. Tapi itu dua tahun lepas lah... kali ini ianya tidak berapa menjadi.
Bahagian yang dimaksudkan adalah bahagian buah sayuran yang tergantung dan bergayutan. Kali ini diruangan ini pokoknya agak kurang berbuah maka ianya menjadi kurang menarik serta tidak kelihatan hebat seperti selalu.
kalau dua tahun lepas, pemandangan di sini pasti menjadi kenangan
dan tarikan utama tetapi kali ini... hmmm
Gerimis Menghilang di Bazaar
Dalam gerimis kami bergerak juga menuju ke lokasi terakhir iaitu Tapak Bazaar. Sudah semestinya ia menjadi persinggahan terakhir kerana bolehlah membeli apa yang patut untuk terus dibawa pulang. Mujurlah setiba di Tapak Bazaar, hujan gerimis pun mulai reda.
Nampaknya terpaksa juga entri lawatan ke Pameran MAHA ini bersambung lagi. Panjang sangat pun nanti ada yang bosan pulak dan nak loading pun lembab.
Kepada peminat bunga orkid, dipaparkan juga nanti dalam entri akan datang beberapa spesis bunga orkid yang menarik untuk tatapan anda. Oleh itu nantikan entri terakhir lawatan ke Pameran MAHA 2014 ini.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
24 comments - "Menarik di Pameran Sayuran Dan Herba MAHA 2014"
salam
alhamdulillah..kunjungan kesana memberi seribu manafaat..tak sia2,kan...banyak info yg dikutip.
SP tertarik dengan teknologi rumah hijau dan cara penanaman hidroponik, dah lama sebenarnya kaedah ni kan. Mungkin kita boleh mencubanya sendiri suatu hari nanti.
Suka-suka-suka!. Kakak sebenarnya suka kalau dpt peluang ke MAHA tapi tak pernah pergi lagi BM. Dari pemerhatian kakak pokok bangun-bangun tu kakak ada (buat ubat batuk dan jerlum kepala anak kalau demam). Ulam sambung nyawa yg ditunjuk pula tak sama dgn yg kakak tanam. Mungkin ada banyak species tak tahulah..
Apa pun yg menarik mata kakak cara mereka menanam. Menarik benarlah dik!
seronok nyer!ni kalo bawak ibu mesti seronok giler nie
ASSALAM....Sukanya kalau dpt berada di MAHA ni bnyk boleh kenali produk pertanian yg segar n subur...
Assalamu 'alaikum, Sayurannya sungguh segara dan sehat. Di sini sudah susah sekali mendapatkan sayuran seperti itu.
Tak pernah lagi pergi MAHA.. Insyallah tahun depan nak pergi..
lama tak dengar pasal hidroponik tue
Boleh dicuba terutama bagi penghuni kota yg hidup di hutan batu dan punya tanah yg terhad.
Lebih menarik bila terbaca komen seperti akak ni... :) Mungkin juga lah, pokok sabung nyawa ni banyak spesis kot.
Banyak juga info yang boleh kita dapat...mujur ada blog, boleh simpan dan kongsi buat rujukan...kalau tak lupa mcm tu jer... hehe
geram teramat tgk sayur2 tu . klu blh ambil n bawa balik , confirm dah togel semuanya kan ...
Menarik... boleh dijadikan inspirasi utk 'vegetable garden' di rumah juga tu.. Lebih bermanfaat utk jangka panjang.. Tengok gambar2 tu segar je mata, apatah lagi klu berada di sana.. Thanks sharing BM.. :)
Orang tua kalau dibawa kesini memang suka... Cuma xmampu nak berjalan jer, luas sgt!
Waalaikumsalam,
Akan datang... akak kena pergi tengok sendiri ye...
Tahun depan tak ada...tunggu 2016 nanti ye.
Tenang bile gi MAHA ni..lebih2 lagi persekitarannye dipenuhi tumbuh2an hijau..
Seronoknyaaaaa! Pasti tenang je kan. ;)
nice sharing....
wah..segar² belaka...
Cantiknya tengok pelbagai sayuran dan herba di pameran MAHA kali ni
Nampak teratur pulak sayur mayur yg di tanam tu....baca blog org ramai yg terperangkap sebab hujan
Minat teknik hidroponik tu...tapi belum berusaha kearah itu..
mau letih kaki berjalan ni ye
banyak juga nama sayuran yang saya tak tahu rupanya =)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”