بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Melihat prestasi Blog di alexa.com. Sebagai seorang blogger, pasti akan didedahkan untuk mengenali alexa.com terutama sebagai satu organisasi penyedia perkhidmatan terunggul yang mengumpul dan mengeluarkan data bagi trafik, global ranking serta pelbagai informasi lain untuk sesebuah website.

Alexa Traffic Rank Blog Relaks Minda 2014
Alexa.com
Jika anda hanya menggunakan perkhidmatan alexa.com secara percuma, data yang diberikan amat terhad dan hanya berdasarkan anggaran namun ianya sudah cukup untuk melihat serba sedikit prestasi sesebuah blog.

Alexa Traffic Rank dikatakan punya pengaruh yang besar terhadap kekuatan, kualiti dan populariti sesebuah blog malah seringkali dijadikan rujukan dan ukuran dalam membuat penilaian dan perbandingan. Semakin kecil nilainya, semakin tinggi tarafnya.


Alexa Traffic Rank @ Relaks Minda

Pada awal 2014, memang punya target untuk Blog Relaks Minda ini berada di bawah 100K Global Rank dan di bawah 500 Rank in Malaysia. Misi berjaya di capai sepenuhnya dan catatan terbaik adalah pada penghujung bulan Mei 2014. (lihat informasi pencapaian ini di SINI) Itu yang berjaya di kesan le...

Tapi... mencapai sesuatu impian itu lebih mudah dari mengekalkannya. Alexa Traffic Rank ini terlalu rapuh dan perlukan usaha yang berterusan dan berkekalan. Kena Istiqamah! Jika tidak, beginilah hasilnya... Sekarang kita lihat prestasi Blog Relaks Minda di Alexa.com hujung tahun 2014 ini.

Alexa Traffic Rank Blog Relaks Minda 2014

Menariknya data Bounce Rate pula sangat memuaskan. Kira OK lah kan... Tapi sekarang ni dah tak monitor sangat Alexa Traffic Rank ni... maklumlah, komitmen terhadap blog agak sukar di kekalkan.


Relaks Minda Dikenali Di Indonesia?

Selain dari data Alexa Traffic Rank untuk Global dan Malaysia, Alexa.com juga memaparkan prestasi blog jika berjaya berada di bawah 100K di negara lain. Agak mengejutkan juga apabila blog ini berada hampir ke angka 55K Alexa Traffic Rank di Indonesia! Mungkin pernah di bawah 50K kot... agak-agak ajer la

Alexa Traffic Rank Blog Relaks Minda 2014

Terima kasih kepada sahabat dan tetamu dari Indonesia yang sememangnya menjadi negara penyumbang trafik kedua tertinggi sepanjang tahun 2014 di blog ini. Kehadiran kalian semua amat-amat saya hargai!


Penangan Contest SEO

Nampaknya keyword (kata kunci) dari contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan dan Buffet Ramadhan Casa Ombak berada ditangga teratas.  Dua lagi kata kunci pun topik pasal SEO yang di catat oleh Alexa.com menjadi carian yang tinggi di blog Relaks Minda pada penghujung tahun 2014.

Alexa Traffic Rank Blog Relaks Minda 2014

Macam lah pakar SEO pulak... pada hal tak pakar langsung pun! Tapi... Pelik juga kerana tiada langsung kata kunci niche atau popular entri yang berada dalam top 5 yang disenaraikan. 


Menilai Blog Melalui Alexa Rank?

Inilah serba sedikit perkongsian prestasi Blog Relaks Minda yang dinilai oleh Alexa.com pada penghujung tahun 2014 ini. Bagaimana dengan prestasi blog anda? Namun diingatkan semula, data ini adalah tidah tepat tetapi anggaran terdekat kerana jika anda mahukan data yang lengkap dan terperinci, anda haruslah melanggan perkhidmatan ini.

Berguna atau pentingkah Alexa Traffic Rank ini buat blog anda? Hanya mereka yang punya kepentingan dan memahami keperluannya sahaja yang akan mengatakan ianya amat berguna. Jika tidak... maka ia tidak mendatangkan apa-apa masalah dan memberi apa-apa kesan pun...

Salam dihujung minggu... Semoga anda semua dalam peliharaan Allah SWT. Jangan lupa doakan kesejahteraan buat semua yang terlibat dalam bencana banjir...


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

25 comments - "Alexa Traffic Rank Blog 2014"

tahniah... kedudukan yg mantap tu kalau masih bawah 1000...

tahniah BM...semoga th depan lebih baik lagi pencapaian..

Sudah pastilah keyword contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan paling banyak sebab kedudukan pada carian enjin entri bro BM adalah yang teratas :) terbaik

paridah delete icon 10:28 PG

tahniah hebat pencapaiannya ni moga terus sukses.

Sally Yatiey delete icon 12:47 PTG

Tahniah ;D

tahniah....

kucha lana delete icon 6:41 PTG

tahnia bro..semoga tahun depan lebih cemerlang...nanti gua kejar dari belakang..hu3

Sekarang ni ramai anak2 muda yg hebat... xmampu nak bersaing. Berblogging mcm biase ajer la...

Tiada sebarang target utk tahun depan... Cuma nak enjoy berblogging dan cuba mencapai matlamat 'ilmu dikongsi bersama'

Contest SEO bukan sahaja medan persaingan dan menambah ilmu tetapi juga memberi kesan positif terhadap blog... :)

InsyaAllah... Semoga akak juga terus sukses ya!

As-Salam BM. Mudah sebenarnya nak rank dibawah 100K global tapi nak mengekalkannya agak sukar. Seperti kata BM, kena istiqamah terutamanya blogwalking..

Untungnya BM.. Kathy masih tak mampu lagi..

Assalamualaikum,,Wah makin mantap la blog ni..Tahniah ya BM ..Semoga terus maju dan maju lagi ... Teruskan menulis dengan penulisan yang membina..Semoga terus berjaya menaikkan lagi blog ke rangking yang paling baik ..Lya punya jatuh merudum huhuhhu.Sedihhhhhhhhhh

Aretikz delete icon 3:14 PTG

Dulu2 jak saya merasa begitu.. sekarang merundum habis sal lama tidak beraksi.. sekarang baru nak up2 balik.. hehe

Khir Khalid delete icon 10:05 PTG

Alhamdulillah.. masih diperingkat yg baik lagi.. tahniah. Semoga sentiasa berkongsi kebaikan & semoga terus sukses hendaknya... aamiin.. :)

Alhamdulillah....

Tak lari mana doh... Tunggu mu sampai jer :)

Komitmen utk istiqamah tu yang paling sukar dilakukan...

Waalaikumsalam... Jangan sedih, tahun depan bangkit semula ya!
Saya mampu tengok jer.... :) Thanks Lya!

Nao Mei delete icon 3:58 PTG

Jeles cik akak tengok..sekarang nie.alexa cik akak dah serapuh kuih batang buruk..hahaha..teringin balik nak dapat tiga angka macam uncle nie

Fiza Rahman delete icon 12:48 PTG

Tahniah BM. Traffic alexa saya kejap naik kejap turun.

Mantap..bagus rank alexa bro..aku aje masih merangkak-rangkak mendaki rank..harap hujung tahun ni dapat mendaki separuh daripada alexa rank.

Yana Yani delete icon 2:03 PTG

saya jatuh teruk BM!
nak bangkit tu yang terasa jenuh
tak mengapalah, saya buat apa yang terdaya
cita-cita sebelum ni dah macam angan-angan kosong pula
tak mampu nak laksanakan

Terima kasih artikelnya bermanfaat

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap