بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


rangkuman tahun 2014
Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun 2014 sudah hampir dipenghujungnya, sungguh pantas sekali masa berlalu. Sepanjang tahun 2014, negara tercinta kita ini dipenuhi dengan pelbagai tragedi hinggalah kehujung tahun. Tahun 2015 pula merupakan tahun yang lagi mencabar untuk kita semua tempuhi.

Dunia blogger juga tidak terkecuali. jika dalam dua tahun sebelum ini, begitu banyak sekali blogger baru yang muncul, namun berapa ramaikah yang dapat bertahan sehingga kini? Cabaran dunia blog selari dengan keadaan kehidupan semasa kerana kebanyakan blogger bukanlah sepenuh masa. Aktiviti blogging bergantung kepada ruang masa dan kemampuan yang ada.

Sebelum menjengah ke tahun baru, jom kita lihat dan menilai prestasi blog masing-masing seketika disepanjang tahun 2014 ini. Adakah ianya masih berada dilandasan yang betul atau perlukan perubahan?


relakssminda.blogspot.com 2014

Pada Tahun 2014, sebanyak 365 artikel berjaya diterbitkan (tidak termasuk entri ini). Disepanjang tahun ini juga pelbagai topik telah diutarakan di Relak Minda dan yang pastinya ia masih bertunjangkan niche alam sekitar dan informasi dengan matlamat 'ilmu dikongsi bersama'.

Melalui data dari Google Analytic, (1 Jan hingga 25 Dec 2014) dikongsi di sini prestasi blog sebagai tatapan bersama.

Sepanjang tahun 2014, seramai 1.76 juta unique visitors (UV) telah mengunjungi blog ini yang telah menyumbang sebanyak lebih dari 5.7 juta pageviews (PV). Manakala bounce rate pula dalam lingkungan 17%. Satu prestasi secara keseluruhannya agak memuaskan buat blog ini... Syukur Alhamdulillah.

Rangkuman Tahun 2014
Catatan tertinggi pageviews adalah pada 14 Ogos dengan catatan 96,546 PV hanya dalam satu hari!

Rangkuman Tahun 2014
Top 5 sumber trafik blog ke relakssminda.blogspot.com

Dari jumlah UV yang datang berkunjung, lebih 67% adalah dari organic visitors yang hadir melalui enjin carian Google. Inilah lubuk trafik yang utama!


Mobile vs Desktop

Pada tahun 2014 ini juga, kemajuan teknologi semakin merubah cara orang ramai untuk melayari internet. Telefon bimbit dan tablet kini telah mengambil alih peranan desktop dan labtop sebagai alat utama untuk melayari internet dengan hampir 60% telah menggunakannya untuk mengakses Relaks Minda.

Rangkuman Tahun 2014
Jelas sekali trend melayari internet menggunakan smartphone semakin menguasai dunia internet

Sebuah blog yang mesra mobile dan responsive kini amat penting agar dapat memenuhi kehendak, kemudahan serta keperluan masa kini.

Namun perkembangan ini semakin membawa impak negatif di mana ianya merubah sikap dan sosio budaya bangsa dengan menjadikan manusia yang semakin pendiam, kurang bergaul dan hanya membuat hal sendiri bersama telefon bimbit masing-masing.


Trending 2014

Google juga telah keluarkan Trending 2014 di Malaysia di SINI. Di Blog Relaks Minda pula, kata kunci yang yang menjadi trending pula tertumpu kepada artikel berkaitan informasi semasa. Berikut adalah Top 10 kata kunci yang menjadi carian ke Relaks Minda sepanjang tahun 2014 ini.
  1. Perodua Axia
  2. Keputusan Piala Dunia 2014
  3. MAHA 2014
  4. Proton Iriz
  5. Jadual Catuan Air
  6. Perodua Axia Baru
  7. Bunga
  8. Piala Dunia 2014
  9. Ruang Tamu
  10. Keindahan Alam

Bagaimana pula trending blog anda pada tahun ini?


Awak Dari Mana?

Pengunjung Relaks Minda pada tahun 2014 ini masih dimonopoli oleh pengunjung dari Malaysia di mana ianya menguasai 80% jumlah pengunjung. Diikuti oleh Indonesia (7.43%), US (5%) dan India (2.68%). Terbukti bahawa bahasa bukanlah menjadi penghalang dan blog adalah medium sosial terbaik tanpa sempadan.

Tidak kira dari mana pun anda datang, kunjungan seketika anda di sini amat-amat dihargai dan semoga berpuas hati dan beroleh seperti yang dihajati.

Rangkuman Tahun 2014


2014 Berlalu 2015 Bertamu

Tahun 2014 akan berakhir tidak lama lagi. Ianya meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis buat kita semua untuk dijadikan ingatan.

Di kesempatan ini juga, Blog Relak Minda atau lebih tepatnya saya, Bin Muhammad... mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat dan tetamu yang terus memberi sokongan kepada blog ini. Anda semua amat-amat disayangai dan dihormati!

Untuk tahun 2015, tiada sasaran tertentu yang ditetapkan. Hanya berharap akan dapat diberi kesempatan dan peluang lagi untuk meneruskan kesinambungan blog ini dengan perkongsian yang menarik, bermanfaat serta meneruskan jalinan ukhwah... Semoga matlamat "Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama" berjaya direalisasikan.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

45 comments - "Sepanjang Tahun 2014 (Ilmu Dikongsi Bersama)"

Kiranya menepati sasaran yg dikehendaki ye BM.
Banyak dah ilmu dicurah di sini dan kakak juga tak kurang menimbanya sama (terima kasih)
Apa yg pasti kakak dpt rasakan RM semakin matang dan maju dan pastinya 2015 akan lebih-lebih lagi. Tahniah dari kakak.

paridah delete icon 10:31 PG

tahniah ...pencapaian blog BM sentiasa memberangsngkn setiap tahun...beberapa berkelip mata sudah akn berada di tahun baru meninggalkn tahun lalu yg sarat dng cerita duka silih ganti...namun psti ada hikmahnya...biasanya ada sinar di hujung terowong yg memancar cerah ceria setelah episod duka kita lalui tiada henti....insyaAllah...moga2.

Ezwan Amrin delete icon 11:24 PG

tahniah! tinggi pageviews tu... semoga sntiasa sukses dalam blogging... :)

btw, salam..jom sama doa & bantu mangsa banjir selagi kita mampu..insyaAllah.. #prayforpantaitimur

Tanpa Nama delete icon 12:15 PTG

Kathy tak hairan kalau belog RM mendapat pencapaian sebegini. Belog yang hebat dan unik patut di hargai. Tahniah.

diana delete icon 12:24 PTG

Assalam BM.
Tahniah untuk pencapaian yang sangat baik.
Blogging memang memerlukan ketekunan tahap tinggi dan ilmu juga untuk berada di tempat seperti Tuan.
Selamat berjaya untuk tahun 2015.

Unknown delete icon 12:59 PTG

Tahniah ;D

Unknown delete icon 1:40 PTG

salam..
habat..habet..hebat... :)

BinMuhammad delete icon 1:44 PTG

Tak pastilah sama ada menepati sasaran atau tidak... Jika, ilmu yang dikongsikan berguna... Alhamdulillah, tercapailah tu...
Terima kasih diatas sokongan ya!

BinMuhammad delete icon 1:46 PTG

Semoga sinar cerah dihujung terowong itu dapat kita kecapi bersama! InsyaAllah...

BinMuhammad delete icon 1:48 PTG

Terima kasih... Ya! sama2 kita terus berdoa dan membantu yg termampu utk kesejahteraan mangsa2 banjir.

BinMuhammad delete icon 1:51 PTG

Sebenarnya tiada ukuran utk menentukan kejayaan sesebuah blog... Jika matlamat tercapai, maka berjayalah... Selagi ilmu yang dikongsi tidak memberi manfaat bersama, selagi itulah blog ini belum berjaya!

Sue Sopian delete icon 1:51 PTG

tahniah BM..
selalu baca entri BM yg memberi ilmu dan manfaat.. :)

BinMuhammad delete icon 1:53 PTG

Waalaikumsalam,
Tidak dinafikan...dalam apa jua yg dilakukan dan bidang apa sekalipun, ilmu itu amat penting.

Tahniah BM...semakin ceria blog BM sekarang. Semoga terus sukses.

Unknown delete icon 3:11 PTG

Datang hamba membawa diri,
Setelah sekian lama memujuk hati,
Hari ini cik akak datang kembali,
Baca entri uncle BM yang baik hati.

Wahai uncle yang baik hati,
Bukan niat nak menyombong diri,
Sekali cik akak singgah pasti komen entri,
Kenapa lama menyepi diri...hahaha.

Alahai uncle yang budiman...cik akak nie tak pernah pun lupa uncle tau...jangan pula uncle merajuk diri...sebab bukan niat nak menyepi diro...dan bukan juga nak menyombong diri...
Masalahnya disini...hihi...selalu singgah blog uncle...tengah seronok baca entri..tertiba bertukar laman iklan pula...mana cik akak tak merajuk nie..hihi...sungguh geram..tapi nak diluah macam tak beradap sopan lak...so cik akak ambil jalan mudah..kiki...cik akak terus tak bertamu di blog uncle..haha..jangan marah ye uncle..

Berbalik kepada entri uncle...memang entri uncle best dan gempak...bukan cik akak nak puji lebih atau nak dapat bonus dari uncle...tapi hakikatnya....uncle memang seorang yang bijak bermain dengan kata kuncie SEO...tu yang buat blog uncle femes amos..kiki...peminat dalam.diam tu ramai...

HAMIDIsP delete icon 3:20 PTG

SP pula takde buat sebarang analisis untuk blog. Dan semoga terus berjaya buat BM dan semua rakan blogger di tahun 2015 ini..:)

Khir Khalid delete icon 3:38 PTG

Alhamdulillah... pencapaian tahun 2014 yg amat boleh dikira memuaskan.. Semoga ia menjadi inspirasi semangat untuk terus baju & lebih berjaya di tahun 2015, in shaa Allah... aamiin... :)

ZaridaIshak delete icon 4:04 PTG

Gula manis dari Parit
Hendak makan terasa kenyang
Kenangan manis juga pahit
Buat kenangan sepanjang zaman

heheh... terkesan dengan pantun cik akak pulak..

ZaridaIshak delete icon 4:05 PTG

semoga matlamat BM dalam dunia blogging tercapai...

pencapaian yg sangat membanggakan BM...akak doakan semoga th baru ni Rileks Minda akan lebih berjaya..

BinMuhammad delete icon 4:24 PTG

Itulah.. kalau ada masalah xdiluahkan! itu lagi tak sopan! :D
Maklumlah, pok cik ko ni mana ade smartphone, nasib baik Akak Kathy tu yg baik hati bagitau...rupanya ada masalah koding dgn iklan mobile.

Mana boleh lawan femes amore perempuan Melayu Sarawak terakhir... Cik Akak le...

Tahniah BM :)

Nak cecah sampai sejuta lebih view dalam setahun ni bukan mudah jika tiada semangat yang gigih dalam menulis.

Unknown delete icon 4:47 PTG

Wah dasyatnya prestasi. Tahniah ye BM.

Nak kene panggil uncle ke?😊

kuchalana delete icon 10:33 PTG

terbaik bro tahun 2014 yang gemilang bagi blog RM..dan semoga tahun hadapan akan lebih maju lagi

Selamat dan semoga SP serta semua Blogger juga berjaya mencapai matlamat yg disasarkan.

Semoga KK juga akan lebih cemerlang ditahun 2015 nanti...InsyaAllah.
Terima kasih.

Semoga YB juga berjaya mencapai matlamat ya!

InsyaAllah... terima kasih, semoga akak pun akan lebih berjaya!

Kadang kala kerana nasib dan tuah juga... :)

Haha... Panggillah apa sahaja pun, OK je

BL pun semakin mantop sekarang ni! Semoga di tahun 2015, anda juga akan gemilang!

bye-bye tahun 2014 :)

Fuyoo hebatnya.. Semoga terus jadi yang terbaik pada tahun 2015.

Satu data yg hebat... saya harap suatu masa nanti akan mampu mencapai sebaik ini... Selamat Tahun Baru 2015... semoga tahun mendatang ni kita akan lebih sukses lagi

Fiza Rahman delete icon 12:44 PTG

Tahniah BM. Pencapaian yang bagus, Semoga PV terus meningkat.

Selamat tahun baru 2015 ☺

titan delete icon 4:01 PTG

fuhh..memang best baca nih.

Unknown delete icon 4:23 PTG

Respect dengan BM kerana sangat hebat berblogging... semoga terus bersemangat 2015 onwards.. :)

Tanpa Nama delete icon 4:42 PTG

Wah, teruja tengok stats blog anda. Jemput berkunjung ke blog newbie seperti saya http://mummyfiras.blogspot.com

semoga tahun 2015 lebih baik

Baru perasan typo 'baju' tu hehee... Maju.. semoga terus maju & lebih berjaya... aamiin..

Unknown delete icon 10:40 PTG

tahniah BM . nak menghasilkan artikel seperti itu perlu byk rujukan ... semoga lbh cemerlang tahun ini ...

Alhamdulillah..bagus pencapaian BM..moga sentiasa bersemangat untuk menulis blog..aku pun sedang cari momentum untuk berblog..

Yana Yani delete icon 2:08 PTG

saya rasa niche blog ni buatkan ianya terus dikunjungi
cehwah saya cite pasal niche lah! hehe
teruskan usaha ni BM, moga ianya bermanafaat pada semua
termasuklah saya ni, banyak saya belajar dekat sini

Gigihnya BM menulis..sampai berjuta views..tahniah..semoga terus sukses

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap