بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


ulam rajaAssalamualaikum dan salam sejahtera. Kalau pulang ke kampung MIL, tidak sah kalau tidak makan berlaukkan ulam. Salah satu yang paling banyak tumbuh adalah ulam raja. Pokoknya mudah tumbuh dan membiak secara meliar di sekeliling rumah.

Bau dan rasa ulam raja memang membangkitkan selera. Enak dimakan begitu sahaja atau bersama sambal belacan, budu atau cencalok. Pasti bertambah-tambah nasi dibuatnya!

Namun ketahuilah bahawa jangan tersalah pula ketika memetik daun ulam raja ini kerana sejenis tumbuhan lain yang daunnya berbentuk seakan-akan ulam raja pula dijadikan ulam! Ini kerana spesis tumbuhan yang dikenali sebagai "rumpai miang Mexico" yang juga berdaun berbentuk hampir serupa seperti ulam raja.


Rumpai Miang Mexico Beracun!


kesan terkena rumapai miang mexicoApa yang lebih menakutkan, rumpai miang Mexico ini amat beracun dan merbahaya! Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan amaran tentang bahaya rumpai Mexico kerana jika tersentuh boleh menyebabkan berlakunya alahan teruk kepada kulit terutamanya kanak-kanak.

Pokok ini mempunyai miang iaitu bahan kimia parthenin, hymenin dan ambrosin  yang dihasilkan daripada debungan, akar, daun dan batangnya.


Perbezaan Ulam Raja Dan Rumpai Miang Mexico

Namun tidaklah terlalu khuatir kerana rumpai miang mexico atau parthenium hysterophorus ini mempunyai tiga ciri berbeza yang amat mudah untuk dibezakan dengan ulam raja.

  1. Ulam raja mempunyai bau dan rumpai miang Mexico tidak.
  2. Rumpai miang mexico mempunyai bulu halus di kesemua batang tumbuhan tersebut berbanding ulam raja.
  3. Bunga rumpai miang Mexico berwarna putih krim manakala bunga ulam raja bewarna merah jambu

perbezaan ulam raja dan rumpai miang mexico

perbezaan ulam raja dan rumpai miang mexico

Ulam raja memang enak dimakan dan berkhasiat namun jangan tersalah petik pula ya! kerana ia mampu mengundang padah! Walaupun mudah untuk dibezakan tetapi kecelakaan perlu dielakkan terutama kepada kanak-kanak. Musnahkan pokok rumpai miang Mexico ini jika ianya tumbuh dikawasan anda!

sumber info
Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

21 comments - "Elakkan Terpetik Ulam Raja Beracun!"

Rumah kakak tanam ulam raja. Kakak tahu bau ulam raja macam mana. Tapi daun Miang Mexico ni tak tahulah sebab kakak pun hanya nampak gambar dia dlm website-website. Takut juga...

huhuhu..takde tempat pun nak petik..almaklum laaa org bandar takde tanah..hehehe..

paridah delete icon 11:40 PG

seakan sek ali rupanya kena berhati-hati ni...tq infonya.

HAMIDIsP delete icon 12:31 PTG

Bahaya tersentuh apatah lagi kalau termakan..

Khir Khalid delete icon 1:20 PTG

Huh.. ulam raja mmg feveret saya. Lagi layan klu makan bersama nasi putih dgn ikan bakar dan kuah asam tu.. marveles. Kena hati2 juga ni.. klu tersentuh rumpai miang mexico dah mcm tu tangan, apatah lagi klu termakan.. parah...

adarain delete icon 3:12 PTG

Macam sama je dengan daun ulam raja.

Unknown delete icon 4:46 PTG

Ulam raja...kalau kat sarawak..biasa ulam raja ditanam..bukan tumbuh meliar..hihi..kalau bangsa melanau nama daun nie bukan ulam raja..tapi si cantik manis. Hahaha..wajib percaya...

Aimacomel delete icon 6:38 PTG

Kat perak pernah ada isu kan pasal rumpai miang mexico ni kalau tak salah la. So far sy tak makan lagi ulam raja. Ulam lain mcm pegaga, pucuk2 yg lain memang suka

BinMuhammad delete icon 8:25 PTG

Kita mungkin biasa dan mudah kenalinya tapi kalau kanak-kanak tu yg bahaya... Ada kes pd bulan Disember 2014

BinMuhammad delete icon 8:26 PTG

Kalau termakan...xtaulah kesannya bagaimana, mintak dijauhkan...

BinMuhammad delete icon 8:27 PTG

Sedapnya namanya... si cantik manis macam cik akak jugalah tu! :)

kuchalana delete icon 8:28 PTG

tapi ulam raja ada bau dia...sama tak bau dia dengan mexico punya ulam beracun tu..hu3

BinMuhammad delete icon 8:28 PTG

Memang pernah ada kes di utara dlm bulan Desember tahun lepas.
Ulam raja lah sedap...sebab tu namanya ulam raja! cubalah...

BinMuhammad delete icon 8:30 PTG

Rumpai miang mexico ni tak berbau. Kalau kenal ulam raja, memang mudah nak bezakan.

BinMuhammad delete icon 8:31 PTG

Biasalah orang bandar...semuanya beli ajer. hehe..

Unknown delete icon 11:15 PTG

klu dah biasa dgn ulam raja , boleh bezakan ...

Pha Is delete icon 12:10 PG

ish2.. bahaya betol sbb mmg nmpak ada nak sama...

Unknown delete icon 12:10 PTG

Kalau tak perasan memang salah petik ni, bagi yang dah biasa makan senang la nak bezakan

Ulam raja ..feberet jugak ni hehehe ... Alamak nampak sama tapi bukan dia hehehe ..Nampak sama tapi yang tu JAHAT yang Ulam raja baikkk hehehe ........

Fiza Rahman delete icon 4:07 PTG

Thanks for the info BM. Baru tau ada jugak ulam yg beracun.

Terima kasih info sebab taktahu pun ada yang seakan sama dgn ulam raja . Setakat ni takpernah tengok depan-depan lagi rumpai mexico tu . Ulam raja fav sangat !

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap